**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday 18 January 2017

Je t'aime, Sweetheart 100 Hari! - Bab 6 A & Bab 7





Bab 6 A

Sambungan dari Bab 6

"Malissa!"

Suara Zati yang bergema di ruangan ini membuatkan aku menoleh ke kiri. Bukan aku sahaja yang terkejut, tetapi Iskandar juga turut sama menoleh. Dari jauh dapat kulihat matanya berada pada lenganku yang masih dalam  genggaman Iskandar. Pandai pula lelaki ini melepaskan cengkamannya di lenganku apabila dilihat Zati.

"Think about it..kalau masih ada perasaan sayang pada Dina, accept my offer." Ujar Iskandar kepadaku yang masih  lagi terpinga-pinga dengan kewujudan Zati. 

Kemudian, dia terus berlalu pergi.

"Malissa! Kenapa Dato' tu cari kau di sini?"

"Melampau betul! Dia ingat dia siapa sesuka hati pegang-pegang kau???! Huh! Silap besarlah  kau tak kasi crocodile slap pada dia tadi, Lisa. Biar dia sedar diri sikit. "

Nyaring suara Zati yang sedang memaki hamun Iskandar tak berjaya menarik fokusku.

Bersama mata yang teruk berair aku hanya mampu mengikut susuk sasa lelaki yang semakin menjauh itu hanya dengan pandangan mata. Tiba-tiba pula di fikiran teringatkan cucu Tok Pa, jiran Tok Wan yang meninggal gara-gara demam panas. Apa lagi, sekelip mata peluh sejuk mula merintik di dahi. Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi nanti? Nyata aku dah tak boleh berfikir dengan waras. Hanya mampu mengikut gerak hati. Pantas aku menoleh ke arah Zati.

"Zati..aku nak ke hospital tengok Dina. Kau jangan risau. Apa-apa aku whatsapp kau."
 Dengan rasa kalut yang merajai diri aku mengucapkan bait-bait ayat itu pada Zati. Apa lagi, terjerit kecil la  dia.

"Lisa..kau sedar tak apa yang kau cakap ni??" Soalnya dengan ton yang sangat tinggi manakala aku sudah mula melangkah laju. Pantas aku menoleh ke belakang untuk sesaat. Terlopong sudah kulihat minah tu.

"Zati..aku terpaksa pergi. Nanti aku whatsapp kau."
Tanpa menanti jawapan dari Zati aku terus berlari bagai nak gila keluar dari bangunan ini sambil menyeka sisa air mata di wajah. 

Sayup-sayup kedengaran Zati memanggil namaku di belakang sana namun yang berada di fikiran hanya Dina.

Liar mata memandang ke arah kereta Audi yang sudah pun dihidupkan enjinnya.  Fuhh..nasib baik dia tak blah lagi! Dengan keadaan yang sedikit termengah-mengah aku meluru ke sisi kiri kereta hitam tersebut. Wajah Iskandar berada betul-betul di hadapan mata. Bulat matanya merenung ke mari di sebalik cermin separa gelap itu.

 Eh! Boleh pulak aku terlupa! Kat Belgium ni memanglah kerusi pemandu terletak di sebelah kiri. Dahi kutepuk sedikit dan aku berlari ke sisi kanan  kereta pula dengan kalutnya. Erghh bikin malu betullah kau ni Malissa. Aku mula memarahi diri. Ah, lantaklah, aku dah tak boleh nak fikir dah ni. Pantas aku cuba membuka pintu kereta dengan tangan kanan. 

Nampaknya tidak berkunci. Kelam-kabut aku melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Dina..mama datang sayang..Dina tunggu mama. Meronta-ronta hatiku saat ini untuk melihat keadaan  Dina.  

Aku tidak melihat reaksi lelaki itu semenjak masuk beberapa saat yang lepas namun kenapa kereta ni tak bergerak-gerak lagi? Dah tak reti nak tekan minyak ke apa? Pantas aku menjeling ke arahnya. Sepasang mata berwarna chestnut brown sedang merenung ke mari.
Ya Allah..canggungnya aku rasakan apabila dia tengok aku macam tu! Sekilas sahaja aku bertentangan mata dengannya. Tak mahu lagi ada rasa-rasa lain yang bertamu di hati.

"I thought you've  turned down the offer. So, why are you here, Maira Malissa?" Soalnya sedikit sinis. Bibir itu jelas mengukir senyuman kemenangan. Aku juga turut sama tersenyum sepertinya, sangat sinis.

"Siapa entah yang merayu-rayu saya tadi." Tegang sedikit wajah lelaki ini apabila mendengar jawapanku.
"Bawa saya ke hospital. Saya nak jumpa Dina." Ujarku selamba. 

Tangan lincah membetulkan tudung yang sudah senget benget keadaannya dirempuh angin kuat di luar tadi.

"Not until you agree to take care of her for a few weeks."

Sebaik sahaja bersuara, lelaki itu mengubah posisinya supaya benar-benar berhadapan denganku. Aku mula menarik nafas dalam-dalam. Tidak mahu memandang wajahnya yang sedang tenung aku.  Pandangan kulemparkan ke hadapan sana sahaja.

"Saya akan jaga dia sebab dia anak saya!" Ujarku dengan tegas.
Terpaksa juga aku bertentangan mata dengannya untuk membuat lelaki ini  faham.Jari telunjuk kutundingkan ke arahnya.

"Ingat, saya setuju bukan sebab awak. Tu pun bersyarat! Nanti saya beritahu awak syarat-syaratnya. Awak perlu faham yang saya buat semua ni sebab Dina. Jadi, jangan sesekali fikir saya terhegeh-hegeh dengan awak. " Tegasku dengan ton yang sedikit meninggi.

Kemudian, aku beri jelingan maut sebelum mengubah posisi badan menghadap tingkap di bahagian kananku. Tidak mahu lama-lama membiarkan wajahku dijelajah oleh matanya tu.
"Whatever."

Sebaik sahaja dia berkata begitu, kereta pun mula bergerak. Rasa tak puas hati sudah mula menguasai diri. Masam mencuka wajahku saat ini.
Whatever???!
Isk! Memang mengundang betul dia ni! Zati was right. Patutnya aku kasi penampar crocodile aje kat dia ni. Biar seminggu tak boleh buka mulut. Baru puas hati aku.
***

Laju kakiku mengejar langkah Issac Iskandar di hadapan sana. Risau betul aku saat ini. Tertanya-tanya bagaimana keadaan Dina. Nasib baiklah tidak jauh sangat. Lebih kurang 20 minit sahaja masa yang diambil untuk sampai ke Hôpital Saint-Pierre ini. Apabila dimelayukan bahasa Perancis itu, Hospital Saint-pierre lah bunyinya. Lebih kurang sama.
Apabila Iskandar membelok ke kanan, aku juga turut sama membelok. Di tangan lelaki itu ada beg kertas yang berisi tupperware berwarna kuning. Mungkin makanan untuk Dina agaknya.
Anak mata merenung ke arah deretan bilik yang berada di kawasan ini. Dinding yang dicat dengan warna peach dan hijau pastel membuatkan ruangan ini nampak tenang. Sempat lagi aku membalas senyuman seorang jururawat yang sedang menolak seorang kanak-kanak di atas kerusi roda sebelum mengikut jejak Iskandar. Dia kulihat melangkah masuk ke dalam bilik bernombor 201.

"How are you, honey?"

Dengan lembut dan penuh kasih sayang Iskandar bersuara apabila merapati Dina yang sedang terbaring. Aku yang sedang menutup pintu hanya memasang telinga sahaja.

"Papa..Dina nak jumpa mama.." Dapat kudengar suara Dina bergema di ruangan ini.  Tak dapat ditahan sebak terus rasa hati. Itu ayat yang keluar dari bibirnya. Sebelum sempat Iskandar bersuara, aku terlebih dahulu membuka mulut.

"Mama kat sini sayang.." Nafas kutarik dalam-dalam dan aku terus melangkah ke arahnya. Berubah terus riak wajahnya apabila nampak bayang aku di sini.

"Mama.." Bulat matanya merenung ke mari. Bagai tak percaya dia melihat aku di sini.

"Ye sayang..mama datang ni."
Sayu aku bersuara. Anak mata kini menjalar pada tiub yang dipasang pada tangannya yang berfungsi untuk menyalurkan ubat dan air ke dalam badan.

"Hari-hari Dina tunggu mama.." Luah Dina dengan lemah. Aku pantas mengelus rambut gadis kecil ini.

"Sorry sayang..mama sibuk sikit. Lepas ni Dina akan selalu dengan mama. Mama janji, sayang." Kata-kataku berjaya membuatkannya terkejut besar. Nampak seronok betul.

"You're not lying, right?" Soalannya membuatkan aku ketawa kecil.

"Tak..tipu tu kan berdosa.." Ujarku. Dina juga turut ketawa saat ini. 

"Dina..papa ada bawa bubur tau."
Suara Iskandar mampu membuatkan aku menoleh ke arahnya.

"Dina makan ya?"
Dina hanya mengangguk lemah sahaja. Beg kertas yang tadinya berada di atas meja kecil di sisi katil kini dicapai lelaki itu. Tupperware berwarna kuning dikeluarkan.

"Boleh mama suapkan Dina?" Redup matanya menunggu jawapan dariku. 

Pantas aku anggukkan kepala.  Iskandar pula menghulurkan tupperware berserta sudu kepadaku.
Semasa hendak mengambilnya jemariku bersentuhan sedikit dengan jemarinya membuatkan lelaki itu merenung ke arahku saat ini. 

Jantung aku mulalah buat hal tetapi aku cuba berlagak selamba. Kenapa aku rasa lain macam ni? Padahal tersentuh jari aje kut!
Tupperware yang berada di tangan kubuka dengan penuh hati-hati manakala Iskandar pula sedang membantu Dina untuk bangun dari pembaringannya. Dia kini berada dalam keadaan duduk sambil menyandarkan kepala pada katil.

"Jom kita makan.." Bersama nada yang ceria aku berkata begitu sambil melabuhkan punggung di birai katil.

Perlahan-lahan aku menyuapkan bubur ke mulutnya. Susah sangat aku lihat dia hendak buka mulut dan mengunyah. Jelaslah selera Dina belum lagi kembali gara-gara demam panas yang dihidapinya. Pantas aku bersuara.

"Dina ingat lagi tak tentang hadiah yang mama beritahu tu?"Sengaja aku menyoalnya begitu untuk memancing minat Dina. Dengan mata yang bersinar dia menganggukkan kepalanya.
"Ingat.."
Aku menyuapkan lagi bubur ke mulutnya setelah suapan pertama tadi berjaya ditelannya. 

"Dina kena makan bubur ni tau..Lepas tu, Dina kene cepat-cepat sembuh. Balik rumah nanti, mama berikan hadiah tu." Ujarku sambil mengenyitkan mata ke arahnya. Ceria terus wajahnya saat ini. Jari kelingking dihulurkan ke arahku.

"Promise?" Soalnya saat ini. Kedua-dua belah keningnya terjungkit ke atas, menambahkan riak comel di wajahnya.
Pantas aku memautkan jari kelingkingku pada jari kelingkingnya sambil tersenyum manis.

"Promise, sayang!" Ujarku kepadanya.

Iskandar yang duduk di atas kerusi sebelah kanan katil hanya memerhati sahaja gelagat kami dua beranak. Entah apa yang ada dalam fikirannya tidak pula kutahu. Yang pasti tak ada lagi riak tegang di wajahnya. Salahkah aku kalau ada sedikit perasaan rindu pada memori dulu? Tiba-tiba terbayang jelas momen-momen indah kami bertiga 2 tahun yang lepas.

Malissa, tidak ada apa nak dikenangkan lagi..semuanya dah hancur berkecai.Tak mungkin dapat diselamatkan lagi.

***
Bab 7


Bab 7

Riak lega terpampang jelas di wajah Zati semenjak aku pulang dari hospital setengah jam yang lalu. Tidak, Iskandar tidak menghantarku. Belum sempat dia berkata apa-apa cepat-cepat aku menghilangkan diri setelah memberitahu Dina yang aku ingin pulang. Buat masa sekarang aku lebih selesa begitu. Aku tak mahu mengharapkan apa-apa lagi dari lelaki itu. Badan kusandarkan pada sofa saat ini. Balang kerepek yang dihulurkan Zati kucapai sambil menghalakan pandangan ke arah televisyen. Kat Belgium ni pun ada program masterchef jugak. Jangan tak tahu!

"Jadi, betullah kau tak jadi balik ni, Malissa?" Soal Zati.  Dari wajahnya tu, aku tahu dia sedang mencari masa yang sesuai sahaja untuk mendapatkan penjelasan dariku. Tambah-tambah setelah melihat Iskandar menggenggam lenganku petang tadi.

"Hm..nampaknya macam tu lah, Zati..lagipun flight aku dah terlepas kut pagi tadi." Jawabku. Kerepek kukunyah perlahan-lahan.
"Yang penting, Iskandar kene beli tiket yang baru untuk aku." Ujarku lagi.

Nantilah aku akan beritahunya syarat-syarat aku. Ingat semudah itu sahaja ke aku nak terima tawarannya tu? Zati sudah mula mengubah posisi duduknya. Pandangan tak percaya diberikan oleh gadis yang memakai sweater hijau ini kepadaku.

"Lisa..selamba kan kau panggil dia Iskandar? Isk, satu lagi..dari pertama kali Dato' Issac tu datang sini jumpa kau lagi aku rasa macam sesuatu sangat.." Hujung jari telunjuknya diketuk-ketuk pada dagu sambil merenung tajam ke arahku. 

Pantas aku bersuara.

"Apa yang sesuatu sangat tu?"

"Apa agaknya hubungan korang bertiga? Lain macam betul. Kau dah fikir masak-masak ke nak jadi babysitter Dina?" Soalan Zati membuatkan aku melepaskan keluhan berat saat ini. Rasanya memang sudah tiba masa untuk Zati tahu tentang hubungan aku dengan mereka dua beranak.

"Zati, aku mama Dina." Luahku.  

"Aku tak faham.." Semakin blur aku lihat wajah minah ni. Aku juga turut sama mengubah posisi duduk.
"Issac Iskandar tu suami aku, Zati.." Sepotong kata-kata yang keluar dari bibirku itu mampu membuatkan Zati tersentak teruk! Ni bukan terkejut beruk dah ni..ni dah macam kena sampuk! Bulat matanya menjegil ke mari macam nampak hantu! Sebelah tangan menekup mulut rapat-rapat. Aku lihat dia sedang memproses maklumat yang baru diterima oleh otaknya itu.

"Jadi, dia..dia lah.." Akhirnya dengan tergagap-gagap dia bersuara. Kemudian, jari telunjuk digerak-gerakkan ke arahku.
"Kau..kau..datang sini sebab..." Susah betul gadis itu hendak berkata-kata menyebabkan aku memotong kata-katanya. 

"Yes.." Kepala kuanggukkan berkali-kali. Nafas berat kuhela saat ini. Dengan wajah yang sayu aku merenung ke arah Zati. Tidak banyak yang aku minta, cuma biarlah Zati faham keadaanku saat ini.

"Aku tahu dia berada di sini Zati. Sebab tu aku datang. Kebetulan pula kau memang ada kat sini. Look, aku minta maaf sebab dari awal tak beritahu kau." Ujarku dengan sangat perlahan. Air mata sudah mula bergenangan di ruang mataku. Zati pantas menggenggam tangan kananku dengan erat.
"Lisa.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirnya. Kemudian, aku menyambung kata-kataku lagi.

"Aku memang akan tuntut fasakh nanti sebab aku dah tak nampak jalan untuk kami bersama tetapi sekarang, aku masih isteri dia. Apa yang Mak Lang cakap tu tak betul. Dia yang pandai-pandai sendiri. Iskandar tak pernah lafazkan talak kepada aku walaupun aku dah paksa dia.." Panjang lebar aku bercerita saat ini.

"Padanlah Dina tak habis-habis cakap kau ni mama dia. Padanlah siang malam dia menangis nak kan kau.." Zati sudah mula bersuara. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Tahulah dia kenapa chemistry di antara aku dan Dina sangat kuat. Semakin erat tanganku berada di dalam genggamannya saat ini.
"Malissa..aku bukan nak memandai-mandai, tapi kau tahu kan bergegar tiang arasy kalau korang bercerai?" Soalan Zati pantas kujawab dengan gelengan. Ramai yang tersalah anggap bab ini sebenarnya.

"Itu hadis palsu, Zati. Tapi memang benar, penceraian itu adalah perkara halal yang dibenci Islam. Kalau sudah tak ada daya, apa lagi jalan yang ada?" Kata-kataku membuatkan Zati terdiam.

"Hadis palsu ke? Aduh..aku yang silap." Luahnya. Kepala kuangguk sedikit.

"Cubalah selamatkan perkahwinan kau Lisa. Sekurang-kurangnya fikirkan Dina." Bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Baru sempat aku hendak menjawab kata-katanya, dia bersuara lagi. 

"Kau kena selamatkan perkahwinan kau, kalau tak rugilah kau Lisa oi. Untungnya lah hai..muda-muda dah jadi datin sepupu aku sorang ni. Ada lagi  tak agaknya Dato' yang masih single? Nak juga aku try."

Ceh! Padanlah nak sangat aku berbaik dengan Iskandar. Aku menampar kasar pahanya membuatkan gadis itu ketawa besar.

"Bengong betullah kau ni Zati! Sebab tu ke kau suruh aku selamatkan perkahwinan aku? Huh! Sikit pun aku tak hadaplah nak jadi datin pada Dato' kerek tu!" Getusku dengan sangat geram.

"So..lepas ni kau akan pindah ke sana ke?Rumah Dato' Issac."  
Automatik aku menggeleng sambil mencebikkan bibir.

"Tak ingin aku. Boleh kan kalau aku tinggal sini?" Soalanku membuatkan gadis ini ketawa kecil.

"Gila tak boleh? Aku lagi suka kau tinggal sini, Datin Malissa."
Ha, habislah..lepas ni memang bernanahlah telinga aku dengan usikan dia ni. Jelingan maut kuberikan kepadanya.

"Shut up, Zati! Aku tak suka.." Amaran keras kuberikan.  Dia masih lagi tersengih-sengih..memang sengaja nak sakat aku.
"Sedap ape..Datin Maira Malissa.."
Pantas aku cubit lengannya dengan sedikit kuat.

"Kau ni memang meminta kan.."
Terus bangun berdiri jadinya dia. Berkerut wajah menahan pedih. Pantas dia mengusap kawasan lengan kiri yang dicubit olehku.

"Hoi! Sakit la..ganas betulla datin sorang ni." Bersama ketawa besar dia berkata begitu.
Aku mulalah bangun berdiri. Nak kena lagi agaknya dia ni. Belum sempat aku menerpa ke arahnya, dia terus lari masuk ke dalam tandas.

"Zatiiiiiiii!" Jeritku dengan geram
***

Aku hanya membiarkan sahaja Dina bermain dengan rambutku yang terlepas bebas. Selepas disikatnya rambutku, diikatnya dengan getah pula. Kemudian, lepaskan semula dan sikat lagi. Aku hanya layankan aje sambil melipat baju-bajunya yang baru aku ambil dari dalam mesin pengering.

 Hanya Allah sahaja yang tahu betapa leganya aku apabila mengetahui yang Dina sudah pun pulang ke rumah. Siapa lagi yang beritahu kalau bukan jembalang tu. Pasti Fatin yang memberikan nombor telefonku kepadanya. Sebut tentang Iskandar, geram pula jadinya aku.
"Dina is already at home. Please come at 9 am. Jangan lewat pula!"
Baca kata-katanya dalam mesej pun aku dah boleh naik darah. Bibir kuketap geram.

Kata Fatin, sepanjang dia menguruskan Dina di sini, tidak pernah sekalipun Iskandar berada dalam rumah ni. Mungkin keadaan itu tak akan berubah walaupun aku sudah ambil tempat Fatin. Maklumlah dah 4 jam aku di sini, bayang lelaki itu tetap juga tak kelihatan. Selepas berikan aku kunci rumah ini, dia terus berlalu tanpa sebarang kata.
Mengikut kata Fatin, dia tak bekerja hari-hari. Hanya semasa Iskandar sibuk sahaja. Lupa pula aku berapa kali seminggu dia datang ke mari.

"Cantik sangat rambut mama.."

Suara comel itu mampu membuatkan lamunanku terhenti. Baju t-shirt berwarna pink yang hendak kulipat kuletakkan kembali dan terus menoleh ke arah Dina. Senyuman manis kuhadiahkan untuk gadis yang nampaknya sudah betul-betul sihat ini.

"Rambut Dina pun cantik, sayang." Tanganku mengelus lembut rambutnya. Dia terus bergerak ke bahagian belakangku semula. Rambutku disentuhnya lembut.

"Tapi rambut mama panjang." Kata-katanya membuatkan aku ketawa. Rambutku disikatnya kembali. Sama aje Dina dengan aku semasa kecil dulu. Teringin betul nak ada rambut panjang.


"Papa! Masuklah."

Papa? Mulalah aku jadi gelisah. Ceria betul wajah Dina ketika ini. Perlahan-lahan aku menoleh ke muka pintu. Jelas lelaki itu sedang merenung ke mari. Sejak bila pula dia berada di situ? Lelaki itu memakai baju kemeja biru dipadankan dengan wool shirt berwarna hitam di bahagian atasnya. Tangan kanannya memegang coat labuh berwarna kelabu gelap.  Cepat-cepat aku mencapai getah rambut yang terdampar di atas karpet pink ini. Aku memeluk Dina untuk seketika. Mulalah aku mencari alasan untuk beredar. Lagipun dah pukul 12:30 tengahari. Eloklah aku bawa makan tengahari untuknya.

"Dina..mama ke dapur kejap. Dina nak makan chicken rice tak?"  Soalku kepadanya. Pantas dia menganggukkan kepala dengan wajah yang sangat ceria.

"Nakk!"



 Siap angkat kedua-dua belah tangan lagi budak berbaju gaun labuh maroon ini. Pantas aku bangun. Sebelum Iskandar masuk ke sini dan keadaan aku menjadi bertambah canggung dan tak keruan, baik aku beredar. Lekas-lekas aku mengikat rambut apabila lelaki itu sudah mula masuk ke dalam bilik Dina ini. Masih lagi mata yang berhantu itu merenung aku.  Langkah kaki laju kuhalakan untuk keluar dari sini.

Sampai sahaja di dapur, aku mulalah membasuh tangan.  Ruangan dapur ini boleh tahan besarnya siap dilengkapi dengan meja pulau. Memang selesa untuk memasak. Aroma nasi ayam yang aku masak tadi kini memenuhi ruangan ini. Senduk kucapai dan apabila aku toleh ke belakang, aku berlanggar dengan seseorang. 

Tak dapat ditolong gara-gara hendak terjatuh, sempat aku memegang lengan lelaki ini. Bau wangiannya yang sangat aku rindui sepanjang dua tahun ini masuk ke segenap deria hidung, memberitahu aku yang jarak kami memang sangat rapat. Cepat-cepat aku lepaskan tanganku dari lengannya apabila yakin keadaan aku sudah stabil.

Mata kami bertentangan untuk seketika. Nyata dia juga terkejut dengan situasi kami sekarang. Bibirnya yang tadi tertutup kini terbuka sedikit dan kenapa mata chestnutnya itu tidak lagi merenungku dengan pandangan benci seperti selalu ketika ini? Terasa darah sudah berliter-liter menyerbu wajah. Apabila pandangannya melekat pada rambutku, aku terus bersuara.

"Sorry."

Baru hendak melarikan diri darinya, kedengaran lelaki itu bersuara dengan sangat perlahan membuatkan aku tersentak. 

"Still clumsy."

Di hadapan kabinet, dengan keadaan membelakangi lelaki ini aku memejamkan mata untuk sesaat. Terngiang-ngiang kata-katanya kepadaku satu ketika dulu. "You're clumsy but soooo adorable." Aku menarik nafas dalam-dalam. Malissa, stop it!
"Siapa suruh awak berdiri belakang saya?" Bidasku tanpa memandang ke arahnya.

Sengaja aku bersuara untuk menutup rasa yang tak diundang ini. Ya Allah susahnya keadaan aku ni. Bersama rasa yang bercampur-baur aku mula mencapai pinggan dari dalam kabinet. Lelaki itu kulihat hanya bersandar pada meja pulau yang terletak di tengah-tengah dapur ini dan merenung ke mari. Ada yang aku ketuk dia dengan senduk ni. 

Aku masih berlagak selamba saat ini. Pantas aku bergerak ke arah periuk nasi elektrik. Setelah menyenduk nasik ke dalam pinggan, aku membuka pula bekas berisi ayam. Beberapa potongan ayam kuambil dan aku bergegas pula ke arah periuk yang berisi sup. Setelah lengkap semuanya, aku meletakkan pinggan berisi nasi ayam dan mangkuk berisi sup ke atas dulang. Baru sahaja ingin melangkah, kedengaran suara lelaki itu bergema lagi.


"Buatkan aku air."
Pantas aku menoleh ke arahnya. Dulang berisi makanan untuk Dina kuletakkan di atas meja pulau untuk seketika.

"Sorry  Dato', saya busy." Ujarku dengan sangat sinis.

"Kalau kau nak kerja sini, better jangan malas. Orange juice, please. I like it cold, thank you." Dia memberi arahan  dengan bersahaja. Aku mulalah jadi geram. Bersama keberanian yang sudah kukumpul tadi, aku melawan tenungannya.

"Kalau awak nak Dina demam lagi, pandai-pandailah buat macam tu. Saya kat sini bukan orang gaji awak ye!"

Nyata dia tak puas hati dengan jawapanku. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke mari.

"But you're still my wife. Lupa?" 

Wajahnya ditunduk supaya dapat memandang wajahku dengan jelas. Baru sahaja ingin menjawab, kaku aku jadinya apabila bibirnya dirapatkan ke telingaku.

"Orange juice with ice please!" Bisiknya. Pantas aku melarikan kepala. Jantung mulalah buat hal.

"Oh..time-time macam ni pandai pula mengaku saya ni isteri awak. Takde. Malas nak layan." Bidasku. Tegang sedikit kulihat wajahnya tu. Padan muka kau.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan terus mengangkat dulang dengan penuh berhati-hati. 

Langkah kaki kuaturkan keluar dari ruangan dapur ini. . Susah betullah nak buat kerja kalau ada si pengacau tu. Isk, masalah besar ni!
*** 

**Sorry kalau ada kesalahan ejaan dan sebagainya.Ini adalah versi belum edit**
Assalamualaikum semua :) Terima kasih sudi baca bab 6 A dan Bab 7. Thank you juga kepada semua yang sudi like, share dan berikan komen di Facebook group Bila Suri Ryana Menaip. Jangan lupa..let me know your thoughts ya :) Take care!!