DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Thursday, 7 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 14 & BAB 15]

BAB 14



“Kak Kaseh! Kawan akak datang ni.” 
Jerit Layla yang sedang berlari ke arahku.




Adam Putra pula kulihat menapak perlahan-lahan ke mari. Jalan pun ada gaya. Tanpa sedar aku memuji lelaki itu.


“Oh, inilah bakal abang ipar Layla? Handsome!” Bisik Layla di telingaku sebelum berlari masuk ke dalam.

Abang ipar? Dah gila agaknya? Nampaknya bala sudah datang! Mata kukecilkan sedikit untuk memastikan aku tidak salah tengok. Betullah lelaki yang sedang tersenyum sinis di bawah sana tu adalah Adam. Cis! Bagaimana dia tahu aku berada di sini? Lelaki yang berbaju kemeja biru itu kelihatan sedang memandang ke arahku dari bawah. Lengan bajunya dilipat sehingga ke siku mendedahkan lengannya yang sasa.

“Hi sweetheart!” Panggilnya sambil mengenyitkan sebelah mata. 

Tidak ada secalit senyuman pun di wajah yang serius itu.

“H..hi A..A..Adam!” Balasku gagap teruk. Kelam-kabut aku turun dari beranda ke halaman rumah.

“Why..why are you here,bro?” Soalku tidak puas hati.

“Why am I here??”

Nyata dia tidak berpuas hati dengan soalanku. Tajam anak matanya mencerlung ke mari.

“Siapa yang beritahu alamat rumah ni?” Soalku geram. 

Ah, serabutnya! Kepala yang tidak gatal kugaru kasar.

“Penting ke?” Soalannya membuatkan aku terdiam. 

Sebelah keningnya terjungkit ke atas. Ah, ni mesti Nana yang beritahu. Siapa lagi yang tahu aku pulang ke kampung!

“I’ve told you before.. kalau kau tipu aku, sampai ke lubang cacing aku akan cari kau.” 

Ada senyuman sinis beraja di wajah yang sentiasa ketat dan serius ini ketika mengucapkan bait-bait ayat itu.

“Masalahnya, saya tak rasa saya calon yang sesuai untuk..”

 Belum pun habis aku bercakap, dia memotong kata-kataku.

“But you've promised to help me, remember?” Anak matanya tepat memandang ke arahku ketika bertanyakan soalan itu membuatkan aku tersentak. 

Belum sempat aku memberi respons, dia bersuara lagi.

“Aku nak kau tunaikan janji kau.”


Kata-kata berbentuk arahan itu diucapkannya dengan selamba. Kemudian, dia menghembus bahagian hadapan kaca mata hitamnya dengan penuh bersahaja. Aku sempat melihat ke arah beranda saat ini. Janganlah sesiapa keluar rumah. Sebelum umi, abah, atuk atau nenek nampak kelibat Adam, baik aku halau dia dari sini. Cepat-cepat aku mengangkat tinggi kedua-dua belah tangan.

“Okay..fine! Tapi, boleh tak awak masuk dalam kereta dulu? We’ll go somewhere dan saya janji..” 

Belum pun habis aku berkata-kata, kedengaran suara atuk dari arah beranda.

“Kaseh..ajaklah tetamu tu naik.”

Kelam-kabut aku menoleh ke atas. Ah, sudah! Bukan sahaja atuk, malah kesemua ahli keluargaku ada di situ dan sedang memerhati ke mari.

“Entahnya. Ajaklah kawan kamu tu naik, Kaseh..” Ujar Nek Leha pula membuatkan aku benar-benar serabut saat ini.

“Tak..takpe umi. Dia dah nak balik.” 

Ujarku dengan selamba sambil tersenyum sumbing tapi, si jembalang tanah ini pandai-pandai pula bersuara.

“It’s okay, Kaseh..I still have time..boleh kalau nak singgah sekejap.” 

Sinis senyuman yang dihadiahkan kepadaku saat ini sebelum dia pandai-pandai memanjat tangga dan meninggalkan aku terpisat-pisat keseorangan di sini.

Dia panggil aku Kaseh?
Memang dah lebih ni!


Dari bawah ini dapat kulihat dia sedang bersalaman dengan abah dan atuk di atas beranda. Amboi meriah betul keadaan di rumah ini dengan gelak-ketawa mereka. Perlahan-lahan aku juga turut naik ke atas rumah bersama rasa runsing yang tidak bertepi. 

Masalah apa lagi agaknya bakal menjelma lepas ni?
***

BAB 15

Cap yang berada di kepala kubuka dan kulemparkan ke atas meja. Ikutkan hati mahu sahaja aku cekik lelaki itu. Boleh pulak dia cari aku sampai ke kampung? Nana pun satu..gara-gara terkejut Adam Putra datang ke rumahnya, dengan selamba dia kasi alamat kampung atuk ni kat lelaki tu. 

Arghhhh stress betullah!

Enam pasang mata kini sedang memerhati aku yang sedang bersandar pada dinding kayu rumah atuk ini. Sudah berbuih mulut aku memberitahu yang Adam Putra ini adalah client aku sahaja namun tiada seorang pun yang percaya. Kalau kat ruang tamu sana tu, teruk Adam kena interview dengan atuk dan abah, kat dapur ni pulak naik rimas aku kena wawancara fasal hubungan aku dan Adam.

“Client? Agak-agaklah Kak Kaseh. Kitorang ni bukan budak umur lima tahun tau. Takkan client datang cari akak sampai ke rumah atuk kat Kedah ni? Tak masuk akal!” Bidas Layla bersama cawan kopi di tangannya.

Cap yang terdampar atas meja kucapai dan kupakaikan secara terbalik ke kepala.

“Ini bukan client ni. Ini dah ke lain ni! Betul tak cucu nenek?” Sampuk Nek Leha yang sedang memotong bawang itu pulak. 

Hadoi, boleh mereng aku kalau begini. Terus sahaja aku melangkah ke tengah-tengah ruangan dapur ini.

“Nek Leha..nenek tengok Kay ni macam mana.” 

Aku menundingkan jari ke arah  diri sendiri.

“Nenek tengok pula lelaki kat luar tu macam mana orangnya.” Ucapku lagi.

Dengan seluar jeans lusuh, jersey Manchester United di badan dan topi yang dipakai secara terbalik di kepala, padan ke aku dengan lelaki yang sentiasa kacak bergaya itu? 

Dengan kemeja lengan panjang yang selalunya disinsing sehingga ke siku, dia memang selalu nampak berkeyakinan. Sekali pandang orang dah tahu dia tu somebody. Aku ni? Nobody kut!

Itu belum lagi dorang tengok dia pakai pakaian pejabat siap dengan tuxedo di badan. Memang tak masuk akallah untuk aku bergandingan dengan lelaki macam tu! Agak-agaklah!

Anak mata merenung ke arah mereka yang sedang memandang ke mari.

“Agak-agak sepadan tak?” Soalku.

“Layla..kau tahu tak dia tu siapa?”
Aku terus menoleh ke arah Layla yang sedang tersenyum ke mari.

“Siapa tak kenal eligible bachelor tu..Adam Putra Tan Sri Aman Putra, 28 tahun, Presiden Sakura Emas Group! Harus Layla selfie dengan dia kejap lagi.” Jawab Layla bersama sengihan panjang. 

Eh..eh ke situ pulak dia! Cawan kopi yang sudah pun kosong diletakkan di atas meja.

“Boleh tak jangan gedik sangat?” Soalku dengan geram.

“Tahu pun dia tu siapa..jadi berhentilah berangan nak berabang iparkan dia..” Ujarku lagi sambil menjulingkan mata ke atas. 

Kemudian aku menoleh pula ke arah Nek Leha.

“Berhentilah berangan nak bercucu menantukan dia..” Aku bersuara lagi. Anak mata berlari ke arah umi yang sedang membasuh pinggan.

“Berhentilah berangan nak bermenantukan dia.” Kataku lagi.

Ha..kalau mereka tak faham juga, memang aku kena cakap bahasa tamil atau mandarin agaknya! Umi menghentikan terus kerjanya saat ini. Anak mata merenung tepat ke dalam mataku. Sayu sedikit pandangannya kali ini.

“Bila pula umi berangan nak bermenantukan dia? Cukuplah kalau Kaseh kenalkan pilihan hati Kaseh tu kepada kami. Asal soleh, baik, ada kerja..boleh bimbing Kaseh, kami  terima aje, nak..” Ujar umi. 

Aku mulalah memicit kepala. Terasa hendak pecah saat ini. Belum sempat aku bersuara, 
Nek Leha pula mencelah.

“Tapi Kaseh..cinta ni tak bermata. Kalau dah Allah tetapkan kamu jodohnya..kamulah jodohnya nanti.”

 Amboi, confident betul nenekku ini. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Umi terus menganggukkan kepala tanda setuju.

“Tengok arwah ibu dan arwah ayah Kaseh..arwah ibu tu dari golongan berada tapi bila Allah dah tulis jodoh mereka, kahwin jugak sampailah keluar kamu berdua ni.” Kata-kata Nek Leha yang ini membuatkan aku tersentak.

“Betul tu mak..” Ujar umi sambil menganggukkan lagi kepalanya.

Aku terus menarik nafas dalam-dalam.

“Betul memang betul..tapi, apa jadi lepas tu? Arwah ibu dibuang keluarga..” Perlahan sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibir.

“Kaseh..sudah tu! Cerita lama tak perlu nak ungkit-ungkit. Atuk dan nenek kamu pun dah jadi arwah!” Ujar nenek. 

Aku hanya mendiamkan diri. Diam-diam mengumpul segala kekuatan yang ada. Kenyataan memang kadang kala sukar untuk ditelan.

“Nek..umi..Layla..sebenarnya seperti yang Adam cakap tadi..dia ada urusan penting dengan Kay. Sebab tu lah dia terpaksa cari Kay sampai ke sini.” Aku masih berusaha untuk buat mereka faham.

“Urusan apa yang penting sangat tu sampai tak sempat tunggu kamu balik Penang?” Soal umi.

 Otak mulalah ligat mencari alasan.

“Err..sebenarnya..sebenarnya..” 

Aduh..apa aku nak cakap ni. Layla dah siap tersengih memandang ke arahku.

“Sebenarnya apa?” Soal Nek Leha pula.

“Sebenarnya Adam nak minta Kay tolong ambil gambar tapak projek milik syarikatnya. Tapak projek tu letaknya setengah jam dari sini.” 

Entah dari mana idea itu datang. Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibir.

“Oh..ye ke..” Lega bila ayat tersebut keluar dari mulut umi.

“Ye lah!” Jawabku pula sambil menganggukkan kepala. 

“Umi, Nek Leha..Kay minta diri dululah ye. Bukan apa, takut nanti kalau hujan ke apa, jenuh juga nak ambil gambar-gambar tu.” Ujarku. 

Baik aku bawa lelaki itu keluar cepat-cepat dari sini.

“Ye lah. Tapi jangan lama-lama. Hati-hati. Kamu tu perempuan.” Nasihat Nek Leha kujawab dengan anggukan.

“Ye lah nek..” Ujarku. 

Selepas mendapat green light dari mereka di sini, aku terus melangkah keluar dari ruangan dapur ini. Tapak kaki kuatur menuju ke bilik. Beg hitam yang berisi kamera antik Henry Clay pemberian Adam kucapai. Kemudian aku terus bergerak ke ruang tamu.

“Adam..” Panggilku sambil mengerling sekilas ke arah atuk dan abah.

“Jom lah ke tapak projek tu. Kan awak nak saya ambil gambar tapak projek tu?” 

Kata-kataku nyata mengundang pandangan pelik lelaki itu. Kurang asam betul! Boleh pula dia buat muka blur! Aku tumbuk jugak mamat ni.

“Cepatlah. Cuaca kat luar tu pun dah nak mendung. Takut nanti hujan pulak.” Aku menggesa dengan sangat kalut. 

Abah dan atuk hanya memerhati sahaja. Adam pula tanpa menunggu lebih lama terus meminta diri.

“Saya minta diri dulu ye atuk..pakcik.”

Ha..faham pun! Dia kulihat mencium tangan atuk dan abah.

“Baik-baik bawa kereta tu, Adam.” Pesan abah. Atuk pula bersuara.

“Datanglah lagi nanti. Boleh atuk bawa ke kebun.” Kata-kata atuk disambut oleh senyuman mesra Adam.

“In syaa Allah, pasti saya akan datang lagi.”

Jawapan lelaki ini memang membuatkan aku panas hati. Mimpi di siang harilah bro kau nak datang sini lagi. Banyak cantik muka kau! Bidasku di dalam hati.



***

Tadi nampak macam tak sabar sangat-sangat. Sampai sanggup cari aku kat Kedah ni. Apehal la dengan dia? Dah kena sampuk ke? Setelah hampir dua minit berada di dalam kenderaan, lelaki ini asyik merenung ke arahku je. Aku pula membalas renungannya dengan jelingan tajam. Apa masalahnya dia ni? Kenapa tidak dihidupkan enjin kenderaan? Minyak tak ada ke?

Soalan yang berlegar di fikiran belum pun sempat kurungkai tetapi lelaki itu terus mendekatkan dirinya kepadaku membuatkan aku terkejut. Gaya seperti nak peluk aku pun ada jugak. Tangan kanannya seperti ingin menyentuhku menyebabkan aku terus menampar pipi lelaki ini. Haa itulah makannya! 

Berderau darah aku. Cis..nak buat perkara yang tak elok rupanya!

“Auch!” Jeritnya kuat.

“Hoi! Jangan ingat lu drive kereta Mercedes,  lu selalu tukar-tukar kereta mewah,  boleh buat wa macam perempuan murah.” Jerkahku yang kemudiannya terus mencuba membuka pintu kereta. 

Ah, kunci pula! Perasaan takut menjalar di hati. Tambahan pula apabila kenangan lalu menerjah masuk ke dalam fikiran. Air mata yang bergenangan di kolam mata jatuh juga di pipi akhirnya. Aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan.

“Hey..hey..bila pula aku buat kau macam perempuan murah? Astaghfirullahalzim.” 

Mendengar kata lelaki itu, aku terus menoleh ke arahnya yang kulihat sedang mengusap kawasan pipinya yang sudah pun merah gara-gara ditampar olehku.

“Ey, jangan nak berlakon baik la. Habis tu yang tangan lu nak merayap atas badan wa tadi tu kenapa? Buka kunci pintu tu, wa nak keluar! Kalau tak, memang pecah muka lu nanti.”

Jerkahku dengan suara yang bergetar. Tangan kananku terus mencuba untuk membuka pintu kenderaan. Ikut hati aku memang aku tumbuk muka dia ni.


“Bila pula aku nak pegang-pegang kau? Perasan. Aku  nak tarik seat belt tu. Macam tak pernah naik kereta je kan kau ni. Kenapa tak pakai tali pinggang keledar tadi? Kalau kena saman, aku yang kena bayar tau.” Ujarnya dengan bersungguh-sungguh.

 Aku pula tersentak mendengar kata-katanya itu. Bulat mataku merenung ke arahnya. Ooopss!


“Erk..” 
Adus, Kay..apa yang dah kau buat? 

Dengan pantas aku menarik tali pinggang keledar. Pandangan kuhalakan terus ke hadapan.


“Sedar pulak diri tu perempuan. Lagak macam gagah sangat.” Tempelaknya yang mula memandu kenderaanya.

“Manalah saya tahu. Ingatkan awak nak buat perkara tak baik tadi. Lain kali tak payah nak pakaikan seat belt bagai. Cakap je, saya boleh pakai sendiri.” Kataku yang memandang sekilas ke arahnya. 


Malu pula apabila mengenangkan drama yang kulakonkan sebentar tadi.


“Err..sakit ke?” Aku bertanya lagi setelah tiada respons yang diterima olehku.

“Boleh tahan la.” Ujarnya yang kulihat mengusap sedikit bahagian pipi yang merah padam akibat penangan penampar saktiku.


Fokusnya kulihat sepenuhnya pada jalan raya. Mataku sekali lagi memandang ke arah bahagian pipi lelaki di sebelahku ini. Merah. Aduh, nasib baik penampar sahaja yang kuberi, bukan penumbuk sulung. Kalau tak, mampus aku. 


Silap-silap aku kena saman.


“Maaf lah bro, tindakan refleks tadi tu. Nak buat macam mana lagi, kan..!” Ujarku lagi tetapi lelaki itu hanya buat bodoh sahaja. 

Diam-diam aku memerhati lelaki yang sedang memandu itu. Buta agaknya Layla tu! Ada ke patut dia ingat Adam Putra ini teman lelaki aku. Lawak antarabangsa betul! Budak umur 5 tahun pun silap-silap susah nak percaya. 

Tengok ajelah aku ni..dengan jersi di badan yang dipadankan dengan seluar jeans dan cap terbalik di kepala, memang tak padan langsung kalau nak bergandingan dengan lelaki ini. 

Kalau bandingkan aku dan Karlisha Zandra, memang bagai langit dan bumi! Kalau Sam yang biasa-biasa je tu pun taste kemain melangit, inikan pulak lelaki yang ada segala-galanya seperti dia.


Setelah kira-kira lima minit memandu, lelaki ini memberhentikan kenderaannya di kawasan taman tapak projek.

“Gold Avenue – Luxury housing project”


Itulah yang sempat kubaca tatkala mata mendarat pada papan tanda projek pembinaan yang terpacak di bahagian hadapan pintu masuk utama. Nampak sahaja kereta yang dinaiki kami ini, seorang pengawal keselamatan kulihat terus keluar dari pondok batu berwarna putih itu. Lelaki di sebelahku ini pula mengangkat tangan ke arah lelaki India itu yang kemudian menaikkan palang besi bagi membolehkan kenderaan ini masuk ke dalam kawasan tapak projek.


“Ini adalah fasa dua. Sebelah sana tu projek perumahan fasa satu yang dah hampir siap.” 

Tiba-tiba lelaki ini bersuara. Aku pula semakin blur jadinya.

“Well, why are we here?” Soalku pelik.

 Aku kasi alasan je kat umi dan abah tadi, apahal pula yang dia bawak aku datang tapak projek betul-betul?

“Kan tadi kau beritahu family kau yang kita nak datang ke tapak projek?” Soalnya bersama senyuman sinis.

“La..tu alasan je laa. Habis tu, nak bagitau dorang perkara sebenar?” Soalku bersama rasa geram yang menggunung tinggi.

 Adam kulihat masih lagi memandang ke arah bangunan yang separuh siap di luar sana.


“Well, this is my company's latest project in Kedah.” Ucapnya penuh semangat.

 Diam-diam aku mengagumi lelaki ini. Apa agaknya rasa apabila berada di posisinya sekarang? Punya segala-galanya?

“Alang-alang dah dekat, singgah kejap untuk tengok progress.” Ucapnya  sebelum mengubah posisi badan supaya dapat berhadapan denganku sedikit.

“Listen here, Kaseh..”

Anak matanya kini merenung tepat ke dalam 
mataku.

“Kay. Just call me Kay..” Ujarku sedikit tidak selesa.
“But I like that name though..” 
Gumamnya dengan perlahan dan apabila sedar anak matanya berlari memandang ke segenap daerah wajahku, aku terus melarikan pandangan ke arah lain. 

Kenapa hanya dengan lelaki ini aku jadi begini? Bukan takde lelaki yang pernah try aku, tapi belum apa-apa aku dah rasa nak muntah. Siap nak karate dorang lagi. Pelik.

“As I told you before..kau hanya perlu cakap dengan my grandma..I call her nenek.” Ujarnya setelah melihat aku mendiamkan diri sahaja. 

Aku terus menjeling tajam ke arahnya.

“Ye la..nak cakap apa?” Soalku. 

Baik aku selesaikan kerja ini cepat-cepat.Lelaki jenis ini, dia tidak akan berdiam diri selagi tak dapat apa yang dimahukannya. Bossy!

“Look Kaseh..dia tak tahu yang aku dan Lish tak jadi kahwin.” Luahnya berat.

Bulat mataku menjegil ke arah Adam. Dari haritu lagi aku pelik. Satu Malaysia tahu, tapi nenek dia tak tahu. Nenek dia tinggal kat Jupiter? Atau Marikh?

“Kenapa tak beritahu perkara sebenarnya? Sanggup awak tipu nenek awak sendiri?” Soalku bertimpa-timpa.

Maaflah, seteruk-teruk aku, memang aku tak akan menipu orang tua bab-bab begini.
Adam kulihat menyandarkan badannya pada kerusi pemandu. Kemudian, wajahnya didongakkan ke atas sambil memejamkan mata untuk seketika.

“She is not well..dia baru sahaja menjalani pembedahan jantung. Aku tak mahu dia terkejut or susah hati sebab perkara remeh ni. So, setelah berbincang, the whole family agree untuk rahsiakan darinya tentang perkara ni sehingga dia betul-betul sihat.” 

Ada keluhan di akhir ayatnya.Aku juga turut sama mengeluh. Berat juga kes ni. Tapi, kalau satu Malaysia dah tahu, bagaimana pula neneknya tak tahu? Ah, boleh gila aku fikir masalah lelaki ini.

“Entah-entah by now dia dah tahu. In case awak terlupa, kes awak tak jadi kahwin dengan si bimbo..”

Lidah kugigit sedikit apabila tersedar mulutku sedikit lancang. Alamak, terlepas cakap pulak. Aku terus menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

“Opps..sorry..maksud saya, kes awak dengan Karlisha Zandra tu  masuk surat khabar kut.” Ujarku.

 Adam pula terus membetulkan duduknya.

“Dia tak tahu. Confirmed.” Pantas Adam menggelengkan kepalanya.

“Aku pun tak sampai hati nak tipu nenek but, I have no choice. Setiap hari dia call untuk bercakap dengan my wife. Aku tak nak dia susah hati.” Kepala digelengnya sedikit.

Aku tahu dia juga di dalam dilema. Bayangkanlah, kalau nenek dia yang baru buat pembedahan jantung tu tahu dia tak jadi kahwin..sampai masuk surat khabar pulak tu..apa akan jadi? Tapi, aku harus juga luahkan apa yang bersarang di dalam hatiku. Posisi duduk kubetulkan sedikit ke kanan supaya dapat berhadapan dengan lelaki ini. Cap kutanggalkan dari kepala dan kuletakkan di atas riba.

“Tapi awak tak rasa ke menipu bukan jalan yang terbaik?” Soalku penuh hati-hati.

“Hey kawan, niat tak menghalalkan cara, remember?” Lancang pula mulutku berbicara. 

Tanpa aku aku duga kedua-dua belah tangan Adam menghentak kuat stereng kereta membuatkan aku tersentak.

“I know! So please tell me what I should do?” Bentakannya mampu membuatkan aku diam seribu bahasa. Aku tahu dia tertekan. Nafas ditariknya dalam-dalam.

 Setelah beberapa saat mendiamkan diri dia menoleh ke arahku. Rambut yang terjuntai sedikit ke hadapan disebakkan ke atas kepala.

“I’m sorry..but I don’t want her to die because of me!”

Perlahan suaranya berbicara saat ini, di antara dengar atau tidak namun cukup serius dan menyengat sehingga ke hati. Tidak lagi dia membentak seperti tadi. Entah kenapa ada rasa simpati tiba-tiba wujud untuk lelaki ini.

 Ya, kalau ini strateginya supaya aku bersetuju untuk tolong dia, dia telah pun 
berjaya.

“Kau dah pun ambil upahnya.”

 Aku tahu upah yang dimaksudkan itu adalah kamera antik yang berada di dalam beg hitamku ini.

“Now, can you please talk to her?” Soal Adam penuh mengharap.

“Kalau nanti dia nak cakap lagi dengan saya, bagaimana bro?” Soalku dengan sangat serius. 

Ha, jangan cakap aku nak kena tolong dia lagi.

“Don’t worry..she won’t. Sepanjang aku bertunang dengan Karlisha pun, dia hanya cakap sekali sahaja dengan perempuan tu.” 

Penuh yakin Adam bersuara.

“O..okay!” Itu sahaja mampu aku katakan saat ini.

Lincah jemarinya menari di atas skrin telefon bimbit dan dia kemudiannya melekapkan alat komunikasi itu di telinga kanannya.

“Assalamualaikum nek. How are you?”Soalnya sambil tersenyum.

 Dari riak wajahnya aku tahu dia betul-betul sayangkan wanita itu. Macam aku sayangkan Nek Leha.

“Yeah..she’s here. Hold on ya..” Ujarnya lagi yang kemudiannya menekan butang loud speaker pada skrin telefon bimbit supaya dia juga dapat mendengar perbualan kami nanti.

 Lambat-lambat aku mencapai huluran phablet terbaru jenama Samsung tersebut dari tangan Adam.

“Hello..Assalamualaikum nek..” Ujarku sambil memegang dengan cermat phablet milik Adam. 

“Waalaikumussalam..” Kedengaran suara seseorang di hujung talian.

 Kenapa aku rasa suaranya iras suara Nek Leha? Cuma lebih halus dan lemah.

“Ini isteri Putra ye?” Soal wanita itu dengan ramah. Aku terus menjeling ke arah Adam.

“Sa..saya is..is..” Tergagap-gagap aku jadinya apabila mataku dan mata Adam bertaut saat ini. 

Hadoi, sejak bila pula aku ditimpa penyakit gagap ni! Terus sahaja aku membetulkan duduk dan menghalakan pandangan ke arah taman di hadapan sana. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bersuara.

“Saya isteri Adam Putra, nek.” Ujarku dengan lancar.

“Alhamdulillah..at last, dapat jugak nenek cakap dengan cucu menantu nenek.” Gembira suara nenek Adam berkumandang di dalam kereta mewah ini.

“Itulah..Kaseh pun nak sangat cakap dengan nenek.” Tanpa sedar aku membalas dengan mesra.

“Kaseh? Bukan ke nama kamu Karlisha?” 

Nasib baik aku tak makan buah kedondong ke, buah rambutan ke, kalau tak mahu tersekat di tekak. Adam pula terus memandang ke arahku dengan cemas.


“Se..se..sebenarnya Kaseh tu nama manja saya.” Sebelah tanganku menepuk dahi saat ini.  

Lelaki di sebelahku siap angkat ibu jari lagi.

“Oh..” Itu sahaja reaksi nenek di hujung talian.

“Nenek apa khabar?” Soalku.

“Macam ni lah..masih lagi lemah.” Ujarnya lirih. Kasihan pulak aku jadinya.


“Takpe..nenek jangan risau. Tak lama lagi sembuhlah tu.Yang penting, nenek mesti selalu makan ubat, mesti selalu happy-happy..” 

Ujarku dengan ceria. Sengaja hendak beri semangat pada wanita itu.

“Relax..chill..jangan risau-risau..in syaa Allah, mesti cepat sembuh.” Sambungku lagi. 

Kedengaran suara nenek ketawa kecil.

“In syaa Allah. Oh ye, sebelum nenek lupa, selamat pengantin baru, pengantin musim salju.”

 Aku mengerutkan dahi memandang ke arah Adam yang sedang merenung ke mari dengan wajah 
yang serius.

“Pengantin musim salju?” Soalku sedikit pelik.

“Ye..kat sini dah masuk musim salju.” Balas nenek dengan mesra.

“Oh..”

Betullah tekaanku yang neneknya ni tak menetap di Malaysia?

“Bila dah cakap dengan Kaseh ni, teringin pula nak jumpa orangnya.” 

Ah, sudah! Masalah sudah mari. Dengan kalut aku memandang ke arah Adam. Riak wajah lelaki itu juga nampak berubah saat ini. Baik aku pass telefon kepada cucu mithalinya ni.

“Nek! Adam nak cakap dengan nenek ni..dari tadi asyik nak rampas telefon ni dari Kaseh. Rindu sangat agaknya dia dengan nenek.” 

Sambil ketawa mesra aku berkata begitu dengan niat hendak melarikan diri. Tak boleh tunggu dah ni! Masalah dah tiba.

“Nenek pun rindu dengan dia..dengan Kaseh pun nenek rindu. Teringin sangat nak jumpa Kaseh.”

 Hadoiii! Makin pening aku jadinya.
This has to stop, Kay! Aku memberitahu diriku.

“Err..nek..cakap dengan Adam ye..”

Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus memulangkan telefon bimbit kepada Adam.

“Nek..nenek dah makan?” Soal Adam dengan lembut. 

Cap yang terdampar di atas riba kupakaikan ke kepala semula.


“Dah makan tadi..Putra, bila Putra akan ke sini?”
Soal si nenek kepada cucunya. 

Dari nada suaranya seperti sangat rindukan Adam.

“Next week..” Jawab lelaki ini.

“Nenek tahu Putra ke sini nanti atas urusan kerja but I want her to come with you.”

 Mata aku dan Adam berpandangan lagi untuk kesekian kalinya apabila mendengar permintaan nenek yang lebih kepada arahan itu.

“Nenek..she really wants to go but nenek pun tahu..dia kene kerja kan. Lagipun ini pertama kali Sakura Emas bekerjasama dengan company besar seperti Taisei Shimizu untuk projek pembangunan tu. ”

 Dengan penuh kelembutan dan hati-hati Adam 
bersuara namun nenek nampaknya sangat tegas dalam hal ini. Pandai-pandai kau lah bro!

“I don’t care..what I know, she is here with you next week.”Putus nenek. 

Adam kulihat dah mula serabut. Tepat matanya memandang ke arahku.

“Nek..I call you back? Assalamualaikum.” Ujarnya.

“Waalaikumussalam.”

Sebaik sahaja talian dimatikan, lelaki ini kelihatan ingin berkata sesuatu tetapi aku dengan pantas bersuara terlebih dahulu.

“So, Encik Adam Putra. Urusan kita dah selesai. I’ve done my job and the camera is mine now!” 

Lancar mulutku meluahkan kata-kata yang telah tersusun cantik di dalam kepala.

“Just jangan cari saya lagi.”

Kepala kugelengkan sedikit ke arah lelaki yang sedang merenungku dengan sepasang mata helangnya itu.Cap di kepala kubetulkan dan pintu kereta kubuka saat ini. Tanpa memandang ke arahnya aku melangkah keluar dari kenderaan mewah ini.

“Kaseh..”

Pangilan lelaki itu tidak kuhiraukan langsung. Sekali lagi aku ingatkan diriku. This has to stop, Kay! Ingat, Adam Putra licik orangnya. Lepas ni jangan sesekali bersua dengannya lagi. Never ever.


***


Bersambung..:) Terima kasih sudi baca. In syaa Allah esok malam suri post bab 16. Segala komen boleh diberikan di facebook. Thank you so much :)