**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday, 19 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 11 & BAB 11 A]


BAB 11



3 bulan berlalu pergi...

Fail di tangan aku bawa ke dada dan aku peluk rapat. Liar anak mata berlari ke sekeliling kawasan ini. Sumpah aku tak sedap hati. Rasa nak buang air kecil pun ada jugak ni. Perut pula memulas-mulas. Begitulah keadaan aku yang sangat gelisah. Nervous tahap dewa! Tudung yang sesekali ditiup angin pagi aku betulkan. Kemudian, aku betulkan pula baju kurung agar elok terletak di tubuh. Bukankah ini harinya yang kau nantikan sangat Thalia?

Semenjak kejadian kebakaran itu berlaku, aku sudah tak dengar langsung tentangnya. Nak tanyakan dengan Dr. Aliff, dua kali aje pun aku menghadiri kelasnya sebelum peperiksaan dan selepas itu cuti semester bermula.  Lagipun, setiap kali terjumpa pensyarah itu di kampus bibir aku rasa macam tersumbat berlian. Susah betul nak terbuka. Dia pun takde tanyakan apa-apa kepadaku. Dr. Aliff dapat tak mesej pesanan ringkas yang aku hantarkan kepadanya tentang kebakaran kilang itu?

3 bulan cuti semester aku habiskan di kampung untuk menjaga ayah.  Adalah sikit-sikit buat part-time di supermaket yang letaknya 15 minit dari rumah. Abang Joe juga dah tak menganggu kami. Mungkin benar lelaki itu sudah tolong selesaikan hutang aku pada Abang Joe.
Ya..3 bulan berlalu pergi, namun tidak ada harinya aku tak terfikir tentang dia. Apakah  khabar awak, Tuan Faleeq Al-Hayyan?

Berita tentang kebakaran tersebut memang terpampang di dada akhbar tetapi tidak dinyatakan langsung tentang keadaan lelaki yang mempunyai renungan yang sangat menarik itu. Pantas jantungku berdetak laju. Kalau 3 bulan lepas aku tak sabar hendak ke mari untuk mencari tahu tentang keadaan lelaki itu, tetapi kenapa saat ini lutut bagaikan terlalu lembik pula untuk melangkah masuk ke dalam bangunan ini?




Anak mata kuhalakan pada Menara Al-Hayyan yang megah berdiri di hadapanku. Jam di tangan pula kukerling saat ini. Pukul 8:45 pagi! Baik aku masuk sekarang. Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum menghayunkan langkah menuju ke arah pintu utama di hadapan sana.

Ramainya. Maklumlah, lagi 15 minit waktu pejabat akan bermula. Walaupun bangunan ini adalah milik Al-Hayyan Group namun beberapa tingkat diberi sewa pada syarikat lain. Aku tahu sebab ada rakan sekelas yang membuat praktikal di bangunan ini juga tetapi dengan syarikat lain.
"Assalamualaikum." Ucapku sebaik sahaja berada di hadapan kaunter. Eh, orang lain pula yang bertugas di sini. 

"Waalaikumussalam." Jawab gadis bertudung biru ini. Aku bersuara lagi.

"Saya pelajar praktikal di Al-Hayyan Group dan saya perlu lapor diri di Jabatan Sumber Manusia, tingkat 17. Perlu ambil pas pelawat jugak ke?" Soalku. Pantas dia menganggukkan kepalanya.

"Tetap perlu. Boleh Cik tunjukkan surat tawaran dan surat pengesahan dari universiti?" Pintanya. Cepat-cepat aku menyelak fail di tangan.

"Ini suratnya."

Surat tawaran yang aku terima dari Al-Hayyan Group aku tunjukkan padanya dan setelah dia menganggukkan kepala, aku menunjukkan pula surat dari universiti. Setelah membelek seketika surat di dalam fail, dia terus mencapai kad pelawat yang tergantung kemas pada dinding kaunter.

"Cik..tolong tulis nama dan sign di sini dulu." Ujarnya seraya menyerahkan buku kepadaku. Pen yang terletak kemas di atas buku aku capai dan aku melakukan apa yang disuruhnya.  

"Okay..cik boleh terus naik ke tingkat 17 dengan menggunakan lif di sebelah kanan sana ya?" Ucapnya dengan mesra sambil menghulurkan kad pelawat di tangannya kepadaku.

 "Terima kasih."

Setelah mengambil kad, aku berpaling ke kanan. Tersentak jadinya aku apabila anak mataku bertemu dengan anak mata seseorang yang juga sedang merenung ke mari. Jelas dia juga tergamam. Kenapa dia nampak seperti tidak selesa sahaja?

"Adib?" Tidak sabar-sabar aku bersuara dan terus mendekati susuk lelaki yang kemas dengan kemeja lengan pendek berwarna putih di tubuhnya.

"Cik Thalia Aysara.." Ucapnya sambil meraupkan rambut ke atas. Pantas aku melihat sekeliling. Orang yang aku cari tidak ada. Hampa.

"Adib, Tuan Faleeq.." Baru sahaja membuka mulut, dia terus mencantas dengan kalut.

"Cik Thalia..saya sibuk sikit ni. Saya pergi dulu ya." Tergopoh-gapah dia berkata begitu seraya menjauhiku.

"Adib.." Hanya itu sahaja mampu keluar dari bibirku dengan sangat perlahan bersama rasa kecewa yang berbekas di hati.

Tersentak aku jadinya. Adib yang peramah dan banyak mulut begitu aneh sekali pada pertemuan ini. Pelik bin ajaib! Ah, Thalia..sakit perut agaknya tu..kalut nak cari tandaslah. Aku membuat kesimpulan sendiri. Sambil menjungkitkan bahu aku terus melangkah laju ke arah lif. Kebetulan pula lif sedang terbuka, terus sahaja aku berlari masuk ke dalam dengan fail di tangan.

Butang bernombor 17 aku tekan. Berkerut seribu jadinya wajahku saat ini. Wait..there is something missing here..
Anak mata bulat merenung ke arah butang-butang bernombor yang melekat pada dinding lif. Mana perginya butang nombor 20?! Eh! Aku salah tengok ke ni?  Mata aku kelipkan beberapa kali. Nak tenyeh dengan tangan, takut pula jadi panda gara-gara celak yang aku lorekkan pada bahagian bawah mata. Betullah! Butang nombor 20 dah takde! 

Apa maknanya ni? Pejabat Tuan Faleeq di tingkat 20 juga sudah tidak wujudkah?! Semakin serabut jadinya otak. Bersama sejuta pertanyaan aku melangkah keluar dari lif.
Anak mata terhala pada papan tanda di dinding. Oh Jabatan Sumber Manusia adalah di sebelah kanan sana. Segera aku membelok ke kanan.

***


"Assalamualaikum.." Ucapku sebaik sahaja tiba di ruangan ini. Seorang wanita yang sedang menyusun fail di atas 
mejanya segera mengangkat kepala.

"Waalaikumussalam.." Balasnya. Aku terus bersuara lagi.

"Saya nak lapor diri untuk latihan praktikal." Ucapku. Cepat-cepat dia berdiri.

"Oh..adik tunggu di sana dulu ya." Ucapnya dengan ramah sambil menudingkan jari ke arah sofa di sebelah kiri.

Perlahan aku berjalan ke arah sofa coklat tersebut. Warna kubikel dari gabungan warna maroon dan kelabu cair membuatkan ruangan ini nampak menarik. Anak mata mula menjelajah ke sana ke mari. Luas juga pejabat ini. Mungkin kerana dua unit bergabung sekali di sini. Unit pengurusan Sumber Manusia dan Unit pentadbiran. Terdapat lebih dari 10 kubikel di ruangan ini. Siap ada pantry sendiri lagi.
Entah kenapa aku jadi tak selesa pula. Rasa seperti ada mata yang sedang memerhati.Pantas aku merenung ke sekeliling kawasan ini.

Nyata ada seorang wanita yang memakai kaca mata tebal sedang menjeling ke mari. Jarinya menolak turun kaca mata di wajahnya dan dia sambung tenung aku. Dari pengamatan aku, gayanya nampak seperti seorang wanita yang sangat tegas di dalam lingkungan umur 50-an macam tu. Apa lagi, bertambah cuaklah aku jadinya.

Dia yang sedang sibuk memfotostat sesuatu kemudiannya melangkah laju ke arah salah sebuah bilik di sebelah kiri sana tu. Berdebar pula hati aku apabila wanita yang aku jumpa awal-awal tadi kini kulihat mengatur langkahnya ke mari.

"Adik boleh ke bilik Puan Syatimah di hujung sana tu ya. Dia akan bawakan adik ke Financial Unit." Ucapnya sambil tersenyum manis. Tak boleh ke aku lapor diri kat kakak ni je? Bisikku dalam hati.

Tanpa membuang masa, cepat-cepat aku bangun dan melangkah ke sana. sempat aku usha plat nama di pintu. Uish, HR Manager yang akan uruskan aku? Pintu yang terbuka aku ketuk sekali sebelum bersuara di muka pintu.

"Assalamualaikum, saya datang untuk lapor diri."
Ucapku sambil tersenyum manis.

"Waalaikumussalam. Masuk!" Macam guru besar suaranya memberi arahan. Terkocoh-kocoh aku melangkah ke arah mejanya.

"Thalia Aysara?" Soalnya sambil merenung tepat ke dalam mataku. Pantas aku mengangguk. 

"Ye, saya Thalia." Ucapku sambil tersenyum lagi. Wajahnya masih juga serius. Terus mati senyuman di bibirku.

Dia kemudiannya membuat isyarat tangan supaya aku duduk di hadapannya. Lekas-lekas aku melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Bawa tak semua dokumen yang diminta?" Soalnya dengan serius.

"Bawak." aku menganggukkan kepala. 

Fail aku buka dan pantas aku mengeluarkan sebuah sampul berwarna coklat. Kesemua dokumen dan gambar berukuran pasport ada di dalam sampul ini.

"Semuanya ada dalam ni. Nak saya keluarkan?" Soalku ramah. Pantas dia menggeleng dengan wajah yang masam.

"Tak perlu. Letak sahaja di atas meja." Arahnya. Aku hanya melakukan apa yang disuruh. Kemudian, dia terus bangun. Aku juga turut sama berdiri saat ini.

"Ikut saya."
"Baik Puan." Ucapku. Langkahnya terhenti. Aku salah cakap ke?

"Kak Tim." Betulnya dengan tegas. Bagai burung belatuk aku menganggukkan kepala.

"Baik, Kak Tim." Aku membetulkan ayat tadi.

Sebaik sahaja keluar dari pejabat, aku mengikut langkahnya menuju ke arah kiri bangunan.

"Di sana tu pejabat kamu. Hari ini Kak Tim akan kenalkan kamu dengan semua staf di sini." Ucapnya. Aku sekadar menganggukkan kepala memandang ke arah pejabat yang berpintu kaca di hadapan sana.

"Kak Tim..unit-unit apa ya letaknya di tingkat 18 dan 19 ?"  Soalku, sekadar mahu beramah mesra. Pantas Kak Tim menoleh ke mari dengan serius.

"Itu semua akan diterangkan sebentar lagi." Jawabnya dengan sangat tegas. Pantas aku menganggukkan kepala.

"Kak Tim.." Sapaku lagi. Tidak, dia tak mengerling ke mari. Hanya buat bodoh aje.

"Err..bangunan ni sampai tingkat 20 kan?" Soalku. Pelik! Mana pergi butang bernombor 20 pada dinding lif? Seakan-akan bangunan ni hanya 19 tingkat pula!

Nyata pertanyaanku mampu membuatkan langkah wanita ini terhenti. Anak matanya berlari ke serata wajahku.

"Sesiapa pun tak dibenarkan naik ke tingkat 20. Jadi, kamu jangan cuba-cuba pula nak merayau kat atas tu." Tegasnya. Tergamam aku saat ini.

Wajah Kak Tim aku pandang tanpa berkelip. Entah kenapa hati aku diasak rasa sayu. Apa sebenarnya yang terjadi pada Tuan Faleeq? Nak tanya Kak Tim soalan tu? Baik, tak payah!

"Err..kenapa staf tak dibenarkan naik ke atas tu, Kak Tim? Memang kosong kat atas tu?"Aku cuba memberanikan diri menyoal. Nyata dia dah hilang sabar. Tangan kanan diangkat tinggi tanda menyuruh aku berhenti bercakap. Kepala digelengnya dengan wajah yang bengis

"Tak boleh. Jangan nak soal-soal kenapa atau mengapa!! Memang tak boleh!" Balasnya dengan tegas.

"Period!" Ujarnya lagi sambil membetulkan kaca mata tebal di wajahnya.

 Kemudian, dia melangkah laju meninggalkan aku yang sedang terpisat-pisat di sini. Berdegup kencang jadinya jantungku. Uish..misteri betul!

PMS ke apa dia ni? Emo pulak. Aku tanya aje kut! Isk, sebal betullah! Laju-laju  

aku mengejar langkah wanita yang memakai blouse hitam itu dengan berjuta persoalan di dalam fikiran.  

"Kak Tim, I'm sorry. Saya saja je tanya  tadi sebab saya tahu bangunan ni 20 tingkat..dalam website kan ada tulis semua info tu." Ujarku takut-takut. Takde reaksi darinya. Kemudian aku bersuara lagi.

"Kak Tim ni lawa tau. Janganlah marah-marah nanti tak cantik.." Pujukku sambil tersenyum sumbing. Tidak sikit pun bibir bergincu pink milik Kak Tim itu tersenyum. Berkerut wajahnya tenung aku lagi ada la! Aduh, aku salah cakap lagi ke?

"Jangan nak sengih-sengih. Masuk. Supervisor kamu dah tunggu lama kat dalam tu." Ujarnya dengan tegas dan terus menonong masuk ke dalam pejabat. Apa la nasib dapat senior garang macam singa betina lapar?! Dapatkah aku bertahan bekerja selama 20 minggu di sini nanti. Ergh..5 bulan tu lama tau! Rasa macam nak hantuk kepala ke dinding saat ini.

Sempat aku membaca tulisan pada pintu sebelum masuk dengan wajah yang sedikit monyok.

Financial Unit
Al-Hayyan Group

Memang sinilah tempat yang sesuai untuk aku yang mengambil jurusan perakaunan ni membuat praktikal. Bisikku di dalam hati.

***

Aduh..aku memang dah tak senang duduk. 3 bulan tau aku tunggu untuk hari ni.

Gatal rasa kaki nak panjat ke tingkat 20! Tapi, kalau Kak Tim dapat tahu..mati aku! Kau jangan buat hal, Thalia. Ni baru hari pertama kau kerja! Seperti ada suara yang mengingatkan aku saat ini.

"Nah."

Juling mata melihat ke arah 4 buah buku yang tebal-tebal di atas meja. Semuanya berkaitan Accounting dan Finance.

"Thalia boleh luangkan masa membaca buku-buku ni dulu kalau bosan. Kak Has harus attend meeting ni." 

Lembut kata-kata Kak Has, pegawai akaun yang akan menyelia aku sepanjang aku membuat latihan di sini.

"Okay Kak Has." Ucapku dengan mesra, cuba menutup kecelaruan di dalam hati. Nasib baik perangainya tak seperti Kak Tim, Pengarah HR yang garang tu.

Buku-buku di atas meja aku pandang saat ini. Belum pun buka lagi, dah rasa nak mengantuk. Macam mana ni? Mahu tak mahu, aku capai juga buku yang paling atas. Eh buku ni aku pernah gunakan semasa buat assignment dulu. Baru sahaja nak selak buku di depan mata, ada seseorang menyapa aku.

"Thalia."

Terus aku menoleh ke belakang.
"Ye, Saya.." Pantas aku menjawab

Ah, siapa entah nama pakcik ni? Wajah dan gayanya iras-iras pelakon kegemaran Cik Yam pula, Jalaluddin Hassan. Tadi, ada Kak Tim kenalkan. Lupa la pulak!

"Boleh tolong Pakcik Mat fotostat dokumen-dokumen ni tak?" Soalnya. Dengan penuh semangat aku mengangukkan kepala.

"Boleh!" Maklumlah dah lama aku teringin nak guna mesin tu.

"Tapi, Pakcik Mat boleh ajar saya tak?" Soalku dengan perlahan. Malu pula kalau orang tahu aku tak pandai menggunakan mesin fotostat. Ketawa kecil jadinya lelaki ini.
"Boleh..boleh. Jom kita ke belakang sana." Ujarnya dengan ramah. Pantas aku mengekori langkah Pakcik Mat menuju ke arah mesin fotostat.

"Letak kertas atas ni, tutup lid dan tekan butang ni. Siap!" Bersungguh-sungguh dia mengajar aku. Memang mudah!

"Easy peasy lemon squeezy!" Ucapnya lagi sambil tersenyum lebar.

"Okay, I think I can do this. Nanti saya hantarkan ke kubikel  Pakcik Mat ya." Ujarku pula. Lelaki ini mengangguk kecil dan dia pun berlalu.

Ah, senior-senior dah pesan dah! Kalau praktikal tapi tak guna mesin fotostat tu, maksudnya tak praktikallah tu. Aku sekadar tersenyum. Walaupun sekadar belajar guna mesin fotostat, tetap ilmu baru untuk aku.

"Thalia."
Alamak dia dah datang. Cepat-cepat aku bersuara.

"That's the last one, Pakcik Mat." Aku menuding ke arah mesin tersebut. Sebaik sahaja siap, aku terus mencapainya dari dalam tray dan aku berikan pada Pakcik Mat.

"Siap! Here you go.." Ujarku dengan gembira. Aku lihat lelaki ini masih belum berganjak dari sini.

"Pakcik Mat nak minta tolong lagi ni..boleh ke?" Soalnya sambil tersenyum lebar. Aku pantas menganggukkan kepala.

"Boleh. Apa dia? Nak fotostat lagi ke?" Soalku. Dia 
menggeleng. 

"Tak." Aku lihat dia memasukkan dokumen yang baru aku fotostat tadi ke dalam sekeping sampul di tangannya. 

"Boleh tak Thalia hantar dokumen-dokumen dalam sampul ni ke tingkat 19?" Soalnya seraya menghulurkan sampul di tangan kepadaku.

Nyata, jantungku mula berdebar saat ini. Bersinar mataku merenung ke arah Pakcik Mat. Tingkat 19 tu dah dekat sangat dengan tingkat 20.

"Boleh, boleh sangat Pakcik Mat." Ucapku sambil mencapai sampul dari tangannya dengan dada yang berdebar teruk.
"Berikan pada Encik Saif di Unit Jualan dan Pemasaran." Ucapnya.

"Baik. Saya pergi sekarang ya." Ucapku dan sepantas kilat aku melangkah menjauhi lelaki itu bersama sampul di tangan. Di dalam kepala penuh dengan sejuta persoalan tentang tingkat 20.

Di dinding lif sudah tidak ada butang untuk ke tingkat paling atas itu. Kalau benar tingkat 20 sudah kosong, kenapa Kak Tim sekeras-kerasnya memberi amaran kepada aku supaya jangan merayap ke situ? Atau ada rahsia yang disembunyikan oleh HR Manager tu dari aku? Makin membuak-buak pula rasa ingin tahu dalam diri saat ini.

***
BAB 11 A

Geli-geleman aku jadinya saat ini! Menggeletis betul Encik Saif, Marketing Manager yang aku jumpa tadi. Level gatalnya tu, atas sikit dari level ulat bulu! Masih terasa jemarinya mengusap tangan kananku semasa aku menghulurkan sampul padanya. Siap cakap tangan aku lembut lagi. Tong sampah mana? Sumpah aku rasa nak muntah sekarang juga. Yucks! Rupa ada, attitude zero!

Anak mata kuhalakan ke arah butang lif yang sedang menyala sahaja saat ini dengan perasaan bengang yang tak bertepi. Ikut hati mahu sahaja aku campakkan fail keras di atas meja ke muka lelaki itu namun aku masih waras. Sabar thalia, sabar! Isk lif ni pun satu..baru kat tingkat 7? Lambatnyaaaa!

Anak mata merenung ke sisi kiri dan pandanganku melekat pada pintu kecemasan yang kemas tertutup. Isk, turun dengan tangga je la! Dua tingkat aje pun, bisikku dalam hati.  Terus aku melangkah ke arah pintu kecemasan tersebut. Tombol kupulas dan tergamam aku jadinya saat ini. Percaya atau tidak, ada satu lagi lif di kawasan ini tetapi tidak ada butang langsung untuk ditekan. Bersama rasa aneh yang membuak-buak anak mata tunak merenung ke arah tangga yang terbentang di hadapanku.

Nak naik ke nak turun? Aku menelan liur. Jantung sudah mula berzapin ni. Bersama rasa ingin tahu yang menggunung setinggi Kinabalu aku terus melangkah ke arah  tangga untuk naik ke tingkat 20.

Remember, curiousity killed the cat, but satisfaction brought it back! Aku perlu tahu apa yang ada di tingkat 20 tu untuk kepuasan hati aku. Aku cuma nak sangat tahu tentang keadaan lelaki itu. Tu sahaja! Kalau dapat jumpa Kak Elis pun, jadilah! Tanpa berlengah aku terus memanjat anak tangga dengan debaran yang makin merimaskan jiwa. Apabila sampai di tingkat 20, terpaku aku jadinya apabila terpandang ke arah lif. Mungkin lif ini hanya digunakan oleh Tuan Faleeq selama ini..wallahualam!

Tangan kugosokkan sesama sendiri sambil merenung ke arah pintu kecemasan. tersandar aku jadinya pada dinding batu ini untuk seketika.

No Thalia..don't change your mind. If it is not today, esok atau lusa kau pasti akan ke sini juga..kau tu degil orangnya! Seperti ada suara yang berbisik di telinga. Tangan terus menyentuh tombol besi pada pintu kecemasan dan aku pulas dengan sehabis perlahan saat ini. Anak mata kupejamkan sedikit bersama wajah yang berkerut.

Perlahan aku membuka mata dan mengintai dari celahan pintu yang aku buka dengan sangat minimum. Eh, takde yang aneh pun! Lampu semuanya terbuka dengan terang. Pintu kukuakkan dengan sangat luas. Kaki melangkah menuju ke arah kaunter namun bayang Kak Elis tidak kelihatan langsung di sini. Mejanya juga terlalu kemas dan komputer tidak dihidupkan seperti selalu.

Mungkin benar, tingkat ini sudah kosong.Mungkin benar sudah tidak ada sesiapa yang bekerja di sini dan mungkin benar, perkara yang aku takuti sudah terjadi..Tuan Faleeq dah takde ke? Tidak disangka-sangka ada air  jernih membasahi ruang mata. Renungannya yang tajam,  penuh misteri tetapi sangat memukau terbayang di ruang fikiran. Wajah sayunya ketika  kebakaran 3 bulan lepas mengganggu fikiran saat ini.
Suram. Sunyi. Pilu. Kenapa aku rasa sangat sedih saat ini? Seperti kehilangan seuatu. Padahal aku dan dia memang tak ada hubungan apa-apa.

Longlai kaki melangkah keluar dari ruangan ini. Tangan menolak pintu kecemasan yang kutinggalkan sedikit renggang tadi. Anak mata terpaku pada lif di hadapan mata. Lif ini membawa kita ke mana ya? Punat turun pada dinding lif aku tekan. Tergamam aku apabila pintu terbuka. Takut-takut aku melangkah masuk bersama jantung yang kembali berdebar.

Wangian yang Tuan Faleeq selalu gunakan menerpa masuk ke dalam rongga hidung.

 Anak mata terpaku pada dinding lif.  Hanya ada butang B.
 B tu apa? Basement?

***
Kat mana pula aku berada ni? Terpinga-pinga aku sebaik sahaja keluar dari lif. Ruangan ini nampak seperti mini lobi. Hanya ada dua sofa panjang yang diletakkan berhadapan di antara satu sama lain. Kemudian, ada hot & cold water dispenser dari jenama Coway. Cawan kertas tersusun kemas di situ.   Anak mata merenung ke arah pintu kaca di sebelah kiri dan kananku. Ah, aku sudah mula faham. Pintu ke kiri adalah ke basement. Pintu kanan itu ke mana ya? Baru sahaja ingin melangkah ke kanan, aku terdengar suara orang berbual dengan sangat jelas. Tergamam aku jadinya. Tercengang-cengang aku cuba mengamati suara itu. Persis sangat dengan suara dia!

Tuan Faleeq!

Oh..ada bilik di hujung sana rupanya! Mulalah jantung aku buat perangai.  Kaku aku jadinya saat ini. Pintu itu kelihatan renggang. Maka, laju kaki melangkah ke situ. Aku hanya ingin mengetahui keadaannya sahaja. That's all!


Aku bersembunyi di sebalik dinding. Kepala kujengukkan sedikit. Benar, jantungku berdegup laju apabila susuk lelaki itu berada di hadapan mata. Bibir mula tersenyum. Lega dan syukur. Ah, kau je lebih-lebih risaukan dia! Tengok tu..sihat aje dia..siap boleh bersila panggung bersembang dengan rakannya tu. Wajahnya masih lagi kelat, beku dan sombong! Pantas aku berpaling.

 Puas hati! Ini sahaja yang aku mahu cari tahu. Baik aku naik atas, mesti Kak Has dan Pakcik Mat pelik aku lesap dari pejabat macam ni!

"Tuan Faleeq, I am a doctor. My advice is..please continue with this therapy. Exposure therapy adalah lorong ke arah penyembuhan penyakit agoraphobia yang tuan hidapi ni. Trust me." 

Bersungguh-sungguh kedengaran suara itu meyakinkan Tuan Faleeq dan langkahku terhenti terus saat ini.

Therapy? Agoraphobia? Penyakit Apa tu? Tidak jadi melangkah, aku kembali bersandar pada dinding.

"Doktor Harun, I don't need you here, anymore! Papa! Please stop forcing me! Kenapa Faleeq kena jumpa pakar psikologi ni lagi sedangkan Faleeq tak gila! Faleeq dah sembuh! Faleeq dah boleh keluar rumah, datang pejabat, buat kerja macam biasa..I am doing just fine!" Bentakan itu membuatkan aku tergamam. 

Papa?

Ada bapak dia ke kat dalam tu? Maklumlah pandangan aku terbatas.

"Papa dah tak tahu nak cakap apa dengan kamu, Faleeq!" Bentak suara seorang lelaki pertengahan umur. Aku diam tak berkutik.

"Tuan Faleeq..maaf mencelah. You are wrong..stigma sebegitu hanya akan merugikan diri tuan." Ujar Doktor Harun dengan sangat tenang dan berdiplomasi.

"What??" Tuan Faleeq membidas.

"Pakar psikologi dan pakar jiwa sebenarnya bukan hanya merawat orang gila atau penyakit jiwa yang serius sahaja. Golongan tersebut merupakan hanya sebilangan kecil daripada pesakit yang berjumpa pakar psikologi dan pakar jiwa." Terang Doktor Harun.

 Aku yang di luar ini turut sama menganggukkan kepala, tanda setuju.

"Sebenarnya ramai yang berjumpa dengan pakar psikologi atau psikatri disebabkan penyakit yang lain seperti kemurungan termasuk kemurungan selepas bersalin, masalah tidur, masalah kerisauan, termasuk penyakit was-was , stress, panik dan fobia seperti yang dialami oleh Tuan Faleeq." Sambung Doktor harun lagi. Mampu membuatkan aku tergamam. 

Lelaki itu fobia terhadap apa?

"Betul tu.."Ada suara wanita pula mencelah.

Berapa orang sebenarnya kat dalam tu?Aku terus memasang telinga. Dia ni sakit apa sebenarnya?

"Agoraphobia adalah sejenis anxiety disorder. Penyakit yang Tuan Faleeq alami ini boleh dirawat dengan mudah sekiranya Tuan Faleeq memberikan kerjasama."  Pujuk Doktor Harun. Aku hanya mendiamkan diri. Masih cuba memahami apa yang telah terjadi pada Tuan Faleeq.

"Yes! I have done the 3 months therapy with you and I am fine now!" Bidas Tuan Faleeq dengan nada meninggi. 
Maknanya apa ni? Kerana trauma dengan kejadian kebakaran di kilang itu lelaki ini mengalami Agoraphobia? Aku menepuk dahi.Maksudnya, dia bukan terkena serangan jantung haritu? Dia terkena panic attack sebab tu keadannya begitu!  Aku semakin faham saat ini.

"Sayang..listen here carefully. Memang Faleeq dah mula pulih. Kalau dulu nak keluar rumah pun tak boleh but now Alhamdulillah mama tengok Faleeq dah boleh datang pejabat.

Tapi, Faleeq masih belum pulih sepenuhnya dan masih perlukan rawatan yang berterusan, sayang."

Oh wanita itu rupanya mama Tuan Faleeq. Lembut suaranya memujuk namun rasa tenang aku tidak bertahan lama apabila ada suara yang membidas.

"Dah pulih konon!" Marah papa Tuan Faleeq.

"Then tell me, sampai bila nak hidup macam kera sumbang macam ni? Kalau betul Faleeq dah sihat, papa mahu Faleeq masuk meeting esok." Putusnya dengan sangat marah.

"Betul tu Tuan Faleeq. Tuan masih belum sihat sepenuhnya. Sekiranya tuan mampu berjumpa client di tempat terbuka atau attend mesyuarat yang dihadiri ramai orang without panic attack, then mungkin Tuan Faleeq sudah sihat sepenuhnya." Celah sang doktor pula. Pasti menambah geram di hati lelaki itu.

"Satu lagi, Faleeq tetap fobia dengan kilang.Tak boleh ke shopping mall, tak boleh drive! Apa semua ni? Faleeq jangan naikkan darah mama!" 

Tidak ada lagi suara lembut yang kedengaran dari wanita itu. Isk, Tuan Faleeq ni pun degillah! Tapi, betul ke lelaki yang sentiasa berkeyakinan dan berkarisma tu tak nak jumpa orang dan pernah takut untuk keluar rumah?Isk, susah nak percaya!

"Sabar Datin..proses penyembuhan ni  mengambil masa. Sebagai pakar dalam bidang ini, trust me..penyakit agoraphobia ini akan sembuh secara berperingkat." Doktor Harun kedengaran menenangkan keadaan yang tegang. 

"Cuma, selagi Tuan Faleeq memilih untuk menghindar dari apa yang  boleh menyebabkan dia panik, selagi itu keadaannya susah untuk pulih."Ujarnya lagi.

 Aku menjengukkan kepala sedikit. Kelihatan lelaki itu tengah menahan marah.Merah-merah dah wajahnya. Riak muka pula sangatlah tegang. Tajam dia merenung ke arah Doktor Harun saat ini.

"Exposure therapy is really important. Sebab tu saya mahu Tuan Faleeq teruskan rawatan ini." Doktor Harun bersuara lagi.

"Faleeq, bukan orang gila sahaja yang jumpa pakar psikologi atau pakar jiwa! Children with autism and dyslexia pun boleh dirawat dengan pakar-pakar ini." 

Aku cuba melihat raut wajah wanita itu tetapi tidak mampu gara-gara daun pintu yang menghalang pandanganku. Tuan Faleeq kulihat terus bangun berdiri. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket dan dia menoleh ke sisi kanan.

"No mommy! I am doing just fine. Rosak reputasi Faleeq kalau orang tahu! What will people say about me? CEO AL-Hayyan Group has gone cookoo!" Bidasnya dengan geram. 

Sebelah jarinya mengetuk kawasan kepala membuatkan aku tak dapat menahan senyum. Geli hati pulak aku tengok mamat ni naik angin!

"Mama, do you want people to call me cookoo?!" Soalnya dengan lebih kuat kali ini membuatkan aku tidak dapat lagi menahan tawa. 

Cookoo? Memang kau tu cookoo pun kadang-kadang! Terlepas juga tawa kecil dari bibir saat ini dan mata itu kini merenung aku dengan tajam. Berderau darah dalam badan. Pandangan kami bertemu untuk seketika.



"Aysara!"

Jeritnya! Matilah aku, dia dah jadi cookoo!! 

Terus aku berlari ke arah pintu di sebelah kanan. Lega kerana dapat keluar dari tempat itu namun langkahku mati seketika. Kat mana ni?Oh..aku kini berada di sisi bangunan Menara Al-Hayyan rupanya. Deretan coffee house memenuhi kawasan ini. Dada berdegup dengan cemas. Kat mana aku nak sembunyi ni?



Baru sahaja ingin berlari masuk ke salah satu kafe, terasa lengan kiriku digenggam dari belakang. Pantas aku menoleh dengan jantung yang hampir terhenti degupannya.

Anak mata aku dan lelaki ini bertemu lagi.

"Tuan Faleeq..saya minta maaf! Saya tak dengar apa-apa pun tadi!" Dustaku gara-gara terlalu cemas.  Lengan aku masih berada di dalam genggamannya. 

"Saya cuma nak pastikan keadaan Tuan Faleeq. Tu je." Sambungku lagi sambil cuba melepaskan tanganku. Berjaya jugak!

 Renungan tajam diberikan kepadaku oleh lelaki yang memakai kot berwarna kelabu ini

"Did you just eavesdrop on me?" Soalnya dengan nada tidak puas hati yang menggunung. Eavesdrop? Curi dengar? Cepat-cepat aku menggeleng.

"Ish! Mana ada Tuan Faleeq!" Tudung yang ditiup angin aku betulkan sedikit.

"Liar!" Bidasnya dengan geram.

"Fine! Saya terdengar...tapi saya tak sengaja! Sumpah tak sengaja!" Ujarku kemudiannya sambil mengangkat tangan kanan ke sisi bahu seperti gaya orang sedang berikrar. Aku lihat dia tersenyum sinis. Aduh..mati aku!



"Do you want me to tell Dr. Aliff about this?" Soalnya seakan mengugut. Diktator!

Kecut perut aku mendengar nama Dr. Aliff. Pantas aku menggelengkan kepala sambil mengundur selangkah ke belakang. Dia pula merapati aku. Tak lepas matanya itu memanah ke mari. Macam ni ada penyakit tak boleh jumpa orang dan tak boleh berada di tempat yang ramai? Huh!Aku tak percaya! Macam elok je. Bertambah kerek ada lah!

"Okay..macam ni..saya memang cari awak sebab saya tertanya-tanya keadaan awak. Tapi saya tak sangka saya boleh buat silap dengan mencuri dengar sedikit perbualan yang berlangsung tadi.." Ucapku dengan jujur. Wajah kukerutkan saat ini. Aduh..parah ni!

"Ahh..so now you are telling the truth, ha?" Soalnya dengan geram. Kepala dianggukkan sedikit. Aku pula tak tahu nak geleng atau ikut sama mengangguk!

"Kau datang sini nak buat praktikal atau nak intai aku?!" Bidasnya lagi dengan sangat kerek.

Terdiam aku jadinya. Berbahang rasa wajah.Apa? Intai?
"Isk, perasan!" Perlahan sahaja perkataan itu meluncur keluar. Terjungkit sebelah kening kanannya.

Bertambah  gerun pula aku jadinya dengan renungan mata helangnya tu. Anak matanya kulihat berlari ke serata wajahku. Aduhh..mesti dia sedang kutuk solekan kat wajah aku ni! Isk..selalu mana ada aku bersolek bagai begini!

"Saya cuma nak tahu keadaan awak selepas kejadian kebakaran tu.." Aku bersuara dengan jujur.

Aku lihat wajahnya mula berubah riak. Lelaki yang sentiasa berkeyakinan dan berkarisma ini tiba-tiba seperti tidak senang duduk. Aku lihat Doktor Harun menerpa ke mari. 

"Kebakaran di kilang.." Ucap Tuan Faleeq dengan perlahan sambil memicit kepala dengan sebelah tangan. Berkerut sedikit aku lihat wajahnya. 

"I think dia sakit kepala." Beritahuku kepada doktor tersebut. Lelaki dalam lingkungan umur 40-an yang berkaca mata ini terus memeluk bahu Tuan Faleeq.

"Faleeq..let's go that way!" Ujarnya yang menudingkan jari ke arah Menara Al-Hayyan. Aku pula hanya memerhati sahaja dengan penuh tanda tanya. Baru sahaja ingin melangkah, seorang wanita yang sangat bergaya di dalam lingkungan umur 50-an menerpa ke mari.

"You!"
 Dia menudingkan jari ke arahku.

"Hah?" Tersentak aku jadinya.

"Come with me." 
Tergamam teruk aku jadinya.

***
Jumpa lagi di bab 12 :D

Assalamualaikum & annyeonggg! Terima kasih kepada semua yg sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini :D Maaf kalau ada kesalahan ejaan. Versi yang suri share ini adalah versi sebelum edit. Thanks Azzyyati Binti Mohd Yusof for the picture :D Semua komen boleh diberikan di facebook group : BILA SURI RYANA MENAIP :D