**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 4 January 2013

Playboy Itu Suami Aku?! 14

 Bab 14
 
 Kalau aku ke kutub utara yang bersuhu di bawah paras beku tu saat ini pun, belum pasti hatiku akan sejuk. Tanpa menghiraukan lelaki yang sedang keluar dari kereta itu, aku terus meluru masuk ke dalam kawasan rumah. Kata lelaki itu kepada mama dan mummy, dia mahu mengajak aku dating untuk melapangkan fikiranku, kononnyalah! Memang semua tu dusta belaka. Lelaki sepertinya memang tak boleh dipercayai. Puas aku menyumpah seranah dia di dalam hati tadi.

Pandangan kufokuskan pada pintu rumah yang terbuka luas. Dengan wajah yang kelat aku melangkah masuk ke dalam. Terus sahaja tanganku menolak daun pintu dengan kasar sampai berdentum kuat.  Butang pada tombol pintu pula kutekan. Biar dia tak boleh masuk ke dalam rumah ni. Puas hati aku sekarang! Belum sempat untuk berpaling ke belakang, kedengaran suara mama berkumandang dengan kuat.

 
“Astaghfirullahalazim..kenapa dengan kamu ni Fina?” Tangan mama mengurut dadanya berulang kali. Kemudian wanita yang memakai kaftan  berona biru laut itu terus bergerak ke arah ‘sliding door’. Bulat matanya merenung ke arah luar rumah melalui cermin kaca berwarna putih itu.

 
“Mana Adrian?” Dah kuagak soalan itu akan keluar dari mulutnya. Kemudian, kulihat dia mengecilkan sedikit matanya seperti sedang memastikan sesuatu. Dengan pantas kepala digelengnya beberapa kali sambil melangkah ke mari. Sebuah jelingan tidak puas hati kini hinggap di wajahku.

 
“Fina..berdosa tau buat suami kamu macam tu..” Ujar mama dengan penuh risau.

Kemudian, tangan mama terus memulas tombol pintu. 

Aku pula tanpa menunggu lebih lama, mengatur langkah menuju ke arah sofa. Tubuh yang terasa sedikit lemah kurebahkan di atas sofa dan aku terus berbaring. Seperti ada batu yang sangat besar di atas kepalaku saat ini. Benar-benar tidak dapat menerima kenyataan. Otakku tidak tahu hendak fikir tentang masalah yang mana dahulu. Adakah aku patut berfikir tentang hubungan aku dan Raja Adrian  saat ini? Ataupun tentang Syaf? Bagaimana pula tentang duit 50,000 tu? Betulkah aku pinjam duit tu dari dia? Kepala kugelengkan berkali-kali sambil menutup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kusutnya!

“Adrian..masuklah..” Mesra kedengaran suara mama berkata begitu kepada menantunya tu. Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Tapak tangan masih lagi menutup wajah.
Malas hendak pandang muka lelaki itu. Sangat benci!


“Thanks mama..” Jawab lelaki itu.

“Kenapa dengan Fina tu?” Kedengaran suara mama seperti berbisik, bertanyakan soalan itu dengan perlahan kepada Adrian. Aku memasang telinga untuk mendengar jawapan lelaki itu.
“Entahlah mama..dia suruh saya ceritakan tentang hubungan kami tetapi tiba-tiba pulak dia naik angin. Macam tak dapat terima kenyataan yang saya ni suami dia. Mungkin di mata dia, saya tak cukup sempurna agaknya, mama..it’s okay..” Sedih betul nada suara lelaki itu saat ini.

 Isk, dia ni memang pelakon drama ke apa? Bibir kuketap dengan geram. Kurang asam betul. Depan mama, pijak semut pun tak mati. Macam bagus aje! Memang dasar raja buaya! King of crocodile!
“Sabarlah ya, Adrian..Fina tu masih belum pulih lagi. Kamu jangan ambil hati, ya? InsyaAllah, dia pasti akan ingat segala-galanya tentang kamu nanti. Janganlah risau..” Pujuk mama.

Aku hanya mampu memicit kepala yang semakin berdenyut. Ingatkan lapang sedikit kepala otakku apabila pulang ke rumah tetapi lain pula yang berlaku. Semakin bingung rasanya.
“Harap-harapnya macam tu la mama. Saya cintakan Fina.saya tak akan sesekali meninggalkannya..sampai bila-bila..”

 
Boleh tak kalau aku betul-betul muntah kat permaidani berwarna putih ni? Boleh takkkkkk?! Loya terasa tekak apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
Cinta? Apa yang dia tahu tentang cinta?!
 Lelaki yang ‘playboy’ seperti dia tu tak akan faham apa-apa tentang cinta sampai mati. Cinta yang sejati juga tidak akan sudi untuk hadir dalam hidup seorang buaya darat seperti dia. Marahku di dalam hati.
Ya Allah..kenapalah nasib aku macam ni? Sudahlah kemalangan, lepas tu koma. Sedar-sedar aje dari koma, aku jadi ‘weng’ macam ni. Ada perkara yang aku ingat tetapi ada perkara yang aku langsung tak dapat ingat! Part paling ‘sweet’, apabila mendapat tahu yang aku dah pun berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! What a perfect life I’m living in!
Itu belum masuk part di mana Syaf, kawan yang paling aku percaya ‘pau’ rm 50, 000 dari aku lagi! Rasa hendak menangis pun ada kerana terlalu ‘gembira’! Aku terus bangun dari pembaringan. Kepalaku mendongak ke arah mama yang masih berdiri berhadapan dengan Adrian di muka pintu.
“Mama! Mana telefon bimbit Fina?” Soalku. Aku harus menghubungi Syaf sekarang juga. Tudung di kepala yang senget-benget tidak kuhiraukan langsung. Mama menoleh ke belakang. Ada senyuman tawar yang bertandang di bibirnya. Aku tahu mama semakin risau dengan keadaanku.

 
“Kenapa sayang? Telefon bimbit Fina ada dengan mama..” Jawab mama dengan lembut.
“Fina nak telefon bimbit Fina semula. Fina nak call Syaf.” Beritahuku dengan tenang. Agak-agaknya, mama tahu atau tidak tentang duit RM 50,000 yang Syaf pinjam dariku itu? Atau lebih tepat lagi, dari Adrian! Sebal terasa hatiku saat ini. Tambah-tambah apabila aku tahu mata lelaki yang bergelar suamiku itu berada di wajahku sekarang.
“Nanti mama ambilkan ya..tapi sekarang, mama ada hal sedikit nak bincang dengan Fina.” Berkerut dahiku mendengar kata-kata mama.
Aduhai, fakta apa pula yang mama hendak beritahuku ni? Setiap kali mama bersuara serius begitu, setiap kali itulah hatiku tidak akan tenteram. Aku dah terlalu fobia mendengar ton suara sebegitu. Takut sekiranya ada lagi kenyataan pahit yang harus aku telan. Melihat tiada respons yang diberikan olehku, mama terus menoleh ke hadapan. Wajah Adrian dipandangnya.

 
“Jom Adrian, kita ke sana..” Ajak mama dengan lembut. Adrian yang sedang berlakon sebagai menantu paling mithali di atas muka bumi ini kulihat terus menganggukkan kepalanya. Senyuman mama dibalasnya dengan mesra.
“Hm..baiklah ma..” Lelaki tinggi lampai itu kemudiannya mengekori langkah mama ke mari. Lengan baju yang disinsingnya hingga ke paras siku dibetulkannya sedikit.
“Fina..Fina memang tak ingat apa-apa tentang Adrian?” Soal mama sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahku. Aku terus sahaja mencebikkan bibir.
“Langsung tak! Fina bersyukur kot sebab tak ingat apa-apa tentang lelaki macam dia ni. Menghabiskan ruang memori aje.” Luahku dengan geram. Sempat lagi aku menjeling sengan sinis ke arah lelaki itu sekilas.
“Fina...” Keluh mama sambil menggelengkan kepala. Jelas mama kurang senang dengan jawapanku. Tanganku digenggamnya dengan lembut saat ini.

 
“Apa yang mama nak bincangkan tadi, ya?” Tiba-tiba sahaja lelaki itu mencelah. Aku hanya melemparkan pandangan ke arah meja yang berada di sebelah kanan rumah. Malas hendak memandang wajah lelaki itu.
“Hm..macam ni..mama, papa dan mummy dah sepakat buat keputusan..” Terus sahaja mataku melekat di wajah mama.
“Keputusan apa mama?” Soalku dengan serius. Mama kulihat takut-takut untuk menjawab. Nafas ditariknya dalam-dalam sebelum bersuara semula.
“Tentang Fina..” Luah mama. Matanya merenung ke dalam anak mataku dengan pandangan penuh simpati. Semakin tidak senang duduk aku jadinya.
“Kenapa pula dengan Fina?” Soalku dengan pelik. Mama mengeratkan genggaman tangannya di tanganku.
“Kami rasa, elok kalau Fina balik dan tinggal bersama Adrian..macam dulu.” Hampir hendak pitam aku mendengar kata-kata mama itu. Terus sahaja aku berdiri. Tanganku yang berada di dalam genggaman tangan mama kutarik dengan kasar.

 
“Fina tak nak!” Bentakku dengan kuat. Kemudian, aku terus menoleh ke arah mama. Ada air mata yang bergenangan di tubir matanya.
“Fina tak nak mama..tolonglah Fina..Fina tak nak pindah ke rumah dia ni..please mama..” Rayuku dengan bersungguh-sungguh. Reaksi Adrian tidak langsung kuambil tahu.
“Fina..dengar dulu..” Mama bingkas bangun. Bahuku diraihnya lembut.
“Fina tak nak dengar apa-apa lagi. Fina tak akan balik ke rumah lelaki yang Fina langsung tak kenal ni. Fina tak sanggup ma..” Rayuku lagi. 
Sempat aku menjeling ke arah Adrian. Lelaki itu hanya berpeluk tubuh dan memandang ke arahku dengan tenang sahaja. Ah, apa nak hairan! Dia bukan kisahpun kalau aku balik atau tidak ke rumahnya tu!
“Fina..lelaki ini suami Fina tau..bukan orang lain..” Sedikit tegas suara mama kali ini. Aku terus berpaling dari mama.
“Mama tak sayangkan Fina..!” Bentakku. Walau apa yang terjadi, aku tetap tidak akan ikut lelaki itu pulang ke rumahnya.

 
“Jangan macam ni, nak..” Pujuk mama. Tangan kanannya memicit lembut bahagian dahi. Aku tahu mama semakin risau dengan karenahku tetapi, aku juga sudah tidak dapat bertahan lagi. Bagaimana untuk aku tinggal serumah dengan dia ni kalau aku rasa nak cekik aje lehernya tu setiap kali kami bertentang mata?
“Sebab sayangkan Finalah mama buat keputusan macam ni..mama nak tengok Fina sembuh semula. Kalau Fina asyik terperap di dalam bilik kat atas tu aje..mama tak tahu bila ingatan Fina akan pulih. Mungkin kalau Fina balik ke rumah Fina, Fina akan ingat semula.
Yang penting, mama pasti Fina boleh ingat segala-galanya tentang suami Fina nanti.” Lembut suara mama memujukku.
 Jemarinya kulihat berlari di wajah, mengesat air mata yang sudah mula berlinangan. Rasa tidak sedap hati pula melihat mama menangis. Sumpah bukan niatku ingin membuat mama risau tetapi aku tak mampu untuk menurut kemahuan mama untuk kali ini. Belum sempat aku bersuara, kedengaran suara Adrian berkumandang dengan tenang.

“Betul mama..kata Doktor Fadhil tadi, Fina perlu ke tempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum ni..dan jalani hidup seperti sebelum kemalangan dulu..InsyaAllah, dia akan cepat sembuh.” Kedengaran suara lelaki yang kubenci itu berkumandang di ruang ini. Aku menjeling tajam ke arahnya yang sudah pun berdiri. Berani dia berkata begitu, ya! Boleh pula dia bersetuju dengan mama. Tak cukupkah dengan koleksi gundik di keliling pinggang raja buaya tu?! Aku pula yang hendak di-‘ngap’nya? Jangan harap!
“Adrian, kamu setuju untuk bawa Fina pulang bersama kamu?” Soalan mama Adrian jawab dengan anggukan.
“Mestilah mama..dia kan isteri saya..” Jawab lelaki itu. Seperti pedang yang baru diasah, begitulah tajamnya pandangan yang kuberikan kepadanya. Memang hobinya menyusahkan hidupku lah!
“Fina tetap tak setuju, mama! Fina tak setuju.” Bentakku dengan kasar. Mata masih lagi berada di wajah Adrian. Geram betul aku! Lelaki itu sempat lagi memberikan senyuman sinis ke arahku. Mama tak nampak ke semua tu?!

 
“Tolonglah Fina..jangan buat mama macam ni..siang malam mama risaukan keadaan Fina. Kalau Fina tak ingat kawan-kawan Fina takpe sayang..mama masih boleh terima tapi, Fina tak ingat suami Fina! Suami yang Fina sangat-sangat cintai dulu.” Dengan bersungguh-sungguh mama berkata begitu. Semakin bercelaru kepalaku saat ini. Apakah benar aku pernah cintakan lelaki ini dahulu? Kenapa aku rasa mama hanya berbohong sahaja?

 
“Mama..betul ke tak ada sesiapa yang paksa Fina kahwin dengan dia ni dulu? Tolonglah jawab dengan jujur, mama..Fina perlu tahu..” Rintihku kepada mama. Wajahnya kupandang dengan penuh berharap.
“Fina..dah banyak kali mama beritahu dengan Fina..Fina sendiri yang setuju untuk berkahwin dengan Adrian. Memang betul, selepas mummy merisik Fina, Fina macam tidak berminat dengan lamaran itu pada mulanya. Tapi, selepas itu Fina bersetuju untuk menerima Adrian. Tidak ada sesiapa yang paksa Fina. ”  Jawapan mama membuatkan aku tersentak seketika. Mustahil!
“Bagaimana pula dengan mama dan papa?” Soalku yang semakin kusut.
“Mummy adalah  jiran  mama semasa tinggal di Kuala Lumpur lama dulu. Kami memang rapat tetapi  kami tidak pernah sesekali memaksa Fina menerima Adrian” Jawab mama dengan bersungguh-sungguh. Bahuku diusap-usapnya dengan lembut. Tapi, usapan itu tidak mampu untuk meyakinkan aku.
“Mama bohong! Tak mungkin mata Fina ni buta untuk menilai. Tak mungkin Fina cintakan lelaki buaya yang tak guna macam dia ni!” Jari telunjuk kutunding tepat pada wajah Adrian. Dapat kulihat lelaki itu sedikit terkejut dengan kelakuanku.

 
“Fina! Jangan melampau! ”  Aku terus menoleh ke belakang. Papa tiba-tiba muncul dari arah dapur. Merah padam wajahnya ketika ini. Rasa gerun di hati kuabaikan sahaja. Tidak, apa pun yang terjadi, aku tak akan ikut kemahuan mereka.
“Abang..Fina kan belum pulih lagi. Janganlah berkasar dengan dia..” Tegur mama. Papa terus menanggalkan kaca mata di wajahnya dan melangkah ke mari.
“Tapi itu tak bermakna dia boleh sesuka hati kurang ajar dengan suami sendiri..” Nyata papa memang marahkan aku. Ada sebak di dada saat ini. Sebab lelaki ini papa memarahiku. Memang tak adil. Aku melemparkan pandangan kosong ke arah permaidani.

 
“It’s okay, papa..saya faham sangat dengan keadaan Fina. Jangan risau, saya tak ambil hati pun. Dia perlukan waktu untuk pulih.” Ujar Adrian. Lelaki itu kemudiannya berjabat tangan dengan papa. Berlakon baik lagilah tu!

 
“Tak payah nak berlakon baiklah depan parents aku. Now, you listen to me..memang ada masalah dengan saraf otak aku tetapi, mata aku ni belum buta untuk menilai.” Lantang aku bersuara saat ini. Wajah tenang Adrian aku tetap dengan penuh kebencian sebelum aku berpaling untuk meluru ke arah tangga untuk naik ke atas.

 
“Fina!” Suara mama dan papa yang menjerit namaku dengan serentak tidak kupedulikan.
“Sayang..” Terasa tanganku diraih lembut dari belakang. Belum pun sempat aku berbuat apa-apa, tanganku ditariknya dengan kuat membuatkan aku berhadapan dengannya kini. Bau wangian yang dipakainya menusuk masuk ke dalam rongga hidungku.
Jarak di antara kami sangat dekat saat ini.
“Look at me..” Ujarnya dengan lembut. Aku hanya mampu merenung ke arahnya dengan pandangan yang bengis.
“Abang tak kisah kalau Fina bencikan abang..tetapi, abang mahu Fina sembuh. Kenangan Fina banyak di sana..di rumah kita.” Pujuknya dengan lembut. Aku cuba melepaskan genggamannya di tanganku tetapi tidak berjaya. Ada sedikit senyuman kemenangan terpalit di bibirnya ketika ini.
“Fina..betul kata Adrian tu..” Sokong papa. Aku masih lagi merenung ke arah Adrian. Apa motif lelaki ini? Kenapa dia mahu aku tinggal dengannya sedangkan terang-terangan dia tidak memerlukan seorang isteri? Mataku masih menentang matanya dengan tajam. Akhirnya lelaki ini mendekatkan bibirnya di telingaku. Genggaman kuat tangannya di lenganku dileraikan.

“Sayang..nampaknya kau dah bersedia untuk pulangkan duit 50,000 aku. Kau nak aku beritahu tentang duit tu kepada mama dan papa kau? Ataupun, kau nak aku minta duit tu dari diorang? Biar diorang aje yang tolong bayarkan untuk kau?” Soalnya di dalam keadaan berbisik. Nampaknya papa dan mama tidak tahu tentang duit 50,000 ini. Apakah perkara ini kurahsiakan daripada pengetahuan mereka dahulu? Aku buntu! Kalaulah aku dapat ingat kenapa aku memberikan duit tersebut kepada Syaf, pasti situasi aku tidak sesukar ini. Selepas dilihatnya mulutku terkunci rapat, dia berbisik lagi.
“I’ll be nice to you if you follow me home. If not, aku tak ada pilihan lain..aku tak rasa papa dan mama kau akan happy bila diorang tahu tentang 50k tu. Rahsia kau selamat kalau kau ikut aku balik.” Matanya kutenung. Lelaki itu sempat mengenyitkan mata kepadaku. Kemudian, dia membisikkan ayat seterusnya.
“You better make a wise decision, sayang..” Mendengar sahaja kata-katanya itu, aku terus berpaling dan meluru ke arah tangga

 
“Mama, papa...Fina naik atas dulu!” Langkah terus kuatur kemas memanjat anak tangga. . Kenapa lelaki itu ingin membuat hidupku merana? Puncanya mummy! Kenapa mummy mahukan aku sebagai menantunya? Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain? Hanya kerana lelaki itu mahu menjadi CEO, aku yang terpaksa merana! Bagaimana kehidupan aku dahulu? Kenapa aku dikelilingi oleh orang yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadapku? Tidak cukup dengan Adrian, Syaf, kawan baikku tu pun sanggup menyusahkan aku! Kalau tidak kerana rm 50,000 keadaanku tak mungkin senazak ini!
***
Bersambung :D

54 comments:

  1. kenapa jahat sngt si King ni!!! hahaha.. bengang!

    ReplyDelete
  2. seperti mana fina tgh wenk... kita pun wenkk... mcner fina buleh xcident ..

    ReplyDelete
  3. Cepat..cepat la sambung ye,kak suri:)

    ReplyDelete
  4. Nice.. excited nk tau sebelum diorg kwin..

    ReplyDelete
  5. Kusyi : wataknya memang menguji kesabaran kaum hawa sikit..hehe..terima kasih ye sebab sudi mengikuti PISA dan sudi memberikan komen :)

    Einaz Lynna : Terima kasih sangat2 Einaz..sebab masih sudi mengikuti pisa..nanti pasti akan diceritakan bagaimana Fina boleh accident..tak lama lagi aje :)

    Cahaya Dayana : thanks dayana sebab sudi baca dan berikan komen..nanti akak post bab 15 ye :)

    Fadrul : In syaa Allah..ada sesuatu yg berlaku yg menyebabkan Fina menerima King..nantikan ye :) tq sudi baca dan komen :)

    Fatehah : thank u soooo much Fatehah sebab sudi baca dan komen :) glad you love it!

    ReplyDelete
  6. hrmmm makin tidak sabar nak tau kisah selanjutnya...duit 50k tu nape ye hrmm.....

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaa..ni 1st time komen. best2..nak ga nak ag

    >>k<<

    ReplyDelete
  8. Best sangat. kesian fina. king ni memang jahat la. sambung lagi ya kak suri. :D

    ReplyDelete
  9. ~("_^)~Oh Ha-Ni : semua persoalan akan terjawab nanti hihihi :) In syaa Allah, nanti suri post bab 15 :)

    Anonymous : tq so much sudi mengikuti PISA dan memberikan komen..in sya Allah, nanti akan post bab 15 :)

    ReplyDelete
  10. x sabar sambungannya. cepat sikit update kak suri. :)

    -arifah lovex-

    ReplyDelete
  11. nak bab 15..owh maii..semakin jatuh cinta dengan pisa nieh...waaa..nape best sngat cite nieh..??

    ReplyDelete
  12. kesian fina , klau sye jadi dia pun sye mrah gak .............

    'nazfa namia'

    ReplyDelete
  13. watak King ni saiko betul. kesian betul la kat si Fina tu. Suri nk tanya skit sbb x paham: camne diorg terpikir nak kawen ni guna alasan duit 50k & position CEO? cam dh x betul niat diorg tu.ke ada kes lain ni? pe2 pn PISA mmg best, dh x sabar nak tau sambungan ni.cpt2 la upload bab baru ye.:)tqvm ~fariza

    ReplyDelete
  14. nice king. hehe! suka mendesak, tp dalam masa yg sama, he proves that he is a "MAN"..
    (",)

    ReplyDelete
  15. waa.. xsbr nk tau ape yg berlaku sbrnya???

    ReplyDelete
  16. Cik Ain Azahar : tq so much sebab sudi jatuh cinta dengan PISA..heheh nanti akak post bab 15 okayy :) thank jugak sebab sudi komen :)

    Cherro Vie : King mmg seorang yg suka mendesak..boleh hilang sabar kalau jumpa lelaki mcm ni in real life hihihi :D In syaa Allah, nanti suri update bab 15 ye :) thanks sudi baca dan berikan komen :)

    Zue : In syaa Allah, semuanya akan terjawab nanti..tq so much masih sudi mengikuti PISA dan selalu sudi untuk berikan komen..:)

    ReplyDelete
  17. xsabar.. akak cepat2kanlah post kan nya....

    ReplyDelete
  18. akak cepat2 post next part xsabar...

    ReplyDelete
  19. Juejuriah : In syaa Allah..nanti akak post :) tq so much sudi mengikuti PISA dan sudi komen ye :)
    Baby Mio : tq so much baby Mio..nantikan bab 15 ya..tq sudi berikan komen :)

    ReplyDelete
  20. Arifah Lovex : In syaa Allah, nanti kak suri post bab 15 ye..:)
    Nazfa Namia : mmg watak king ni sangat menguji kesabaran kaum hawa haha..kalau jumpa dengan lelaki camni, harus cekik! erkk haha..

    Fariza : Haha..watak King mmg macam tu..seorang yg tidak sukakan komitmen..bertindak ikut kepala sendiri dan kaki perempuan.
    suri belum ceritakan lagi tentang bagaimana Fina yg waras dan tak saiko boleh bersetuju utk berkahwin dengan King dengan rela hati..:)
    50 k tu bukan alasan untuk kahwin..dalam bab 14 ni, 50k tu hanyalah alasan yg digunakan King untuk mengelakkan Fina dari mintak cerai :) kalau Fina bayar balik duit dia, baru dia akan consider utk ceraikan Fina.
    tq sudi baca dan komen..nanti suri akan post bab 15 :)

    Nur Atiza : tq so much sudi megikuti PISA dan sudi berikan komen :)

    ReplyDelete
  21. x mau ckp banyk nk nxt x3 jer,mmg tebaeklh

    ReplyDelete
  22. nxt n3 plssssssssssss

    ReplyDelete
  23. suspen tul..hopefully syaf x seleweng duit 50k tu..sian fina..

    ReplyDelete
  24. lagi.. lagi... & lagiiii!
    part ni dh bc dulu so waiting fr the next 1...

    ReplyDelete
  25. na lagi, cepat-cepatye post n3 baru, Hari-hari buka blog Suri.

    ReplyDelete
  26. suka kan King yg jahat..nk tgk pulak mcm mana King kt umah sendiri pulaks..
    Suri..tq lots..sambung lg yer
    luv fr kak sal

    ReplyDelete
  27. Terasa diri ini berada di tempat fina..kepala sy pon wenk jg kak suri...mkin lame makin teruja nak tau..so exciting...nk tau selanjutnye...♡♡♡♡♡♡ kak suri....

    ReplyDelete
  28. oowh..itu ke gerangan KING?? hehehe..hensem..!!

    kak suri..thanks 4 n3..:DD

    ReplyDelete
  29. mmg the best lahh...nk entry bruuu :)

    ReplyDelete
  30. Saya suka watak king..playboy yg ada kelasssss..tq suri

    Drpd k ju

    ReplyDelete
  31. Adrian ni memanglah... hahaha... kesian Fina. apa jadi kalau Fina berpindah ke rumah Adrian dengan keadaan dia macam ni?

    terima kasih kak Suri. sangat best! :)

    ReplyDelete
  32. oooh, kenapa ya dgn 50k tu? adeh, sambung lagi kak suri ~ ^__^

    ReplyDelete
  33. akak... nk lg.. hwi ni jgk post 15,16 tw... hikhik.. demand!!

    ReplyDelete
  34. kak suri nk smbungan nye lagi . xsabar nye nak tunggu .

    ReplyDelete
  35. arhh x saba nye nak tunggu bab 15 . sesungguh nya penantian itu satu penyiksaan . hehe ^^v

    ReplyDelete
  36. best..baru jer jengah blog neh..

    ReplyDelete
  37. Mona, Zahra leyna, Hamizah Ismail, anonymous, Mimieza Azis, Norihan Mohd Yusoff : terima kasih semua sebab sudi mengikuti PISA dan sudi memberikan komen..suri sangat2 menghargainya :) in syaa Allah, sambungannya pasti akan ada esok pagi :)

    Ctrain7474 & Nik Ainaa : apa syaf dah buat dengan 50 k tu? Nantikan bab seterusnya ye..:) tq so much sebab sudi baca dan komen :)

    Kak Sal : in syaa Allah, suri pasti akan sambung :) :) nantikan bagaimana mereka hidup sekali nanti.. tq so much sudi baca dan komen ye :)

    Honeyz : hahaha..jangan weng dulu..nantikan bab seterusnya okay hehehe :D love you toooo :) tq sudi baca dan komen..

    Si yellow : sukanya bila tgk kucing ni..comelll :) yes yes, itulah gerangan si playboy tu hehe

    Kak Ju : you are welcomeee thanks sangat2 sebab sudi mengikuti PISA dan tq sebab selalu komen ye :)

    Afifah Yusoff Laling : tq so much afifah..ehehe in syaa Allah, nanti akan terjawab jugak apa yang syaf buat dengan 50 k tu :)


    ReplyDelete
  38. akak next n3!!best,btw king hensem

    ReplyDelete
  39. bila novel ni nak keluar ye? tak sabar nak habiskan baca.

    ReplyDelete
  40. Dalam byk2 page penulis novel yg sy masuk... hanya kak Suri Ryana yg rajin balas SETIAP ape yg di komen peminat2.. penulis lain..hur...nk jwab satu soalan pun pyh.. diorang xsedar yg komen pembaca 2 la yg jd guru yg terbaik untuk berjaya dlm bidang penulisan.. gd job kak Suri.. gd writer.. Doakan akak berjaya dlm ape bdg yg akak ceburi.. amin...

    ReplyDelete
  41. kak sapa nama sebenar king ni dalam realiti??

    ReplyDelete
  42. best3.....suri post setiap episod setiap ari....x sabar nk tunggu nie......

    ReplyDelete
  43. Suri...cepat sikit yea....x sabar nak tunggu episod seterusnya.....

    ReplyDelete
  44. bestnya kak suryyy,,,

    ReplyDelete
  45. akak suri...bila nvel PISA ni nk keluar...xsbar dah nak menunggu...best sangaaaaaaaaaaaaaatttttttt...

    ReplyDelete
  46. Geram nyer la kat king of crocodile ni.mmg sesuai la gelaran tu...main ugut2 plak..ei..

    ReplyDelete
  47. Eiii... geram giler dengan si king ni! pandai pulak dia blakon baek dpn mama n papa fina.
    teringin sangat nak tau nape fisya p luar ngara...

    ReplyDelete
  48. bengang giler ngan si king of buaya nie...adeh hai...

    ~uly ct~

    ReplyDelete
  49. Kak Suri,

    Sape laki yg jdik King nih ek? Saaangaaat ensem...

    :)

    ReplyDelete
  50. Akak,bestnya citer no.all the until akak

    ReplyDelete