DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 16 January 2017

Je t'aime, Sweetheart 100 Hari! : Bab 5 & Bab 6


Bab 5


Atas dasar apa dia menuduh aku curang? Mana buktinya? Ah, entah-entah hati dia yang sudah berubah. Wajah kupanggung dengan perlahan-lahan sambil menghalakan pandangan kosong ke arah luar jendela. Rambut yang panjang melepasi bahu kusebakkan ke belakang. Cantik berseri bulan yang sedang mengambang namun tidak  dapat menyurutkan sakit di hati yang semakin lara.

“You know what Malissa? Kau adalah cinta pertama aku. You were my first love. Tapi, akhirnya kau membuktikan yang semua perempuan tu sama je. Tidak jauh bezanya pun antara kau dan Emilia. Aku yang bodoh kerana percayakan kau.”

Bagai dicucuk dengan duri yang paling tajam, begitulah parahnya sakit di hati apabila mengenangkan kata-kata Iskandar kepadaku tadi.  Bersama esakan yang tidak berkesudahan aku membenamkan wajah pada lutut. Kedua-dua belah tangan memeluk kemas bahagian betis.



Di dalam gelap bersama mata yang tak mampu lelap aku termenung sendirian. Pukul 3 pagi tetapi aku masih berjaga dengan mata yang bengkak gara-gara banyak sangat menangis. Comforter tebal yang melilit tubuh kubetulkan sedikit keadaannya supaya menutup kawasan kaki yang tadinya sedikitt terdedah. Perlahan aku menyeka sisa air mata yang mengalir laju menuruni pipi. Iva Irdina..bilakah kita akan bertemu lagi?

Hancur hati apabila mengenangkan tadi adalah mungkin terakhir aku dapat berjumpa dengannya. 

Terbayang di fikiran wajah arwah Emilia Hana, bekas isteri Iskandar. Emilia meninggal dunia setelah melahirkan Iva Irdina. Kerana kasihankan dia aku rela menggalas tugas sebagai seorang ibu di usia 18 tahun, 5 tahun yang lepas.  Ya, masa tu aku belum berkahwin pun lagi dengan Iskandar. Kerana kasihankan Emilia, aku rela menurut amanatnya yang terakhir iaitu menjaga Dina seperti anak aku sendiri. Siapa cakap segalanya mudah untuk aku masa tu? Memang banyak cabaran tetapi yang paling aku tak boleh lupa, cabaran memberi susu kepada Dina kerana dia memang tak boleh terima susu formula.

Kerana sayang, kerana cinta, walaupun masih belum berkahwin, aku sanggup berjumpa pakar untuk mendapatkan kaunseling tentang cara menghasilkan susu badan khas untuk Dina. Ah, apa nak dihairankan, ramai aje single ladies yang menyusukan anak angkat pada zaman ini. Nafas kutarik dalam-dalam, menahan sebak yang kembali bersarang di hati.
Setelah dua tahun menjaga Dina, aku berkahwin dengan Iskandar. Semuanya atas dasar cinta.

Dari dulu lagi, memang terasa kerdil sangat diriku kalau nak dibandingkan dengan Iskandar. Ketika berkahwin dengannya 3 tahun yang lepas, aku masih terkial-kial untuk memulakan pengajian di peringkat ijazah sedangkan dia sudah pun menerajui perniagaan keluarganya dan bergelar usahawan berjaya di usia 28 tahun.
Sekarang ni? Jurangnya lagilah besar dan berbeza. Berkerut seribu wajahku saat ini. Ada persoalan yang bermain di minda. Sejak bila dia bergelar Dato’? Baru berusia 31 tahun.

Ah, apa nak dihairankan Malissa? Ramai je orang yang masih muda dan berjaya dalam perniagaan bergelar dato’ zaman sekarang ni. Sebagai contoh, Dato’ Aliff  Syukri terlajak laris dan Dato’ Azril Radzi pemilik V’Asia Cosmetic. Kedua-duanya pun masih muda. Bagai ada suara membisikkan kata-kata itu kepadaku ketika ini.
Entah-entah sebab itu agaknya dia tinggalkan aku dua tahun yang lepas. Mungkin dia sedar yang aku memang tak sepadan dengannya. Terngiang-ngiang kata-kata ibu di telinga saat ini.

“Apa lagi yang kamu tunggu? Kalau dia benar-benar cintakan kamu, dia takkan tinggalkan kamu macam ni. Dia takkan buang kamu dari hidupnya dengan cara yang paling hina begini, nak..”

Air mata semakin lebat merembes. Tidak lagi aku akan terhegeh-hegeh merendahkan maruahku untuk merayu. Memang perit untuk melepaskan cinta pertama itu pergi tetapi adalah lebih perit untuk terus berharap kepada sesuatu yang tak pasti. Enough is enough.



***

Lincah tangan memasukkan baju-baju yang telah dilipat ke dalam bagasi. Lantai bilik yang tadinya semak dengan segala khazanahku kini kosong kembali seperti sediakala. Pantas aku bangun berdiri. Laju kaki melangkah ke arah meja. Laci kubuka dan kotak baldu berwarna merah kukeluarkan saat ini.

Tak sampai hati rasanya nak tengok muka 20 sen Zati yang sedang duduk di birai katil. Anak matanya tak berkelip langsung merenung aku yang sedang mengemas sejak dari tadi. Longlai kakiku melangkah ke arahnya. Setelah melabuhkan punggung di sebelah gadis ini, aku mula bersuara.

“Zati..thank you sangat-sangat sudi tumpangkan aku kat rumah kau ni.” Ujarku pada gadis yang mempunyai rambut paras bahu ini. Lengan aku ditampar lembut.

“Hish..takde apa la.” 
Aku hanya mampu tersenyum tawar sahaja. 

Kalaulah Zati tahu hubungan aku dengan Iskandar dan Dina, apa agaknya reaksi dia? Setelah dilihatnya aku hanya diam sahaja, Zati bersuara lagi.

“Malissa..betul ke kau dah nak balik ni?”Soalannya kujawab dengan keluhan berat.

“Hm..nampaknya macam tu lah..aku dah tukar tiket pun kan..” Kedua-dua belah tangan meraup wajah saat ini. Untuk apa lagi aku berada di sini?

Aku tak ingin menambah luka di hati sendiri. Bila terbayang wajah Dina, air mata mula bergenangan. Kotak baldu warna merah di tangan kugenggam dengan sangat erat.

“Listen here..sama aje kut kau balik atau tak. Aku boleh aje tipu Dato’ Issac yang kau dah balik Malaysia. Bukan dia tahu pun.” 

Bersinar mata Zati apabila mengutarakan cadangan itu kepadaku.

“Tak adillah sebab perkara kecil je kau pula yang kene tanggung akibatnya.” Keluhnya. 
Terus-terang tidak ada kata-kata yang mampu keluar dari mulut saat ini. Akhirnya, aku bersuara juga.

“Aku rindukan ibu aku la, Zati..” 
Aku dan Zati sama-sama tahu itu bukan sebab utama aku ingin pulang 
ke Malaysia saat ini.

“I’m so sorry Malissa..aku rasa bersalah sangat. Aku tak sempat langsung nak bawa kau jalan-jalan. Cadangnya next week baru nak bersiar-siar dengan kau dan Fatin. Next week kitorang memang dah mula free.” Luah Zati bersama wajah yang sangat bersalah.

“Relax la Zati..lain kali aku datang lagi.” Senyuman paling manis cuba kuukirkan dan kuhadiahkan untuknya yang nampak sangat sedih dan terkilan.
Anak mata kini berada pada kotak baldu di tanganku. Dengan siapa lagi aku nak minta tolong kalau bukan dengan dia dan Fatin? Tapi sebelum itu aku harus menjelaskan dulu kepada Zati tentang hubungan di antara aku, Issac Iskandar dan Dina.

“Zati..sebenarnya Iskandar..” 

Kata-kataku hanya terhenti sampai situ sahaja apabila telefon bimbit Zati yang berada di luar bilik berbunyi nyaring. Kami berpandangan sesama sendiri saat ini.

“Kejap tau Malissa. Ada orang call aku la pulak.” Ujar gadis berseluar panjang dari fabrik wool ini.  

Pantas aku menganggukkan kepala. Bagai lipas kudung dia berlari keluar dari bilik. Kotak baldu berwarna merah di tangan kubuka. Bersama sebak yang sudah mula menghimpit dada aku merenung ke arah isi di dalamnya. Jari telunjuk kularikan pada rantai emas yang dilengkapi dengan loket berbentuk hati yang berkilauan di dalam kotak ini. Pastinya sesuai rantai ini dengan Dina nanti. Sampai bila-bila pun Dina tetap  anak mama, sayang. Hatiku berbisik hiba. 

Mata kututup rapat untuk seketika. Air jernih yang kutahan-tahan dari berlinangan akhirnya jatuh juga ke pipi. Pantas aku mengesatnya dengan jari. Tak mahu Zati risau pula nanti. Kotak yang terbuka kututup rapat sebaik sahaja mendengar suara Zati dan Fatin yang semakin mendekat.

“Malissa..”

Aku menoleh ke arah pintu yang terbuka luas. Cemas wajah si Zati. Hati aku mulalah tak sedap jadinya. Pantas dia meluru ke mari dengan telefon bimbit di tangan.

“Kenapa ni?” Soalku kepada Zati.

“Fatin nak cakap dengan kau.” Ujarnya. Belum sempat aku memberikan sebarang reaksi, kedengaran suara Fatin di hujung talian.

“Assalamualaikum Malissa..!”
Rupanya Zati mengaktifkan loud speaker. Lekas-lekas aku mencapai telefon bimbit yang dihulurkannya.

“Waalaikumussalam Fatin.” Nada gementar tak dapat kulindung lagi dalam suaraku. Tertunggu-tunggu kata-kata seterusnya dari Fatin yang berada di hujung talian.

“Aku ada di rumah Dato’ Issac. Malissa..demam Dina semakin teruk. Kau tahu tak, dia asyik sebut nama kau je. Lepas tu yang aku rungsing sangat ni, dia tak nak makan kalau bukan kau yang suap.” Luah Fatin. 

Bagai nak gugur jantung mendengar kata-kata Fatin.
Pantas aku berdiri. Meronta-ronta hatiku ingin berjumpa Dina tapi 
aku tahu aku tak mampu.

“Ya Allah..macam mana ni Fatin? Aku risaukan Dina..” Luahku bersama hati yang resah. Mundar-mandir aku di hadapan Zati. Tak senang duduk jadinya. Sebelah tangan memicit dahi. Ya Allah sembuhkanlah dia..tolonglah Ya Allah.

“Sama sangat ke muka mama dia tu dengan kau? Hmm..aku musykil betul chemistry korang ni.” Luah Zati dengan nada yang blur.. Mungkin tak tercapai dek akalnya situasi seperti ini boleh berlaku. Maklumlah dia kan belum tahu kisah sebenar lagi. Zati melangkah merapati aku saat ini.

“Aku rasa kan, kau kene datang sini laa, Malissa. Dia rindu sangat dengan kau..” Kata-kata Fatin menyebabkan Zati terjerit kecil.

“Kau gile ke Fatin? Dato’ Issac kasi kebenaran ke kalau kitorang nak ke sana?” Nyata dia tidak bersetuju dengan cadangan Fatin. Kepala digelengnya berkali-kali.

“Don’t worry. Aku yakin Dato’ takkan marah.” Luah Fatin. Bukan sahaja Zati, aku pun naik pelik dengan kata-katanya tu. Dato’ takkan marah? Ceh, bukan dia tak tahu yang mamat tu tengok aku pun macam nak makan kat depan dia haritu.

“Hai Fatin..kau tak takut kena saman ke?” Soal Zati sedikit pelik. Aku hanya mampu melepaskan keluhan berat sahaja tika ini.

“Malissa..kau datang tau..aku akan beritahu Dina. Tolonglah datang..” Pujuk Malissa di hujung talian. Wajah Zati kupandang dengan hati yang kusut. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini. Bagaimana kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada Irdina? Mesti aku tak akan dapat maafkan diri aku. Tak boleh..tak boleh! Aku harus jenguk dia sebelum pulang ke Malaysia.

“Zati..aku tahu Dato’ Issac Iskandar benci dengan aku tapi atas dasar kasih dan sayang, aku harus lawat Dina. Aku tak nak menyesal nanti.” Luahku dengan bersungguh-sungguh. Berubah terus riak wajah Zati. Aku tahu dia tak setuju dengan keputusanku.

“Fatin..kau tunggu kat situ tau. Aku datang sekarang.” Akhirnya aku bersuara pada Fatin yang masih lagi berada di talian.

“Jumpa nanti. Assalamualaikum.” Ujarnya sebelum talian dimatikan. Dengan kalut aku meluru ke arah bagasi. Jaket hitam yang sudah terlipat kemas aku keluarkan dan aku kenakan di tubuh.

“Kau pasti ke nak pergi rumah Dato’ Issac tu lagi?” Soal Zati.

“Zati..aku harap kau faham. Aku mesti lawat Dina. Aku takut aku menyesal nanti.” Bersama air mata yang bergenangan aku bersuara pada gadis ini. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala.

“Malissa..kau ni suka tau buat aku risau. Ye lahhh..aku temankan kau! Kejap aku pakai tudung.”
Bersama riak wajah yang sangat serabut dia terus berlalu keluar dari bilik ini.

Aku pula dah tak dapat nak fikir apa lagi. Shawl yang tersidai kemas pada kerusi kucapai dan aku mula memakainya di kepala.
Dina..bertahan sayang..mama datang ni. Bersama rasa pilu yang semakin mencengkam jiwa aku membisikkan kata-kata itu di dalam hati.

***

Keluar sahaja dari perut lif, terkedu aku seketika apabila nampak Fatin sedang bersandar pada dinding koridor. Apa yang dibuatnya di sini? Bukankah dia sepatutnya jaga Dina kat dalam? Takkan la Iskandar tak pergi kerja pula hari ni? Dia yang lengkap dengan shawl tebal melilit leher nampak sangat lega apabila melihat kelibat aku dan Zati di sini.

“Korang..thank you datang. Aku dah tak tahu nak buat apa. Kesian sangat tengok keadaan Dina. Macam mana tak lemah? Tak nak makan langsung dia tu..dari malam semalam lagi asyik nangis..nak jumpa kau je, Malissa.” Panjang lebar dia bercerita kepada kami sambil menonong ke arah apartment milik Iskandar. Aku mengerutkan wajah.

“Dari semalam? Kau tidur sini ke?” Soalku. Fatin menoleh ke belakang untuk sesaat.

“Tak..Dato’ Issac yang cakap.” Ujarnya. Kemudian, yang membuatkan aku semakin pelik, si Fatin ni siap tekan loceng pada pintu.

Terkunci sudah mulut untuk bertanya. Aku hanya mampu berpandangan sahaja dengan Zati yang juga nampak blur. Selang beberapa saat sahaja pintu dibuka dari dalam.

Betullah tekaanku, Iskandar ada di sini. Tersentak aku jadinya apabila mata aku dan dia bertentangan. Tidak ada pula riak terkejut atau marah di wajah itu. Pantas aku menjeling ke arah lain.

“Dato’ Issac..Malissa dah datang.” Ujar Fatin.

Geram pula aku jadinya dengan gadis ni. Boleh pula dia tak  beritahu aku yang Iskandar tak bekerja hari ni. Tanpa mempedulikan lelaki yang sudah buang aku dari hidupnya ini, aku terus menonong masuk ke dalam.

Liar mataku memerhati segenap kawasan ruang tamu. Tidak ada kelibat Dina di sini. Pantas aku melangkah ke arah bilik Dina. Nampaknya daun pintu tak ditutup rapat. Aku mengintainya seketika di dalam bilik. Dia sedang terbaring lesu di atas katil. Tak dapat ditahan sebak hatiku saat ini. Pantas aku meluru ke arahnya.



“Assalamualaikum Dina sayang..” Ucapku sambil duduk di birai katil. Dengar sahaja suaraku, Dina terus bangun dari pembaringannya.

“Waalaikumussalam Mama…Dina rindu mama..” Lemah suaranya membuatkan aku semakin risau. Aku dipeluknya dengan sangat erat. Wajah pucat ini kurenung dengan pandangan penuh simpati. Tanganku menyentuh lembut dahi Dina. Masih panas.

“Dina..Kak Fatin cakap Dina tak nak makan..betul ke?” Dengan suara yang sangat lembut aku menyoalnya. Tidak menggeleng, tidak juga mengangguk, budak perempuan  yang memakai sweater tebal berwarna merah ini hanya menundukkan wajahnya sahaja. Persis orang yang buat salah dan menyesal.

“Dina takde selera..” Perlahan kata-kata itu meniti di bibirnya. Aku cuba menahan diri dari menjadi terlalu emosi saat ini. Aku harus kuat di hadapan Dina.

“Dina tak boleh macam ni sayang..Dina kene makan. Baru cepat sihat.” Nasihatku. Rambutnya kuelus lembut. Aku menjeling ke arah dulang berisi mangkuk bubur yang ditutup kemas serta minuman di atas meja.

“Mama suapkan Dina ye?” Soalanku hanya dijawab dengan anggukan lemah aje oleh Dina. Tanpa membuang masa, aku bangun dan melangkah ke arah meja di tepi katil. Meja tersebut aku ubah posisinya dengan penuh hati-hati supaya berada lebih dekat dengan katil. Mangkuk bubur aku capai saat ini. Masih suam.

"Sedapnya bubur ayam ni..mama makan sikit okay?" Soalku dengan nada yang sangat ceria. Sedikit bubur kusuapkan ke mulutku untuk memancing minat Dina. Dia hanya merenung sahaja ke arahku dengan lemah. Kepalanya disandarkan di kepala katil.

"Erm..so yummy! Rugi tak makan."  Ujarku dengan penuh berselera. Kemudian, aku menyuapkan sedikit bubur ke mulutnya.

"Now is your turn." Ujarku bersama senyuman yang manis. Aku tahu dia tak berselera gara-gara demam panas. Nampak terpaksa sangat dia membuka mulutnya tu. Lapang rasa hati apabila Dina mula menjamah bubur yang aku suap.

"Sedap kan?" Soalanku hanya dijawab dengan anggukan kecil sahaja olehnya.

"Kalau Dina makan sampai habis bubur ni, mama ada hadiah untuk Dina." Kata-kataku yang ini berjaya memancingnya. Bersinar matanya merenung ke mari.

"Hadiah apa?" Soalnya dengan sedikit bersemangat.

"Ada..lah! Dina kena habiskan dulu bubur ni." Ujarku sambil menyuapkan kepadanya sesudu lagi bubur ayam.
Walaupun terpaksa makan, akhirnya habis juga  bubur di dalam mangkuk. Lega betul rasa hati saat 
ini.

"Dina dah makan?"

Aku dan Dina sama-sama menoleh ke arah suara itu. Zati rupanya. Pantas Dina menganggukkan kepalanya.

"Dah makan. Mama yang suapkan Dina.." Petah  mulutnya berkata-kata. Zati ketawa kecil sambil melangkah masuk ke dalam bilik. Fatin juga mengekori langkahnya ke mari. Masing-masing tersenyum manis. Siapa je tak jatuh cinta dengan budak yang sangat cerdik dan comel ni.



 “Ehem..”
suara deheman itu membuatkan mata kami berempat berada pada susuk tubuh gagah yang sedang merenung ke mari di muka pintu.

 “Papa!” Panggil si kecil yang sudah nampak sedikit bersemangat ini.

“Papa..boleh tak kalau mama tinggal sini dengan kita?”
Terdiam aku jadinya. Tidak sangka soalan itu akan terkeluar dari mulut Dina. Aku lihat wajah Iskandar berubah riak. Pantas aku menjawab bagi pihak Iskandar.

"Dina mama tinggal jauhhhh..nanti-nanti mama datang lawat Dina lagi ye?" Nyata dia tak begitu gembira dengan jawapanku. Alamak..janganlah nangis..nanti mama pun sedih sekali.

 “Malissa..we need to talk.” Kata-kata Iskandar membuatkan aku menoleh ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Kemudian, dia terus beredar dari sini. Aku hanya mampu mengeluh sahaja.

Apa lagi Iskandar? Dah tak ada yang perlu dibincangkan lagi. Awak dah buang saya. Saya akan tuntut fasakh dan segalanya akan menjadi sejarah. Itu sahaja. Malangnya, kata-kata itu hanya mampu diucapkan dalam hati.

 “Dina main dengan Kak Fatin dan Kak Zati dulu. Sekejap lagi mama datang.” Ujarku sambil tersenyum manis. Dina hanya mengangukkan kepalanya. Sempat lagi aku mengelus lembut rambutnya.

"Good girl."

Zati mulalah pandang aku dengan pandangan yang risau.

 Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilik ini. Siap tutup pintu bilik lagi. Aku tak mahu Dina dengar perbualan aku dengan papanya itu. Maklumlah, boleh tahan pedas bukan main lagi mulut lelaki itu sekarang. Dari sini dapat kulihat susuk tubuh lelaki itu dari belakang. Dia sedang menanti aku di ruang tamu rupanya.
 Kemeja lengan panjang terletak cantik di badan sasanya. Dari dulu lagi lengan baju itu akan disinsing sehingga ke paras siku.

Debaran halus mula mengisi ruangan hati. Terbayang jelas di mata kenangan lalu. Dulu, akulah selalu mengancing butang baju kemejanya dan memakaikannya tali leher. Rindunya aku dengan memori itu. Iskandar yang penyanyang, Iskandar yang manja, Iskandar yang nakal dah lenyap. Hanya tinggal lelaki yang jiwanya sangat beku dan penuh kebencian sahaja sekarang. Nafas kutarik dalam-dalam.

 Malissa, ingat..jangan lagi terhegeh-hegeh dengan dia. Bersama hati yang sudah kupaksa menjadi sado, aku melangkah ke arahnya. 

Aku tahu mata helangnya itu sedang merenung ke mari tapi aku buat bodoh aje. Tanpa disuruh, aku mengambil tempat di atas sofa yang terletak betul-betul di hadapannya.

"So, what do wanna say this time?"Acuh tak acuh aku menyoal.

Soalanku tidak dijawab olehnya. Anak matanya kulihat berlari serata wajahku. Ha, aku mulalah canggung dengan situasi ini. Jantung mulalah buat perangai. Dek kerana kerimasan yang melanda, aku bersuara lagi.

“Apa pandang-pandang? Tengah cari idea nak tuduh saya yang bukan-bukan lagi ke?” Soalku dengan kasar. Tapi tidaklah sampai menengking. 
Cuma ton suara sahaja meninggi. Tak guna dah bercakap lemah-lembut dengan lelaki ini.

“Malissa..”

Bibir yang sedikit merah itu menyebut  namaku membuatkan aku tertunggu-tunggu kata-kata seterusnya yang akan keluar nanti.Anak matanya masih merenung dalam-dalam wajahku saat ini. Ada rasa yang tak sepatutnya  mengisi ruangan hati. Sehabis daya aku cuba untuk menepisnya. Memang dari dulu matanya tu berhantu. Pantas aku alihkan pandangan ke arah lain.

“Work for me. I’ll pay you.” Tergamam aku jadinya.

Shawl yang melilit kepala kubetulkan sedikit. Aku salah dengar ke? Bukankah dia bencikan aku? Bukankah dia beri amaran supaya aku cepat-cepat pulang ke Malaysia? Bukankah dia tak suka aku rapat dengan Dina?
Mata kukecilkan saat ini. Apa pula rancangannya? Badan kusandarkan pada dinding saat ini sambil cuba mentafsir riak risau yang semakin terpampang jelas pada wajah tampannya. Nafas berat kuhela sebelum bersuara.

“Saya tak tahu apa rancangan awak, Dato’ Issac Iskandar but..”  Belum sempat aku habiskan ayat, dia sudah memotong.

“For the sake of Dina, work for me. I’ve talked to Fatin..you will be replacing her for a few weeks. Ganti tempat Fatin. Jadi babysitter Dina. At least pemergian kau tak lah mengejut sangat. Aku cuma nak Dina sihat seperti sedia kala.” Panjang lebar dia bersuara saat ini.
Tidak tahu aku nak kategorikan kata-katanya itu sebagai arahan atau permintaan.

“I will be replacing Fatin? Wow..siapa awak untuk berikan arahan kepada saya? Tolong sikit ya. Saya bukan orang bawahan awak yang boleh awak arahkan itu ini.”
Dengan sangat sinis aku bersuara. Mentang-mentang kau ada title boleh pulak suruh-suruh aku begitu. Boleh jalanlah!

"Aku ingatkan kau sayang Dina." Luahannya itu tajam menikam hatiku. Bersama rasa marah yang membara aku membalas kata-katanya.

"Jangan persoalkan kasih sayang saya terhadap Dina. Awak tahu kan saya jadi mama Dina lebih dulu  sebelum saya jadi isteri awak. Jadi, awak takde hak nak persoalkan hal tu." Tak dapat nak tolong dah, tinggi ton suaraku bergema di ruangan ini. Panas pulak hatiku ni. Iskandar meraupkan wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

"Fine. Kalau macam tu, terima tawaran aku." Kata-katanya mampu membuatkan aku tersenyum sinis.

"Awak nak ke perempuan curang macam saya ni jadi babysitter anak awak?" Belum puas lagi hatiku ini, aku terus bersuara lagi.

"Kenapa tak suruh Rania aje? Dia kan bakal isteri awak..takkan lah nak papa aje..kenalah sayang anaknya sekali kan." Iskandar kulihat merenung tajam ke arahku saat ini.

"Malissa, enough!" Bentaknya namun ton suara masih dikawal.

"Tak payah nak kaitkan Rania dalam hal ni." Ujarnya. Aku terus membidas dengan geram.

"Fine! Then awak pun tak payah nak kaitkan saya dalam masalah awak. Dina tu anak awak sorang kan? Jadi, pandai-pandai awaklah uruskan dia ye." 

Sakit pula hati aku bertekak dengan lelaki ini. Pantas aku bangun berdiri. Laju kakiku melangkah meninggalkannya yang masih berada di atas sofa.

"Malissa.." 

Tegas suaranya memanggil aku di belakang sana namun tidak langsung aku endahkan. 

Memanglah mudah baginya untuk arahkan aku menjadi babysitter Dina  tetapi tidakkah dia tahu situasi itu akan memeritkan aku akhirnya?

Jadi babysitter Dina bermakna aku akan berhadapan dengannya setiap hari. Lagipun, apa gunanya? Di akhir cerita,  aku akan terpaksa juga berjauhan dengan Dina. Kami terpaksa berpisah juga nanti. Aku pasti saat itu, aku dan Dina akan lebih merana. 

BAB 6



Apa khabar agaknya Iva Irdina? Siapa cakap aku tak rindu? Siapa cakap aku tak risaukan Dina? Cuma setelah dibuang Iskandar, aku rasa aku sudah kehilangan hak untuk lebih-lebih ambil tahu tentangnya walaupun kuat hatiku meronta untuk menjenguknya di  apartment Iskandar.  Lagipun, rasanya keadaan Dina dah bertambah pulih. Sudah dua hari aku tak dengar apa-apa berita mengenainya. Fatin pun tak ada sampaikan apa-apa. Well sometimes,no news is good news.

Shawl yang ditiup angin kubetulkan sedikit. Cepat-cepat aku membutangkan coat di badan apabila terasa sejuk. Esok aku akan pulang ke Malaysia dengan hati yang compang-camping keadannya.

Anak mata kuhalakan pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di taman ini. Puas Zati memujuk supaya aku tinggal lama sikit di sini namun aku tetap juga dengan keputusanku. Semakin lama aku di sini, semakin susah untuk aku lupakan Iskandar. Seluruh jiwaku sudah kupaksa untuk bencikan dia namun tetap juga ada sisa-sisa cinta yang merimaskan hati.

Alah, relaks lah.. kalau 2 tahun 
aku boleh hidup tanpanya, pasti untuk tahun-tahun yang mendatang juga aku mampu kuat untuk hidup sendiri. Dalam diam aku cuba memotivasikan diri sendiri.

Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bangun dari bangku kayu ini. Cawan kopi yang sudah kosong di tangan kucampak ke dalam tong sampah besi di sebelah kiriku. Kemudian, aku merenung ke arah jam di tangan. Dah pukul 3 petang. Zati dah pulang agaknya. Kakiku melangkah laju ke arah bangunan berwarna coklat muda di hadapan sana.  Berkerut dahiku apabila terpandangkan kereta mewah yang berwarna hitam yang terletak di hadapan apartment.

Ah, Malissa..bukan dia soranglah pakai kereta ni kat Belgium.

Kedua-dua belah bahu kujungkitkan ke atas dan aku mula melangkah masuk ke dalam bangunan. Bagus juga tinggal di tingkat bawah, tak perlu nak naik lif atau tangga.Kaki membelok ke sebelah kiri untuk ke unit apartment yang disewa Zati.

Tangan kanan yang sedang mengeluarkan kunci dari dalam poket jaket kaku terus apabila sampai di hadapan apartment Zati. Terkedu aku jadinya apabila anak mataku bertentangan dengan anak mata Iskandar. Selamba sahaja susuk tubuh tinggi lampai itu sedang bersandar pada dinding pintu. 


Apa lagi yang diiinginkan lelaki itu? 

Coat labuh dari fabrik cashmere wool berwarna hitam yang dipakainya  menyerlahkan lagi karisma lelaki ini. Jantungku mulalah buat perangai.
"Where were you? 15 minit aku tunggu kau kat sini." Soalnya apabila mata kami bertentangan.

"Ada saya suruh ke, Dato' Issac Iskandar?" Soalku sinis. Anak mata kularikan ke arah lain. Untuk apa lagi nak ambil tahu ke mana aku pergi kalau aku dah dicampak jauh dari hidupnya?

"Kau dah fikirkan tawaran aku?" Soalnya dengan serius. Wajah kudongakkan. Kedua-dua belah bahu kujungkitkan ke atas.

"Well, what to do..flight saya esok pagi. Bukankah kali pertama jumpa dulu awak halau saya supaya cepat-cepat balik ke Malaysia?" Sinis kata-kata yang keluar dari bibirku. 

Hati ini masih sakit dengan tuduhannya terhadapku tempoh hari. Mana mungkin aku lupa semua tu.

"Ini semua salah kau!" Bidasnya geram. Aku lihat wajahnya semakin tegang.

 Eh, eh..selamba sahaja nak salahkan aku pulak.

"What do you mean?" Soalku dengan nada yang keras.

"Siang malam Dina sebut nama kau. Sampai tak nak makan..asyik nangis. Jangan-jangan kau beritahu Dina yang kau adalah mamanya." Tidaklah menengking tapi ton suaranya sudah naik beberapa oktaf. Aku pantas membidas kata-katanya itu.

"Apa awak mengarut ni?"
Tanpa memberikannya ruang untuk bersuara aku menyambung ayat.

"Awak boleh tanya Zati dan Fatinlah. Dina tu cerdik budaknya. Dia yang panggil saya mama masa pertama kali berjumpa saya. Dia tunjukkan saya gambar saya bersamanya dulu. Kalau awak tak percaya, balik nanti, awak boleh buka laci pada meja belajar Dina dan cari gambar tu."   

Panjang lebar aku mempertahankan diri walaupun rasa bersalah sudah mula bertapak di hati.

Kalau aku tak gatal-gatal ke apartment miliknya haritu, pasti Dina tak akan berjumpa denganku. Pasti Dina tak akan jatuh sakit dan lemah begitu. Semuanya salah aku cuma aku terlalu ego untuk mengaku. Rasa sebak sudah menjalar ke segenap ruangan dada namun tidak akan sekali-kali aku biarkan air mataku mengalir di hadapan lelaki ini.

"Kau datang ke Belgium semata-mata untuk cari aku." Tersentak aku apabila sebuah kebenaran terungkap di bibir Iskandar.

"Am i right, Maira Malissa Muzaffar?" Soalnya setelah dilihat aku diam.

Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini.

"Sudahlah Iskandar. Semua tu tak penting pun. Saya rasa awak patut pergi. Zati will be home anytime soon. I don't want her to misunderstood."

Sebaik sahaja kata begitu, aku terus mengeluarkan anak kunci dari dalam poket jaket. Setelah memulas tombol, aku terus menolak daun pintu supaya dapat masuk ke dalam namun tidak jadi kaki ini hendak melangkah apabila lenganku dicengkam oleh Iskandar dari belakang.    Aku terus menoleh.
"Malissa. Where do you think you're going? Hmm? We're not done yet." Ada riak tak puas hati bermaharaja lela di wajahnya saat ini.

"Tak payah pegang-pegang boleh tak?"

 Sekuat hati aku meronta untuk melepaskan tangan di dalam genggaman kuatnya.

"Dina is in the hospital" Lemah suaranya menuturkan ayat itu. Merah wajah Iskandar saat ini. Tersentak aku jadinya. 

"What?"

Bagai dipanah tepat pada jantung, begitulah lemahnya keadaan aku. Tahulah aku kenapa Iskandar nampak sangat desperate mahukan aku menerima tawarannya. Patutlah riak wajahnya kelihatan sangat resah dan serabut sejak dari tadi. Tidak lagi aku meronta untuk minta dilepaskan tanganku yang berada di dalam genggamannya apabila mendengar berita itu.

"For once, boleh tak jangan libatkan Dina dalam masalah kita? She needs you!" Tegas ayat yang keluar dari bibirnya membuatkan aku terkedu.

Benar, Dina..mama salah..mama salah sebab libatkan Dina dalam masalah mama dan papa. Mama salah kerana terlalu pentingkan ego dan ikutkan rasa sakit hati mama. Kalaulah mama terima tawaran papa dua hari lepas, mungkin Dina tak menderita sampai ke tahap ini..Ya Allah..apa yang dah aku buat ni? Air mata yang kutahan-tahan mengalir juga menuruni pipi

"Malissa!"

Suara Zati yang bergema di ruangan ini membuatkan aku menoleh ke kiri. Bukan aku sahaja yang terkejut, tetapi Iskandar juga turut sama menoleh. Dari jauh dapat kulihat matanya berada pada lenganku yang masih dalam  genggaman Iskandar. Pandai pula lelaki ini melepaskan cengkamannya di lenganku apabila dilihat Zati.

"Think about it..kalau masih ada perasaan sayang pada Dina, please accept my offer." Ujar Iskandar kepadaku yang masih  lagi terpinga-pinga dengan kewujudan Zati. Kemudian, dia terus berlalu pergi.
***

Assalamualaikum semuaaa :) Thank you so much kepada semua yang sudi mengikuti cerita ini. Seperti biasa, sebarang komen boleh diberikan di FB group Bila Suri Ryana Menaip :) Let me know your thoughts ladiesss..thanks juga kpd semua yg like and share post suri di fb. Merci!
Untuk membaca bab 1 klik di sini :

http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari.html

Untuk membaca bab 2 klik di sini :

http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari-2.html

Untuk membaca bab 3 & 4 klik di sini :

http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari-bab-3-bab.html