**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday 13 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 23 A & BAB 23 B]

Bab 23 A




Aku yang sedang bersandar pada bahagian luar pintu hanya merenung sahaja ke arah lelaki yang sedang berdiri berhadapan denganku ini. Apabila perasan anak matanya sedang berlari ke arah rambut lurus yang melepasi bahuku, aku terus menutupnya dengan hood pada sweater. Sumpah aku tak selesa. 

“Kau boleh ambil bilik ni.” 

Ujar Adam sambil menundingkan jari ke arah bilik yang penuh dengan barang-barangku. 

“Aku dah ambil semua barang-barang aku dan pindahkan ke bilik sebelah.” 

Ucapnya lagi sambil menunding ke arah bilik yang letaknya di sebelah bilikku. 



Aku hanya memerhati sahaja bilik tersebut. Tidak seperti bilikku, bilik itu dan satu lagi bilik yang terletak berhadapan dengan bilik kami mempunyai pintu gelangsar yang dipanggil shoji. Hanya tarik dan masuk ke dalam. 

Bilik aku pula pintunya seperti bilik di Malaysia. Mempunyai daun pintu dan tombol yang boleh dikunci. Sudahlah tu, bilik aku tu memang best sebab ada ofuro! Ofuro tu dalam bahasa melayu dipanggil tab mandi. Tapi, tab mandi ni memang cool sebab dibuat dari kayu dan berkonsepkan tradisonal jepun. 

OFURO - TAB MANDI TRADISIONAL JEPUN


“Memang patut pun saya dapat bilik ni. Saya tetamu kut!”

Ucapku dengan selamba sambil membayangkan diri berendam di dalam ofuro malam nanti.

Adam kulihat menggelengkan kepalanya. Baju t-shirt yang melekap di badannya dibetulkan sedikit.

“Tak..bukan sebab kau tetamu tetapi sebab kau tu perempuan.Pintu gelangsar ini lebih senang diceroboh berbanding pintu jenis moden.” Ujarnya dengan tenang.

Aku terus mendongakkan kepala, memandang ke arahnya dengan sedikit tajam. Entah kenapa aku tidak suka apabila Adam melayanku seperti aku ini lemah sangat. Aku tak suka fakta yang aku ini perempuan menyebabkan orang lain perlu mengalah denganku. Aku tak selemah itu.

“Awak tak payah pun kut nak mengalah dengan saya. Saya boleh aje pindah ke bilik sebelah. Takde hal pun!”  Aku bersuara lagi dengan 
sedikit tegas.

 “Hey..hey..” 

Dia bersuara sambil memandang ke arahku dengan sangat pelik. Sebelah tangannya dilekapkan pada dinding.

“Why are you so angry?” Soalnya ketika ini. 

“Saya tak nak disebabkan saya perempuan, awak rasa saya ni lemah.”

 Bidasku dengan geram. Wajah kuraupkan sedikit.

“Fakta yang kau adalah perempuan tak akan berubah sampai bila-bila. Aku tak pernah cakap kau lemah. Never..but as a man, memang aku akan fikir tentang keselamatan dan keselesaan kau sebagai seorang perempuan.” 

Tegas Adam cuba untuk membuatkan aku faham dengan wajah yang tegang. Ingin aku bersuara lagi namun pantas lelaki ini memotong.

“Kau stay bilik ni. Aku akan pindah ke bilik sebelah. The end”  Putus Adam. 

Berkerut sedikit wajahnya ketika ini. Aku pula terus menjungkitkan bahu.

“Okay then..suka hati awaklah.”

Bagus jugak. Tak payah aku nak pindahkan barang ke bilik sebelah. Lagipun, aku akui aku sukakan bilik itu. Sudahlah besar, bilik mandi pun cantik..tilam kat dalam tu empuk yang amat!

“Rule number one..”

Suara Adam membuatkan aku merenung ke arahnya bersama wajah yang blur. Undang-undang apa pulak ni? Ingat sekolah asrama apa?

“Please make sure your room is clean. Kak Yumi tak akan bersihkan bilik kita. Sengaja aku tak benarkan.” Ucapnya dengan tenang. 

Aku terus menjegilkan mata ke arah lelaki kacak ini.

“Why? Saja nak susahkan saya?” Soalku geram. 

Hai! Baru berangan nak ada maid uruskan 
segala-galanya.

“Kau nak Kak Yumi dan nenek tahu kita tinggal di dalam bilik yang berasingan?”

 Soalan Adam Putra membuatkan aku terdiam. Anak matanya kulihat memandang ke sekeliling kawasan atas rumah ini.

“Betul jugak..” Gumamku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“So, you have to keep this room clean.” Tegasnya. 

Aku terus menjungkitkan bahu sekali lagi.

“Okay. Kat rumah saya pun takde maid.” 
Ujarku seperti tidak terkesan dengan situasi ini.

 Adam perlahan-lahan mengukir senyuman sinis membuatkan aku geram pula.

“Tapi mak kau kan yang buat semua kerja?” Soalannya yang ini betul-betul mengundang penumbuk! 

Haiii aku hempuk jugak dia ni!

“Mulut tu boleh tak jangan lancang sangat?” 
Bidasku dengan kasar. 

Dengan selamba, lelaki ini melayangkan dua jari di hadapan wajahku.

“Rule number two..” Dia bersuara saat ini membuatkan aku terdiam.

“Never..” Kata-katanya terhenti di situ untuk seketika. 

Anak mata berlari ke serata wajahku saat ini.

“I repeat, never enter my room without knocking. Jangan sesekali ke bilik Hud. Bilik Hud berhadapan dengan bilik aku.”

Ujarnya dengan sangat tegas. 

Oh..maksudnya satu lagi bilik kosong ini adalah bilik Hud. 

“Hud akan luangkan masa setiap kali hujung minggu. Hari-hari lain dia menginap di asrama Hokkaido University.” Sambungnya lagi. Aku terus mencebikkan bibir.

“Macamlah saya nak sangat pergi bilik korang. Ingat saya takde kerja ke?” Soalku dengan garang. 

Adam tersenyum sedikit sambil menggelengkan kepalanya ke arahku.

“Bukan soal ada kerja atau takde kerja..masalahnya kau tu perempuan, Kaseh. Kami lelaki.” Kata-katanya membuatkan aku terdiam. 

Diam-diam hati mula menyamakan lelaki ini dengan lelaki misteri yang membantu aku pada malam itu, 10 tahun lepas. Sangat melindungi.

“Bila di atas ni, kalau boleh tak perlulah bincang apa-apa perkara yang tak penting. Cakap di bawah atau kat luar rumah.” 

Sambung Adam lagi. Aku hanya menarik nafas dalam-dalam ketika ini.

“Okay fine!” Ujarku.

Memang aku tak suka apabila dia terlalu melindungi. Aku rasa seperti dia memandang rendah ke arahku. Aku rasa seperti aku lemah di matanya. Tapi, diam-diam tidak aku nafikan, dia lah lelaki bukan mahram yang pertama yang membuatkan aku rasa selamat.

“Rule number three..”

Lamunan aku terhenti seketika apabila suara Adam kembali menerjah sistem pendengaranku. Kali ini dapat kulihat sedikit payah bibir merah pucat itu untuk berkata-kata. Lama dia merenung membuatkan aku semakin tertanya-tanya.

“Kat depan nenek..please..please jadi isteri aku. You don’t have to worry..aku tak akan pegang kau sesuka hati. Just act like you’re my wife. That’s all.” 

Akhirnya dia bersuara juga. Aku terus melarikan pandangan ke arah lain.

“Hmm tengoklah.” Ujarku akhirnya.

 Undang-undang yang nombor tiga ni paling susah kut! Aku nak berlakon jadi isteri? Takut tak menjadi je. Aduh..masalah betullah. Adam merenungku dengan pandangan tak puas hati.

“Tengoklah?” Soalnya geram. Kemudian, dia terus ketawa sinis.

“Don’t blame me kalau nenek tahu perkara sebenar. Pandai-pandailah kau tukar tiket balik Malaysia. Yes, photography job tu pun aku akan tarik balik.” 

Ugutannya membuatkan aku yang dari tadi bersandar kini berdiri tegak.Aku tak takut kena halau dari rumah ni..aku juga tak peduli tentang tiket tapi, untuk batalkan photography job tu memang sesuatu yang melampau!!

“Kejam!” Bentakku dengan geram. 

Ada senyuman kemenangan bertakhta di bibir Adam saat ini. Dia tahu ayat aku itu membawa maksud aku akan ikut segala arahannya. Bibir kuketap dengan geram saat ini. Mana aci main ugut-ugut! Aku tersentak apabila perasan mata Adam berada lama di leherku. 

“Rantai tu..”

Terus aku meraba rantai yang tergantung di leher.

“Why?” Soalku dengan pelik.

 Dari di Malaysia lagi, Adam sangat berminat dengan rantai yang aku pakai ini.

“Rantai tu memang rantai kau?” Soalnya penuh rasa ingin tahu.

“Habis tu, takkan rantai nenek saya pulak?” Bidasku geram.

 Aku pernah beritahunya yang rantai ini adalah milik aku. Kenapa susah sangat dia nak hadam?

“I’m being serious, Kaseh.” Ujarnya bersama renungan serius.

“Sebenarnya saya hilangkan rantai asal 10 tahun lepas. Pemberian arwah ibu. Setelah rantai ni hilang, saya tempah yang baru..sebijik seperti rantai yang asal tu.” 

Entah kenapa senang pula aku membuka mulut tentang kisah peribadiku saat ini. Riak wajah Adam terus berubah.

“I’m sorry about your mom.” Ujarnya simpati. 

Mata kami berpandangan untuk seketika. Ada riak prihatin kukesan di wajah idaman ramai wanita itu.

“Rantai ni dengan yang asal, memanglah kelihatan sama. Tapi, bagi saya, sangat berbeza. Setiap kali rindukan arwah ibu, saya selalu kiss loket pada rantai asal itu. But now..” 

Kata-kataku hanya mampu kuungkapkan sampai situ sahaja. Risau kalau aku menjadi emosional. Aku tak mahu Adam melihat air mataku. Adam kulihat memandang ke arahku dengan pandangan yang sangat simpati. Lama dia merenung ke arahku begitu. Aku pula hanya menundukkan wajah dan memandang ke arah lantai.

“Kaseh..if you miss her, doakan dia..supaya rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan supaya Allah ampunkan segala dosanya. Sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Best ways to show your love for her.” 

Ucapnya untuk menenangkan hati aku. Aku masih lagi menundukkan pandangan. Sungguh, aku rindukan arwah ibu. 

“Tanpa rantai tu pun kasih sayang kau kepada dia tak berkurang kan? Just my two cents” 

Ujar Adam lagi. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah.

“Death ends life..not relationship, you know.” Katanya apabila pandangan kami bertautan.

“Hanya orang yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana peritnya perasaan tu.” 

Luahkan di antara dengar dan tidak. Kemudian, cepat-cepat aku bersuara.

“But don’t worry. Saya okay lah!” Ujarku sambil tersenyum tawar.

“Rantai yang asal tu..” Belum pun sempat Adam menghabiskan ayat, aku terus mencelah.

“What about it?” Soalku pantas.

“In syaa Allah, one day kau akan dapat semula rantai tu.”

 Kata-katanya membuatkan aku pelik. Rasanya berkali-kali aku ke kampung itu untuk mencari rantai tersebut namun hampa. Penat aku tanyakan ke sana ke mari di seluruh pelusuk kampung namun tidak ada yang terjumpa rantai asal itu. Tapi hari ini, saat ini, Adam katakan yang aku akan berjumpa dengan rantai tersebut nanti?

“How so?” Soalku sambil mengusap kawasan dagu.

“Well..” Lelaki ini kulihat seperti kehilangan kata-kata.

“Kita tak tahu. Kemungkinan tu ada kan?” 

Akhirnya dia bersuara. Aku terus 
menggelengkan kepala.

“Saya tak berharap pun.” Luahku dengan jujur.  
Kami sama-sama mendiamkan diri untuk seketika.Apabila dia merenungku dengan sangat prihatin begitu, terasa ada perasaan aneh menyelinap di dalam jiwa. Janganlah baik sangat dengan aku. Aku takut aku sengsara nanti. 

Kay, sometimes orang tu baik sangat layan kau bukan bermaksud dia syok kat kau tapi dia just nak kawan je. Kawan je tau. 
Seperti ada suara yang sedang berkata begitu kepadaku saat ini.

“So..anymore questions on the rules I told you?” Soal lelaki ini dengan tiba-tiba membuatkan aku tergamam.

“Takde.” Pantas aku menggelengkan kepala.

“Good.” 

Ucapnya ringkas dan mula menarik pintu gelangsar pada biliknya supaya terbuka dengan luas. Baru sahaja lelaki itu ingin melangkah masuk, aku terus memanggil namanya.

“Adam..”

Dia menoleh ke arahku.

“What?” Soalnya.

“Awak ada getah rambut tak?” Teragak-agak aku bertanyakan soalan itu.

 Aku jadi pelik sendiri saat ini. Iya tak iya, kenapa pulak lelaki seperti dia nak simpan getah rambut?! Kayy!!

“Are you crazy?” 

Soalnya sedikit pelik dan terus melangkah masuk ke dalam bilik. 

Ahhh rimasnya hidup tanpa getah rambut! Ada yang aku gunting aje rambut ni sendiri sekejap lagi! Apabila teringatkan arwah ibu aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Tak boleh..tak boleh! 

Arwah ibu sayangkan rambutku. Arwah ibu selalu cakap yang dia suka tengok aku berambut panjang. Nak potong pun sayang katanya.Aku menghentakkan sebelah kaki sambil mendongak ke arah siling.

Huwaaa! Kat mana aku nak cari getah rambut malam-malam begini? Ada ke kedai serbaneka macam 7 Eleven tu kat kawasan ni?
***
BAB 23 B

“Kaseh..ooo Kaseh..” 

Aku yang sedang sedap-sedap tidur di atas katil menekup telinga dengan kedua-dua belah tangan.

“Ala umi..seminit lagi..seminit!” Tanpa sedar aku melaungkan ayat itu.

“Kaseh..suami nak pergi kerja sekejap lagi.” Suara di sebalik pintu itu bunyi lagi.

“Bila pula Kaseh ada suami..”

Gumamku separa merengek saat ini. Mata masih lagi terpejam rapat. Tak sanggup rasanya nak buka mata. 

“Suami dah nak sarapan tu Kaseh..” Dengan geram aku memaksa mata untuk terbuka. 

“Suami?” Soalku pada diri sendiri.

 Iyalah, aku kan isteri olok-olok lelaki itu?! Dahi kutepuk dengan kasar saat ini.

Bagai disiram salji aku terus bangun berdiri.  Ah, tu suara Kak Yumi..bukan suara umi! Ya ampun..aku sekarang kat Jepun! Kat rumah nenek Adam Putra yang tegas lagi garang tu. Bagai lipas kudung aku melompat turun dari katil.

“Ye..Kak Yumi! Sekejap lagi Kaseh datang.” 

Kelam-kabut aku bergerak ke arah pintu. 

Rambut kurapikan dengan tangan dan bersama sweater putih dan seluar track hitam di badan aku membuka pintu.

“Ada apa Kak Yumi?” Soalku sambil menenyeh mata dengan jemari. 


KAK YUMI 


Kak Yumi yang kemas dengan blouse merah jambu di badan tersenyum manis saat ini.

“Tuan Putra dah nak ke pejabat sekejap lagi tu.” Beritahu Kak Yumi bersama senyuman manis.

 “Oh ye? Okay!” Anggukku beberapa kali. 

Luas mulut menguap saat ini. Biarlah dia pergi. Aman sikit hatiku ni.

“Okay je?” Soal Kak Yumi sedikit pelik. 

Aku juga turut sama buat muka janggal. Habis tu nak suruh aku buat apa? Menari tango? Soalan sinis itu hanya berakhir di dalam hati sahaja.

“Nenek suruh Kaseh temankan Tuan Putra sarapan.” 

Dengar sahaja perkataan nenek, aku terus berdiri lurus. Tegak setegak-tegaknya. Apalah nasib kena temankan lelaki itu sarapan! Aaaaa dah namanya isteri! Parah Parah!

“Alamak..Kak Yumi ada getah rambut tak?” 

Kepala yang tidak gatal kugaru. Bersama senyuman sumbing aku bersuara saat ini.

“Kaseh..di sebalik tudung ni, rambut Kak Yumi pendek je. Kak Yumi tak ada getah rambut.” 

Jawapan dari wanita ini benar-benar buat aku tersandar pada pintu bilik.

“Oh ye ke..” Adoi janggalnya rasa. Mana pernah aku jumpa orang dengan keadaan rambut yang dilepas bebas macam ni?

“Kaseh cantik sangat lepaskan rambut macam ni..nampak macam artislah. Tak usahlah pakai topi tu lagi..” 

Luah Kak Yumi dengan penuh ceria. Aku hanya mampu tersenyum sumbing sahaja.

“Jomlah turun. Nanti nenek tu bising..” 

Ajak Kak Yumi dengan bersungguh-sungguh. Hah? Nak turun macam ni? Mahu aku kena ceramah sehari suntuk dengan nenek.  Pantas aku menggawangkan tangan ke arahnya.

“Kejap..kejap..saya mandi 5 minit.” 

Sebaik sahaja berkata begitu, kelam kabut aku menuju ke arah bagasi. Eh, kenapa bagasi ni nampak kosong je? Pelik ni! Pantas aku menggeledah ruang dalam bagasi ini. Nafas lega kuhembuskan apabila baju pengantin arwah ibu masih terlipat cantik di dalam ini. Nasib tak hilang!

Tuala putih yang kubawa dari Malaysia aku keluarkan bersama rasa aneh di hati. Anak mata memandang ke arah meja solek.

Siapa pula yang atur barang-barang aku di atas meja solek tu? Siapa punya kerja ni? Almari kayu kubuka dan kelihatan bergantungan pelbagai jenis baju yang kelihatan sangat feminin. Nasib baik tidak ada yang menjolok mata. 

Semuanya labuh-labuh belaka, sesuai dengan musim sejuk yang sedang berlangsung di seluruh Jepun tika ini. Ada dress labuh, ada skirt labuh, ada blaus dan macam-macam lagi membuatkan aku tergamam. Semuanya berjenama dan mahal-mahal pulak tu!

“Kaseh..” Laungan Kak Yumi di luar sana membuatkan aku terkejut. 

“Kejap Kak Yumi..kejap je!” 
Laungku kuat sebelum berlari ke bilik mandi. 
***



Geeeeram betul aku sekarang ni.  Siapa punya kerja agaknya sorokkan jeans-jeans aku! Bersama rasa canggung dan tidak selesa, aku membetulkan gaun labuh yang berlengan panjang di badan. Gaun yang simple ini dibuat dari fabrik wool, memang sesuai dipakai pada musim sejuk.

 Ah, tak sukanya! 

Punggung kulabuhkan ke atas zabuton yang tersedia di atas lantai. Perlahan-lahan aku mengerling ke arah Adam sambil duduk berhadapan dengannya di meja makan. Dia kelihatan sangat segak dan kemas dengan pakaian pejabat di badan. Suit kelabu yang dipadankan dengan tali leher dan kot yang berkualiti tinggi menyerlahkan lagi penampilannya.

 Adam yang tanpa sengaja memandang ke mari aku lihat tergamam seketika. Bagai dipukau, renungan yang sangat aneh dihadiahkan untukku membuatkan aku gugup.

 Terus aku melarikan anak mata ke arah lain. Surat khabar yang berada di tangannya juga terus dilipat dan diletakkan di atas lantai. Kini, dia memberikan sepenuh fokus kepadaku. Wahai jantung, hari ni tolong beri kerjasama ye? 

“You look so different..” Ucapnya di antara dengar dan tidak membuatkan aku gugup.

 Terus aku memandang ke arahnya. Nampaknya dia masih merenung ke mari. Untuk menutup rasa yang bercampur baur di dalam dada aku terus menjeling tajam ke arahnya. 

“Mana awak letak semua jeans saya?” Soalku dengan sangat geram. 

Anak mata mengerling ke arah sekeliling. Takde, nenek atau Kak Yumi tak ada di sini.

“How was I to know..jeans tu jeans kau! Bukan jeans aku.” Ucapnya dengan selamba. 

Air teh dituangkan ke dalam cawan. Huh..mimpilah aku nak layan kau sarapan. Baik aku isi perut sendiri.

“Siapa lagi yang ambil kalau bukan awak?!” 

Soalku dengan geram tetapi lelaki ini hanya berlagak selamba sahaja. 

Takkanlah Kak Yumi punya kerja?

Auch..lapar pula rasa perut melihat makanan yang meriah kat atas meja ni.  Sekeping roti kuambil dan aku mula melepa jem strawberry di atasnya. Perlahan-lahan dan penuh cermat aku mengunyah roti tersebut apabila sedar mata Adam tak lepas memerhati wajahku. Lama dia merenung ke mari sehingga aku rasa merah padam jadinya muka aku saat ini.

“Sweetheart..”

Apabila dia bersuara begitu, aku terus mengerling ke arah sekeliling. Dah agak, nenek sedang melangkah ke mari. Bertambah gugup rasa hati. Bilalah semua ni akan berakhir? 

Masalahnya aku rasa aku memang alergik dengan dia. Dengan lelaki lain, jantung aku normal berdetak, perasaan aku beku..tak pernah buat perangai langsung! Tapi dengan dia aku tak kuat. 

“Hmm?” Soalku.

“Abang nak soft boiled egg tu..please? With garlic bread.” Manja kedengaran ayat itu di telingaku.

Aku menjeling tajam ke arah Adam. Amboi, mentang-mentang ada nenek, mengada pulak dia.  

Bekas rotan berisi roti bawang putih yang dipotong panjang-panjang kucapai dan kuletakkan betul-betul di hadapan Adam Putra.

“Bo..boleh!” Ujarku sedikit tergagap sambil mencapai telur dari dalam mangkuk. 

Alamak, macam mana nak pecahkan telur ni? Ah, bantai je la Kay! Telur di tangan kuhantukkan pada meja sedikit. 

 “Kaseh! What are you doing?”

 Ops! Nenek cakap English uols! 

Ini bukan petanda yang baik. Pantas aku mengangkat wajah ke arah nenek yang sedang melangkah ke mari. Terkejut beruk riak wajah wanita itu. 

“Pecahkan telur..” Jawabku sambil tersenyum sumbing. 

Nenek menggelengkan kepala ke kiri dan ke kanan. Adam Putra pula kulihat terlopong memerhati ke mari. Tangan kanannya memicit dahi untuk sesaat sebelum anak matanya kembali merenung aku dengan pandangan tidak percaya. Namun kenapa bibir itu kulihat mula tersenyum lebar? 

Senyuman itu kemudian bertukar menjadi ketawa kecil. Demi Allah kenapa lain macam aku rasa apabila melihat dia ketawa begitu? Ye lah..wajahnya kan selalu beku. Serius. 

Nenek pula kulihat masih lagi terkejut. 

“Jemputlah makan sekali nenek.” Ramah aku berbahasa basi. 

Salah ke cara aku pecahkan telur tadi? Ah, bantai je lah. Nenek tengah tengok tu. Telur yang sudah pun retak kupecahkan ke dalam mangkuk kecil. Eh melekat-lekat pulak telur ni. Sudu teh kucapai dan aku mula mengeluarkan bahagian yang melekat pada kulit telur dengan sudu.

“Jemputlah makan, husband!”

 Bersama senyuman manis yang dibuat-buat aku meletakkan mangkuk kecil berisi telur setengah masak itu di hadapan Adam.

Ish dia ni..aku pelangkung jugak karang! Ingat aku letak racun ke apa? Takut-takut pula dia nak makan. Sudu di tangan menguis-nguis telur di dalam mangkuk. Apabila sedar nenek sedang bercakap sesuatu dengan Kak Yumi, dia berbisik kepadaku dengan perlahan.

“Ini kulit telur ke apa?” Soalnya sambil menunjukkan serpihan kulit telur di dalam mangkuk tersebut.

 Apa ada hal! Aku terus mengeluarkan serpihan kecil kulit telur itu menggunakan sudu.

“Makan je lah. Jangan bising.” Arahku dengan geram.

“Kau je la makan.” Bisiknya yang menolak mangkuk tersebut kepadaku. 

Berbunga-bunga jadinya hatiku saat ini.Rezeki!

“Okay! Thank you.” Jawabku dengan riang. 

Dengan sekelip mata aku dah pun habiskan telur setengah masak di dalam mangkuk.

 “Yumi..”

 Panggil nenek yang sedang melangkah ke mari. Aku dan Putra hanya memerhati sahaja. 

“Ye Ku Maryam?” Kak Yumi pun terkocoh-kocoh datang dengan penyedut hampagas di tangan.

“Tolong ajar Kaseh ni cara untuk sediakan sarapan dari A sampai Z.” Arahnya. 

Terus mataku mengerling ke arah Adam. Lelaki itu sempat lagi senyum lebar tanpa memandang ke arahku. Selamba sahaja dia menghabiskan air di dalam cawannya.

“Baiklah.” Ujar Kak Yumi.

“Sekarang!”

 Sebaik sahaja nenek berkata begitu, Kak Yumi terus melepaskan penyedut hampagas. Ha...ni yang aku malas ni! Aku ni isteri olok-olok jeeee! Apahal kena belajar itu ini pulakk. Arghhh!

“Ala..boleh tak kalau belajar esok je, nenek?” Soalku baik-baik dan penuh santun kepada nenek.

 Bulat mata wanita yang memakai blaus berwarna coklat tanah itu menjeling tajam ke arahku membuatkan aku terkedu.

“Okay..kita belajar sekarang, Kak Yumi!”  

Ucapku kepada Kak Yumi yang hanya mampu memandangku dengan pandangan simpati saat ini. Nenek pula terus berlalu ke dalam bilik sebelah. Huh..lega rasa hati. 

Sempat aku  mengerling ke arah Adam yang kulihat sudah pun mulai sibuk dengan laptop di atas ribanya. Gaya seperti sedang menaip sesuatu. Sedang membalas email penting mungkin. 

Apabila dia mengerling ke mari, kelam-kabut aku mengalihkan anak mata ke arah lain.

Bagus juga kalau aku blah sekarang. Mana tahu kalau tetiba nenek muncul dan suruh aku mencium tangan lelaki ini pula sebelum dia keluar bekerja? Tak ke haru?

“Kak Yumi, Kaseh tunggu Kak Yumi di dapur.”

Kelam-kabut aku berkata begitu kepada Kak 
Yumi yang sedang melangkah ke dapur saat ini.

 Wanita itu mesti pelik dengan aku. Maklumlah tadi beriya-iya tak mahu belajar, tapi sekarang nampak tak sabar pula.

***






“Ala Kak Yumi..boleh tak kalau kita belajar esok-esok?”  

Pujukku sambil menayangkan muka seposen pada Kak Yumi. Wanita yang sedang sibuk mengangkat telur dari dalam periuk itu memandang aku dengan pandangan simpati. Aku tahu Kak Yumi memang lembut hati.

“Tolonglah Kak Yumi..” Entah bila pula aku pandai merengek begini.

  Wanita yang berseluar hitam itu terus bersandar pada dinding kabinet untuk sesaat.

“Apa Kak Yumi nak jawab dengan nenek nanti?” Soalnya dengan nada berbisik.

 Baru sahaja nak bagi idea, kelibat nenek muncul di dapur mewah yang mempunyai rekaan minimalis ini. Soalan Kak Yumi tidak sempat untuk kujawab nampaknya. Aku yang tengah selamba duduk di atas kabinet batu terus terjun ke bawah.


 Wanita itu kulihat sedang berjalan dengan perlahan-lahan ke mari. Anak matanya merenung ke arahku seketika sebelum dia bersuara.

“Kaseh..nenek tak kisah kalau Kaseh tak pandai buat kerja rumah tetapi nenek mahu kamu belajar. Orang perempuan ni, tak kisahlah apa kerjayanya..dia mesti tahu cara menguruskan rumah tangga.”

 Walaupun suaranya menasihatiku kali ini sangat lembut namun, ada juga tegasnya.

“Kalau tak, tunggang-langganglah jadinya!” Luahnya lagi sambil menggelengkan kepala.

“Kamu tak boleh harapkan orang gaji seratus peratus. Nanti-nanti, suami kamu tu pun dikebas orang gaji.” Bebelnya lagi membuatkan aku mengangguk kepala beberapa kali.

 Kasihan Kak Yumi gara-gara aku dia juga harus tahan telinga mendengar bebelan nenek.

“Ba..baik nek.” Ucapku. 

Aku membetulkan gaun labuh berwarna kelabu di badan sambil terkulat-kulat memandang ke arah nenek yang kulihat sudah mula berjalan keluar dari ruang dapur ini. 

Eeeee sudahlah baju ni cukup merimaskan aku, terpaksa tahan telinga dengar nenek membebel..sekarang kena belajar cara  buat sarapan pulak! Tertekannya hidup! Ini semua Adam Putra punya fasal. Rasa geram meluap-luap untuk lelaki itu saat ini.

“Kaseh..kita belajar sekarang ye..”

Usapan lembut di bahu aku membuatkan aku menoleh ke arah Kak Yumi. Manis senyuman diberikan kepadaku.

“Baik Kak Yumi.” Anggukku lemah. 

Nasiblah Kak Yumi ni baik orangnya. Sejuk 
sikit hati aku ini.Aku kemudiannya mengekori Kak Yumi ke arah meja yang terletak kemas di tengah-tengah ruang dapur. Dulang kecil berisi telur dan pelbagai utensil lain diletakkannya di atas meja tersebut.

“Adam memang suka makan roti bawang putih yang dicecah dengan telur setengah masak.” Luah Kak Yumi.


“Oh..tapi, Kak Yumi..” 

Aku sudah mula menyandarkan tubuh pada meja pulau. Tangan mengusap kawasan dagu dengan penuh musykil.

“Salah ke cara saya pecahkan telur tadi? 
Buruk sangat ke gaya saya tu?” Soalku dengan jujur.

Hantukkan telur pada meja kayu mahal milik nenek. Kau rasa cantik ke gaya tu Kay? Bagai ada suara yang bertanya begitu kepadaku membuatkan aku menepuk dahi dengan lembut.

“Tak la salah sangat pun cuma kurang tepat.” 

Ada senyuman sumbing di bibir  Kak Yumi. Yang aku perasan, segala yang keluar dari mulut Kak Yumi memang berlapik dan menyenangkan hati.

“Owh..” Anggukku tanda faham.

“Tapi jangan risau,selama Kaseh kat Sini, Kak Yumi akan pastikan yang Kaseh belajar segala-galanya yang perlu.” 


Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tak tahu nak gembira atau menangis dengan kata-kata Kak Yumi tu. Mati aku!

“Caranya macam ni..Kaseh hanya perlu letakkan telur ni dalam bekas telur.”

 Telur diangkatnya dari dalam periuk dan diletakkannya di dalam bekas kaca yang muat untuk sebiji telur sahaja. Kemudian, dia mencapai pula pisau mentega.

“Kemudian, kopekkan kulit telur bahagian atas sahaja dengan menggunakan sudu teh atau pisau mentega.” 

Aku lihat dia mengopek sedikit bahagian atas telur dengan pisau mentega. Terpampang jelas telur setengah masak yang sangat menyelerakan apabila bahagian atas telur tersebut ditebuk. Kak Yumi kemudiannya mencapai bekas berisi lada hitam.

“Ingat, buang bahagian atas je. Kemudian, taburkan sedikit serbuk lada hitam ke dalam telur ni.” 

Setelah menaburkan sedikit lada hitam, Kak Yumi mencapai kepingan kecil roti bawang putih.

“Lepas tu, ambil garlic bread ni, celupkan dalam telur dan makan.”



Ya Allah memang menyelerakan. Sebaik sahaja Kak Yumi mencicahkan roti tersebut ke dalam telur yang masih berada di dalam kulitnya itu, Kak Yumi terus memasukkan roti tersebut ke dalam mulut. 

“Emmm..sedapnya.” Ucapnya yang memejamkan mata sedikit. 

Ketawa besar aku jadinya tika ini. Amboi over betul Kak Yumi! Ingat tengah buat iklan ke apa?

“Kak Yumi, saya pun nak jugak!” Ujarku dengan manja.

 Apabila dengan Kak Yumi, perangai aku sebijik jadi seperti ketika aku dengan Nek Leha di kampung. Kak Yumi terus berikan aku bekas berisi telur tersebut. Aku mencapainya dengan hati yang senang.

“Nah..kamu habiskan ye.” Ucapnya yang kemudian kulihat menuju ke arah sinki. 

“Terima kasih Kak Yumi!” 
Apa lagi, roti bawang putih kucicah ke dalam telur dan aku masukkan ke dalam mulut. Memang enak! Oh..ini rupanya sarapan kegemaran Adam Putra. Sedap! Sedap!

“Sekejap lagi kita belajar benda lain pulak.” 
Kunyahan aku terus terhenti saat ini. Terbantut terus selera makan.

“Hah? Ada lagi ke?” Soalku sedikit serabut. 

“Kak Yumi tahu tak, kat Malaysia tu saya kerja lain.Saya bukannya chef.” Rungutku.

“Tukang masak istana pun bukan. Kenapa saya nak kena belajar macam-macam hal dapur ni?” 

Rambut yang panjang mengurai kusebakkan ke belakang. Kemudian aku memicit dahi dengan kasar saat ini. Kak Yumi pula menoleh ke arahku sambil tersenyum lebar.

“Janganlah monyok-monyok. Tak cantik. Tengok Kak Yumi ni..berseri-seri 24 jam. Kamu tahu kenapa? Sebab Kak Yumi selalu senyum.”

Ujar Kak Yumi sambil buat gaya Dato’ Vida dalam iklan produk QuPuteh. 

Dua jari di pipi gitu! Ketawa besar aku jadinya melihat wajah lucu Kak Yumi.. Nasib baiklah ada Kak Yumi..kalau tak, mau mati kejung aku kat dalam rumah ni gara-gara terlalu tertekan!

***
BERSAMBUNG..:)

Terima kasih semua sebab sudi baca :D in syaa Allah esok suri pos sambungannya..seperti biasa, semua komen boleh diberikan di facebook group : Bila Suri Ryana Menaip :D

Thank youuuuu! :D