**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday 15 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 27 ]

Bab 27

Memang tak la aku nak keluar dengan blouse bunga-bunga dan skirt di badan! Tadi nak naik tangga pun seksa kut gara-gara potongannya yang sedikit kecil. Sikit lagi nak jatuh terguling gara-gara salah langkah. Stress betul!!

 Anak mata kini memerhati baju-baju yang bergantungan di dalam almari ini. Hadoi, kalau nak cakap tentang keselesaan, memang takde baju yang selesa! Aku nak pakai jeans! Kejam betullah! Gaun labuh dari fabrik wool yang berpotongan longgar kucapai saat ini. Hmm..yang ni not bad.

Aku kemudian bergerak ke arah almari sebelah yang menempatkan pelbagai jenis coat kepunyaan Kak Putri.

Pergh..Burberry!

Memang majoriti kot di dalam almari ini dari jenama Burberry. Semuanya berpotongan 
feminin. Mesti mahal ni! Kenapa semuanya nampak macam baju baru aje? Tak nampak pun macam pernah digunakan oleh sesiapa..ah, lantaklah!

Military style Cashmere wool coat yang berwarna maroon gelap kucapai. Potongannya longgar dan labuhnya sampai ke betis. Coat ini juga mempunyai hood! Kadang-kadang not bad juga taste Kak Putri ni. Aku mencapai pula legging yang memang direka untuk musim dingin. Legging ini akan kupakai di bahagian dalam gaun. Fabrik yang digunakan memang dapat memanaskan badan. 

BAYANGAN KASEH LATEEFA
[PELAKON THAILAND - MINT CHALIDA]


5 minit sahaja masa yang aku gunakan untuk menukar baju. Shawl berwarna hitam kulilitkan di leher dan aku memakai topi adidas ke kepala. Tanganku berlari pada hood di coat. Hood ini kuselingkupkan di atas kepala sehingga menutup bahagian atas topi. Siap! Aku mencapai beg sandang belakang dan terus  berlari turun ke bawah bersama pelbagai rasa yang serabut.

Apabila melintasi ruang tamu moden di sebelah kanan rumah ini, kelihatan nenek, Kak Yumi dan Adam sedang menonton televisyen. Anak mataku berpandangan dengan anak mata nenek dan seperti yang aku jangka wanita itu terus bersuara.

“Kaseh..”

Alamak! Kelihatan nenek, Kak Yumi dan Adam Putra sedang memandangku.

“Ye nek..” 

Ucapku sambil tersenyum dan melangkah ke arah mereka.Punggung kulabuhkan di atas sofa. Kak Yumi yang sedang mengurut kaki nenek siap angkat ibu jari ke arahku.

“Cantik Kaseh hari ni.” Ucapnya.

 Aku hanya mampu tersenyum sumbing. Apabila perasan mata Adam asyik merenung ke mari, aku mulalah rasa gugup. Aduh..nak kene minta izin suami ke nak keluar? Tapi dia tu suami tipu je.

“Kaseh nak ke mana?”  Soal nenek bersama segaris senyuman.

 Sejak aku pandai buat sarapan, mood nenek memang sentiasa baik. Aku mengambil tempat di sebelah Adam.

“Er..nak jalan-jalan.” Jawabku.

 Anak mata mengerling ke arah Adam yang kulihat sedang merenung ke arahku dengan pandangan yang sukar hendak ditafsirkan.

“Do you know how to get around here?” Soalnya dengan lembut.

 Sebelah kening terjungkit ke atas membuatkan wajah itu kelihatan sangat menarik. Terus aku ketawa kecil untuk menutup getaran di hati.

“Eh..kan abang dah beri kebenaran semalam? Siap ajarkan lagi cara-cara nak ke subway station.” Pandai juga aku buat cerita. 

Anak mata terus kularikan ke arah nenek.

“Kaseh..dari hari kamu sampai tu  nenek perasan yang jari kamu tu kosong je. Mana wedding ring?” 

Soalan nenek bukan sahaja membuatkan aku tergamam, malah Adam juga turut sama terkedu. Mulalah otak ligat mencari idea.

“Aaaa..Kaseh tengah cari la ni nek. Misplace kat mana pulak entah.” Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibir. 

Siap buat muka sedih lagi gara-gara cincin hilang.

“Sweetheart..”

Tergamam aku jadinya apabila Adam memanggilku begitu. Mahu tak mahu, aku terus menoleh ke arahnya yang segak dengan kemeja putih di badan.

“Hmm?” Soalku sambil cuba untuk tersenyum.

 Maintain Kay, nenek tengah tengok tu.

“Lupa ye? Kotak cincin tu kan ada dalam kereta.” Ujar Adam.

“Ha? Biar betul?” Soalku pura-pura terkejut. 




Adam terus menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil.

“Ada lah.” 

Ucapnya manja sambil menarik bahagian hadapan topi di kepalaku. Sampai menutup hidung dah ni.Aku mula mengetap bibir. 

Tapi kerana nenek, aku cuba juga berlagak selamba walaupun hati dah geram ni. Terus aku membetulkan cap di kepala. Nak kena dia ni!

“Oh ye..ye..betul! Ada nek. Ada dalam kereta.” Ucapku kepada nenek saat ini. 

Nenek hanya menganggukkan kepala sahaja saat ini.

“Nasib baik ada..kalau tak, mesti tak senang hati Kaseh kan?” Soalan nenek kujawab dengan anggukan.

“Be..betul tu nek.” Ujarku sambil tersenyum sumbing.

 Baru sahaja ingin meminta diri, nenek bersuara lagi.

“Kaseh kerja apa?” Soal nenek.

 Terus sahaja aku menjawab soalannya dengan senang hati.

“Photographer. Saya ada company sendiri tapi kecil je..” Ujarku.

“Bagus, muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri.” Puji nenek .

“Eh tapi, bukan ke kamu ni model?” Soal Kak Yumi bersama wajah yang pelik. 

Tangannya masih lincah mengurut nenek. 

Alamakkk! 

Iya tak iya, si bimbo lintah darat Karlisha tu kan model?

 Aduh.. Nenek dan Kak Yumi saling berpandangan ketika ini. Aku ada silap jawab ke? Adam pula menggelengkan kepalanya sahaja ketika ini.

“Mo..model?” Soalku tergagap-gagap.

 Aku terus ketawa kecil untuk menutup rasa serabut.

“Oh...model kasut je Kak Yumi. Tu pun untuk majalah. Dorang shoot gambar kaki saya je.” Lancang aku menjawab.

 Entah apa la yang aku merepek. Bulat mata Adam merenung ke mari. Tapi kenapa bibir itu juga seakan-akan ingin  ketawa saat ini?

“Model kasut?”  Soal nenek sambil membetulkan kaca mata di wajahnya.


 Teragak-agak aku menganggukkan kepala. Serentak dengan itu juga Kak Yumi dan nenek ketawa besar. Siap pandang kaki aku lagi. Adam juga sudah tak dapat menahan bibirnya dari ketawa saat ini. Hah..kalau selalu ketawa begitu, kan sejukkkkk bagai disimbah salji hati aku ni.

“Kamu ni kelakarlah.” Ujar Kak Yumi.

 Apa yang kelakarnya jadi model kasut? Aku juga turut sama ketawa.

“Kata Putra kamu ni terkenal kat Malaysia.” 

Aduh...mati aku! Aku terus menggelengkan kepala ke arah nenek.

“Eh..takde lah nek. Kasut yang saya peragakan tu je jenama terkenal. Bukan saya yang terkenal.” Ucapku selamba. 

Sekali lagi mereka ketawa. Kak Yumi pula membuka mulut.

“Betul kan, Ku Maryam? Budak ni memang kelakar orangnya. Sudahlah cantik, baik..apa kata orang puteh tu? Ada sense of humor!” 

Celah wanita itu. Kemudian, anak matanya berlari ke arah Adam Putra.

“Untung Tuan Putra..”

 Pujiannya itu sedikit sebanyak membuatkan aku kembang pula. 

Mulalah aku tayang muka bangga kat lelaki di sebelahku ini.

“Dengar tu? Untung tau saya jadi isteri awak.”

 Siap jegilkan mata sikit.

Jangan asyik-asyik nak ugut tak nak bayar je! Lepas tu siap nak tarik photography job pulak tu! Adam kulihat hanya ketawa kecil. Tapi jenis ketawa tu aneh benar. Terus sahaja dia merapatkan wajah ke arahku membuatkan aku tergamam.
BAYANGAN  WATAK ADAM PUTRA
[MODEL BRAZIL-JEPUN, FABIO IDE]

“Yes, in fact I’m lucky..very lucky.”

 Ujarnya sambil merenung ke dalam mataku. Bila dia beraksi begini, mulalah aku kalut.

“Sweetheart..” 

Panggilnya lagi. Lidah terus kelu saat ini.

“Hm?” Soalku cuba membalas renungannya.

“Kaseh tak pernah datang Sapporo kan?” Soalnya.

Bukan tak pernah datang Sapporo je, aku memang belum sempat menjelajah mana-mana tempat di Jepun ni lagi! Tapi kata-kata itu hanya berakhir dalam hati je. Kang terkejut pula Kak Yumi dan nenek, model kasut macam aku tak pernah ke luar negara.

“Jom jalan-jalan nak?” Ajakannya membuatkan aku terdiam.

Ni ajak betul-betul ke atau ajak-ajak ayam? Karang kalau aku cakap okay, dia ingat aku gedik sangat nak keluar dengan dia. Ah, tak boleh, tak boleh!

Nenek dan Kak Yumi hanya memerhati sahaja wayang kami dari tadi.

“Tapi Kaseh nak pergi..” 

Belum pun aku menghabiskan ayat, pantas nenek memintas.

“Betul tu..temankan Kaseh ni keluar. Takkan kamu nak biar dia keluar sorang? Isteri kamu ni tak bersolek pun dah memang cantik. Tambah-tambah kalau dia tak pakai topi tu.”

 Nenek mulalah berleter kepada Adam Putra. Aku cukup malas betullah dipuji-puji begini. Tambah-tambah di hadapan Adam. Canggung jadinya. Terus aku meraupkan wajah untuk seketika. 

 Apabila sedar ada orang menarik topi dari kepalaku, aku terus menoleh ke arah Adam.

“Heyy..” 

Terjerit kecil aku jadinya. Topi aku yang berada di tangannya kini diletakkan di atas meja kaca.

“Abang suka Kaseh macam ni.” Ucapnya dengan nada yang sukar hendak dimengertikan.

Mata itu merenung ke arahku dengan sangat mempesonakan jiwa. 

Masalah betullah lelaki ni! Ni berlakon ke apa ni? Aduhh! Kemudian, dia bersuara lagi.

“Tapi kalau nak keluar, abang suka Kaseh bertudung. Biarlah kecantikan tu abang aje yang nampak. Lagipun, berdosa tau bagi seorang wanita kalau tak menutup aurat. Kalau belum berkahwin, bapa yang tanggung tapi kalau dah berkahwin, dosa Kaseh abang yang tanggung, sweetheart.” Ucapnya dengan sangat lembut.


Aku betul-betul dah nak pengsan ni. Kalau ye pun nak berlakon sweet ke apa, tak payah kut over sampai buat aku rasa gugup begini! Susah betullah! Keras terus lidah ni jadinya. Akhirnya aku hanya mampu menundukkan wajah.

“In syaa Allah, tak lama lagi bertudunglah Kaseh ni. Betul tak?” Soalan nenek memaksa aku mengangkat wajah. 

Mahu tak mahu, aku terus menganggukkan kepala.

“Be..be..betul tu nek.” Tergagap-gagap habis ketika ini.

Entah kenapa kata-kata Adam tentang bertudung tadi sangat terkesan di jiwa. Wajah arwah ayah, atuk dan abah silih berganti di fikiran.

Kenapa aku tak seperti Layla? Layla bertudung semenjak umurnya 13 tahun! Kenapa aku jadi begitu?

Mungkin balasan kepada sikap nakalku dulu..suka ponteng sekolah, ponteng kelas agama dan asyik ikut kawan..sebab tu di usia 16 tahun, aku hampir dirogol dan dijual ke negara jiran.

 Bertitik tolak dari insiden itu, aku berubah menyerupai lelaki pulak. Allahuakhbar..banyaknya dosaku. Yang lebih parah insan kesayanganku terpaksa menanggung segala dosaku.

 Ada rasa sebak menyelinap ruang jiwa saat ini namun aku tahan juga apabila terdengar suara Adam bergema di dalam ruangan ini.

“Jom..”
Terus aku mendongakkan kepala.

“Now?” Soalku sedikit blur.

“Yes sweetheart..let’s go.” Dia telah pun berdiri saat ini.

“O..okay!” Ujarku yang terus bangun dari sofa mewah ini.

Selepas kami meminta diri, aku melangkah bergandingan dengan Adam Putra menuju ke arah pintu utama. Sesekali mata mengerling ke arah lelaki yang gemar memanggil aku dengan panggilan sweetheart ini. Semakin serasi panggilan sweetheart itu di telinga saat ini. Kenapa panggilan yang awalnya buat aku rasa menyampah semakin lama menjadikan aku semakin gugup dan berdebar?

****

Memang aku akui yang aku agak sibuk dengan persiapan untuk menyertai team Kak Putri nanti. Apabila berada di dalam bilik, mata ni memang asyik menghadap fail yang berisi semua maklumat tentang kerja yang aku perlu lakukan nanti sahaja. Maklumlah tak lama lagi Kak Putri and the team akan sampai sini. 

Bagaimana agaknya bekerja dengan gadis cantik dan berjaya itu? Anak mata kularikan ke arah Adam Putra yang sedang memandu kereta mewah ini. Debaran tiba-tiba mengisi ruang hati apabila dia memandang ke mari. 

Ah, tapi geram pula apabila mengenangkan insiden di ruang tamu tadi. Sesuka hati dia cabut topi dari kepalaku. Rambut yang terlepas bebas kubetulkan. Terus aku menundingkan jari ke arahnya.

“Awak jangan sesuka hati sentuh topi kat kepala saya lain kali. I hate it!” 

Aku bersuara dengan tegas. Terus Adam mengerling ke arahku dengan wajah yang beku.

“What to do? Nak keluar dengan aku mesti ikut cara aku.” Sama tegasnya nada itu dengan nada yang aku ucapkan tadi.

“Eh please la..saya nak keluar sorang. Awak tu yang nak ikut!”

 Bidasku yang tak mahu kalah. Namun nada suara tidaklah sampai tahap menengking.

“Kau tak dengar apa nenek tanya tadi?” Soalnya kepadaku pula. 

Wajahku dikerling sekilas oleh sepasang mata helang itu. Apa yang nenek tanya? Aku mulalah blur.

 “We need to get a wedding ring!”  Ucapnya yang dah pandai meniru gayaku menjulingkan mata ke atas. Namun, tetap nampak macho.

 Aku terus menepuk dahi. Kemudian, dengan selamba aku bersuara.

“Alaa..kenapa laa tak cakap awal-awal. Kalau tahu, Layla pun berlambak cincin kat rumah. Boleh je pinjam satu.” Luahku sedikit terkilan.

Layla tu banyak betul koleksi cincin. Ada yang emas, ada yang tiruan. Pilih je mana-mana satu!

“It’s okay..semua ni plan aku. So I’ll solve it!”

 Ucapnya serius sambil memfokuskan pandangan ke atas jalan raya. Terkunci terus bibirku ketika ini. Anak mata masih berlari di wajahnya. Kemudian, turun pada lengannya yang sasa dan terdedah.

 Apabila sedar anak mata lelaki itu berada di wajahku kini, aku terus menolehkan kepala ke bahagian kiri kenderaan. Pura-pura melihat dengan kusyuk pemadangan di luar sana melalui tingkap kereta Audi ini. Ada getaran yang sukar hendak dimengerti berlagu di ruang dada saat ini.

***



Dia ni biar betul? Aku mengetatkan sedikit lilitan shawl di leher apabila terasa sejuk. Liar anak mata berlari ke arah butik-butik terkenal antarabangsa yang berderatan di dalam Daimaru Department Store yang letaknya di JR Tower, Sapporro. Ada Tiffany & Co, Cartier, Bvlgari dan pelbagai lagi jenama jewelleries yang sangat terkenal dan mahal di tingkat ini. Cepat-cepat aku merapatkan diri ke arah Adam Putra.

“Psssttt...” 

Aku mula bersuara. Lelaki ini mulalah menjeling ke arahku.

“Mahal kut benda-benda kat sini.” 

Aku bersuara dengan perlahan tetapi bersungguh-sungguh. 

Anak mata merayap ke arah pasangan-pasangan yang baru keluar dari butik-butik ini. Semuanya berwajah ceria. Beli cincin tunang atau cincin kahwinlah tu. Aku membuat kesimpulan sendiri. Adam Putra tidak memberikan sebarang respons terhadap kata-kataku tadi. Apabila dia mula melangkah ke arah butik Tiffany & Co, aku mulalah memberikan idea yang sangat bernas kepadanya.

“Alaa tak payah membazir. Kita beli emas tiruan je.” Ujarku sambil tersenyum lebar. 

Lelaki ini terus menoleh ke arahku.

“Saya pernah nampak kat Daiso yang ada di kawasan rumah kita tu. 2000 yen je! Tak sampai RM 100. Nampak real kut!”

 Ujarku dengan bersungguh-sungguh membuatkan Adam Putra menghentikan langkahnya. Dia yang berdiri berhadapan denganku merenung ke arahku untuk seketika membuatkan aku serba-salah.

“You know what Kaseh, I’ve met many women before. Tapi takde sorang pun yang tak sukakan jewelleries. Sometimes I hardly know them pun..but pandai meminta-minta. Nak bracelet la, nak necklace la..materialistic!” Ucapnya bersama keluhan. 

Diam-diam aku kasihan pula dengan nasib yang menimpa lelaki-lelaki kaya di luar sana. Sentiasa diburu si bimbo pisau cukur!

“Looser betul!” Luah Adam. Kepalanya digelengkan sedikit.

“Salah sorangnya Karlisha?” Soalku.

 Namun belum sempat dia menjawab, aku terus bersuara.

“Dah tu yang awak keluar dengan perempuan bimbo tu kenapa? Materialistic..plastic!” Ujarku bersungguh-sungguh.

 Lelaki ini terus menarik hood pada baju aku sedikit. Ish, dia ni, takde topi, hood pula jadi sasarannya!

“Sebab masa tu aku tak jumpa perempuan macam kau. Yang sukakan cincin Daiso 2000 yen!” Bisiknya bersama renungan yang sukar hendak dimengertikan. 

Bibir yang kacak terukir itu tersenyum sedikit saat ini. 

Tanpa menunggu aku, dia terus melangkah meninggalkan aku sendirian di sini. Terkebil-kebil aku jadinya! Apa maksud ayat itu? Perli ke atau ikhlas? Ada debaran halus menyelimuti jantung saat ini.

 Aku terus melangkah dengan laju masuk ke dalam butik Tiffany & Co. Ada beberapa pasangan sedang dilayan oleh penasihat jualan yang bertugas saat ini. Semuanya berbangsa jepun. Penasihat jualan yang sedang melayan Adam Putra tersenyum apabila nampak kelibatku. 

Anak mata kini berada pada rekaan mewah butik jenama antarabangsa ini. Kemudian, jatuh kembali pada wajah Adam Putra yang sedang berbual dengan penasihat jualan itu. Entah apa yang dibualkan, tidak pula aku pasang telinga.

 Kini, aku hanya mengekori sahaja Adam Putra dan penasihat jualan itu melangkah ke sebelah kiri. Langkah kaki mereka terhenti betul-betul di hadapan almari kaca yang menempatkan pelbagai jenis cincin berlian yang letaknya di bahagian tengah-tengah butik ini. Dia ni waras ke tidak?! 

Cincin kahwin olok-olok aje kut. Apahal nak beli yang mahal? Terus aku melangkah laju dan merapatkan diri dengan lelaki itu.

“Ala..tak payahlah..membazir!” Bisikku.

 Namun lelaki itu buat bodoh je. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Aku juga turut sama duduk. Wajah Adam ditundukkan dan anak matanya kini difokuskan pada cincin-cincin yang bersinar di dalam almari kaca. Berlian tulen kut!

“Kalau awak nak beli juga, lepas je saya jadi isteri olok-olok awak, awak hadiahkan la cincin ni kat Kak Putri. Rasanya saiz kitorang lebih kurang je..” Ucapku akhirnya. 

Tak guna merayu untuk keluar dari sini kerana lelaki ini memang keras hati orangnya. Putih kata dia, putih la! Dah banyak kali aku ingatkan tak payah membazir tapi dia nak juga masuk ke sini.Ah, lantaklah! Bukan duit aku pun!

“Can I take a look at this one?”

 Akhirnya dia bersuara sambil menundingkan jari ke arah salah satu cincin. 

Penasihat jualan berbangsa jepun ini terus menganggukkan kepala sambil membuka kunci pada almari kaca ini.

“Of course..” Ujarnya mesra. Gadis ini terus mengeluarkan cincin yang diminta oleh Adam.

“Try it on.”

 Bisiknya di telingaku membuatkan jantungku berdegup dengan sangat kencang.


Kenapa aku rasa nervous pulak ni? 



Anak mata melekat pada cincin yang dihulurkan lelaki ini. Memang mampu membuatkan aku terdiam. Rekaannya nampak unik. Walaupun aku tak minat dengan emas permata bagai tapi kali ini aku tidak dapat menipu diriku yang aku benar-benar terpaku dengan cincin tersebut. 

Perlahan-lahan aku mencapai cincin berlian itu dan kusarungkan ke jari manisku.

“So beautiful. Suits you well, madam.” Terus sahaja penasihat jualan itu bersuara.

“This is the latest design and is really famous even among the royal families because of the diamonds.” Ucapnya lagi.

 Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja saat ini. Anak mata berlari ke arah cincin di jari.

“Tiffany rings are not manufactured but they’re handmade.Not by machines but by people.”

 Aku angguk lagi mendengar ceritanya.

“I see.” 

Itu sahaja yang mampu keluar dari bibir.

Aku tahu harga cincin ini pasti mencecah belasan atau puluhan ribu ringgit! Mel dan Nana pernah bercerita tentang cincin-cincin di sini dahulu.Mesti cemburu habis kalau dorang tahu Adam akan meminjamkan cincin ini untuk seketika kepadaku.

“Kau suka?” Soalan Adam membuatkan aku tersentak.

 Terus aku mendongakkan kepala ke arahnya.Renungannya yang sukar ditafsirkan itu membuatkan aku semakin gugup.

“Sa..saya rasa cincin Daiso..”

Belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki ini terus bersuara.

“I like this one!” Putusnya.

 “Ikut awak la. Ikut saya cincin Daiso pun okay je.” Kata-kataku diabaikan terus oleh lelaki ini.

 Aku pula perlahan-lahan menanggalkan cincin dari jari dan kuberikan pada Adam Putra semula.

“Please wrap this one for us.” Ucapnya yang meletakkan cincin di atas dulang.

“Sure!” 

Jawab penasihat jualan yang berambut lurus sehingga ke paras bahu ini dengan gembira.

Selepas itu, dia menoleh ke arahku.

“Good choice, madam!” Ucapnya bersama senyuman manis.

Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Apabila sedar mata Adam Putra berada di wajahku, aku terus mengerling ke arah lain. Wajah kuraupkan sedikit. Ingat Kaseh, ini semua drama je. Bukan betul-betul!

***
 BERSAMBUNG :D

Terima kasih kerana sudi mengikuti kisah ini. Semua komen seperti biasa, boleh diberikan di Facebook group : Bila Suri Ryana Menaip :)

Terima kasih daun keladi,
esok baca lagi :D hehee