DAPATKAN NOVEL M.A.I.D. , ISTERI SEPARUH MASA, PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! KIMCHI UNTUK AWAK! , KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU : WHATSAPP UNTUK ORDER - 017 714 5595

**AKAN DATANG : Filem KIMCHI UNTUK AWAK - APRIL 2017 & Drama KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - 2017**

Monday, 1 September 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 20]


Bab 20

Surat yang berada di tangan kuangkat tinggi saat ini. Sambil membelek surat yang dilipat empat ini, aku mengeluh nafas berat. Serta-merta aku bangun berdiri. Bella..Bella! Tadi bukan main tergedik-gedik lagi nak baca surat ini tetapi sekarang apa dah jadi? Soalku pada diri sendiri. Kaki mula melangkah ke kanan dan ke kiri. Ini mesti surat cinta Danial poyo tu kepada arwah Kak Ngah! Mesti punyalah..aku berani kerat jari. Senyuman nakal muncul di bibir. Danial? Menulis surat cinta. Bagai orang gila aku ketawa besar saat ini. Bagaimana agaknya kalau lelaki garang tu tiba-tiba jadi jadi sweet? Ergghh tak dapat kubayangkan. Danial, nasib baik aku ni baik hati tau! Kalau aku ni jahat, dah lama aku baca surat ni dan ketawakan kau kuat-kuat. Ada hati nak jadi sweet kasi surat bagai padahal perangai macam samseng! Terus sahaja surat di tangan kumasukkan ke dalam sampulnya. 

Bella, kalau surat cinta, kenapa di sampul surat ini tidak ada tertulis nama arwah Kak Ngah? Entah kenapa aku berasa sedikit pelik saat ini. Alamat pun takde..setem jangan cakaplah!

 Iyalah, kalau kasi by hand pun takkanlah tak ada nama dicoretkan di atas sampul ini? Bagaimana kalau ini bukan surat cinta? Bagaimana kalau ini adalah surat lain? Bagaimana kalau ada maklumat apa-apa di dalam surat ini. Contohnya tentang hutang arwah Kak Ngah ke..atau tentang perkara-perkara lain yang lebih serius? Ahhh...peningnya! Nak baca ke tak nak baca ni? Aku mulalah berubah fikiran.

Nafas kutarik dalam-dalam saat ini..

"Maafkan Bella Kak Ngah..Bella terpaksa buka surat ni." 

Sebaik sahaja aku berbisik dengan perlahan ayat tersebut, tangan lincah mengeluarkan kembali surat yang berada di dalam sampul. Sempat lagi mataku terarah pada pintu bilik yang berkunci rapat. Entah kenapa ada debaran melanda hati saat ini. Sumpah aku rasa sangat gelisah. Memanglah gelisah kalau curi-curi baca surat orang!

Nafas kutarik dalam-dalam dan kini seluruh fokusku pada lembaran surat bersaiz A4 di tangan.

Assalamualaikum Danial,

Baru membaca ayat di barisan pertama, aku terus mengerutkan dahi. Danial? Maknanya apa ini? Mati-mati aku ingatkan surat ini adalah surat cinta Danial untuk arwah Kak Ngah tetapi rupa-rupanya, surat ini adalah untuk Danial? Rambut yang terjurai ke hadapan wajah kusebakkan ke tepi.

Aku membaca kembali surat yang berada di tangan. Semakin laju jantung berdegup saat ini.

Assalamalaikum Danial,

Honestly I never wrote any letter before. Not an unofficial one like this. I pun tak tahu sama ada surat ini akhirnya akan sampai ke tangan you atau tidak. Well, how do I start yea? Danial, I just wanna let you know that I love you so much. All my life I've never prayed for someone like you. I hanya minta Allah berikan I seseorang yang baik tetapi Allah hantarkan kepada I seseorang yang terlalu baik. Thank you so much for everything you have done for me & for all the those time you stood by me..

Dari Bern ke Interlaken dan kemudian ke Zurich..I tak akan pernah lupa detik-detik manis dan kelakar you mengejar I. Dari tiada apa-apa perasaan, you buat I jadi terlalu cinta kepada you. Dari tidak ada ikatan, tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita mengikat tali pertunangan. Thanks for never giving up on me. In fact I'm very thankful to myself for giving you the chance to know me. 

Danial, my only one..
I tak tahu kenapa I tulis surat ni untuk you. I just don't know why. I don't know what I've been thinking lately. I selalu fikir bagaimana kalau apa yang kita rancang tidak kesampaian? Bagaimana kalau kisah cinta yang kita sulamkan selama ini terhenti di tengah jalan? Bagaimana kalau I pergi dulu? Meranakah you? Tersiksakah you? Deritakah you? Tolong Danial sayang..tolong jangan ikutkan perasaan. Tolong jangan tangisi suratan takdir kerana I pasti apa yang Allah lakarkan adalah yang terbaik buat setiap hambaNya. 

Danial sayang,

Ketahuilah yang cinta I pada you adalah tulus. Tidak ada yang lain hanya you. Seandainya I meninggalkan you, pastinya kerana I harus pergi ke dunia yang lain. Danial, hubungan kita terlalu istimewa kerana kita menemukan semula papa you dengan keluarga I. Hubungan yang terputus dan terpisah di antara dua negara kini bertaut rapat kembali disebabkan kita. I harap sangat rancangan kita untuk bersatu akan dipermudahkanNya..bukan semata-mata kerana kehendak kita, Danial..tetapi juga kerana keluarga kita. I mahu kegembiraan dan harapan  mereka untuk bersaudara terlaksana.

Danial..sekiranya..jika sekiranya I tidak mampu untuk bersama dengan you, ketahuilah I juga tidak mampu untuk melawan takdir Allah. Sekiranya I tiada, I harap you tetap akan capai bahagia. Walau bukan dengan I, mungkin dengan yang lain..mungkin juga dengan Salsabila..Bella.

I tidak memaksa tetapi sekiranya I tiada, mungkin you boleh ambil masa mengenali dia. She's really awesome, you see. Both of us are very different but she is really a great person. I cadangkan Bella kerana I tidak mahu kehilangan you. Danial, sekurang-kurangnya jika I tiada, biarlah I temukan dua insan yang I sayang. Sekurang-kurangnya, I tidak perlu risau lagi tentang you atau Bella. Sekurang-kurangnya harapan keluarga kita terlaksana. 

Danial, sekiranya ditakdirkan you tidak bersetuju dengan cadangan I, janganlah you memaksa diri. Don't force yourself tetapi..carilah pengganti agar you bahagia kembali. Walaupun I tidak mahu memaksa you, I juga tidak mampu bohong Danial..I amat berharap sekiranya bukan dengan I, you akan gantikan tempat I dengan Bella. Hanya dia yang paling layak. Percayalah pada I danial..

Danial sayang..I sangat berharap surat ini sampai kepada you sekiranya I benar-benar pergi menghadap Ilahi. Jika I tiada, I benar-benar berharap kalam terakhir I ini sampai kepada you, Danial..

Don't be afraid to love again..open your heart and follow where it leads you..:)

You know I will always love you..I will always do.
Maya
June 2012

Separuh mati jantungku berdegup saat ini. Surat yang berada di tangan kulemparkan ke tepi. Ya Allah..apa yang perlu aku buat ni? Terketar-ketar tangan meraup wajah. Terus sahaja aku bangun dari birai katil. Tangan kanan mengurut bahagian dada berulang kali. Rasa seperti hendak terhenti jantungku. Memulas-mulas perut saat ini. Ya Allah..kenapa begini? Aku menarik nafas dalam-dalam saat ini sambil kaki pula melangkah ke kiri dan ke kanan. Kak Ngah..kenapa Bella? Kenapa? Ada rintihan di dalam hati bergema. Serta-merta aku jadi tidak tentu arah. Buntu jadinya fikiran dan aku benar-benar tidak dapat berfikir dengan waras saat ini. 

Tak boleh jadi..memang tak boleh jadi. Terus aku meluru ke arah bagasi yang terdampar di sudut bilik. Zip pada bagasi kutarik dengan kalut dan aku mengeluarkan sebuah beg kecil dari dalamnya. Beg kecil ini berisi pensil dan segala peralatan tulis lain. Dengan tangan yang terketar-ketar aku membuka zip dan liquid paper kukeluarkan dari dalam beg kecil tersebut. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja aku memadam namaku di dalam surat ini. Nama siapa pula hendak kutulis bagi menggantikan namaku ini?

Tok! Tok! Tok!

Bulat mata menjegil ke arah pintu. 

"Bella..dah siap ke belum?"

Ya Allah Kak Long! Kelam kabut aku memasukkan liquid paper ke dalam beg berisi peralatan tulis dan kemudian beg kecil ini kucampakkan ke dalam bagasi.

"Aaaa..tengah pakai baju.." Jeritku kepada Kak Long di luar sana.

"Buka pintu ni..Kak Long nak ambil tudung." Ujar Kak Long pula. Kelam-kabut aku memasukkan surat ke dalam sampulnya semula dan kusumbat dengan pantas ke dalam poket seluar.

"Ye..kejap..kejap!" Jeritku lagi sambil menapak ke arah pintu. Pintu yang terkunci rapat kubuka dengan perasaan kalut yang masih belum lagi reda.

"Kak Long..Pak Su dan Mak Su dah sampai?" Soalku sebaik sahaja pintu kubuka. Aku cuba buat biasa namun entah kenapa tidak senang duduk diriku ini jadinya. Ikutkan hati mahu sahaja aku memeluk Kak Long  dengan erat untuk meredakan rasa yang bercampur baur di dalam hati ini.

"Dahh..Pakcik Dani pun ada tu." Jawapan Kak Long benar-benar membuatkan aku semakin pusing. Dia kulihat menonong masuk ke dalam dan meluru ke arah bagasinya.

Kalaulah semua orang tahu tentang surat arwah Kak Ngah ini..apa yang akan terjadi agaknya? Adakah mereka akan suruh aku kahwin dengan Danial? 

"Da..Danial ade tak?" Tergagap-gagap aku menyoal Kak Long. Gadis yang sedang membuka zip bagasi hitamnya kini menoleh ke mari dengan wajah yang berkerut. 

"Tak nampak pulak. Takde rasanya." Dia menggelengkan kepala. Anak matanya berlari ke seluruh wajahku. 

Tangan yang tadinya lincah membuka zip bagasi kini berhenti melakukan kerja itu. Kak Long bingkas bangun dari atas lantai dan melangkah ke arahku yang sedang berdiri di tepi katil.

"Bella..pandang sini.." Tangannya kini memegang lembut daguku. Mata dikecilkannya sedikit. 

"Kenapa muka Bella pucat lesi ni? Macam nampak hantu!"

 Kata-kata Kak Long membuatkan aku meraupkan wajah berulang kali. Habislah..Kak Long dah perasan. Kak Long..kalaulah Kak Long tahu..mesti Kak Long akan faham kenapa Bella jadi tidak keruan sampai begini.

"Mana ada Kak Long.." Dengan lemah aku menjawab. 

"Betullah..kenapa nampak lain macam aje ni? Kau okay ke dik?" Penuh prihatin soalan itu ditanyakan kepadaku. Aku pula tanpa menunggu dengan lebih lama, terus membuka mulut.

"O..o..okay! Bella okay..Bell Bella ke..keluar dulu ye!" Kelam-kabut aku berkata begitu. Sekali lagi wajah kuraupkan dengan kasar. Tertekan aku jadinya.

Semakin pelik wajah Kak Long memandang ke mari. Aku pula terus sahaja menyusup keluar dari bilik. Astaghfirullahalazim..apa aku nak buat ni? Haruskah aku berikan surat itu kepada Danial? Kacaunya jiwa, kusutnya fikiranku saat ini, Ya Allah..

***

Parah ni..memang parah! Baru aje jengkukkan kepala ke ruang tamu, aku dah nampak bayang Pakcik Dani yang sedang rancak bersembang dengan Pak Su dan beberapa orang jiran tetangga. Jantungku terus rasa seperti mahu melompat keluar apabila terpandang wajah papa lelaki itu. Ini baru nampak bapaknya tau! Kalau anaknya? Baik aku duduk kat dapur. Cepat-cepat aku melangkahkan kaki ke sana. Kelihatan umi dan Mak Su sedang sibuk bersembang dengan beberapa orang jiran yang datang bertandang. Mereka semua sedang duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang yang dibentangkan di sini. Ada cempedak goreng, agar-agar buah dan karipap pusing dihidangkan bersama dengan air teh panas.

Ikutkan hati mahu sahaja aku berkurung di dalam bilik tetapi takut pula umi syak apa-apa. Walaupun hati masih lagi kalut dan gabra, aku cuba juga berlagak selamba. Bersama wajah yang manis aku melangkah ke arah umi, Mak Su dan makcik-makcik jiran yang bertandang. Riuh-rendah jadinya dapur ini. Lekas-lekas aku bersalaman dengan Makcik Minah yang sedang tersenyum ke mari.  

"Amboii..makin lawa kamu ni Bella. Dah ade mata air ke?"  Soalan Makcik Minah kujawab dengan senyuman aje. 

"Belum ada lagi Makcik Minah..lagipun Bella masih belajar lagi." Jawabku yang sempat mengerling ke arah umi. Kemudian, aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mak Jah yang memakai baju kurung biru.

"Ramai aje yang kahwin masa belajar Bella oiii..anak Mak Timah hujung kampung tu pun dah kahwin tau. Si Zalya..dia belajar  di London..sama umur dengan kamulah." Sampuk Mak Long Rubiah.

Terus sahaja aku menoleh ke arah Mak Long Rubiah yang bertubuh gempal ini. Isk..dorang ni..makin kacau jiwa aku yang sedia kusut. Belum sempat aku menjawab, Mak Jah yang tadinya diam pula menyokong kata-kata Mak Long Rubiah.

"Betul tu Bella. Zalya tu dah mengandung pun. Suaminya kerja akauntan kat sana." Kata-kata Mak Jah kusambut dengan senyuman sahaja. 

"Hee dah jodoh kan..lagipun okay la, suaminya pun ada kerjaya yang bagus. Stabil." 

Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mak Yam, Makcik Tini dan Nek Senah. Inilah masalahnya dengan dorang ni. Kalau tengok anak dara orang besar sikit, mulalah nak suruh kahwin. Lebih malang lagi, kalau dorang tawarkan diri untuk jadi tukang carikan jodoh.

"Mahu dengan tak mahu aje Bella..jodoh ni kalau kita asyik tolakkk aje..memang tak ada la sayang oi.." Ujar Mak Jah.

Dapat kulihat Mak Su tengah sengih ke mari.Entah kenapa apabila mendengar kata-kata Mak Jah itu, aku terbayangkan Encik Faris Hardy. Isk..takkanlah aku suka-suka aje nak terima kalau hati tak suka. Kusutlah! Baik aku blah dari sini. Di dalam kepala mulalah mencari-cari alasan untuk lari. 

"Erm..in syaa Allah..ada jodoh, ada lah nanti, Mak Jah.." 

Itu sahaja yang mampu aku ucapkan pada Mak Jah. Eleh cakap pandai. Anak dara dia tu dua-dua orang masih membujang. Apa kes? Nak bercakap ni, ingatlah sama pada Yang Maha Esa. Jodoh kan di tangan Dia. Kalau ada, ada lah nanti. Kalau belum ada, mesti yakin ada rancangan yang lebih baik yang Allah telah tetapkan untuk kita.Hishhh! Geram betul!

Umi dan Mak Su kulihat diam aje dari tadi. Aku tahu mereka malas hendak melayan. Siapalah yang tak kenal dengan mulut becok Mak Jah, Mak Long Rubiah dan Makcik Minah? 3 sekawan.

"Korang ni..biarlah dulu..takkan la asal ada yang berkenan dia nak terima buta-buta aje. Mestilah Bella nak kenal dan tengok dulu hati budinya. Cari suami ni kena betul-betul. Ye tak, Bella?" 

Aku mengangguk beberapa kali ke arah Ustazah Aisyah saat ini bersama senyuman yang sangat manis. Terima kasih ustazahku. Ustazah inilah yang mengajar al-quran kepada aku, arwah Kak Ngah dan Kak Long dulu.

"Itu saya setuju benar, ustazah. Mana boleh main tangkap muat aje." Mak Su yang tadinya diam kini bersuara. Tidak selesa betul apabila mereka menjadikan aku topik perbualan saat ini. Terus sahaja aku mengesot ke arah umi. 

"Umi..Bella nak ambil barang dalam kereta Kak Long kejap ye..kalau ada apa-apa nak tolong, panggil Bella." Ujarku sambil tersenyum sumbing. Itu aje alasan yang ada untuk aku keluar dari sini. Sesak rasanya dada. 

"Ye lah.." Apabila umi memberikan lampu hijau, aku terus bangun dan meluru keluar ikut pintu belakang rumah tanpa memandang ke arah makcik-makcik yang bermulut meriah itu.

Fuhhhh! Lega rasanya. Hilang sedikit sendat di dada dan fikiran apabila angin malam yang nyaman menampar tubuhku. Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke arah hadapan rumah. Mata kini berlari kepada buaian yang letaknya betul-betul di bawah pokok ciku. Ada orang cakap, tak elok tanam pokok ciku dekat dengan rumah kerana hantu langsuir suka benar bergayut pada pohon ciku. Karut betul! Arwah ayah buat bodoh aje atas cakap-cakap orang tu. Ditanamnya juga pokok ciku tu kat depan rumah. Alhamdulillah, sepanjang aku hidup tidak pernahlah pula nampak langsuir bergayut di situ. Sambil menggelengkan kepala, aku terus sahaja menapak ke situ.

Setelah punggung kulabuhkan di atas buaian, tangan kanan mulalah menjalar ke dalam poket seluar. Sampul berisi surat arwah Kak Ngah buat Danial kukeluarkan dengan perlahan-lahan. Debaran yang tadinya sudah pun surut kini beraja di dalam dada kembali. Ya Allah..apa aku nak buat ni? 

"Berdosakah aku kalau tak berikan surat ni kepada Danial? Nak beri ke tak nak?" Terlepas soalan itu dari bibir dan serentak dengan itu juga surat yang sedang kugawang ke kiri dan ke kanan kini dirampas oleh seseorang dari belakang. 

Terkejut aku jadinya. Takkan ada langsuir kut?! Terus sahaja aku berpaling ke belakang dengan debaran di dalam dada yang semakin menggila.

"Heyy!" Terjerit kecil aku jadinya.

***








96 comments:

  1. Masak ko Bella, musti Danial amik & baca surat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mungkin jugak xD tq sudi baca dan tq sebab jadi org pertama yg komen bab ni..:)

      Delete
  2. ni yg tak best ni, tergantung. apa pun, best! mantap! follow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen :) tq sudi follow :) in syaa Allah nanti suri post bab 21 :) selewat2nya esok.

      Delete
  3. ni mesti kak long..atau mamat sengal Daniel tu..kan... just wonder .. apa akan terjadi bila Daniel tahu..dan adakah Daniel akan menurut kata arwah kak ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ramai yang teka dua org ni..mungkin kali ni tekaan mengena :) in syaa Allah persoalan itu akan ada jawapannya di bab 21..tq so much kak ida sebab sudi follow cite ni, sudi baca dan sudi komen.

      Delete
  4. Replies
    1. jeng jeng jeng..ramai yg teka danial..kali ni mungkin juga tekaan mengena :D atau kak long? tq sudi baca dan komen.

      Delete
  5. Hahaha, nama ko jugak yg jd pilihan Kak ngah ye.. Masak la , Daniel dah ambil surat xrasmi tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat tak rasmi dirampas siapa? dania atau kak long? atau org lain? hahaha xD in syaa Allah jawapannya ada dlm bab 21..nanti kak suri post kay/

      Delete
  6. Replies
    1. in syaa Allah adee..:) malam ni atau malam esok. tq sudi baca dan komen.

      Delete
  7. Abis la..bella..kena gulai dgn danial..kan dah ckp kakngah tinggal wasiat utk danial...thanks suri..awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much byt, sebab masih sudi follow cite ni :) hahaha tahniah tekaan mengena..in syaa Allah nanti suri post bab 21

      Delete
    2. post la mlm nih suri...ade 2 je mkhluk yg bleh rampas surat tuh..tak kak long mesti danial..org lain...mmmm kena ade watak baru kot..takkan faris..tetibe plak faris nih jd suku sakat org kg bella..naya lah bella..harap2 danial..n danial tuduh bella cuba nak padam nama org lain kat surat tuh pade hal bella padam nama sendiri...danial kan terkedu sendiri bila dpt tau...dah berjodohkn.. suri post malam nih ye..sya tunggu

      Delete
    3. byt..haha suri dah siap tulis lebih setengah dah cite ni xD cuma suri kat campus..takut malam ni terus g dinner and balik lewat..tu yg pindah ke esok malam hehee. in syaa Allah kalau suri balik awal malam ni, confirm suri post. Tq sooooo much tauu :)

      Delete
  8. Danial Lee ke Kak Long yg rampas surat tu....suspen betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg teka dua manusia ni..haha jawapannya ada di bab 21 :) tq so much tau sudi baca dan komen.

      Delete
  9. Huhuhuhu....tak sabar untuk episod seterusnya , mmg terbaik lah kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah, malam ni or esok suri akan post bab 21 :) tq so much sudi baca dan komen.

      Delete
  10. Kalau Daniel baca surat tu mesti nama Bella dah kena padam dgn liquid paper....jadi Daniel ingat Bella jeleslah plak sbb tu dia padam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tq so much sebab sudi baca ye :) nanti suri post bab 21

      Delete
  11. ...alaaaaaaaa dah abisss.....uwaaaaaa......

    ReplyDelete
  12. Aduhai rasa terseksanya jiwa... Tlg sambung cepat2 ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen..malam ni atau esok, mesti ada sambungannya :)

      Delete
  13. apa pun makasih atas episod ini...tak sabar nak tungguuu yg berikutnya...syanggg...muaahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks again dear..in syaa Allah nanti dah post akak inform kat grup ye..mwahhh!!

      Delete
  14. Wahh.. Daebak! Sape lah yg rampas surat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah jawapannya ada di bab 21..nanti kak suri post ye :)

      Delete
  15. best.. cpt-cpt sambung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sudi baca dan berikan komen..:) nanti suri sambung ye :)

      Delete
  16. Replies
    1. in syaa Allah ade..:) malam ni or esok..tq so much sudi baca dan komen yee :)

      Delete
  17. Replies
    1. tq so much ashiqin austen :) in syaa Allah, nanti kak suri post bab 21..selewat2nya esok

      Delete
  18. La, hanging la pulak...entah2 klong yg rampas surat tu...tp bella sempat padan ke tak nama dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryyy sebab hanging..nanti sambungannya ada dlm bab 21..dalam bab ni, Bella sempat padam nama dia..:

      Beg kecil ini berisi pensil dan segala peralatan tulis lain. Dengan tangan yang terketar-ketar aku membuka zip dan liquid paper kukeluarkan dari dalam beg kecil tersebut. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja aku memadam namaku di dalam surat ini. Nama siapa pula hendak kutulis bagi menggantikan namaku ini?

      Delete
  19. Hanging la pulak..suspen...agak2 ne msti danial yg rampas surat 2..btl x k.suri?..:) kn tggu next n3 lak..x sabar tggu buku k.suri kluar ne...:) -june-

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah nanti kak suri post bab 21 ye? :) Thanks june sebab sudi follow cite ni..doakan cepat2 novel ni terbit ye hee :)

      Delete
    2. He..he..x sabar tggu bab 21..kn tggu mlm ne..:)

      Delete
  20. fuhh sape agaknya yang rampas surat tu? mesti danial nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xD tq so much :) mungkin juga tekaan mengena kali ni..xD in syaa Allah, nanti kak suri post bab 21 ye :)

      Delete
  21. Haish kak suri why so verycurious???sape rampas ni danial lee perhaps? dup dap dup dap je jantung ni boleh x kalau nak entry seterusnya esok jugak.. ..heee thanks for this entry yg curious nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah..nanti akak post bab 21 ye? Kalau tak malam ni, esok malam confirm ade :D haha siapa yg rampas tu..jawapannya mesti ada dalam bab 21 nanti :)

      Delete
  22. mna lgi best.. kaklong ke danial?

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau org lain? Jeng jeng jeng hahaha xD tq sudi baca dan komen, K..:)

      Delete
  23. rsenye danial nih yg rmps nih..... hahaha.. abis la ko bella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tq sudi predict :D in syaa Allah nanti suri post bab 21

      Delete
  24. Citer ni kalau da publish nanti mesti best seller jgk mcm novel2 yg sebelum2 ni. Syabas kak suri. Nak lg boleh x? Hati saya ikut berdebar mmbaca surat arwah kak ngah tu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..doakan ye Cik D :) thanks sebab sudi menghayati cite ni..in syaa Allah nanti suri post bab 21..

      Delete
  25. Best....
    Skrol ke bwah sebab x puas nak baca...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much Nuratiza sebab sudi baca dan berikan komen :) sorry kalau tergntung..nanti suri post bab 21 ye

      Delete
  26. Aaaaaa... Kak suri x puas la baca. A chapter a day la kak suri. Hehe. Btw, hasil karya kak suri mmg x pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much silencer sebab sudi baca dan berikan komen :) haha in syaa Allah kalau malam ni xde, esk malam mesti ade :)

      Delete
  27. cara rampas tu dh mcm danial....hrmmm...hbs la kalo danial yg tau... silap2 bella kene tuduh lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u so much kiki :) in syaa Allah malam ni or esok akak post bab 21 ye? :)

      Delete
  28. Aduh suri stop good timing punya. Ni tentu kita orong pula ikut berdebar2 tunggu next entry danial or kak long jeng3 btw sayang suri ketat2 muah.....ayat minta kesihan....he....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much haha sorry terstop kat situ haha in syaa Allah, nanti suri post bab 21 kay..selewat2nya esok malam :) mwah mwah!

      Delete
  29. saya rasa mesti k.long ni...atau danial...pastu danial tuduh macam2 kat bella, so bella larikan diri ke korea hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi..spekulasi yang sangat meriah xD in syaa Allah nanti suri post bab 21 ye..tq so much sudi baca dan komen :)

      Delete
  30. rasanya danial....huhuhu...siap la bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ramai yg teka Danial..mungkinkah tekaan mengena? :D in syaa Allah, nanti suri post bab 21 ye..selewat2nya esok malam..tq sudi baca :)

      Delete
  31. ehehehe...May pula yang menjerit cam Bella ending tu..ngee... =D suka, suka, suka..May tunggu sambungannya Suri lovely... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. woahh thank u sebab menghayati cite ni haha..in sya Allah nanti akak post sambungannya..selewat2nya esok malam kay..thanks dearie!

      Delete
  32. Surat tuuu..sedih kot baca..haih menitis ayaq mata..
    Kak suri terbaiklahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry kalau sedih..thanks sgt sebab menghayati cite ni..in syaa Allah nanti akak post bab 21 ye syira :)

      Delete
  33. suri..x sabar nak baca..post cepat.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah nanti suri post kayy..:) tq so much sudi baca

      Delete
  34. Habisla bella.. Danial dh ambik surat tu...

    -Athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi konfiden ni haha xD In syaa Allah Athirah..nanti akak post bab 21 malam ni :)

      Delete
  35. Alamak ada pulak yg merampas tu..danial ke..masak la bella. buatnya danial kikis kesan liquid paper tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ada org teka danial and ada yg teka kak long xD Tq so much sudi baca..malam ni suri post bab 21 ♡

      Delete
  36. adoiii suri...
    potong laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorryyyy Haha malam ni ada kayy..tq sudi baca dan komen :)

      Delete
  37. Best citer ni. Moga Suri berjaya. Jgn lupa post bab seterusnya tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..tq liya sudi doakan suri :) in syaa Allah malam ni suri post bab 21 ♡

      Delete
  38. kak suri update cepat next episode..hehe org penang xsabar dah ni..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi baca org penang! ;) malam ni ada..in syaa Allah ♡

      Delete
  39. Makin best bertambah best.....masak ko bella. 70% daniel yg ambil. 30% lg kak long. Haish kalau dlm bentuk naskah boleh sambung bc ni. Ahhhh seksa batin ni Suri....please please sambung lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much kerana masih sudi mengikuti cite ni :) haha siap ada probability percentage lagi! hhahaha xD terbaekk :) in syaa Allah malam ni ade bab 21

      Delete
  40. abis laaa...mesti Daniel yg amik ni...Bella x smpat tulis nama lain lps padam nama dia td,masak la kena dgn Daniel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai gak teka danial xD mungkin juga tekaan mengena..malam ni suri post bab 21 ;)

      Delete
  41. Bila nk ada bab 21 ni kak suri?. X sbar da ni.

    ReplyDelete
  42. best nyer...tak sabar nak tunggu novel...memang terbaik...jatuh cinta kat citer nie...semua novel akak memang terbaikk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much sebab sukakan semua karya akak..happy sgt! hehe..in syaa Allah malam ni akak post bab 21 ye :)

      Delete
  43. habis la bella...daniel yang ambil surat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh yakin dengan jawapan anda? xD in syaa Allah malam ni ada bab 21..tq sudi baca dan komen :)

      Delete
  44. can't wait for the next chapter.. So interesting...

    ReplyDelete
  45. hrp2 ada kesan nm bella w.pun sdh d liquid :-)

    ReplyDelete
  46. Assalam akk suri Ryana...baca novel ni betul-betul mcm sy tngok Drama korea, sy berdebar-debar nak baca tapi perasaan tu x sbr-sbr nak hbskn novel ni hihihihi.... akk Daebak huhu

    ReplyDelete
  47. Tok tok tok, kantoi kena cekup ke & xjd engage terus nikah ke

    ReplyDelete
  48. mst daniel yg rmpas... habis la kalo daniel baca... makin lama makin best la kak suri cte ni

    ReplyDelete