**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Tuesday 12 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU BAB 22 A & 22 B

Bab 22 A

 
TENGKU MARYAM

“Selamat datang pengantin musim salju.” 

Ucap seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 60-an sebaik sahaja aku dan Adam Putra melangkah masuk ke dalam rumah.

Eh, mana ruang tamunya? Aku merenung ke arah ruang ini dengan pelik. Ingatkan masuk ke dalam rumah terus jumpa ruang tamu! 


GENKAN/ RUANG HADAPAN SESEBUAH RUMAH DI JEPUN


“Konnichiwa..konnichiwa!” 

Beriya-iya aku membongkokkan tubuh saat ini tapi alangkah malunya apabila wanita di hadapanku ini menghulurkan tangannya untuk bersalaman! 

Erk! Eh kat dalam televisyen tu aku tengok orang jepun selalu bongkokkan badan apabila bertemu sesama sendiri. Aku memejamkan mata serapat-rapatnya untuk seketika sebelum berdiri tegak saat ini. Huluran tangan wanita yang sedang berdiri berhadapan denganku ini aku sambut dan cium. 

Mati-mati aku ingat nenek dia ni adalah orang jepun! Berkulit putih melepak dan bermata kecil.Eh ye la..kata Adam, bukan neneknya tetapi arwah datuknya yang ada darah jepun! Alamak tersilap fakta la pulak.

“Walau kita berada di Jepun, kita tetap orang melayu.” Ucap nenek dengan perlahan tetapi sangat tegas.

Hah! Kan dah kena sepapan. Aku menjeling ke arah Adam Putra. Eh, boleh pula wajah beku itu tersenyum saat ini. 

Kurang asam. 

Sukalah tu aku kena bahan dengan nenek dia! Lelaki itu kemudiannya kulihat terus mencium tangan neneknya dan memeluk wanita itu dengan sangat erat. Senyuman masih beraja di wajah Adam.

“Putra! Jangan asyik senyum je. Kamu tak beritahu dia ke yang nenek ni orang melayu? 
Ke kamu sengaja nak kenakan isteri kamu ni?” 

Tegas nenek menyoal. Kelam-kabut aku menjawab.

“Nenek, dia memang selalu sangat kenakan saya.” Dengan nada naive aku bersuara. 

Adam Putra kulihat sempat mengetap bibirnya.

“Ala biasalah nek..usik-usik manja.” 

Aku siap jelirkan  lidah untuk sesaat lagi ketika ini kepada lelaki itu. 
Padan muka kena marah!  

Tanpa aku duga dia menundukkan wajah dan mendekati wajahku membuatkan aku kaku. Apahal pula dia ni? Dah kena sampuk dengan hantu jepun ke?



“Betul tak sweetheart?” 

Soalnya dengan nada yang tak pernah kudengar. Anak matanya seperti biasa merenung ke dalam mataku membuatkan jantungku berubah rentak.

“Er..betul..betul sangat.”

Sambil mengangukkan kepala aku menjauhkan sedikit diriku dari Adam.

“Kamu ni..usik isteri tu sampai merah padam wajahnya! Cantik betul isteri kamu ni, Putra. Tak macam dalam gambar!” 

Suara seorang wanita yang tiba-tiba muncul membuatkan aku tersentak. Pantas kedua-dua belah tangan menepuk kawasan wajah. 

Adoi..kenapalah dengan aku ni..sejak bila pulak muka aku ni dah pandai bertukar merah?

“Kak Yumi!”

Riang Adam menyebut nama wanita yang kelihatan sangat ceria ini. Memang berbeza habis dari nenek. 

“Ye Tuan Putra..baru sampai ke?” 

Soalnya bersama senyuman. Dari wajahnya, umur wanita ini dalam lingkungan awal 30-an. 

“Yup! Baru je sampai. Kak Yumi masak apa hari ni?” Soal Putra pula.

 Buat pertama kalinya dia bertanya soalan yang bagus.Perut aku pun dah berkeriukan teruk ni. Macam-macam irama ada.

“Macam-macam ada..makanan melayu, makanan jepun..semua ada!” Bersama senyuman Kak Yumi menjawab.

 Senang betul hati aku mendengar jawapan yang keluar dari mulut wanita itu.

“Yumi..jemput mereka masuk.” Arahan dari nenek disambut dengan anggukan oleh Kak Yumi.

“Baiklah Ku Maryam.” Ucapnya sebelum anak mata hitam itu berlari silih berganti ke arah aku dan Putra. 

“Kaseh..Putra, jemput masuk.” Ajak Kak Yumi. Aku terus mengangukkan kepala.

“Kak Yumi masuk dulu ye. Nak sedia apa yang patut.” 

Selepas Kak Yumi minta diri, aku terus menanggalkan kasut di kaki dan apabila kaki yang dilapisi stokin mencecah lantai batu ruangan ini, mata nenek merenung ke arahku dengan tajam. Sebaik sahaja kakiku melangkah naik ke atas lantai papan, nenek terus bersuara.

“Jangan pijak kawasan tu tanpa pakai selipar!”

“Hah?”

 Kenapa? Kenapa? Ada racun ke atas lantai papan ni? Terus aku turun semula ke lantai batu dan menyarungkan kasut di kaki. 

Bulat mataku menjegil ke arah Putra yang sedang tersenyum lebar. Senyuman yang kemudiannya bertukar menjadi ketawa kecil. Kepalanya digelengkan sedikit apabila memandang ke arahku. Pertama kali aku melihat dia ketawa sebegitu membuatkan jantung ini semakin pelik berdetak. 

“Putra!” 

Nama Adam Putra disebut dengan tegas. 

“Janganlah asyik nak kenakan isteri kamu tu je. Kamu ni..”  

Nenek kulihat menggelengkan kepala dan berlalu masuk ke dalam ruang yang lebih besar di hadapan sana.

“Awak ni kenapa? Nak makan penumbuk saya ke?” 

Bersama nada geram aku menghayunkan penumbuk di hadapan wajahnya tetapi dengan pantas tangan kanannya menggenggam lenganku yang dilapisi kot hitam berlengan panjang. Tidak pula genggaman ini menyakitkan cuma terlalu erat membuatkan aku tergamam. 

Niat di hati nak acah-acah aje tapi kenapa reaksi lelaki ini over sangat pulak?

Bagai terkena renjatan elektrik, kaku aku jadinya. Bagai nak pecah dada saat dia menundukkan wajah dan memandang tepat ke dalam anak mataku. Janganlah aku pengsan pula kat sini.

“Tumbuklah. Kenapa kaku?” Soalnya dengan sangat perlahan dan tenang.

Sebelah keningnya terjungkit ke atas membuatkan wajahnya semakin menarik saat ini.

“Lepaslah!” 

Dengan sekali rentapan aku dapat meleraikan lenganku dari dalam genggaman eratnya. Anak mata pula kuhalakan ke arah lain untuk menutup rasa gugup yang sudah pandai bertapa di tangkai hati.

“Genkan.”

 Suara lelaki yang memakai kot labuh berwarna hitam ini kedengaran sedikit serius. Aku terus mendongakkan kepala. Aku membetulkan cap yang dipakai secara terbalik di kepala.

“What?” Soalku sambil mengecilkan mata.

“This small area..it is known as genkan.” Ujarnya. Aku hanya memasang telinga.

“Kebanyakan rumah di Jepun, ada ruangan kecil ini yang terletak di bahagian hadapan sesebuah rumah. Pantang larang kawasan ini adalah, mesti berkasut di kawasan ini. Tak boleh berkaki ayam atau pakai stokin je. Bayangkan kau pijak lantai batu itu dengan stokin dan kemudian naik ke atas lantai papan ni dan berjalan ke seluruh rumah. Mestilah segala kotoran atas lantai batu tu masuk ke dalam rumah kan..” Panjang lebar dia bercerita. 

Aku pula masih lagi terkebil-kebil memandang 
ke arahnya.

“Avoid stepping in the genkan in socks or with bare feet, to avoid bringing dirt into the house. Understand?” Ulangnya di dalam bahasa inggeris pulak. 

Soalan di hujung ayat itu masih tidak kujawab.

“Habis tu macam mana nak masuk ke ruangan sana tu?” 
Gumamku sedikit keliru. Mana nak cari selipar pula?

 Anak mata memandang ke arah kawasan yang sangat luas di hadapan sana. Mungkin di situ letaknya ruang tamu. 

“Almari ini dipanggil getabako.” 

Aku hanya melihat Adam Putra membuka almari kayu berwarna coklat setinggi pinggangku di bahagian kanan ruangan ini. 

“Dalam ni ada  selipar yang boleh digunakan di dalam rumah.” Dia kemudiannya membongkokkan tubuh dan menanggalkan kasut dari kaki.

“Tanggal kasut, letakkan selipar di atas lantai papan ini, sarungkan...” Anak matanya merenung ke arahku untuk seketika.

“And you’re good to go!”

Tanpa menanti aku, terus dia berlalu masuk ke dalam ruang kedua rumah ini yang kelihatan sangat luas. Siap tarik pintu gelangsar lagi dan meninggalkan aku di dalam ruangan kecil ini sendirian. Kurang asam! 

Mata mula memerhati ruangan genkan ini. Teringat pula cerita kartun shinchan di mana watak itu sering  dimarahi ibunya kerana selalu terlupa untuk membuka kasut di ruangan ini.

“Eeee cakaplah awal-awal. Saja je nak kenakan aku!” Aku menggumam dengan geram! 

Kay, ini baru setengah jam kau kat sini tau..dahhh sakit hati! Dapatkah kau bertahan? Soalku sambil memakai selipar. Pintu gelangsar yang tadinya ditutup oleh jembalang itu kubuka dengan perasaan yang sebal.



CONTOH RUANGAN YANG DIPANGGIL GENKAN


***
BAB 22 B
RUANG TAMU MODEN 


Kalau di luar tadi bukan main sejuk, dalam rumah ini sangatlah selesa suhunya. Sistem pemanas dalam rumah ini memang nombor satu! Anak mata memerhati ruang tamu yang berkonsepkan separuh moden dan separuh tradisional ini. 

Cantik! Sebelah kanan ruangan yang luas ini kelihatan seperti ruang tamu mewah yang biasa dilihat di mana-mana rumah. Cukup lengkap dengan set sofa bersama meja kaca di tengahnya, televisyen dan ada  chandelier tergantung cantik di atas siling memancarkan cahaya indah berwarna kuning ke seluruh ruangan yang tampah mewah ini. Di atas meja kaca itu pula dihiasi dengan pasu berisi bunga mawar merah. Beberapa naskah majalah tersusun kemas di sebelahnya. Aku kemudian melangkah ke sebelah kiri.

Apabila turun satu anak tangga dari ruang ini, aku dibawa ke ruang sebelah kiri yang penuh dengan ciri-ciri tradisional. Ada pintu gelangsar yang luas terbuka. 

Aku terus melangkah masuk ke dalam ruangan ini. 

RUANG TAMU TRADISIONAL/WASHITSU

Anak mata melekat pada corak pada fusuma. Fusuma di dalam bahasa melayu adalah panel kayu yang bertindak sebagai dinding.  Dinding ini dibuat dari kertas dan boleh dialih-alih. Selalunya fusuma digunakan untuk memisahkan dua bilik atau di dalam bahasa jepunnya, washitsu. Terpegun aku seketika melihat corak pada fusuma ini. Lukisannya sebijik seperti pemandangan taman dan tasik di luar rumah. 

FUSUMA / DINDING BERCORAK YANG BOLEH DIALIH-ALIH


Ya lah, cumanya pemandangan ini adalah pemandangan musim bunga. Kelopak-kelopak bunga sakura yang dicat dengan warna pink pastel dan putih kelihatan bertaburan di bahagian atas kolam yang biru-kehijauan. 

Mataku terhala pada meja kayu yang lebar dan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Meja ini sangat pendek dan dipanggil chabudai di dalam bahasa jepun. Tidak ada kerusi di situ tetapi nenek dan Putra hanya duduk di atas lantai yang dilapisi dengan sebiji kusyen empuk yang diperbuat daripada jerami. Aku memejamkan mata, cuba mengingati apa yang telah aku baca serba-sedikit di dalam internet semalam. 
Zabuton!



Ya, kusyen empuk bermaterialkan jerami itu dipanggil zabuton! Lantai di ruangan ini pula dilapisi dengan tikar jerami berwarna kuning yang dipanggil tatami. Tatami yang masih baru berwarna hijau tapi apabila digunakan, lama-kelamaan akan bertukar kekuningan. Rasanya ruangan inilah agaknya yang dipanggil washitsu di dalam bahasa jepun.

“Ehem.” 

Deheman nenek itu cukup untuk buat aku melangkah ke arah mereka. Aku kemudiannya mengambil tempat di sebelah Adam, yang duduk berhadapan dengan nenek. Isk, kenapalah nenek ni asyik pandang aku macam nak telan? Dalam telefon hari tu bukan main mesra lagi. Tak senang duduk aku jadinya.

Berkulit putih melepak dan rambut lurusnya yang beruban disanggul kemas, wanita ini mempunyai riak wajah yang tegas dan tidak mudah tersenyum, sebiji macam cucunya yang bertuah ni. Kalau aku jadi pelajarnya di sekolah dulu, mesti kecut perut aku setiap kali kelas guru besar ni. Anak mata nenek kini berada pada kepalaku. Alamak..dia tak suka wanita bertopi ke?Aduh..sama je macam umi dan Nek Leha kat Malaysia tu.

Cap di kepala perlahan-lahan kubuka dan kuletakkan di atas riba. Ah, makin teliti pula dia memerhati rambutku yang lurus dan diikat satu ini. Isk, masalah betul! Entah-entah dia perasan aku tak sama macam dalam gambar kut. Adam hanya tersenyum sinis sahaja ke mari. Maklumlah dah berbuih mulutnya menegur tentang pakaianku sebelum ini. Aku tumbuk juga mamat ni!

“Jemputlah makan Kaseh, Putra.” 

Jemput nenek yang kemudiannya kulihat sudah mula mencapai sudu. 

Aku hanya menganggukkan kepala. Mataku berlari pada makanan-makanan yang tersusun kemas di atas meja makan untuk 6 orang ini. Ada sushi, sashimi. Semua makanan ni untuk 3 orang makan ke atau untuk kenduri sekampung?Serta-merta perut berkeriukan hebat tatkala mata terpandang pada bekas berisi mee dan periuk berisi sup di sebelahnya. Mee sup! Eh..I mean soba! Just nice for a cold day like this. Bisik hatiku riang. :D Terus aku menyedukkan mee ke dalam mangkuk. 

Apabila Kak Yumi datang bersama dulang berisi 3 cawan kayu berwarna hitam dan berbual sesuatu dengan nenek,  aku cepat-cepar mengerling ke arah Adam. Mulut kurapatkan ke telinganya saat ini.
“Adam saya takutlah nenek awak tahu. Kalau itu terjadi, awak bertanggung jawab sepenuhnya,bro.” Dalam keadaan berbisik aku meluahkan rasa dari jiwaku yang kacau.

Sempat lagi mata mengerling ke arah nenek. Dia masih fokus  berbual dengan Kak Yumi.

“Kalau nenek awak naik angin, saya memang lari dulu. Seriously.” Bisikku geram pada lelaki ini.

 Adam yang tadinya tidak memberikan sebarang respons dan asyik sangat mengambil makanan kini meletakkan chopstiknya di atas dulang. Apabila dia merenung ke arahku, tergamam pula aku jadinya. Matanya tu kenapa berhantu sangat? Terus aku mengerling ke arah lain.

“Kalau kau takut, ambillah hati nenek.” 

Bisiknya pula di telingaku membuatkan aku runsing. Bulat mataku menjegil ke arahnya.

“What? How?” Soalku. Masih lagi dalam keadaan berbisik.  

“Kau tahu tak, walau berpenyakit nenek tetap masakkan juga soba tu sendiri..tapi of course la dengan bantuan pekerja-pekerja kat dapur tu.” Aku terus menoleh ke arah Adam. 

“Ye ke?”  Soalku dengan sangat perlahan.

“Do you know how you can show your  appreciation?” Soalan Adam kujawab dengan gelengan.

“How?” Soalku. 

Mata kuliarkan pada Yumi dan nenek yang masih lagi berbicara. Entah apa yang dibualkan. Yang aku tahu, beberapa kali mereka menyebut nama Hud Mikael.

“Nanti masa makan, hirup makanan dan sup tu kuat-kuat.” Bisik Adam di telingaku.

 Terus aku menjeling ke arahnya. Tangan kukepal dan buku lima kutayangkan kepadanya dengan geram. Nak kenakan aku lagilah tu.

 “In japanese culture, slurping indicates that the food is delicious!” Bisiknya lagi sambil mengenyitkan mata.

 Demi Allah aku rasa jantungku seperti hendak terkeluar dari badan saat ini. Serta-merta aku mengalihkan pandangan. Terasa darah menyerbu dengan banyak ke daerah wajahku membuatkan aku rasa panas. 

 “Google la kalau tak percaya.” Bisiknya bersama ketawa kecil di hujung ayat. 

Kenapa kedengaran sangat seksi apabila dia ketawa begitu. Seksi Kay? Seksi??? Sejak bila kau jadi begini????!! Tolonglah berubah!
Aku terus mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar jeans. Laman sesawang google kutekan pada skrin dan aku terus menaip sesuatu.

‘Hirup sup dengan kuat dalam budaya jepun’

Itulah yang aku cari. Dalam masa seminit aku sudah pun terjumpa jawapannya. Adam Putra tak main-main nampaknya. 

‘Etika makan di Jepun – sekiranya anda makan di Jepun, pastikan anda menghirup sup dan mee dengan kuat. Penghasilan bunyi bising ini menunjukkan penghargaan kepada tukang masak dan menujukkan yang anda sukakan makanan 
itu.’ Aku membaca di dalam hati.

“Kaseh..kenapa tak makan lagi tu?” 

Nasib tak terpelanting telefon bimbit di tangan sebaik sahaja mendengar  suara nenek. Tanpa menoleh ke arah Adam, aku terus menghirup mee soba dan sup dengan sangat kuat.

 “Slurpppppppp! Slurpppppppp!” 

Sedap! Semakin asyik aku menikmati makanan di hadapan mata.

“Sedap sangat ke tu Kaseh?”

Bersama mee yang penuh di dalam mulut aku mengangkat wajah pada nenek yang memandangku dengan sangat pelik. Berkerut habis mukanya yang sedikit berkedut itu. Pantas aku mengangukkan kepala.

“Sedap nek..” Bersama mulut yang penuh aku berkata begitu. Tak tahulah dia faham ke tak apa yang aku katakan ini.

“Slurpppppp..slurppp”

Lapar punya fasal, hampir kosong mee dalam mangkuk.  Harap-harap nenek gembiralah bila dengar aku hirup sup ni. 

“Putra..”

Walaupun nama Putra yang dipanggil nenek, aku juga turut sama mengangkat wajah. Mee kukunyah dengan penuh cermat saat ini.

“Hmm?” Soal Putra yang kulihat memasukkan seketul sushi ke dalam mulut.

“Kaseh tak makan sejak semalam ke?” 

Soalan nenek membuatkan aku terlopong.

 Pelik sekali pandangan diberikan kepadaku oleh wanita ini.

“Feed her more..she looks really hungry..”  Ucapnya yang kemudian menyuapkan sashimi ikan salmon ke dalam mulut.

 Pandangan pelik masih diberikan kepada aku. Ya Allah...Adam dah kenakan aku lagi!

 “Will do, nek.” Ucap Adam. 

Sempat pula lelaki ini menoleh ke arahku. Senyuman nakal bertakhta di bibirnya. Siap geleng kepala lagi. Kenapa aku rasa nak marah sekarang ni? Kenapa aku rasa macam aku dah kena buli dengan si Adam? 

“Baik-baik makan tu kaseh. Tak lari soba tu..”` 

Dengar sahaja kata-kata nenek, mee yang kutelan rasa nak terkeluar semula. Malunya!

“Uhuk uhuk!” Terbatuk-batuk aku jadinya saat ini.

 Dengan pantas aku mencapai cawan air. Kelam-kabut aku teguk teh hijau yang masih suam ini sehingga tekak dan dada terasa lapang. 

Bersama rasa sebal di dalam hati, aku terus merapatkan bibir ke telinga Adam. 

“Awak kenakan saya ye?” Soalku geram.

“Mana ada!”

 Boleh pula dia buat muka tak bersalah. Ikutkan hati, mahu sahaja aku cucuk matanya tu dengan chopstick. Geram betul aku.

“Cuma saya tak pasti nenek tahu ke tak tentang  fakta orang jepun menghirup dengan kuat ketika makan soba atau udon sebagai tanda penghargaan kepada tukang masak tu. Maklumlah nenek kan orang melayu.”

 Selamba sahaja dia berkata begitu dan menjamu selera dengan senang hati.
Grrr! Betul aku dah tak dapat bersabar. Kecik besar, kecik besar aje aku tengok mamat ni. 

 “Awak ni..jangan sampai saya tumbuk awak.” Bisikku dengan geram. 

“Kaseh..ambillah lauk tu..” Nenek bersuara lagi.

Ikutkan hati dah kenyang tapi, aku teringin pula nak rasa sashimi ikan.

 Sashimi adalah hirisan ikan atau daging yang dimakan mentah. 

“Okay nek..” 

Belum pun sempat aku mengambil sashimi idaman hati, Adam meletakkan sekeping sashimi daging ke dalam pingganku. Aku bukanlah peminat sashimi daging tapi aku gagahkan juga makan sashimi daging ini gara-gara mata nenek yang sedang berada pada wajahku. 



Erk..kenapa rasanya lain macam? Aku mengunyah dengan penuh berhati-hati. Betul..lain macam. Tak seperti sashimi daging lembu yang pernah kumakan sebelum ini.

“Tak sangka pulak  Kaseh pun sama seperti Putra..suka makan daging kuda.”

Bersama mulut yang penuh aku memandang wajah nenek. Mata pula bagai hendak terkeluar sudah dari soket. Euwwww! Daging kuda????
BASASHI / SASHIMI DAGING KUDA

“Resipi tu didatangkan khas dari Kumamoto, Pulau Kyushu. It’s a popular dish in Japan” 
Ucap nenek lagi. 

Aku dah tak boleh nak buat apa-apa. Bagai terkena renjatan elektrik aku masih kaku. Loya serta-merta terasa tekak.  Bulat mataku menjegil ke arah Adam. 

 “Yes dear..what you are eating now is basashi. It’s a raw horse meat. Don’t worry it’s halal.” 

Boleh pula si Adam menepuk bahuku sekali sebaik sahaja berkata begitu. Aku pula tanpa menunggu lebih lama, terus meluahkan daging yang berada di dalam mulut ke dalam mangkuk soba yang telah kosong.Tak peduli lagi apa nenek fikir tentang aku.

“Ka..Kaseh tak tahu pulak yang tu adalah daging kuda. Patut rasanya pelik.” Ujarku kepada nenek. 

Wanita itu terus menggelengkan kepalanya kepada Adam. Bibirnya diketap geram.

“Putra..tak baik buat isteri kamu macam tu. Nasib baik dia tak muntah tadi.” 

Sejuk sikitlah hati mendengar nenek memarahi Adam. Lelaki ini masih lagi tersenyum nakal.

 “Why didn’t you tell me it’s a horse meat? Raw pulak tu!” 

Dengan geram aku memarahi Adam. Tapi lelaki ini selamba sahaja mencapai cawan. Air diteguknya dengan penuh senang hati. Dia ni memang sengaja nak cari fasal dengan aku. Aku pandang wajah nenek.

 Tidak, wanita itu tidak lagi memandang ke sini. Terus sahaja aku menyiku lengan kanan Adam dengan sangat kuat. Nasib tak terpelanting cawan di tangannya.

“Uhuk uhuk uhuk!” 

Tersedak teruk jadinya mamat ni. Habis kemeja putih di badannya mempunyai corak tompokan air berwarna hijau muda. Maklumlah yang tumpah itu adalah teh hijau. Senyum meleret aku jadinya. Adam siap jeling tajam namun semakin lebar senyuman di bibir.

 “Putra..be careful! Gelojoh sangat!” Bidas nenek. 

Sudu yang berada di tangannya di letakkan terus ke dalam dulang. Diam-diam kasihan pula aku dengan nenek. Tak dapat dia menikmati makanan dengan tenang hari ini.

“Abang..tak minum dari semalam ke? Gelojohnye..” 

Ucap aku dengan sangat sinis sambil menggelengkan kepala. Nenek masih lagi merenung tajam ke arah cucunya itu. Hah, puas hati aku! Basah habis baju mahal kau tu. 

Hooray!

“Habis basah baju tu.” 

Bebel nenek untuk kesekian kalinya. Aku juga turut sama mengerling. Setompok besar kesan air membasahi bahagian dada kanan lelaki ini. Tajam pandangan mata Adam menikam anak mataku.

  Huh, peduli apa aku! Sekeping hirisan sashimi salmon yang dicicah kicap kumasukkan ke dalam mulut dengan senang hati sambil tersenyum lebar ke arahnya.

“Yumi..Yumiiiiii..”

Kunyahan aku terhenti seketika mendengar laungan nenek memanggil nama Kak Yumi. Beberapa saat sahaja baru berlalu, kelibat Kak Yumi terus muncul di sini. 

“Ambilkan tuala untuk Putra.” Arah nenek.

“Baik Ku Maryam.” Bersama anggukan Kak Yumi terkocoh-kocoh berlalu dari sini.

“Takpe nek..Putra  salin baju dalam bilik sekejap.” 

Baru sahaja Adam ingin bangun, nenek terus bersuara lagi.

“Jangan. Menitik air tu atas lantai nanti. Baju kamu kan basah.” Bantah nenek.

 Cawan air kucapai dan aku terus meneguk sisa air teh hijau di dalam cawan. Kenyangnya! 

Adam masih menjeling tajam ke arahku.

Kemudian, dia kulihat menanggalkan butang pada baju  kemejanya, menyerlahkan badannya yang  cerah dan sasa. Kenapa matanya merenung ke mari dengan pandangan yang menggoda? Tergamam aku seketika. Terus aku melarikan mata ke arah lain.


“Kaseh..nah tuala.” Kak Yumi yang tiba-tiba muncul memberikan tuala kepada aku pula. Apa lagi, terkedulah aku jadinya.

“Please lap kan badan I, sweetheart” 
Bisik Adam bersama renungan yang sangat dalam.



Kaku dan tergamam aku jadinya. Jantung pula untuk sekian kalinya mulalah buat hal. Rasa dah nak terjatuh tuala yang kupegang di tangan. Terus aku sepukkan tuala tersebut di atas dadanya. 

“I need to go to the toilet.” Ucapku dengan sangat kalut.

“Sa..sa..kit perut.” 

Selepas berkata begitu kepada nenek, aku terus berlalu ke dapur. 

Tapak tangan menepuk pipi beberapa kali. Jangan pengsan Kaseh..sabar..sabar! 

Apabila sampai di dapur, kakiku berhenti melangkah untuk seketika.Ruang dapur juga tidak kurang luasnya. Apabila nampak kelibat Kak Yumi, kelam-kabut aku meluru ke arahnya.

“Kaseh..kenapa pucat ni? Macam nampak hantu!” Aku hanya mampu tersenyum sumbing sahaja saat ini sambil menggelengkan kepala.

“Takde apa-apa..”

“Kak Yumi..kat mana bilik saya?” Kelam-kabut aku menyoal.

“Owh..bilik pengantin baru musim salju ni mestilah kat atas.” Jawab Kak Yumi.

 Tanpa menunggu lebih lama, Kak Yumi berkata lagi.

“Meh Kak Yumi tunjukkan.”

Aku terus mengekori Kak Yumi yang sudah pun melangkah keluar daripada ruang dapur ini. Setelah membelok ke kanan, kelihatan  anak tangga untuk menuju ke bahagian atas rumah. 

“Di atas ni ada 3 bilik. Bilik Kaseh dan Putra yang sebelah kanan ni. Hanya bilik ini sahaja ada bilik mandi dalam bilik. Lengkap dengan ofuro.”

 Dengan ramah dia menundingkan jari telunjuk ke arah bilik yang terletak di sebelah kananku. Bilik aku dan Putra? Dalam mimpilah! Tak hingin aku nak kongsi bilik dengan hantu tu.

“Terima kasih Kak Yumi.” Ucapku yang kemudiannya terus meluru masuk ke dalam bilik.

 Pintu kututup rapat dan aku terus bergerak ke arah meja solek. Lega rasa hati apabila berseorangan di sini. Melihat wajah sendiri dalam cermin, aku jadi serabut. Aku menekan dada saat ini sambil bersandar pada dinding bilik.

 Dup! Dap! Dup! Dap!

Ya Allah, kenapa rasa seperti nak pecah jantung? Padahal kat gym, kat kelas kickboxing dan kat kelas tae kwan do tu, aku dah memang selalu sangat tengok lelaki  tak berbaju. Kenapa apabila Adam Putra tak berbaju tadi aku dah rasa separuh mati macam ni?

Kau jangan macam-macam Kay! Aku memarahi diri. Terbayang sepasang mata yang selalu merenung hingga ke dasar mata itu.

Kenapa dengan Adam Putra aku jadi lemah? 
Kenapa apabila dia tenung wajah aku, renung mata aku, aku jadi tak keruan? 
Kenapa jantung selalu buat perangai bila dia di sisi?

Aku meraupkan wajah beberapa kali saat ini. Ada keluhan terbit dari bibir. Rambut yang sedikit kusut kuleraikan ikatannya dan apabila aku hendak mengikatnya semula, getah rambut putus pulak!!

 Cap converse yang berwarna merah itu pula tertinggal di bawah. Aduhhhh!Akhirnya, rambut lurus yang melepasi bahu kulurutkan dengan jari supaya kelihatan kemas. 




Keriukan pada pintu membuatkan aku tergamam saat ini. Terus sahaja aku berpaling. Ternyata lelaki yang baru melangkah masuk bersama tuala tersangkut di tengkuk itu kelihatan terkejut melihat aku di sini.

 Badan tegapnya yang terdedah membuatkan aku meluru ke arah pintu namun apabila berselisih dengan lelaki ini, dengan pantas  dia mendepakan tangannya. Seakan-akan menghalang aku dari keluar.




“Apa ni..tepilah!” Bentakku sedikit kasar.

“I thought you hate men.” Ucapnya di antara dengan dan tidak.

 Anak matanya kulihat berlari memandang rambutku yang jarang-jarang mengurai bebas sebegini. Jantung aku mulalah buat hal!

“Memang pun. Tambah-tambah lelaki macam awak.” Ucapku tanpa memandang ke arahnya. 

Sweater di badan kubetulkan sedikit. Lengan sweater yang disinsing hingga ke siku tadi kubetulkan supaya kawasan lengan tidak terdedah. Betullah aku jadi canggung bila berhadapan dengan dia ni.Rasa malu pun ada jugak. Kenapa ni?!

 “Kaseh..” 

Tanpa sedar aku mendongakkan kepala apabila mendengar namaku dipanggil selembut itu. Adam merenung ke arahku dengan sangat dalam.

“You can close your eyes for something you don’t want to see..” Dengan tenang dia bersuara.

 “But you can’t close your heart for something you don’t want to feel.” Sambungnya lagi sambil menggelengkan kepala.

Sikittttt lagi! Sikit lagi aku betul-betul boleh koma! Ya Allah kenapa apabila dengannya aku jadi tak tentu arah dan gugup begini? Apa maksud kata-katanya itu? Adakah dia tahu apa yang aku rasa saat ini? Adakah dia juga merasakan perasaan yang sama?

“Sa..saya tak fahamlah, bro!” Aku menggelengkan kepala. Anak mata memandang ke arah lain.

“Tak faham or buat-buat tak faham? Hmm?” 

Soalnya dengan tenang. Kalut aku memandang ke arah lain.



“Adam..jangan cakap benda bukan-bukan kalau awak tak nak saya tinggalkan negara ni.” 

Ugutku dengan tegas sebelum berlari keluar dari bilik ini.

I wish my feelings  had a delete button! Oh I wish!

***BERSAMBUNG***

In syaa Allah esok ade bab 23 :) terima kasih kepada semua yang sudi baca :) komen-komen boleh diberikan di facebook, seperti biasa :)

thank you! :)