**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Tuesday 30 September 2014

Kimchi Untuk Awak! [Previously known as Kimchi Untuk Dia] [Teaser 1]


Teaser 1

**Ini bukan sambungan dari bab 28. Teaser ni Suri pilih secara random dalam bab2 selepas bab 28 dan post di sini :) **




Ah, masak aku! Gara-gara mahu larikan diri dan bersembunyi dari lelaki itu, aku terperangkap di dalam rumah tradisional korea atau dikenali sebagai hanok ini. Celaru rasanya hati. Di dalam rasa ingin melarikan diri darinya, terselit rasa rindu yang sangat menggila. Memang aku sudah tidak waras! Hanbok yang sudah pun berkedut di badan kupandang dengan pandangan yang kosong. Terbayang di fikiran saat lelaki itu menggenggam lenganku pagi tadi dan di saat dia mengikat tali pada bahagian atas hanbok yang hampir terlerai. Kenapa setiap sentuhannya bisa membuatkan jantungku berdetak hebat? Kenapa wajah kacak itu semakin mengganggu fikiran?

No, Bella..no!

Untuk apa terkejar-kejar seseorang yang hatinya berada pada perempuan lain? Tangan meraup wajah sedikit. Letihnya rasa diri saat ini. Nak baliklah! dah senja ni. Mesti lelaki itu sudah pun pulang. Beg tangan kucapai dan aku mulalah melangkah keluar dari kawasan ini. Kawasan Namsangol Hanok Village yang diterangi dengan lampu membuatkan pemandangan di sini kelihatan sangat cantik. Keadaan di luar ini sudah pun hampir gelap walaupun jarum jam baru menunjukkan pukul 6 petang. Dengan perlahan aku berjalan di bawah deretan pohon maple yang dedaunnya kelihatan sangat cantik dengan warna oren kemerahan. Tidak ada bayang manusia langsung di kawasan ini. Sesekali angin menyapa membuatkan tubuhku sedikit menggigil. Inilah akibatnya kalau keluar tanpa membawa trench coat bersama.

Dalam keadaan fikiran yang semakin bercelaru, mampu juga aku mengukir senyuman apabila daun-daun berguguran menyapa kepala dan pipi saat ini. Aku hanya membiarkan sahaja sambil meneruskan langkah namun tersentak aku jadinya apabila lengan kananku dicapai dari belakang. Serentak dengan itu juga jantungku berdetak dengan sangat laju. Wangian yang sangat aku rindui kini meresap di dalam segenap ruang hidung.



"Danial..what do you want?" Soalku dengan sangat perlahan tanpa memandang ke arahnya. Risau sekiranya hati semakin cair apabila melihat wajah kacaknya itu.

"You. I want you." Bisiknya di telingaku. Dapat kurasa hangatnya hembusan nafas lelaki ini menyapa pipi membuatkan hati semakin bergetar. Terus sahaja aku menjauhkan diri sedikit.

"I'm serious! Apa yang awak nak?" Setegas mungkin aku melontarkan suara. Serentak dengan itu juga aku menghayunkan langkah.

"I'm serious too. I want you!" Bentaknya dengan sangat kasar. Aku pasti dia sedang mengejar langkahku.

"Where are you staying? Campus hostel? Pack your things and pindah ke rumah aku esok."

Tergamam aku jadinya. Kaku terus kaki saat ini. Semudah itu? Dia ingat aku perempuan seperti Yoo Ri? Dengan pantas aku memalingkan tubuh untuk berhadapan dengannya. Aku merenung ke arahnya dengan pandangan tidak percaya.

"Are you crazy?" Soalku sambil mengecilkan mata.

Walaupun hati sudah mula memuji kekacakan lelaki ini namun ayat yang baru sahaja keluar dari bibirnya tadi benar-benar membuatkan aku geram. Jari telunjuk kulayangkan ke arahnya dan kugerakkan ke kiri dan ke kanan.

"No way Danial! No way! Saya tidak akan berkongsi ruang dengan lelaki macam awak." Dengan penuh ego ayat itu aku luahkan.

Sakit hatiku apabila terbayangkan insiden lelaki ini memeluk Yoo Ri dulu. Yoo Ri! Seorang perempuan yang bukan mahramnya. Huh..itu yang aku nampak. Entah-entah dia dah tidur sekatil dengan perempuan itu. Semakin menggelegak darahku saat ini.

Aku merenung tajam ke arahnya yang kulihat sedang melangkah mendekatiku saat ini. Aku pula cuba untuk mengundurkan diri ke belakang namun tidak mampu berbuat demikian apabila kedua-dua tangannya menggenggam kemas kedua-dua belah lenganku. Jarak di antara kami sangat rapat. Dengan perlahan-lahan dia menundukkan wajah dan merenung ke arahku.


"You have no idea berapa lama aku cari kau. You have no idea, Bella. Dah jumpa, tak mungkin aku akan lepaskan. I won't let you go." Bisiknya dengan perlahan. Dapat kurasa dengusan nafasnya menyapa lembut wajahku saat ini. Debaran di dada semakin memuncak.

Aku ingin bersuara namun entah kenapa bibir terkunci. Lama dia merenung ke arahku dan aku juga turut sama tenggelam di dalam renungannya itu. Rasa rindu yang membuak-buak di dalam jiwa terlerai sedikit akhirnya.

"Why did you leave without a word?" Soalnya. Tergamam aku seketika apabila jemarinya menepis lembut daun maple yang mendarat di atas kepalaku. Semakin tidak keruan aku jadinya apabila jemari itu kini mengelus pipiku dengan sangat lembut.

"Answer me, why?" Sedikit tegas ayat itu menampar gegendang telinga. Aku terus menepis jemarinya yang berada di pipiku.

"Let go of my hand. I need to go home. Dah malam." Aku bersuara akhirnya. Aku mahu pergi dari sini kerana aku takut hati aku semakin cair. Aku takut aku tidak mampu lagi menafikan perasaan di hati.

"I'll let you go but you have to answer me first."

Aku tahu lelaki ini memang tidak faham bahasa. Selagi aku tidak memberikannya jawapan, selagi itu aku tidak dapat pulang. Nafas kutarik dalam-dalam dan aku merenung tepat ke dalam matanya.

"Danial..your first girlfriend won't be happy to see this. Dia mesti tak akan gembira lihat lelaki yang dicintainya menggenggam kemas lengan saya begini." Sinis sekali suaraku bergema dan serentak dengan itu juga aku menarik lenganku sekuat mungkin dari dalam genggamannya. Berjaya juga akhirnya. Puas hati apabila melihat dia tergamam saat ini.

"My girlfriend? What??!" Bentaknya dengan wajah yang sangat terkejut. Isk..pandainya berlakon. Tengok tu, siap buat muka terkejut.

"You know what? You are reaaallly a good actor!" Aku siap angkat ibu jari lagi sebaik sahaja aku berkata begitu. Lelaki ini pula meraupkan wajahnya berulang kali. Memang aku tidak dapat lagi mengawal perasaan marah di dalam hati.

"Awak jangan ingat awak boleh sesuka hati peluk saya macam awak peluk dia. Awak juga jangan ingat dengan semudah itu saya akan pindah ke rumah awak. Kalau awak nak sangat teman serumah atau teman sekatil, awak boleh suruh your first girlfriend tu temankan awak. Eh, by the way, tolong kahwin dulu dengan dia sebab in case awak terlupa, zina itu haram dan besar dosanya dalam islam." Tanpa sedar petah bibirku bersuara, melepaskan segala rasa benci dan cemburu terhadap hubungan Danial dan Yoo Ri saat ini.

"Bella! Shut up!" Bulat matanya menjegil ke arahku. Aku juga turut sama merenung tajam ke arahnya.

"Danial, kalau awak nak, awak boleh kahwin dengan dia, tetapi tinggalkan saya. Lagipun, nothing changed with this marriage remember? Perkahwinan kita tak bawa apa-apa makna pun dalam hidup awak."

Tanpa aku duga, sebaik sahaja aku berkata begitu dia menarik aku dengan kemas ke dalam pelukannya. Getaran di dalam dada yang sememangnya sudah berdetak hebat kini semakin bergelora. Aku tetap juga sehabis daya menafikan rasa yang bersarang di hati. Anak mata kini liar memerhati keadaan sekeliling. Nasib baik memang tidak ada sesiapa di lorong yang agak sempit dan sunyi ini.

"Who is my girlfriend?" Bisiknya di telingaku. Pelukan semakin dikemaskan.

"You are really a good actor. You can simply hug anyone too and now you want me to stay with you. Mungkin awak boleh dapatkan Yoo Ri semudah itu, tetapi bukan saya ye. Tolong lepaskan saya sebelum saya menjerit." Aku cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Geram betul rasa hati. Kalau ada mata yang sedang memerhati, bagaimana? Ajaib juga. Belum habis aku menyumpah di dalam hati, dia terus sahaja melepaskan aku dari pelukannya.

"Wait..did you mention Yoo Ri?" Terangkat sebelah keningnya saat ini. Ada senyuman nipis di bibirnya. Namun, senyuman itu kulihat semakin lebar dan akhirnya ada ketawa besar keluar dari mulutnya untuk beberapa saat.

"Siapa lagi girlfriend awak? Hey, whatever la, Danial. Saya nak balik." Terus sahaja aku berpaling dan melangkah. Bukan apa, aku sudah tidak mampu lagi berhadapan dengannya. Semakin lama semakin bergetar rasanya hati.

"Bella..let's go somewhere." Terus sahaja dia menarik tanganku dari belakang sebaik sahaja berkata begitu. Aku pula dengan hanbok yang meleret di badan, semakin susah untuk melarikan diri. Aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya namun tidak berjaya.

"Danial..let me go! Awak boleh pegang Yoo Ri sesuka hati awak..tetapi bukan saya!" Bentakanku nampaknya  tidak memberikan apa-apa kesan terhadap lelaki kacak ini. Dia terus menarik lenganku dan aku pula terpaksa mengikut jejak langkahnya keluar dari kawasan perkampungan tradisional ini.

"Saya tak suka lelaki macam awak. Tolong hormati saya. Please respect me!" Jeritku lagi. Tidak peduli dengan mata pengawal yang sedang memandang. Danial pula buat bodoh aje. Aku hanya mengetap bibir dan mengikut langkahnya. Dengan sebelah tangan dia mengeluarkan kunci kereta dan dengan sekelip mata, pintu kereta Audi yang tersadai di bahu jalan ini dibukanya.

"Masuk.." Malas hendak bertekak, aku terus sahaja masuk ke dalam kenderaan mewah ini dengan perasaan yang bercelaru. Separuh hati mahu melayan kemahuannya manakala separuh lagi mahu melarikan diri darinya.

"Bella.." Panggilnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Aku hanya membatukan diri. Rasa janggal pun ada jugak ni. Lelaki yang berada di sebelahku ini terus sahaja mengalihkan tubuhnya ke arahku.

"Bella..you left because of Yoo Ri..cemburukan Yoo Ri?" Soalannya membuatkan wajahku membahang pula.

"Hmm?" Soalannya yang ini berakhir dengan ketawa kecil. Tak payah tengok wajahnya, suara dia ketawa pun mampu melajukan degupan jantungku.

"Please la..takde masa saya nak cemburu bagai ni. Saya cuma tak suka jadi penghalang cinta awak dengan dia." Ujarku sambil menjeling ke arahnya. Anak matanya itu memang berhantu. Apabila dia merenung ke mari begitu, automatik jiwaku bergelora.

"Bella..listen. It's true I have hugged Yoo Ri before. "

Aku lihat lelaki yang selalunya berkeyakinan tinggi ini sudah menjadi sedikit resah. Dalam anak matanya merenung ke arahku.Yang peliknya, di dalam cahaya lampu yang samar-samar dari luar, wajah kacaknya yang sedikit resah ini semakin menarik pula untuk dipandang. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam ketika ini.

"I've hugged Yoo Ri many times in fact but I've never done this to her. Even dengan Maya sekalipun, aku tak pernah. Dengan nama Allah." Kenapa ada getaran di dalam nada suaranya? Wajahnya dirapatkan ke arahku membuatkan aku semakin pelik.

"Done what?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu dan dalam sekelip mata aku dapat merasa kehangatan bibirnya. Gelora di hati semakin tidak bertepi. Aku cuba untuk menolak tubuh sasanya menjauhi diriku namun semua pergerakan menjadi kaku. Tidak berdaya lagi.

Danial..!

Suaraku hanya mampu tersekat di kerongkong sahaja saat ini. Tidak berdaya untuk aku lontarkan keluar.

***




148 comments:

  1. Wah, suspen2.. Terubat rindu baca teaser.. thnx kak suri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome :) nanti2 kak suri post teaser no. 2 ;)

      Delete
  2. this is nice kak suri! thank you <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much my dear hanis farhana :) tq sgt sebab sudi komen ye

      Delete
  3. Ohhh my daniall... Kenapa la slu buatkan sy bdebar2.. And...... I got u first kiss??? Hahahahaha... Muahhh muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xD maybe maybe xD thanks lynda sebab sudi berikan komen..mwah! Nanti2 akak post teaser 2

      Delete
  4. Serius sury tak sabar nak peluk danial ngan bella ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so muchhh sebab sukakan danial dan bella :) nanti2 suri post teaser 2 :)

      Delete
  5. Ohh my danial... Knp la buatkan jantung sy slu bdebar-debar... And... I got u first kiss?? Hahahaha

    ReplyDelete
  6. Best...nk lg suri...hehehehe..tamakkn sy...

    ReplyDelete
  7. Akhirnya dah ada teaser 1. Letih menunggu new entry.

    Raihana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee cite ni memang dah ditamatkan di blog..suri hanya akan post teaser sesekali je :) dan yang panjang mcm ni bukan ade dlm 3 atau 4..lain2 semuanya pendek2 xD Thanks sudi baca :)

      Delete
  8. sweet...tak sabar nk tunggu versi cetak :)

    dewi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dewi, sebab sudi baca :) nanti dah confirm bila terbit suri inform kay? :)

      Delete
  9. Thumbs up! Terlepas rindu pada Daniel & Bella.. how sweet.. Daniel pon dah in luv with Bella.
    -miEza-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much mieza sebab sudi baca dan tinggalkan komen :) in syaa Allah nanti2 akak post teaser 2 ye :)

      Delete
  10. Yeaahhh!!! Thanks suri..nak lagi..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. tq so much baby mio sebab selalu tinggalkan jejak kat sini :) tq sudi baca ye

      Delete
  12. Erk.. Sapa yoo ri eh? *curious*

    -Athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak yoo ri akan diketahui dlm versi cetak nanti..tak best la reveal sekaranggg haha thanks thirah sebab sudi baca..mwah!

      Delete
  13. Wah....Danial dah beromantika dengan Bella...suka...suka....suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tq sebab suka & tq sudi baca ye xD bab ni ter romantic sikit hee

      Delete
  14. wah, bila kuar ni? kena beli ni. rindu bella n danial

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah early next year :) nanti suri inform ye bila dah confirm nanti ;) tq so much sudi baceee ♡

      Delete
  15. thanks Kak Suri....melting disebbkn KUD...terubat rindu menunggu..hihihihi

    ReplyDelete
  16. Kak Suri buat saya rasa makin tak sabar sangat sangat sangat nk peluk Daniel ehh, nak peluk KUD! Waaaaa...mimpi Daniel la malam ni nampaknya.. Sob3 T_T

    ReplyDelete
  17. Yeayy best sgt terubat dh rindu kita ni dkt daniel wink wink :**

    ReplyDelete
  18. Wahhhhh demam ni....nak lagi. Nak part yg loving2....thanks sis sury love u much

    ReplyDelete
  19. Aigoo kak edah dah ketinggalan kapalterbang hehe how romantic soo sweet very inspire x cukup tapi thanks suri very appreciated

    ReplyDelete
  20. So sweet...:) terubat rindu pd bella n danial..x sabar tggu novel ne kluar..
    -june-

    ReplyDelete
  21. Tak sabar nak baca full version edisi cetak. Tidur dalam senyum malam ni. Thumbs up suri!

    ReplyDelete
  22. terubat rindu kt daniel & bella..kamsahamnida suri-ssi..

    ReplyDelete
  23. jatuh cinta b'kali2 ni... hahahahaaa

    leh lak danial jmpa bella ek? bella x leh lari dr danial la gamak ny.. ps ni bella trus tggal serumah ngn danial ke? ; )

    ReplyDelete
  24. Tq suri....best sngt...so sweet..

    ReplyDelete
  25. Thanz kak suri..muah ciked.. ^.^

    ReplyDelete
  26. Tq n lovely
    Saza

    ReplyDelete
  27. Thanks sis. .. terubat rindu dkt Daniel n bella. . Bila ke versi cetak?

    ReplyDelete
  28. Ok.. i jd malu ~~ hahaha comel laaaa..

    ReplyDelete
  29. Thanks Suri.... so sweet... Danial in love with Bella... -Saleena Sym-

    ReplyDelete
  30. A lot of thank you kak suriiii..

    ReplyDelete
  31. Last part saya tutup mata..haha..sweet je ^^,

    ReplyDelete
  32. Kak suriiiiiiiiiii. Terima kasihhhh
    Thumbs up

    ReplyDelete
  33. Siapa sebenarnya Yoo Rin? Bella dah jatuh hati kan Suri...

    ReplyDelete
  34. Yeah...teaser..thanks kak suri..sweetnyaa mereka nih..

    ReplyDelete
  35. ohhhh..noty eh danial...hahahah

    ReplyDelete
  36. terima kasih kak suri...
    terubat sikit dekat daniel n bella..
    kak suri saja buat hati ni x sabar nak peluk KUD...buat hati ni dup dap dup dap...
    apa pun sweet lah bila daniel dapat jumpa semula bella...hehehe

    ReplyDelete
  37. waaaaaaaaaaa....... best3x...

    ReplyDelete
  38. Huh......my heart....my heart....my heart....x tau nak ckp dah. Bestttttt. Tak sabor nie

    ReplyDelete
  39. Thanks Suri.ada teaser 1...terubat skit rindu

    ReplyDelete
  40. Suri, udah siap ke novelnya?

    ReplyDelete
  41. sweet....... cepatlah edisi cetak keluar hendaknya

    ReplyDelete
  42. He3 bestnye danial dah akui perasaannye kat bella, nak tunggu teaser kak suri lg nanti bule? Bab bella panggil danial ' abang @ syg' ha3

    ReplyDelete
  43. Sape sebenarnys si Yuri ni....bagaimana Daniel dpt menjejak isterinya...hingga kekorea...dan apa sebenarnya yg Daniel fikirkan bila Bella lari itu hari n apa terjadi pada Yoo Ri...

    ReplyDelete
  44. Thanks kak suri..sgt terubat rindu dekat KIUD ni...

    ReplyDelete
  45. Bila na kua novel ? bila na kua novel ?? LALALALA ~

    ReplyDelete
  46. ohhhhh....sweetnya.....danial dh jatuh cina kat bella.....nk lg

    ReplyDelete
  47. Ops!!adakah???????hiiiiiii..tersenyum i sesorang..kikikiki..suriiiii!!!bile nak keluar buku ni..dah x sabar ni.. :p

    ReplyDelete
  48. kehilangan bella mnyedarkn danial pd perasaan sbenar yg dia cb pndamkan...takut sngat bila prpisahan yg bella pinta..bukan lagi bayang2 maya tapi dia hnya inginkan hanya bella...

    ReplyDelete
  49. emm .. akhirnya yang dinanti dpt juga dibaca biar pun hanya teaser. terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Sweet sangatlah...boleh diabetes ni...

    ReplyDelete
  51. terima kasih byk2 suri up teaser ni... akak akan ulang baca lg... best... sweet sgt2...

    ReplyDelete
  52. best nya..nk Teaser 2 pleaseeee

    ReplyDelete
  53. nanti mesti diadaptasikan ke drama ni,harap tak lari cerita ni,suka baca,syabas di atas penulisan suri yang sangat baik good luck.....

    ReplyDelete
  54. oh my danial.. bawak audi, lagi la sy melting.. danial dh falling for bella ke?

    ReplyDelete
  55. Bestnyaa kak suri.. Thanks a lot... Terubat rindu^^
    suwit sgt en kimchi..ahaks!

    ReplyDelete
  56. waaa!!! daniel da suka bella la....

    ReplyDelete
  57. Sweetnya x saba tunggu versi cetak thanks suri danial n bella v luv u

    ReplyDelete
  58. ish! bukan bella je berdebar-debar.. saya yg baca ni pun berdebar-debar jugak!! huhuhu.. terbaik lah suri.. sweet sangat.. tqvm untuk entry ini.. sekian lama menunggu.. :))

    ReplyDelete
  59. Aaaaaaa!!!! pengsan!!! bangun balik, pengsan! bangun lagi, pastu pengsan lagi 10x!!! saya sukaaa! saya sukaaa! (sila baca gaya meimei dlm upin-ipin)

    ReplyDelete
  60. Suriiii...dah keluar teaser ni, adakah maksudnya buku akan laju2 masuk kedai? Please say yes..please..please..... Ahkak dah cair bair meleleh2 jiwa raga dah dibuat dek buat Daniel ni tau...

    ReplyDelete
  61. Sukanyerrrr......mmmmm....bila novel ni.....x sabar nk pelukkkssss

    affida ismail

    ReplyDelete
  62. Makin x sbr tnggu novel ni siap.. Truskan Suri.. Moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  63. finally!!!!!! danial, awhhhh..so sweet~~~~~hikhik
    -ija-

    ReplyDelete
  64. Done what???? OMG what r they doing??? Soklan sengal..hi..hi

    ReplyDelete
  65. wahhh terubat rindu.. thanks suri sebab upload teaser nie... tak sabar nak tunggu novel nie...

    ReplyDelete
  66. yey.... i like.....

    ReplyDelete
  67. Noty dania nih..cuttttt
    ..ijan

    ReplyDelete
  68. dan 2 kali baca...huhuhu....makin x sabar dibuatnya...

    ReplyDelete
  69. Danial buat ape ye?
    Pura2 blur....haha
    thanks ryana 4.the teaser....

    ReplyDelete
  70. Teaser aje pun dh best.. Apatah lagi keseluruhan novel
    Serious tak sabar tunggu dekat pasaran..
    Semua yg baca mesti angau dengan Danial. Hehehe
    Thnks Kak Suri

    ReplyDelete
  71. My my! Kak suri, nak novel versi cetak :D

    ReplyDelete
  72. Kenapa kali ni rasa daniel sweet sangat??

    ReplyDelete
  73. tgk drama hotel king, ingat danial, bila novel keluar yer?KH

    ReplyDelete
  74. Nk lg kak suri

    ReplyDelete
  75. Kak suri..sekali lagi buat saya xkeruan...hehehe..berdebo lak dada mcm kite nie bella..hehhe..k suri..cptkn laaa cetakknye..tersekse nie..hehhe✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi baceee ♡ in syaa Allah kemungkinan besar akan terbit thn depan ♡♡♡

      Delete
  76. tahniah suri ...ada part boleh keluar air mata, ada part macam kembali muda syabasss...

    ReplyDelete
  77. tahniah suri...ada part bikin keluar air mata, ada part macam kembali ke alam muda...tersentuh..syabasss.....

    ReplyDelete
  78. FINALLY..DANIAL MENGAKU CINTAKAN BELLA...

    ReplyDelete
  79. how sweet...romantik..oh my danial... nak lagi teaser pleaseee... bila whole novel kuar suri?... x sabarnya..

    ReplyDelete
  80. byk kli bc pun xjemu..thanks kak suri..nk teaser 2 plak eh..

    ReplyDelete
  81. oh my so sweet . bila novel ni nak keluar ? tak sabar nak peluk novel ni

    ReplyDelete
  82. Kak Suri.Cepat cepatlah post lagi.Tak sabarlah Kak Suri nak tunggu ><

    ReplyDelete
  83. naakkk lagiiiil pleaseeee ~ kenapa lambat sngat T_T

    ReplyDelete
  84. Deabakkk... x sbar nak tggu novelnya keluar.... :D
    ...dayah..

    ReplyDelete
  85. Emmmm Suri...dah berapa kali baca teaser ni tp x jemu2.... X sabar tggu teaser seterusnya....setiap kalau baca rasa aura Danial makin kuat pd Bella....Kimchi Cinta Danial dan Bella ni makin membara.....

    ReplyDelete
  86. Assalam Kak Suri, makin berdegup pantas jantung membaca teaser Kak Suri ni.. Hopefully sangat novel ni keluar tahun ni jugak.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  87. Best tahap langit ke 7...tak taulah dah brape puluh kali baca teaser ni..tetap tak jemu-jemu..cant wait for the novel...huwaaa...

    ReplyDelete
  88. kalau baca teaser ni mesti terbayang hero korea yang kacak tu,harap-harap nanti kalau diadaptasi novel ni pelakon dapat menghayati watak-wataknya dengan baik,pasti meletup dari cerita adaptasi sebelum ni,kalau dapat gandingkan pelakon korea lagi bagus he..he..berangan,tahniah suri!!

    ReplyDelete
  89. Oooolaaalaaa...dlm hati ada taman..rama2 terbang merata..membaca dah banyak ulangan....jgn lupa teaser nombor dua...thumbs up for u..lalala..

    ReplyDelete
  90. K.suri....
    Bl nk bg treaser no 2??
    Asyik ulang baca teaser no 1 je ne...rindu kt danial n bella..:)
    Hrp2 novel ne cpt ada kt pasaran...x sabar dh nk miliki kud...:)
    Bl nk smbg klik??
    -june-

    ReplyDelete
  91. please kak suri!!saya x sbr nk beli novel ni!!!

    ReplyDelete
  92. Goob job suri nak lagii ,teaser 2 please.harap cepat2 siapkn novel ni dh xsabar nk rau kesudahan nya.

    ReplyDelete
  93. Rindu yer kt bella n danial. Kak suri bg la teaser baru. Huhuhu.

    ReplyDelete
  94. Novel ni akn keluar tahun depan????Lambat nya Suri.. Teaser 2 pleaseeee

    ReplyDelete
  95. omg!!!!!!!!! sweettttnyaaa.. hahahaha xsabaq nk baca novel kak suri niyy. :D

    ReplyDelete
  96. Kak Suri, takde ke 2nd teaser sempena Deepavali besok? Sebaris dua update pn jadi la.. Hehe

    ReplyDelete
  97. Dah lama tak intai blog ni. Tetiba nampak e-novel baru. Besssstnye.... Marathon baca... Bila nak publish? Can't wait to have one. 2 thumb up 4 Suri... Keep up the good writing.

    ReplyDelete
  98. kak suri...(sambil lap air mata). ;(
    xde ke teaser 2??????? sekian lama da hamba menunggu... rindu tahap nonggeng da kt danial ngn bella nih.......

    ReplyDelete
  99. Suri, bila teaser ke 2 nie ? Tak sabar nak baca.......

    ReplyDelete
  100. Mne teaser yg ke2 kak,da xsbr da ni....waiting mood....huhuhuhu...

    ReplyDelete
  101. suri....takde teaser ke2 ke....dah xsabar rasanye ni...hari2 buka blog ni...novel pun lambat sgt terbit...

    ReplyDelete
  102. bila nak keluar novel ni hurmmmmmm nak baca lagi

    ReplyDelete
  103. Suri best sangat. Bila baca hati pun berdebar² sama dgn gelagat daniel n bella. x sabar tunggu next year versi cetak...

    ReplyDelete
  104. kak suri..bila novel nk diterbit kan??? x sabar da ni...!!

    ReplyDelete
  105. Too sweet!!

    -Ieyff-

    ReplyDelete
  106. Sweet sgt...tolonglah suri . ..Tak sabar nak baca novel

    ReplyDelete
  107. Bila novel nk diterbitkn...so sweet!

    ReplyDelete
  108. kak...bile nk kluar novel ni...sweet ssgt..

    ReplyDelete
  109. I lovvvveee that actionnnnn....sooooo sweaaaatttttt.....suri....jgn peram lama sangat...huhuhuhu

    affida ismail

    ReplyDelete
  110. akak teaser 2 best hehhehe

    ReplyDelete
  111. best novel ni...bila nk publish...x sabar nk beli....

    ReplyDelete
  112. xsabar tgu novel kuar...bila ye?

    ReplyDelete
  113. mmg fefeling habis... sebab dah jejak kaki kat hanok village ni... last yea...

    ReplyDelete
  114. dah ada kat market ke buku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat market? hahahah

      a'ahh bila nak keluar versi cetak ni?

      Delete
  115. x sabar nak baca novel ni...

    ReplyDelete
  116. trimakasih infonya....
    sangat menarik dan bermanfaat....
    mantap...

    ReplyDelete
  117. dh baca novel ne...best Sgt...

    ReplyDelete
  118. Kak suri..mna bab26??x de pon..

    ReplyDelete