**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday 24 December 2012

Playboy Itu Suami Aku?! 1




Bab 1
“Kurang asam betul! Dah lah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje” Bebelku sambil membetulkan t-shirt lengan panjang berwarna hitam di badan. Sakit di hati masih membara lagi. Tak fasal-fasal aku kena balik rumah dan tukar baju lain!
“Tengoklah, kalau aku jumpa pemilik kereta tu nanti, siaplah dia!” Omelku di dalam hati. Nasib baik nombor plat kereta BMW X6 itu senang untuk dihafal. Bawak kereta mahal-mahal tapi otak letak kat lutut!

‘Sabar Afina..husnuzon..husnuzon! Entah-entah pemandu tadi tak perasan kot dia terlanggar lopak?’ Hatiku berkata begitu. Bukan aku tak mahu husnuzon atau bersangka baik, tetapi mustahil pemandu tadi tak perasan lopak sebesar itu. Hah! Entah-entah bas pun dah terlepas agaknya masa aku pulang tadi! Aduhai..Aku menggigit bibir dan menghalakan pandangan ke sebelah kanan jalan.

 Sebuah motor kapcai kemudiannya berhenti betul-betul di hadapanku. Lelaki yang masih berada di atas motosikal tu kemudiannya bersuara.

 “Kau ni kembar si Fisya ke? Apesal aku tengok takde rupa pun?!” Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari mulutnya. Tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. Lelaki celupar itu kemudiannya turun dari motosikal dan duduk di sebelah kiriku. 

Astaghfirullahalazim..aku mengurut dada. Cuba untuk bersabar. Kenapalah dalam masa tidak sampai satu jam aku terpaksa berjumpa dengan dua orang yang takde adab?! Dia ni tak tahu bagi salam ke? Lepas tu siap kutuk aku lagi..wahai hati..teruslah tabah! 

“Cuma tahi lalat dan bentuk muka aje yang sama! Lain-lain rasanya takde..” Topi keledar yang berada di atas kepala ditanggalkannya.
Lelaki tadi kulihat terus meneliti wajahku. Cuba mencari persamaan di antara aku dan Fisya, kembar seirasku. Aku hanya buat bodoh. Pandangan terus kuhalakan ke sebelah kanan. Karang disebabkan mamat mulut celupar ni, aku pulak yang terlepas bas. Buang air liur aje layan orang macam ni. Memanglah Fisya tu cantik, tapi perlu ke nak cakap macam tu?
“Hoi mak nenek! Kau pekak ke?” Lelaki tadi menguatkan suaranya. Geram kerana aku tak memberikan sebarang reaksi, mungkin!

Aku menjeling tajam ke arahnya. Dia pula tersengih sedikit. Kurang asam betul lelaki ni! Mentang-mentanglah aku pakai kaca mata tebal berbingkai hitam, dipanggilnya aku mak nenek!
“Okaylah..aku percaya kau kembar Fisya..” Lelaki ber-tshirt putih ini bersuara lagi. Macam tak ikhlas aje bunyinya. Hey, peduli apa dia percaya atau tidak? Ada aku kisah? Aku bingkas bangun dari bangku besi lalu menapak menjauhi lelaki sewel itu. Lengan baju t-shirt kusingkap sedikit dan terus menilik jam di pergelangan tangan. Bulat mataku memerhati jarum jam. Alamak..dah pukul 9 10 minit pagi! Sempat atau tak ni?! 

“Hei..aku sedang bercakap dengan kau lah!”
Aku menjeling sedikit ke arahnya. Rimasnya aku! Lelaki tadi kulihat sudahpun berdiri dan mula menapak ke mari. Dari pengamatan ikhlas aku, dia ni bukan taste Fisya. Setakat pakai motor kapcai, baju pulak bukan dari jenama antarabangsa, jangan mimpilah nak berdampingan dengan Fisya! Nak saja aku beritahu mamat ni supaya jangan buang masa mengejar Fisya tetapi aku malas. Nanti tak fasal-fasal aku dikatakan cemburu dengan Fisya. Aku serik! Dah banyak kali sangat terjadi. 

“Err..sebenarnya aku nak mintak tolong sikit..boleh kau kasi aku handphone number si Fisya?”
Bingo! Memang aku dah dapat mengagak ayat itu akan keluar dari mulut dia. Siapa tak kenal Fisya? Bukan sahaja famous kat taman ni, malahan taman-taman sebelah juga kenal Fisya. Kat kampus dulu, semua lelaki nak rapat dengannya. Bukan sahaja pelajar dan pensyarah, pakcik jual air kat café tu pun minat dengan Fisya. 

“Mintak la sendiri dengan dia..” Balasku acuh tak acuh. Di dalam hati berdoa, cepatlah bas tiba.
“Kau ni, dah la rupa pun buruk, perangai lagi buruk ek..mintak tolong sikit pun tak boleh!” Sinis suaranya menampar gegendang telingaku. Aku cuba buat tak tahu aje. Relax Afina..kau pernah berada di dalam situasi yang lebih teruk dari ni. Kau pernah dikeji lebih dasyat dari ni. Aku cuba menyabarkan hati.
“Ni mesti kes cemburu nih..kau cemburu dengan Fisya kan? Sebab tu kau tak kasi aku nombor dia. Kalau aku mintak nombor kau, mesti kau kasi..betul tak?!” Sambung lelaki itu lagi. Tipulah kalau sedikit pun hati aku tidak tercalar dengan kata-katanya tu.
“Astaghfirullahalazim..” Luahku. Aku cuba mengumpul sisa-sisa kesabaran yang masih ada.
“Pura-pura baik pulak..” Sinis sekali suaranya. Tidak mampu lagi rasanya untuk terus berada di sini. Melayan lelaki saiko bermulut celupar bukanlah kepakaran aku. Aku terus menahan teksi yang sedang menuju ke mari. 

“Kalau kau tak nak kasi, sudahlah! Aku boleh cari sendiri!” Tempik lelaki saiko itu sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam perut teksi. Pakcik teksi pula hanya mampu tersengih aje. Malas sudah hendak kufikirkan apa yang sedang bersarang di dalam kepalanya. Selepas memberitahu ke mana destinasiku, aku hanya membuang pandangan ke arah luar tingkap. 
***
 

38 comments:

  1. agak2nya lelaki tu kea suami 'aku' tu? hihi

    ReplyDelete
  2. Rasa mcm ni lgi best dari yg hari tu ^^

    ReplyDelete
  3. Ni y buat tertny2 n xsbr2 nk tau strsnya ni..

    ReplyDelete
  4. Ni y buat tertny2 n xsbr2 nk tau strsnya ni..

    ReplyDelete
  5. Sis saya dh exited ni,, first je dh jatuh suka

    ReplyDelete
  6. bab 1 ni memang laen ngn bab yg lame en kak suri... xsangka heroin ni de kmbar... mst kmbar dia ni belagak kot...

    ReplyDelete
  7. ee...dh excited dh ni...bestnye...bg sy yg ini lagi best dr yg sblum ni...good luck kak suri..make the best novel ever... :)

    ReplyDelete
  8. serius lain dengan yang dulu...

    ReplyDelete
  9. salam Suri..

    Ada kelainan dalam garapan citer ini dari yg sebelum ini..
    Afina dan Fisya di gambarkan sebagai kembar..seiras dan hanya penampilan dan sikap mereka sahaja yg menggambarkan mereka ini berlainan..Siapa kah lelaki bermotor kapcai yg selamba badak menghina gadis ini..adakah mereka anatara koleksi Fisya..dan siapakah kakak dan adik ..

    ReplyDelete
  10. Nik Ainaa : Mungkin! Hhehe :)
    Anonymous : thank u so much ye :) nantikan bab 3 hari ni :)
    Honeyz : Nanti akak post bab 3 :) tq sudi baca
    Azza Rozza : thank u so much sebab sukakan PISA..Suri akan post bab 3 nanti :)
    Wild Cheryy : memang lain WC..tapi babak2 heroin hilang ingatan tu tetap dikekalkan nanti :)
    Siti Syamimi Ramli : Terima kasih Syamimi..In sya Allah, akak akan post bab 3 hari ni :)
    IdA : Semua tu akan terjawab nanti, In sya Allah :)
    Zakiah Halim : Terima kasih sudi mengikuti PISA ye

    ReplyDelete
  11. Akak suri.... mcm best je... huhu... dah excited nk bce yg seterusnye... good luck kak suri.. =)

    ReplyDelete
  12. yes..yes..de new entry..thanks akak, terubat rindu nk bca buah tngan akak..

    ReplyDelete
  13. ada perubahan ya? suri buat balik ya

    ReplyDelete
  14. Asal buat baru?Yang lama tak best ek?I think okay je yang lama tuh.

    ReplyDelete
  15. Wardah Zainal : thank u so much dear :)
    Misslexus : no problem dear :) selamat membaca ye :)
    Aisyah & Anonymous : Betul, suri buat balik sebab introduction dulu, di mana bab pertama lagi heroin dah hilang ingatan kan..introduction tu sama seperti novel yg dah sedia ada. Tajuknya ILHAM HATI. Asalnya, suri pun tak tahu..tapi terima kasih pada readers yang menegur suri..
    Bila dah dapat tahu, suri sendiri beli dan baca novel tersebut. Jalan cerita langsung tak sama cuma introduction sama..jadi, suri terpaksalah buat semula bab2 awal :) tapi, heroin tetap akan hilang ingatan dan babak2 yg dulu tu akan ada nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay.Anyway,tetap best macam dulu

      Delete
  16. baru abis marathon, mmg karya suri tak pernah menghampakan, saya dah lama stop beli novel, tapi kalau PISA kluar konfem saya akan beli!!!! ;)

    ReplyDelete
  17. menyampah dengan perangai lelaki moto kapcai tu...
    takda adab...

    ReplyDelete
  18. bestnye...x sbar nk bca smbungan,congrate kak suri

    ReplyDelete
  19. kisah kembar??? spe y akn hlang ingatan? & spe suami plyboy tu....

    ReplyDelete
  20. laen dari versi dulu...cam interesting lak yg nie...pape pon good job k suri

    ReplyDelete
  21. kak suri, novel ni dah kuar ker belum?

    ReplyDelete
  22. Baru nak baca.. sebab drama pisa start next week! ^^

    ReplyDelete
  23. x sabar nak tunggu drama ni keluar minggu hadapan
    tahniah buat akak suri..moga olwes berkarya n terus berkarya
    follower ke 2171

    ReplyDelete
  24. salam akak...sy suke sgt baca all novel akak,tp drama adaptasi novel akak yg kt tv 3 tu sy mmg tak puas hati langsung,sy mtk maaf sgt2..novel akak mmg best,sy dh khatam byk kali but bila di dramakan mmg hancos la akak...bab hero dlm drama tu sy mmg xsuke, totally xada ciri playboy.drama 2 elok je tuka tajuk bia jade #JAMBU ITU SUAMI AKU...
    sori akak...#LOVE U SO STRONG!!!

    ReplyDelete
  25. baru baca.. BEST lagi daripada dalam drama. Saya rasa drama tu kurang berjaya lah~ mungkin sebab salah pemilihan pelakon. Mereka macam tak fit dengan watak tu. Patutnya scene kat stesen bas tu kelakar tapi, macam menyampah je dengan Afina yang dalam drama tu. Macam bodoh2 je saya tengok. Kalau Nur Fathia ke, emma maembong ke, nelydia senrose ke yang jadi watak utama mesti lagi best kan.... Cuma drama SSID dan Love U mr arrogant je antra novel yang berjaya didramakan. Apa2pun novel ni memang best...

    ReplyDelete
  26. Adela inspirasi skt2 drpd novel ni novel yg sya buat. Bace tau

    ReplyDelete
  27. salam suri, novel PISA mmg best. saya ikuti PISA dr blog smpai dh milki novel tersebut. tp sy terkilan sbb drama PISA kt tv3 tu x menjadi. pelakon yg pegang watak fina n adrian x sama mcm watak dlm novel. adrian sepatutnya seorang yang macho, baru kena nk jd playboy. n fina mesti seorang yg nmpk lembut n manis. apa pun novel2 suri mmg best..semua sy dh baca. harap klik! ni pun cpt kuar x sabar nk pegang baca..

    zue

    ReplyDelete
  28. Bestnya crita ni..hahaha...buat yang lagi best punya....^_^

    ReplyDelete
  29. memang best giler...skrg pun dh kluar tv...tak sbr nak tahu semua episod..

    ReplyDelete
  30. Kak Suri,nak tahu gambar lelaki kat atas tu sape ek?Hensem lah.
    Harap kak Suri sudi bls soalan kite.TQ,
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  31. Sweet la saya suka baca novel online

    ReplyDelete