DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Thursday, 28 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 18]


Bab 18

Ahhh tenangnya! Mataku berlari pada burung-burung yang berkicauan di atas pohon. Kemudian, anak mata tertancap pada bangsal yang letaknya betul-betul di belakang pelantar ini. Di dalam keadaan berbaring aku menjauhkan pandangan ke atas sana. Ke arah langit yang membiru. Angin yang menderu menambahkan lagi rasa indah di dalam jiwa. Inilah yang seronoknya tinggal di kampung. Selain daripada suasananya yang aman dan damai, di sini juga ada dusun tinggalan arwah Tok Ayah kepada kami. Bermacam-macam jenis pokok buah yang ditanam di sini. Di sinilah juga tempat aku bermain dengan arwah Kak Ngah dan Kak Long ketika kecil dahulu. Aku yang sedang berbaring di atas pelantar kayu yang agak besar ini terus sahaja bangun apabila nampak Pak Su sudah mula mencekah durian. Terus sahaja aku mengesotkan tubuh ke arah Pak Su, Mak Su dan umi yang sedang duduk di sebelah kanan pelantar.

"Pak Su..buka yang tu la..please.."  Rengekku sambil menunjukkan ke arah buah durian yang berbentuk sedikit bujur dan mempunyai tompok perang di bahagian hujungnya. Aku kenal sangat dengan durian itu. Pak Su yang sedang mencekah durian terus sahaja ketawa kecil.

"Nanti dulu. Kalau terus makan Musang King, tak seronoklah Bella." Kata-kata lelaki yang memakai t-shirt lusuh berwarna putih di badan ini terus sahaja disampuk oleh umi pula.

"Betul tu Bella..kalau terus makan yang itu, nanti bila kamu makan durian yang lain-lain ni terus rasa tak sedap. Takde selera nanti." Aku terus sahaja memonyokkan wajah. Semua orang tahu aku memang gila durian Musang King atau dikenali juga sebagai Raja Kunyit.

"Okayy laaa..makan yang ni dulu." Ujarku lambat-lambat sambil mencapai seulas buah durian D145 atau dikenali sebagai Tuan Mek Hijau. Ada juga orang memanggilnya dengan nama Durian Beserah. 

"Sedapnyaaaa" Ujarku sebaik sahaja isi durian berada di dalam mulut.Enak betul! Aroma durian D145 yang sememangnya harum benar-benar menyelerakan.  Semua yang berada di atas pelantar ini terus ketawa melihat telatahku. 

"Bella!" Suara Kak Long kini bergema di dalam dusun ini. Aku terus memandang ke arah gadis yang berbaju lengan panjang merah yang dipadankan dengan tracksuit biru gelap itu.

Ah, kacau daunlah Kak Long ni! Dia memang bukan hantu durian. Sebab tu la dia sorang aje terasing di situ.

"Yeee" Jawabku dengan malas. 

"Meh la sini." Pamitnya.

 Aku terus menoleh ke arah umi yang sedang sibuk mencekah durian D123 yang selalunya berwarna kuning keemasan dan  berisi tebal. 

"Kejap ye umi. Bella nak ke sana kejap."  Ucapku sambil menundingkan jari telunjuk ke arah Kak Long. Umi terus menganggukkan kepalanya.

"Pergilah. Kakak kamu tu bukannya suka sangat dengan bau durian ni." 

Aku ketawa kecil mendengar kata-kata wanita bertudung hitam itu. Sebelum pergi, sempat juga aku mencapai seulas buah durian D123 yang masih berada dalam pangsanya. 

"Sempat lagi tu.." Kata-kata umi menyebabkan Mak Su menepuk lembut bahu wanita itu.

"Biarlah dia makan, Kak Ngah..Bella memang hantu durian sejak kecil lagi. Nanti balik Korea dah tak jumpa dah benda ni." Aku mengenyitkan mata pada Mak Su. Mak Su pula terus angkat ibu jari. 

"Betul tu Mak Su. Kalau jumpa pun, buah import! Mahal pulak tu!" Ujarku seraya melompat turun ke atas tanah. 

Air yang berada di dalam botol mineral kucapai dan aku menjauhi kawasan pelantar sedikit. Setelah membasuh tangan kanan, aku meletakkan kembali botol tersebut di atas pelantar dan mula melangkah ke arah Kak Long.

Malaysia memang bumi yang sesuai untuk pecinta durian. Di sini durian hidup dengan subur sekali tidak seperti di Korea Selatan. Aku pernah nampak buah durian beku dijual di Lotte Mart, Seoul dengan harga 60,000 Korean Won sebijik! Lebih kurang RM180 jugaklah kalau ditukar kepada Ringgit Malaysia! Tahulah diimport tetapi harga tu memang tak masuk akal langsung.

Sambil melangkah memijak daun-daun yang berselerakan atas tanah, aku memandang ke arah Kak Long yang sedang bertenggek di atas batu betul-betul di bawah pokok manggis. Monyok aje wajah kakakku ini.

"Kenapa Kak Long?" Soalku sambil memandang ke arah bakul di tangannya. Tudung bawal yang senget-benget di kepala kubetulkan.

"Bella pandai panjat pokok kan?" Soal Kak Long sambil menjungkitkan kedua-dua belah keningnya ke atas. Ada riak nakal di wajahnya.

"Ha??" Aku terus mengerutkan dahi. Tidak sangka Kak Long akan bertanyakan aku soalan itu.

Kak Long pula terus bangun dari batu dan menarik lengan kananku supaya mengikut jejak langkahnya. Sempat lagi aku menoleh ke arah mereka yang berada di atas pelantar di belakang sana. Kusyuk mencekah durian sambil bergelak ketawa. 

"Kak Long, jangan buat hal..nanti kecoh jadinya Kak Long." Dengan penuh keterpaksaan langkah kakiku mengikut jejak Kak Long. Baru beberapa tapak melangkah, Kak Long terus berhenti di bawah pokok yang kedudukannya sedikit tersorok ini. 

"Bella..Kak Long teringin nak makan jambu batu! Kak Long siap bawa kuah rojak Mak Bee tau!" Bersama nada teruja dia berkata begitu. 

Jambu batu yang dicicah kuah rojak Mak bee..sedap tu! Omo! I'm drooling! Kepala terus kudongakkan ke atas. Woahh banyaknya buah jambu yang bergantungan! Ah, tergoda betul imanku. Jambu pun susah nak jumpa tau di Korea Selatan!

"Tapi, macam mana kita nak ambil jambu-jambu tu? Suruh Pak Su ajelah." Aku memberikan cadangan. Mata pula masih melekat pada buah-buah jambu di atas pokok.

" Pak Su tu dari tadi suruh Kak Long tunggu tapi, dia tak datang-datang pun ambilkan jambu batu ni untuk Kak Long. Pak Su asyik sibuk cekah durian aje. Pak Su kan hantu durian!" Ada nada jauh hati dapat kukesan dalam suara Kak Long. Kepala yang tidak gatal kugaru dengan perlahan.

"Habis tu macam mana? Tunggu aje la..tak pun, Kak Long makan buah duku tu dulu." Terus sahaja aku menundingkan jari ke arah buah duku yang bersepah di atas tanah.

"Tak nak..Bella..tolonglah ambilkan buah jambu batu tu..Satu kampung tahu Bella ni juara panjat pokok!" Bersama rengekan bahuku dipeluknya kemas.

"Kak Long..itu dulu! Bab-bab memanjat ni, Bella dah resign la. Kali terakhir panjat masa umur 17 tahun. Dah 5 tahun berlalu kut." Dengan tegas aku berkata begitu. Betul, dulu akulah juara bidang panjat memanjat pokok. Teringat kenangan dirotan umi di tapak tangan sehingga berbirat sebab aku panjat pokok mangga bersama si Miza.

"Ala..mesti ada skill lagi tu.." Rengek Kak Long.

"Tolonglah Bella..Kak Long cover line!" Pujuknya lagi. Aduh..jiwa dah mula tergugat. Kasihan pula aku dengan Kak Long. 

"Isk..ye la..tapi, kalau apa-apa jadi, Kak Long jawab dengan umi!" Putusku akhirnya sambil menjegilkan mata ke arahnya.

"Okay, janji!" Dengan pantas dia mengangukkan kepala. Sempat lagi aku menjengukkan kepala memandang ke arah mereka di atas pelantar  di belakang sana. Line clear!

"Kak Long, kalau line tak clear, beritahu Bella. Cepat-cepat Bella turun." Ujarku sebelum memulakan aktiviti memanjat.

"Okay. Thank you Bella." Dapat kudengar suara Kak Long bergema dengan gembira saat ini. 

 Pokok ini tidaklah tinggi mana tetapi mungkin kerana sudah lama aku tidak memanjat, terasa canggung pula. Sekejap-sekejap aku melihat ke bawah. Ah, tidak ada apa yang hendak dirisaukan Bella. Dahan pokok ini masih kuat lagi. Aku cuba meyakinkan diri sendiri. 

Apabila sudah mula rasa selesa dengan kedudukanku di atas dahan, tanganku mulalah memetik buah-buah jambu batu. Kak Long pula bukan main teruja lagi. Buah yang kupetik kubaling ke bawah. Kecoh mulutnya bersuara sambil mengutip buah jambu batu tersebut

"Wah Bella. Banyak dah ni..cukuplah tu." Akhirnya dia bersuara. 

"Okay.." Ujarku namun ada sesuatu yang menganggu saat ini. Apabila pandang aje ke bawah, aku berasa sangat gayat! Alamak..kuat tanganku memeluk bahagian dahan pokok saat ini. Tidak mampu hendak bergerak rasanya.

"Astaghfirullahalazim Kak Long! Tiba-tiba pula Bella tak tahu turun ni. Seriously! Gayatnya!." Ujarku dengan cemas. Ada peluh halus membasahi dahi ketika ini. Tu la kau Bella..tahu naik tetapi tak tahu turun!

"Ha? Kau biar betul dik?"  Soalan Kak Long juga cemas bunyinya,

"Kak Long..i'm being serious! I don't know how to get down!" Ujarku dengan sangat kalut.

"Kejap, Kak Long panggilkan Pak Su." Kata-kata Kak Long benar-benar menyedapkan hatiku.

"Okay..tapi jangan sampai umi dengar. Kak Long bisik kat telinganya, okay?" Sempat lagi aku berpesan kepada Kak Long. Kalau umi tahu aku panjat pokok, habislahhh! Memang mencari nahas namanya tu.

"Okay! Tunggu tau." 

Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus berlari pergi. Aku tahu pun daripada bunyi derapan tapak kakinya memijak tanah. Memang aku tak berani nak pandang bawah saat ini. Tiba-tiba teringat pengalaman rakan-rakanku ketika kecil dahulu. Ramai juga yang patah tangan gara-gara jatuh dari pokok. Apa lagi, semakin kemaslah aku memeluk dahan ketika ini. Isk, mana Kak Long pergi? Lenguh dah tangan aku ni! Aduhaiii..

"Bella.." Lega rasa hati apabila mendengar suara itu.

"Pak Su dengan Pakcik Dani tengah kutip buah durian. Ni Kak Long ada bawak tangga dari bangsal." 

Nasib baik tidak terlepas tanganku dari dahan mendengar kata-kata Kak Long! Kalau tidak, memang patahlah tulang riukku gara-gara jatuh terhempas ke  atas tanah.  Ya  ampunnn..Pakcik Dani datang? Si lelaki perasan bagus tu ada sekali tak? Sebut tentang dia tu..geram betul aku jadinya. Sabar Bella..sabar! Sudahlah paksa aku buat kimchi di rumahnya. Melampau! Takde kebebasan langsung! Sabar Bella..turun dulu. Nanti dah jejak tanah, bolehlah kau kutuk dia puas-puas. Aku cuba menyabarkan diri. 

"Thanks Kak Long sebab bawakan tangga! Tak berat ke?" Soalku yang cuba untuk bergerak dengan perlahan-lahan ke arah tangga.

"Rasanya macam tak.." Jawab Kak Long teragak-agak. Mulalah wajahku berkerut seribu saat ini. Kak Long mesti risaukan aku ni. Lain macam betul suaranya tu. 

"Pakcik Dani datang ye? Si Malaun tu datang tak?" Soalanku membuatkan Kak Long diam seketika. Aku pula sudah mula menjejakkan kaki ke atas tangga dengan sangat teliti.

"Malaun mana?" Soal Kak Long. Eh eh Kak Long ni..

"Si samseng poyo tu lah! Semua perkara nak ikut telunjuk dia. Kak Long! Ni first and last tau Bella ambil order dari dia. Lain kali no more!" Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu. Kakiku kini lincah menuruni tangga. 

"Bella..sudahlah tu.." Kedengaran suara Kak Long seperti ingin memujuk. Terus sahaja aku memotong kata-katanya.

"Kak Long jangan nak back up dia sangat ye. Dia ingat dia bayar mahal, sesuka hati boleh letak syarat yang tak masuk akal macam tu." Dengan geram aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Ah..sedikit lagi nak sampai bawah. Dengan hati yang lapang aku menuruni anak tangga tetapi entah di mana silapnya, aku sudah tersilap pijak. 

"Arghhhhhh!"  Terus sahaja aku menjerit dengan sekuat-kuatnya.

 Bergema suaraku di dalam dusun ini. Mata pula terpejam rapat dan tangan terawang-awang di udara apabila sedar aku bakal menghempap bumi. Dadaku berdegup dengan laju saat ini namun tekaanku silap. Terasa seperti ada tangan yang menyambutku dari bawah. Pak Su! Terus sahaja aku membukakan mata. 

Bukan Pak Su..tetapi orang lain yang menyambutku. Lelaki ini dah discharge dari hospital nampaknya. Habislah aku! Nak terputus urat perut rasanya gara-gara terlalu cemas! Astaghfirullahalazim! Sejak bila dia berada di sini? Kenapa Kak Long tak beritahu akuuu! Ya Allah. Dia menundukkan wajah sambil memandang ke arahku dengan sangat sinis. Anak matanya yang berwarna coklat itu sempat lagi kulihat berlari ke serata wajahku saat ini. Ada senyuman sinis tiba-tiba terukir di bibirnya. Senyuman yang mampu membuatkan dadaku berdegup laju gara-gara terlalu kecut perut. 

"What? Samseng? Malaun? Poyo?" Bisikannya membuatkan aku tersentak. Habislah kau Bella! You're so messed up Bella! Rasa seperti nak nangis aje ketika ini. Kelu lidahku.

"Da..Da..Danial! Saa..saye..." Tergagap-gagap ayat yang keluar. Tubuhku masih belum dilepaskan ke tanah lagi. Kak Long..tolong Bella!

"Saya apeeee...?"  Bisiknya kepadaku.Terus sahaja dia menjungkitkan sebelah keningnya ke atas. 

"Hmm?!" Soalnya bertalu-talu. Kalut otakku mengatur ayat saat ini. 

"Danial! What are you doing?" 

Mendengar sahaja suara itu, kami sama-sama menoleh ke kanan. Pakcik Dani! Pak Su pun ada.

"Astaghfirullahazim Bella.." Pak Su pula bersuara. 

Danial pula rasanya telah kaku saat ini gara-gara terlalu terkejut. Tebal berinci-inci terasa wajahku saat ini. Mana tidaknya, Pak Su dan Pakcik Dani nampak kami dalam keadaan begini!

"P...P..P...Pak Su!" Danial juga turut sama tergagap-gagap saat ini. Tanpa memberikan apa-apa signal, terus sahaja dia melepaskan tangannya dari tubuhku.  

Gedebuk! Begitulah bunyinya aku jatuh ke tanah. 

"Auchh!"  Ujarku yang terus sahaja mengusap bahagian belakang badan. Nasib baik tidaklah sakit mana. Kelam-kabut aku bangun berdiri.

"Danial! Kenapa lepaskan Bella begitu?" Pakcik Dani mula memarahi anaknya. 

Aku pula merapatkan diri ke arah Kak Long. Kak Long kulihat meletakkan kedua-dua belah tangan di atas kepala untuk seketika. Begitulah reaksinya kalau dia buntu.

"Papa..papa..it is not like what you are thinking.." 

Buat pertama kalinya dalam sejarah aku melihat Danial kelam-kabut begitu. Nasib baiklah umi dan Mak Su baru tiba. Tidaklah mereka nampak keadaan aku dan Danial tadi. Pffft! Aku menutup wajah untuk seketika.

"Pak Su, Danial boleh explain..Mak Su, Makcik Zahra..saya hanya nak tolong Bella." Danial yang segak dengan sweat shirt biru tua di badan terus sahaja bersuara.

"Bella jatuh dari tangga ni tadi. Saya tolong sambutkan. Tu je. " Ujar Danial. Sempat aku menjeling ke arah umi. Bulat matanya memandang ke mari. 

"That's all papa..nothing much." Ujar Danial lagi, cuba meyakinkan ayahnya. Wajah serius Pakcik Dani dan Pak Su kupandang silih berganti. Ya Allah..minta-mintalah dorang percayakan kami. 

"Betul ke ni Danial? Ikutkan Pak Su, harini juga Pak Su nak kahwinkan kamu." Tegas kata-kata Pak Su menusuk masuk ke gegendang telingaku. Bulat mataku menjegil ke arah Pak Su dan kemudian ke arah Danial yang juga kelihatan terkedu.

"Kamu dah bersedia nak kahwin, Danial? Bella?" Tegas kata-kata Pak Su membuatkan aku semakin kalut. Danial kulihat meraupkan wajahnya berulang kali.

"Pak Su..saya bukan sengaja nak buat begitu.." Danial bersuara dengan bersungguh-sungguh.

 Ah sudah! Kitorang bukan buat maksiat pun. Hee dengan lelaki itu pulak tu?! Tak hingin okay..tak hingin! Kelam-kabut aku bersuara.

"Kenapa pulak Bella mesti kahwin dengan dia? Bella tak nak kahwinnnn..Kak Long ni! Paksa Bella panjat pokok untuk ambil buah jambu batu. Bila dah panjat Bella tak tahu turun! Kak Long bawa tangga ni untuk Bella. Lepas tu Bella tergelincir dan jatuh." Dengan bersungguh-sungguh aku menerangkan perkara yang sebenarnya. 

"Selepas tu apa jadi?" Soal Pak Su. Teragak-agak aku memandang ke arah Danial sebelum menjawab. 

"Danial tolong Bella...err.." Tidak sanggup rasanya menghabiskan ayat itu. Panas terasa bahagian wajah menyebabkan aku terus sahaja melarikan pandangan ke arah lain.Aku menjeling ke arah Danial sekilas.  Serius wajahnya memandang ke hadapan. 

"Betul Salina..itu yang terjadi?" Soal Pak Su kepada Kak Long. Dengan bersungguh-sungguh Kak Long mengangukkan kepala. Ada ketawa kecil terbit dari mulut Pak Su. Kepala dianggukkan berulang kali.

"Kami sengaja aje nak gertak kamu. Sebenarnya kami percayakan korang. Apa yang korang cakap tu kami percaya..tak mungkin Danial sengaja nak angkat kamu begitu. Kamu bukan isterinya pun." 

 Lega mendengar kata-kata Pak Su. Anak mata kularikan ke arah Pakcik Dani yang tidak kusangka sedang memandang ke mari.

"Bella shhi..are you okay?" Soalnya sambil memberikan aku segaris senyuman.

"Bella okay Pakcik Dani.." Jawabku sambil mengangukkan kepala. 

"Salina, Bella..korang ni pun satu! Kan dah banyak kali umi pesan. Umi tak suka korang panjat pokok! Bella ni perempuan, bukan jantan!"  Dengan geram umi mula membebel.

Alamak, perlu ke bebel di depan mamat tu dan Pakcik Dani? Malunyaaa!

"Sorry..sorry umi..Lina teringin nak makan jambu tu.." Kedengaran suara Kak Long menjawab saat ini. 

Pak Su kulihat cuba untuk membantu kami. Terus sahaja dia menoleh ke arah kakaknya itu.

"Sudahlah tu Kak Ngah..Bella pun dah selamat turun. Lagipun zaman moden ni, perlu juga tahu panjat-memanjat ni Ngah..manalah tahu berguna juga skill tu nanti."  Belum sempat umi memberikan respons terhadap kata-kata Pak Su itu, Mak Su pula bersuara.

"Jom Bella, Lina, Danial..kita makan durian. Biar Pak Su aje yang kutip buah jambu tu." Mak Su terus mendekati kami sambil memeluk bahu kami berdua.

"Betul, biar kami sahaja yang kutip buah-buah itu. Pergilah berehat di bangsal." Sampuk Pak Su pula. Kemudian, Pak Su kulihat berbisik sesuatu kepada Pakcik Dani dan mereka ketawa bersama. Siap jeling-jeling kat aku dan Danial lagi. Pelik! 

Isk, kau ni Bella..negatif sangatlah. Mereka itu bukan kaki gosip nak gosip tentang aku dan Danial! Aku terus mengejar langkah umi, Mak Su dan Kak Long di hadapan sana manakala Danial pula berada di sebelah kananku. Jarak di antara kami kira-kira setengah depa saat ini. 

Ketika mata kami bertentangan, terasa panas sedikit wajahku saat ini. Erghh kenapalah dia yang harus menolong aku tadi? Habis tu, takkanlah Kak Long yang kurus tu pula yang nak tolong sambut aku? Kalau Danial tak tolong, silap-silap boleh patah tangan atau bahagian tubuh yang lain tadi. Dengan pantas aku meraupkan wajah. Bersama rasa tidak selesa aku terus berlari dan meninggalkannya yang masih memandang ke arahku saat ini.

Apabila sampai ke kawasan bangsal, kami terus melabuhkan punggung masing-masing di atas pelantar. Aku membiarkan sahaja umi dan Mak Su duduk bersama dengan Danial. Manakala aku dan Kak Long pula duduk betul-betul di belakang Danial. Mataku memerhati ke arah susuk tubuhnya yang sedikit sasa. Kemudian, mataku berlari pada rambutnya yang kelihatan tersisir rapi dari belakang. Fakta tetap fakta. Dia memang kacak. Tanpa sedar aku memuji lelaki itu di dalam hati. 

"Nah Danial..cubalah seulas."  Suara Mak Su memecah kesunyian di sini.

"Saya tak makan durian, Mak Su.." Dengan perlahan Danial menjawab. Amboi..pijak semut tak mati! Sopan! Kalaulah Mak Su dengar suaranya menjerkah aku dulu, mesti Mak Su pengsan gara-gara terlalu terkejut. Dengan geram aku menyindir di dalam hati.

"Kamu pernah cuba tak?" Soal umi pulak.  Lincah jemari umi membuka penutup bekas yang penuh berisi durian Musang King.

"Belum pernah.." Danial menggelengkan kepala. Aku lihat lelaki itu menyinsingkan kedua-dua belah lengan baju sehingga ke paras siku. 

"Ishhh kamu ni Danial..belum pernah cuba mana tahu kamu tak suka. Iyalah..tak kenal maka tak cinta?"  Ujar Mak Su pula. Kenapa agaknya Mak Su mengenyitkan mata kepadaku? Pelik betul. Aku buat bodoh sahaja. 

"Nah..cubalah seulas." Sekali lagi Mak Su mempelawa Danial. Apabila dilihatnya dia tidak berminat dengan ajakan Mak Su, terus sahaja aku mencapai seulas durian dari bekas tersebut.

"Meh Bella ajelah yang cuba. Lagipun dari tadi Bella tunggu Musang King ni tau." Ujarku sambil tersenyum lebar.

"Nah..cubalah seulas Danial. Yang kecil ni." Umi kulihat menghulurkan bekas kepada Danial. Isk, over betul dia ni! Mengada! Dah orang suruh cuba tu, cuba ajelah!

"Cubalah Danial. Rasanya takde orang mati lagi gara-gara makan seulas durian." Entah bagaimana ayat itu boleh terlepas dari bibir saat ini. Terus sahaja aku menutup bibir dengan belakang tangan kanan yang sedang menggenggam seulas durian. 

"Bella.." Umi nampaknya tidak senang dengan apa yang aku ucapkan itu.  

"Orang gurau sikit je umi.." Ucapku. Lambat-lambat kulihat Danial mencapai seulas durian yang berada di dalam bekas putih di hadapannya.

"Terima kasih Makcik Zahra.." Kata-kata Danial disambut dengan mesra oleh umi.

"Sama-sama.."  

Kak Long pula kulihat sibuk memotong jambu batu saat ini. Penghayatanku terganggu sebentar apabila terdengar suara umi berkumandang.

"Bella..tolong umi ambilkan termos air kat dalam beg. Umi letak beg kat dalam bangsal." 

"Okay.." Terus sahaja aku melompat turun dan mencapai botol air. Setelah membasuh tangan, aku mulalah melangkah ke arah bangsal yang letaknya di belakang pelantar ini. 

Mata mulalah liar mencari beg yang umi maksudkan. Jumpa! Ada di sudut kanan bangsal rupanya. Dengan perlahan-lahan aku menapak ke situ. Aku membuka zip beg berwarna hitam ini dan termos air kukeluarkan dengan cermat. 

"Ehem."

Terus sahaja aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara itu. Danial Lee? Tergamam aku seketika jadinya. Kenapa dia juga berada di dalam bangsal ini?

***

Hee ramai yang minta resipi kimchi dari suri..ade banyak versi dan cara utk buat kimchi..tapi, suri memang buat ikut cara ni : http://www.maangchi.com/recipe/tongbaechu-kimchi
 Resipi, cara buat semua ada kat web tu..siap dengan video lagi ;) selamat mencuba :)

Bagi yang bertanya tentang hero dan heroin pula,
Danial : lee dong wook - korean celebrity
Bella - Zaskia Sungkar - Indonesian celebrity
Kak Long - adik Zaskia Sungkar, Shereen Sungkar :) 

59 comments:

  1. Uiks baca dulunye...thanks suri

    ReplyDelete
  2. Best best best

    ReplyDelete
  3. Aaaaaaaaa bila nak publish ni tak sabarnyaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah hujung tahun atau tahun hadapan..tq so much sudi baca ye:)

      Delete
  4. Kak suri, omo2... pls smbg bab 19.. pls....:(

    ReplyDelete
  5. Omo!!! Kak suri best 3x tetiba lak danial datang arghh what happen

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jawapannya ade dlm bab 19..nanti akak post ye:)

      Delete
  6. Alaahhh...nape tergantung...nape danial ikut bellla..x aci sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi komen byt..nanti suri post bab 19 ye..jawapannye ada kat situ :)

      Delete
  7. Alaahhh...nape tergantung...nape danial ikut bellla..x aci sungguh

    ReplyDelete
  8. Alah...rasa mcm pendek je Suri...tak sabar nak tunggu bab seterusnya..makin mendebarkan..

    Eyna Lynn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry kalau bab ni pendek sikit, eyna lynn..esok malam suri post bab 19 ye? :)

      Delete
  9. mmg x aman la ko bella...Ada je si danial ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bella dah mcm magnet..mana ada dia situ ada danial.

      Delete
  10. Kak suri cptlah publishhh.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah hujung tahun atau tahun hadapan..tq so much sudi baca ye:)

      Delete
  11. alaaaaa..........nak lagi...hihihihi...awat kali ni pendek ja...
    apepun take care sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry kalau pendekkk..esok malam akak post bab 19 kayy :) take care too dear :)

      Delete
  12. Best . :-)

    - Athirah-

    ReplyDelete
  13. dah agak mesti ada danial punya.....blh tak nak mintak bab19 mlm ni jugak.....plezzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee bab 19 suri akan post esok malam rasanya..kalau sempat suri post malam ni kayy :) tq so much

      Delete
    2. Suri sempatkn jugak post malam ni tau..sya tunggu..hu..hu..nak jugak ini malam...

      Delete
  14. pekehei ny danial ikt bella ke bangsal? rs x puashati sbb bella gelar dia malaun,samseng ngn poyo td?

    rs ny pakcik dani mmg nk jdohkn bella ngn danial la..sbb tu diaorg semcam je..siap mak su bg hint skli.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah jawapannya ada di bab 19 nanti :) tq so much nur9979 sbab sudi baca dan berikan komen..:)

      Delete
  15. Sy pun nak bab 19 blh.....???? Please............cerita tgh best ni........

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah esok malam akak sambung bab 19 :)

      Delete
  16. haha so sweet bella and danial, masing2 cuak bila paksu ckp pasal kawin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much hanis sebab sudi baca dan berikan komen :)

      Delete
  17. wah siap bagi resepi tu kak suri...
    hehehe cuak juga bila disuruh kawin...kakakah

    ReplyDelete
  18. Danial ni mcm bayang-bayang la..ade je kat mne mne...hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la semakin bengang bella.haha tq so much sudi baca dan berikan komen.

      Delete
  19. 2 hari marathon smua bab...mmg best! thums up cik penulis..
    (*chaiyok Bella! lawan trus itu Danial... haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Nayna sebab sudi marathon :) nanti suri sambung bab 19 :)

      Delete
  20. Diorg ni mesti nk dijodohkan ni.. tp bella ngan kak long tersalah anggap, ingat umi yg nk kawen..haha.. lari la jauh ke mana pon bella..danial ttp ada dpn mata..karang kalau blk korea, dia pon balik korea..hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi komen Jue..in syaa Allah bab 19 nanti suri post esok malam :) mmg bella terpaksa juga balik nanti dan tinggalkan semuanya :) cuti sem tinggal 2 months plus aje hee

      Delete
  21. Diorg ni mesti nk dijodohkan ni.. tp bella ngan kak long tersalah anggap, ingat umi yg nk kawen..haha.. lari la jauh ke mana pon bella..danial ttp ada dpn mata..karang kalau blk korea, dia pon balik korea..hmmm..

    ReplyDelete
  22. Suri, I have collected all your books ~ MAID, ISM, PISA.... And I love MAID the most. Heard that MAID will be aired soon. Really hope the director and producer would choose good actors/actresses otherwise MAID would be nothing to be compared with KTAR, AR, RA200% etc.... I was very much devastated to watch PISA. What a waste of masterpiece to have those actors/actresses spoilt the beautiful story line of PISA...

    Anyway, can't wait to have KLIK and KUD as my collections...

    Kudos to Suri and keep up the good work!!!

    ReplyDelete
  23. Mintak2 lah Danial Lee baik cuba nak dekat ngan Bella, not because Bella resembles his ex-GF a lot, but because of Bella herself...

    Kalau Danial Lee cuba mempermainkan hati Bella, siap !!!!!

    Danial Lee, I am watching YOU!!! So, be nice.....

    ReplyDelete
  24. bestnya kak suri.. I love it :)... rasa guling-guling atas katil baca bab nie.. best sgt.. xsbar tunggu bab seterusnya...

    ReplyDelete
  25. habislahh dyeorang kena tangkap khalwat ... hahaahaahh.....dh laa berdua duaan kat bangsai.......x sabar rasenye nk bace next bab.....baru lepas tengak cerita 407 Dark Flight best giler.....pastu bosan bukak blog nii .... hahah untung harini...

    ReplyDelete
  26. out of topic sikit ye kak, hihi nak tanya saeujeot ni kalau kat malaysia nak cari mana yak? :/

    ReplyDelete
  27. out of topic sikit ye kak, hihi nak tanya saeujeot ni kalau kat malaysia nak cari mana yak? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cencalut ke saeujeot tu?

      Delete
  28. Danial follow Bella sampai ke bangsal...kalau dah suka tu ckp la hehehehe...tq Kak Suri

    ReplyDelete
  29. hope dapat baca samapi habis before start new sem huhu..sangat sangat addicted

    ReplyDelete
  30. haah kalau guna cencalok ganti saeujeot tu boleh tak kak suri??

    ReplyDelete
  31. mmmm...suka watak bella....daniel mesti dh syg bella

    affida ismail

    ReplyDelete
  32. mmmm...suka watak bella....daniel mesti dh syg bella

    affida ismail

    ReplyDelete
  33. Terbeliak mata WC baca part bella kutuk daniel smbil turun tangga tu. tu la cakap main lepas je. mesti famili derang nk jodohkan derang ni.
    Nti tenet laju WC tgk resepi kimchi yg bella buat tu. boleh la cuba nanti sbb kimchi yg WC buat xsame ngn bella pnye. nmpk bella pnye lg sedap

    ReplyDelete