DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Friday, 29 August 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 19]



Bab 19

Kak Long pula kulihat sibuk memotong jambu batu saat ini. Penghayatanku terganggu sebentar apabila terdengar suara umi berkumandang.

"Bella..tolong umi ambilkan termos air kat dalam beg. Umi letak beg ikat dalam bangsal." 

"Okay.." Terus sahaja aku melompat turun dan mencapai botol air. Setelah membasuh tangan, aku mulalah melangkah ke arah bangsal yang letaknya di belakang pelantar ini. 

Mata mulalah liar mencari beg yang umi maksudkan. Jumpa! Ada di sudut kanan bangsal rupanya. Dengan perlahan-lahan aku menapak ke situ. Aku membuka zip beg berwarna hitam ini dan termos air kukeluarkan dengan cermat. 

"Ehem."

Terus sahaja aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara itu. 

Danial Lee? Tergamam aku seketika jadinya. Kenapa dia juga berada di dalam bangsal ini?

Panas pula rasa hati yang  sememangnya masih menggelegak gara-gara kejadian tadi. Boleh pulak dia campakkan aku ke tanah. Macam campak buah nangka busuk aje lagaknya! Eh kalau dia turunkan aku cepat-cepat, takdenye Pak Su dan Pakcik Dani sempat nampak keadaan kami yang memalukan itu tadi. Tolong tetapi tak ikhlas!

Mata kujulingkan ke atas apabila lelaki ini tidak langsung bersuara. Dia hanya memeluk tubuh sambil memandang ke mari. Teliti sekali pandangannya itu tetapi tidak tajam seperti selalu.

"Awak nak apa?" Dengan wajah yang masam aku bertanyakan soalan itu. Tangan kanan memegang kemas termos air berwarna merah.

Lelaki di hadapanku kulihat mengukirkan senyuman sedikit. Mulalah jantungku buat hal. Matanya berlari ke serata wajah. Apabila dia memerhati begini, memanglah aku berasa tidak selesa. Langkah diambil setapak demi setapak sehinggalah dia berada betul-betul di hadapanku. 

"If you have nothing to say, please excuse me." Ujarku yang cuba untuk melangkah namun lelaki ini  terus mendepakan tangannya. Menandakan yang dia tidak benarkan aku pergi. Bulat mataku memandang ke arahnya. 

"Please stay for a little while..in fact I've locked the door.."  Bisiknya dengan sangat perlahan. Berderau darah tatkala aku memandang ke arah pintu. Nasib baik tidak terlepas termos di tangan. Terus sahaja aku mendongakkan wajah ke arahnya.

"Are you crazy? Why did you lock the door?" Soalku dengan kalut. 

Soalanku tidak dijawab. Dia hanya menjungkitkan bahu sedikit sambil tersenyum. Senyuman yang tidak pernah diberikan kepadaku selama ini. Senyuman yang mampu untuk membuat seorang perempuan normal cair.

" Do you want me to scream? "  Bertalu-talu aku menyerangnya. Nada suara sudah pun naik satu oktaf. 

Menggelegak jiwa menandakan aku sangat marah saat ini namun aku juga tidak dapat menafikan ada degupan kuat mengisi ruangan dada. Renungannya yang sedikit menggoda menambahkan lagi kacak di wajahnya. 

"Bella.." Lembut sekali suara itu menampar gegendang telinga. Apabila dia bersuara begitu mulalah aku kalut.

"You can scream your heart out if you want. Let them speculate what we are doing inside here. Lagi cepat kita kahwin." Selamba sahaja dia berkata begitu sambil ketawa kecil untuk sesaat,  menayangkan barisan giginya yang tersusun.Tergamam aku seketika. Dusun ni berhantu agaknya! Dia ni dah disampuk jembalang ke apa ni?

Tangan kiri sudah mula menyeka rintik-rintik halus yang memenuhi dahi. Gelisah rasanya jiwa yang berkecamuk saat ini.

"Awak nak apa?" Soalku sambil memandangkan tajam ke arahnya. 

Mana risau dengan keadaan mamat ni yang tidak kunafikan mengundang resah, mana nak risaukan tentang mereka yang berada di luar tu. Ah, boleh jadi gila! Dia kulihat mengambil nafas dalam-dalam. 

"I want you.." Bisiknya separuh merayu membuatkan hatiku bergetar. Sah, dah gila. 

"What?!" Terjerit kecil aku jadinya.Dengan pantas tangan kiri menutup bibir. 

"Let me see.." Anak matanya berlari ke serata wajahku. Sah Danial disampuk jembalang dusun! Aku terus mengundurkan diri dan bersandar pada dinding. 

" Flawless glowing skin, round big eyes, beautiful snub nose, plump sexy lips.." 

 Kelu terasa lidah saat ini. Apabila kulihat matanya berada di bibirku sedikit lama, tanpa dapat dikawal darah terasa menyerbu ke wajah. Terus sahaja aku melarikan pandangan ke arah kayu-kayan yang berada di sudut kiri bangsal.

"Who wouldn't  fall for you?" Soalannya membuatkan aku semakin tidak keruan. Wajah terus kuraupkan berkali-kali. 

Namun, apabila jenis senyumannya yang satu itu beraja di bibir tika ini, tahulah aku lelaki ini sedang menguji kesabaran dan keimanan di dalam diri. 

"And you're blushing..it's really exciting to see, Bella. Really interesting!" Sambil menggelengkan kepala, dia terus ketawa besar. 

"Blu..blushing?! Apa awak mengarut ni? No I'm not!" Jeritku dengan geram namun nada suara kukawal dengan sebaik mungkin.  

Kurang asam! Aku pasti dia memang nak mempermainkan aku! Tajam aku merenung ke arahnya.

"Heyy, why are you acting so serious? Tadi kat depan Makcik Zahra, kau cakap kau suka bergurau, kan?"  Soalnya dengan sedikit sinis. Geram betul aku jadinya! 

"By the way, it's getting hot in here..can't you feel it?" Soalnya sambil mengipas-ngipas bahagian kanan wajahnya dengan tangan kanan. Tangan kirinya dari tadi berada di sisi tubuh sahaja. Statik. 

Belum sempat aku bersuara, dia kelihatan membuka 3 butang bajunya yang paling atas mendedahkan bahagian atas dadanya yang bidang dan sedikit kemerahan. Tersentak aku jadinya. 

"Stop it!" Terus sahaja aku memejamkan mata. 

Ya Allah, jika salah seorang ahli keluargaku atau Pakcik Dani datang, bagaimana?!Aku tahu dia tak berpuas hati dengan mulutku yang sedikit lancang tadi, tapi tak perlu kut sampai begini. 

"Astaghfirullahalazim..what's wrong with you, Danial?"  Aku terus bersuara dengan sangat geram.

"Nothing is wrong with me. I'm perfectly fine, can't you see Miss Bella.." Boleh pula dia memusingkan badannya sedikit ketika berkata begitu. Ikutkan hati, mahu sahaja aku siram mamat ni dengan air panas di dalam termos yang sedang kupegang.

"What did you call me? Samseng? Poyo?" Soalnya dengan sinis.

 Aku yang masih bersandar pada dinding terus sahaja berdiri dengan tegak apabila dia melangkah mendekatiku. Bau wangian yang selalu dipakainya kini sudah mula sebati dengan hidung.Tangan kanan diletakkannya di dinding betul-betul di sebelah kananku dan dia menundukkan wajahnya. Kami bertentangan mata buat seketika. 

"Now you can add one more in to the list..seductive." Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus melarikan diri menjauhinya.

 Jari telunjuk kutundingkan ke arahnya.

"Saya rasa, awak kena jumpa psychiatrist lah lepas ni. Bukan apa, almond yang awak makan tu bukan sahaja menyebabkan awak alergi tetapi almond tu dah buat otak awak gila agaknya!" 

Baru sahaja ingin melangkah jauh darinya, dia mendepakan tangan kiri. Aku perasan dari tadi tangan itu kelihatan seperti menggenggam sesuatu. Terus aku terpaksa menghentikan langkah untuk mengelakkan dari bersentuhan dengannya. 

"So what if I'm crazy?" Soalnya sambil menjungkitkan sebelah kening. 

Memang wajahnya menarik untuk dipandang tetapi aku belum gila lagi untuk jatuh cinta pada teman lelaki arwah Kak Ngah, kakak kandungku sendiri.

"Danial,  arwah Kak Ngah tak akan gembira kalau dia tahu awak buat saya macam ni..saya nak keluar dari sini." Ujarku dengan sedikit lembut. Sengaja aku gunakan nama arwah Kak Ngah kali ini. Lelaki ini tersenyum sinis. 

"Tapi rasanya, arwah Kak Ngah tak akan marah kalau aku bebaskan belalang ni kat sini, kan? Lain kali, please watch your mouth!" Tegas nada suaranya mengucapkan ayat yang terakhir itu.

Serentak berkata begitu, tangan kirinya dibuka betul-betul di hadapanku. Belalang kunyit! Besar pulak tu! Seperti belalang yang sedang berterbangan, aku juga terasa seperti ingin terbang. Laju aku berlari bersama termos di tangan menuju ke arah pintu. Kelam-kabut tangan kiri membuka selak pada pintu bangsal dan aku berlari keluar.

"Arghhhhhhhhh! Umiiiii tolong Belllaaaaaaaaaa..ada belalanggg!" Sambil menjerit dengan kuat aku berlari ke arah pelantar. Semua yang berada di sini tergamam melihat keadaanku. 

"Ya Allah, Bella..belalang aje pun. Patutlah lama kamu kat dalam bangsal tu. Kamu masih takut belalang ke?" Soalan umi membuatkan semua yang lain ketawa. Semakin panas jadinya hatiku. Nasib baik Pak Su dan Pakcik Dani tidak berada di sini. Memalukan betul! Termengah-mengah aku saat ini. Terus sahaja aku meletakkan termos di atas pelantar.

"Bella..belalang tu kecil aje..kamu takut ke?" Soalan umi kujawab dengan gelengan.

"Bukan takut, Bella cuma tak suka aje." Rungutku dengan perlahan. Apa lagi, ketawa besarlah Kak Long yang sedang sibuk mencicah jambu batu dengan kuah rojak. 

Geram betul rasa hati apabila terlihat lelaki itu melangkah ke mari. Boleh pula control macho dan sopan, bagai tiada apa yang berlaku. Ya Allah, rasa seperti mahu sahaja aku menghempuk kepalanya tu dengan termos umi.

"Rasanya ada belalang kunyit besar sedang  ke mari. Menyampah! Bella balik dulu umi, Mak Su." Dengan selamba aku berkata begitu. Sempat lagi aku menjeling tajam ke arah Danial. Menyampah!

Baru sahaja dua langkah aku menapak, Kak Long pula memanggil dari belakang.

"Bella.."

Aku terus menoleh.

"Tak nak ikut Kak Long jumpa Laila ke?" Soalan Kak Long kujawab dengan gelengan.

"Tak nak."  

Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus berlalu. Terima kasih kepada lelaki itu kerana buat aku hangin satu badan hari ini. Hantu betul! Bagaimana dia tahu aku takut belalang? Pffftttt! Sambil menyumpah aku melangkah pulang ke rumah.

*** 
Kelam-kabut aku memerhati sekeliling kawasan ini. Indahnya! Rumput-rumput yang hijau, langit yang membiru, bunyi air sungai mengalir yang mendamaikan jiwa..di mana aku berada ni? Nak kata di dusun arwah Tok Ayah, tak masuk akal pula. Dusun tu taklah secantik ni. Sudahlah tu, tidak ada siapa pun di sini kecuali aku seorang. Terus sahaja aku melangkah dengan perlahan-lahan di bawah rimbunan pohon yang merendang sambil menikmati pemandangan  yang sangat menenangkan fikiran. Mata kukecilkan sedikit apabila ternampak bayang seseorang di hadapan sana. 

"Kak Ngah!" Jeritku dengan riang. Semakin jelas wajah itu dapat kulihat saat ini. Ya Allah, memang betul Kak Ngah ada di hadapan sana. Kak Ngah pula tersenyum manis ke arahku. 

"Cantiknya dia.." Aku berbisik pada diri sendiri. Wajahnya berseri bagai bintang-bintang berkelipan di langit. Ada sepasang kurung putih bersih melekat pada tubuhnya. Wajah jernih itu benar-benar membuatkan aku terpesona saat ini. 

"Kak Ngah..Bella rindu Kak Ngah..Umi dan Kak Long juga rindukan Kak Ngah..Danial sedang menanti Kak Ngah..Kak Ngah tahu tak, dia sangat cintakan Kak Ngah.." Ucapku dengan bersungguh-sungguh bersama dengan senyuman yang sangat lebar. 

Aku lihat Kak Ngah tidak bersuara. Dia hanya tersenyum sahaja. Bersama senyuman yang sangat manis itu dia membuat isyarat mata supaya aku mengikutnya. 

Kaki terus mengekori langkah Kak Ngah namun langkahnya terlalu laju untuk kukejar. Sesekali Kak Ngah berhenti dan menoleh ke arahku. Tangan kanan dihulurkannya untuk seketika, isyarat supaya aku terus mengikuti jejaknya. Senyumannya sentiasa mekar di bibir membuatkan aku semakin bersemangat untuk melangkah. Akhirnya kami tiba di satu kawasan taman yang dipenuhi dengan bunga mawar. Mata berlari ke arah buaian yang sangat cantik. Ada bunga menjalar di atasnya.  Aku kembali memandang ke arah Kak Ngah  yang kini berada begitu dekat denganku. Hanya 2-3 langkah sahaja di hadapanku. 

Pelik kenapa aku tidak mampu untuk berkata-kata. Kami hanya bertentangan mata namun itu sudah cukup memuaskan hati aku. Terasa rindu yang kupendam sudah pun terubat saat ini. Senyuman Kak Ngah semakin lebar. Terus sahaja dia membuat isyarat mata supaya aku memandang ke sebelah kananku. 

Danial?

Bagaimana dia boleh berada di sini? Aku terus menoleh ke arah Kak Ngah bersama tanda tanya di dalam fikiran namun Kak Ngah kulihat masih tetap tenang dan tersenyum manis seperti tadi. Kepala dianggukkannya perlahan-lahan kepadaku membuatkan aku keliru. Aku terus sahaja ingin memeluk Kak Ngah saat ini namun kakiku seakan terpaku di bumi. Kak Ngah pula kulihat lambat-lambat berlalu pergi. Aku ingin memanggil nama Kak Ngah namun aku tidak mampu untuk bersuara. Kepala kugelengkan saat ini. Kak Ngah tolong jangan pergi.  Sesekali Kak Ngah menoleh dan tersenyum ke arahku. Aku hanya dapat menangis.  Sebak terasa kerana aku tidak dapat menahan Kak Ngah dari pergi. 

Bersusah payah aku cuba untuk memanggilnya kembali.

"Kak Ngahhhhhhhhhhhhhh!" Jeritku dengan sepenuh hati dan serentak dengan itu juga terasa sakit bahagian badanku.

"Auchhhh!" Aku mengusap bahagian bahu kanan saat ini. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata. Tadi, rasanya aku berjalan di bawah rimbunan pohon. Tapi kenapa sekarang aku berbaring di bawah siling putih ni? 

"Astaghfirullahazim, Bella!" Jeritan suara umi membuatkan aku tergamam. Terus sahaja aku mendongakkan kepala ke arah suara itu. Kelihatan umi tengah kelam-kabut melangkah ke arahku. 

"Kamu yang jatuh. Mati-mati umi ingatkan almari yang tumbang ke lantai tadi!" Aku hanya menenyehkan mata sahaja mendengar bebelan umi.

"Umi, mana Kak Ngah?" Soalanku membuatkan umi menggelengkan kepalanya. Semakin laju dia meluru ke mari.

"Astaghfirullahalazim Bella! Mimpi apa sampai jatuh katil ni?" Bebelan umi nyaring menerjah masuk ke dalam telinga. Tangan kanannya dihulurkan ke arahku. Ya Allah, aku mimpi sampai jatuh katil! Patutlah sakit! Huluran tangan umi kucapai dan aku bangun dari pembaringan. Kemudian dengan perlahan-lahan aku duduk di birai katil.

"Umi..Bella mimpi arwah Kak Ngah." Gumamku dengan perlahan-lahan. Umi pula terus mengambil tempat di sebelahku. Kepala digelengkannya sedikit.

"Itulah..tidur lagi petang-petang begini. Bella tahu kan tak elok tidur selepas asar?" Soalan umi membuatkan aku meraupkan wajah dengan tangan.

"Bella penat sangat tadi umi.." Luahku perlahan. Kemudian mataku berlari pada wajah umi. 

"Umi pakai tudung cantik-cantik ni nak ke mana?" Soalku. 

"Umi nak ke kedai Pak Amat kejap. Nak beli tepung. Kan tadi Bella dengan Kak Long cakap nak makan cempedak goreng?" Dengan sahaja perkataan cempedak goreng, aku terus bersemangat. Dengan pantas aku bangun berdiri.

"Kesiannya umi..biar Bella ajelah yang pergi." Ujarku. Umi juga turut bangun saat ini.

"Tak payah..sebab lepas beli tepung, umi ingat nak singgah ke rumah Pak Su kejap. Nak bincang fasal  kenduri esok."Kata-kata umi membuatkan aku terdiam. 

"Kenduri apa umi?" Soalku bersama sejuta tanda tanya di dalam fikiran. 

"Kenduri kesyukuran kecik-kecik aje Bella. Sempena kami berempat selamat pergi mengerjakan umrah dan pulang semula ke Malaysia ni. Kami tak jemput ramai pun." Jawab umi. Aku terus sahaja menganggukkan kepala beberapa kali. Tanpa sempat aku bersuara, umi menyambung ayatnya.

"Umi pergi dulu ye." Kata-kata umi aku jawab dengan anggukan.

"Aaa..ye.." Seronoknya dapat makan cempedak goreng sekejap lagi! Itu yang berada di dalam fikiranku saat ini. Ada sengihan muncul di bibir. 

"Umii" Panggilku. Umi yang sudah pun berada di muka pintu terus menoleh.

"Ermm..Kak Long mana umi?" Bagasi yang berisi harta karunku terus kubuka. Tangan lincah mengeluarkan berus gigi. 

"Kak Long keluar kejap. Jumpa Laila katanya." Dengan pantas aku menganggukkan kepala.

"Oh..okay." Sebaik sahaja berkata begitu, umi terus melangkah keluar dari bilik ini. 

Dengan perlahan-lahan aku meraupkan wajah. Pandangan kosong kuhalakan pada jendela kayu di hadapanku. Sesekali tirai jendela menari-nari ditiup angin. Ada keluhan berat muncul di bibir.  Mimpi tadi tu, betul-betul macam realitilah! Terus sahaja aku duduk kembali di birai katil. Rasa seperti betul-betul aku berjumpa Kak Ngah tadi. Isk, tapi aku tak puas hati betullah! Boleh pula mamat poyo tu enterframe dalam mimpi aku! Menggelegak darah dalam badan apabila terkenangkan apa yang dia buat kepadaku dalam bangsal nanti. Ya Allah, geramnya!

Tapi Bella..kau pun sedap kutuk dia sebelum tu. Bagai ada yang berbisik ayat tersebut kepadaku saat ini. Ah, malas nak fikir tentang perkara itu. 

 Aku menggaru kepala sambil cuba mengingat kembali apa yang berlaku di dalam mimpi. Kak Ngah mengarahkan aku untuk mengikut jejak langkahnya, kami melangkah sehinggalah tiba di satu kawasan yang sangat cantik. Dia menyuruh aku menoleh ke sebelah kanan dan Danial Lee ada di situ. Kenapa Kak Ngah meninggalkan aku dengan Danial dan terus berlalu? Entah kenapa ada gusar melilit tangkai hati. Serentak dengan itu degupan halus bergendang di dada.

"Bella! Mimpi aje kut!" Aku memarahi diri sendiri saat ini. 

Dengan pantas aku bangun berdiri. Kaki melangkah ke arah almari dan tuala biru yang terlipat kemas kucapai. Ada senyuman sumbing muncul di bibir. Macam manalah gadis yang bergelar seorang  mahasiswi boleh mengambil serius tentang mimpi? Di dalam Al-Quran sendiri menyebut yang mimpi, kebanyakannya adalah mainan tidur. Tambah-tambah mimpi di petang hari begini. Aku terus menggelengkan kepala. 

Baik aku mandi daripada fikir tentang mimpi tadi tu. Kaki melangkah keluar dengan laju dari bilik untuk menuju ke bilik mandi di bawah sana. Namun, apabila melintasi bilik arwah Kak Ngah, automatik pula kaki ini berhenti melangkah.  Perlahan-lahan aku menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik ini.

Cantik dan tersusun. Ada senyuman beraja di bibir apabila terpandangkan gambar-gambar arwah Kak Ngah yang tersusun cantik di atas meja. Kata umi, dia langsung tidak mengubah apa-apa di dalam bilik ini. Semuanya dibiarkan seperti sedia ada. Umi hanya membersihkan habuk sahaja. Ah, arwah Kak Ngah memang pengemas orangnya.  Dia juga seorang yang lemah lembut, tidak suka menjawab..jika ada perkara yang dia tidak puas hati, selalunya akan didiamkan sahaja. Memang lainlah sikapnya daripada aku. Terus sahaja aku duduk di atas katil. Dulu, sekiranya kami menonton cerita seram di televisyen, mesti aku akan tidur dengan arwah di sini. Takut nak tidur seorang diri. Kadang-kadang, Kak Long pun join sekali. 3 orang tidur bersama di atas katil bersaiz queen. Ada ketawa halus terbit di bibir. Aku tergamam seketika apabila terpandangkan sesuatu di bawah almari baju. 

Ya Allah kotak kayu tu masih ada lagi? Ketawa terlepas semula dari bibir. Arwah Kak Ngah memang marah betul kalau aku atau Kak Long buka kotak kayu tu masa sekolah dulu. Mana tidaknya, semasa sekolah rendah dahulu, semua rahsia-rahsianya disimpan di dalam kotak itu. Surat-surat daripada secret admirer nya semua ada di dalam kotak tersebut. Itu cerita semasa sekolah dululah. Selalu juga aku curi-curi buka kotak tu dan curi-curi baca surat-surat di dalamnya. Nakal betul aku! Tapi, selepas arwah Kak Ngah pindah ke asrama, aku sudah tidak pernah nampak lagi kotak itu sehinggalah ke saat ini. Pasti dia bawa bersama dengannya. Ah, mesti dia simpan barang lain dalam kotak tu setelah dia meningkat dewasa. Lagipun zaman sekarang mana ada orang hantar-hantar surat. 

Aku terus sahaja bangun dari katil dan melangkah ke arah almari. Punggung kemudiannya kulabuhkan di atas lantai. Tangan pula lincah mengeluarkan kotak yang saiznya seperti kotak tisu ini. Lincah tangan menepis habuk sebelum jemariku mula membuka kotak ini.

Ha, kan sudah kukata! Kotak ini penuh dengan pelbagai jenis kerongsang. Baru sahaja ingin menutup kotak ini kembali, mataku menangkap sesuatu di bahagian dasar kotak. Ke arah kertas berwarna putih yang hampir lunyai. Terus sahaja aku bangun dan melangkah ke bilik umi. Laci pada mesin jahit kubuka dan aku mengeluarkan cebisan kain berwarna satin kekuningan dari dalamnya. Memang dari dulu lagi, umi menyimpan cebisan kain yang tidak lagi digunakan di dalam laci ini. Dengan pantas aku berlari semula ke bilik arwah Kak Ngah.

Semua kerongsang kukeluarkan dengan cermat dan aku mula menarik kertas yang berada di dasar kotak ini. Niat di hati ingin menggantikan kertas yang lunyai ini dengan kain satin. Berkerut wajahku sebaik sahaja kertas putih kukeluarkan dari kotak. Nampaknya, bukan kertas biasa tetapi sampul surat! Tebal pulak tu! Siap ada isi di dalamnya. Bersama tanda tanya di dalam kepala, kelam-kabut aku mengeluarkan isi di dalamnya. Ada beberapa keping gambar dan juga sekeping surat! 

Gulp! Apa yang sedang kau buat ni Bella? Terus sahaja aku bangun dan mengunci pintu. Kemudian, aku membawa surat dan gambar-gambar itu ke atas katil. Mata mula berlari ke arah gambar-gambar di tanganku. Gambar pertama adalah gambar arwah Kak Ngah bersama rakan-rakannya di luar negara. Cantik betul tempat di dalam gambar ini. Gambar kedua benar-benar membuatkan aku terkejut beruk! Gambar Danial Lee! Terus sahaja aku melihat bahagian belakang gambar ini. 

"My only one"

Depan arwah Kak Ngah mesti dia sweet habis. Perangai samseng tu mesti dia tak tunjuk punyalah! Geram pulak aku dengan lelaki itu.  Gambar-gambar lain pun adalah gambar lelaki itu. Cuma sekeping gambar  sahaja adalah gambar mereka bertiga. Pakcik Dani, arwah Kak Ngah dan Danial. Ada rasa sebak mengisi ruangan hati. Mereka kelihatan sangat gembira di dalam gambar ini namun siapa kita mahu melawan takdir. Baru sahaja ingin membaca surat yang kini terdampar di atas katil, aku terdengar sayup-sayup suara orang menjerit disertai bunyi ketukan pada pintu.

"Assalamualaikummmm!"

Itu macam suara Kak Long!

" Umiiii..bukalah pintu ni..Panas niii!"

"Belllaaaa! Apesal kunci pulak pintu ni? Adoiii!"

Alamak! Betullah Kak Long dah balik!

Tergamam aku seketika. Cepat-cepat aku memasukkan kembali surat dan gambar ke dalam sampul. Sampul tersebut kusumbat ke dalam poket seluar panjang yang melekat di tubuhku. Aku terus sahaja turun dari katil. Cebisan kain satin kumasukkan ke dalam kotak dan kemudian aku mengutip kerongsang-kerongsang yang bertaburan di atas lantai. Setelah memasukkan semuanya kembali, aku menutup kotak dan menolaknya kembali ke bawah almari.

Kelam-kabut aku berlari ke arah pintu saat ini. Daun pintu yang berkunci kubuka dan aku kemudiannya berlari turun ke bawah. Ketukan pada pintu semakin kuat bergema. Iskk geram betul!  Tidak sempat aku nak baca surat tu. Mulalah aku tak senang duduk saat ini. Apa agaknya  isi kandungan surat tersebut? Bersama sejuta tanda tanya aku membukakan pintu untuk Kak Long.


77 comments:

  1. Mata kukecilkan sedikit apabila ternampak bayang seseorang di hadapan sana. Kak Long!

    "Kak Ngah!" Jeritku dengan riang.

    mcm silap skit suri..kak ngah ke kak long?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) dah betulkan aisyah :) tq sudi baca

      Delete
  2. Replies
    1. in syaa Allah surat tu akan ade bab 20..tq so much baca ye :)

      Delete
  3. Nak cepat novel ni keluar.. dan kali ni nak tanda tngn kak suri juga.. Huaaa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) kalau terbit nanti akak mesti ambil order di grup :) nanti akak post bab 20 ye

      Delete
  4. arghhhh..sangat suspen..xsabar for the next chapter :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen..nanti suri post bab 20 :)

      Delete
  5. Menjadi tanda tanya pd sy juga. Apa isi kandungan surat tu?????? Erm....... nanti post next bab blh....????? Walaupun kita ada baca novel2 akak kat blog ni, tp kita tetap beli novel kat kedai juga.wat colection peribadi. Blh baca ulang2... =)

    -nurhafzah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much for your comments, Nurhafizah :) in syaa Allah akak akan post beberapa bab lagi sebelum tamatkan di blog hee in syaa Allah akan terbit nanti :)

      Delete
  6. Apa isi surat tu??x sabarnyaaaa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much tie sebab sudi mengikuti cite ni..in syaa Allah nanti suri post bab 20.

      Delete
  7. Makin best ni. Tak sabar nk tunggu mcm mane cik penulis nk satukan couple tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much sudi baca dan komen :) nanti saye post bab 20 ye

      Delete
  8. Makin best ni. Tak sabar nk tunggu mcm mane cik penulis nk satukan couple tu...

    ReplyDelete
  9. Uiks..surat..nih mesti ada wasiat dr kak ngah utk bella..jaga danial n bahagiakn danial

    Speku..speku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe mungkin juge kali ni speku mengena haaaaa :D sipi2 haha

      Delete
  10. Mesti surat dr dong wook.. Hmmm *muka detektif conan* haha XD

    -Athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah thank u sudi teka xD rasanya tersasar sikitttt heheheh xD

      Delete
  11. kak suri kak suri..xsabar nak tau isi surat tu boleh tak tidur malam ni aigooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alalala sorrryyy akak cuba post bab 20 malam ni yeee :) tq so much sudi baca dan komen

      Delete
  12. Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) nanti suri post bab 20 ye

      Delete
  13. Hah....surat wasiat nk suh danial ngan bella ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thank u soooo much sudi teka xD nanti suri post bab 20 ye

      Delete
  14. OMGRRRRRR......bestnya kak suri, xsbar nk baca lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so mucchhh sudi baca dan komen :) in syaa Allah nanti kak suri post bab 20 ye

      Delete
  15. Suspen btul surat cinta ye tak sabo nk tau ni suri cpt smbung ye......

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah malam ni atau malam esok ade tentang surat cinta xD

      Delete
  16. tkasih daun keladi...kalau sudi...upload yang seterusnya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun keladi hijau warnanya, mestilah sudi jika oh ha-ni mahu baca xD ahahahah ok nanti akak post bab 20 ye

      Delete
  17. Oh my g kak suri suspennya ending dia argh curious sangat next entry immediately please......hehe tamak pula heee, thanks best 3x naughty nya Danial ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sooo much fadh sebab sudi baca bab 20..haha bab 20 akan akak post tonite or esok malam..tq so much tau

      Delete
  18. Tak sabar nak baca the whole book!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah doakan cepat2 terbit ye :) tq so much sudi baca

      Delete
  19. Makin suspen lak..k.suri..cpt laa terbitkn..xsabar nk tau nie..termimpi2 laa mlm nie..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much cytee..nanti akan terbit..mungkin december hee tq so much tau sudi baca dan komen :)

      Delete
  20. Makin suspen lak..k.suri..cpt laa terbitkn..xsabar nk tau nie..termimpi2 laa mlm nie..hehhe

    ReplyDelete
  21. Amboi danial kaki buli nampak..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen ye..:) nanti suri post bab 20

      Delete
  22. apa isi kandungan surat tu kak surii? heee btw danial ni ada je idea nak kena kan bella haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah pasal surat tu akan ada bab 20 nanti :) tq so muchhh sudi baca dan komen

      Delete
  23. Danial makin nakal... Nervous kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much rinsya sebab sudi mengikuti cite ni..kak suri hargai sgt2 :)

      Delete
  24. Best2 tp suspen ape isi surat tuu! Hurmm..hehe next bab cepat sikit post ye kak suri! Tq..(lame dh tak komen kat sini) -Nad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi komen..:) in syaa Allah esok atau malam ni akak post bab 20 :)

      Delete
  25. best nya. thanks kak :)

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. in syaa Allah tentang surat tu akan ade dalam bab 20 nanti :)

      Delete
  27. Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) nanti akak post bab 20 ye

      Delete
  28. Danial ni saja ke betul ni.. takkan saja2 nak mgusik kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca..nanti suri post bab 20 ye :)

      Delete
  29. misti crita pasal danialkan surat tuh, danial yang jahat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak hahah danial yg jahat xD Btw nanti kak suri post bab 20 ye

      Delete
  30. "You can scream your heart out if you want. Let them speculate what we are doing inside here. Lagi cepat kita kahwin."
    Depa akan kahwin soon right? ?
    N danial dah tau perkara ni?? Wahhhh best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tq so much sudi baca dan komen..in syaa ALLAH segalanya akan terungkai tidak lama lagi..:D nanti suri post bab 20 ye

      Delete
  31. Semakin nakal danial ne...:)..suka mengusik bellla ye...apa kandungan surat 2 ye...suspen...x sabar tggu next n3...pg..ptg n mlm asyik bkk blog k.suri je...:) -june-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much june..esok or malam ni akak post bab 20 ye? :) tq sgt2 sebab sudi komen..

      Delete
  32. besttt :) x sbar tggu next entryy!! danial ni nakal eh. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) nanti suri post bab 20 ye

      Delete
  33. waiting for bab 20... curious nk tau ape isi surat tuh....cpt2 la update ya~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah malam ni or esok emsti ade entry :) tq so much sudi baca ye

      Delete
  34. Mesti danial dah suka kt Bella Dan dah tau dia akan kawin dgn Bella kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much sudi teka..:) haha danial mungkin dah dpt teka..tp part dia suka bella tu tak sure sebab dia kan masih dibayangi maya :)

      Delete
  35. cepat2 la bukukan citer ni....setiap hari harapkan n3 baru...huhuhhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah..paling awal akan terbit december nanti..doakan ye :)

      Delete
  36. x sabarnye nk tunngu next n3 ....



    -Afina Isham-

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah malam ni or esok malam ade next entry :)

      Delete
  37. tak sabar tunggu sambungan. nice story kak suri

    ReplyDelete
  38. tak sabar tunggu sambungan. nice story kak :)

    ReplyDelete
  39. Sgt best. X sabar nak bca next entry. Karya kak suri semua meletop dan sgt best

    ReplyDelete
  40. mesti rahsia.....

    ReplyDelete
  41. mimpi bella tu mesti petunjuk yg jodoh bella ngn daniel...
    xsabar nk ttau isi kandungan surat tu

    ReplyDelete
  42. best sgt!!! brp bab semue?

    ReplyDelete