**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday 25 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 14, BAB 14 A & BAB 14B]






BAB 14



Agaknya, selesai aje aku buat latihan praktikal di sini, aku akan didiagnosa menghidapi depression oleh Doktor Harun! Mananya tidak kemurungan, hari-hari kena berhadapan dengan Tuan Faleeq yang dingin dan menyebalkan tu. Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan aku. 



Sampai aje di pejabat tadi, Adib dah terpacak di ruang kerjaku. Katanya Tuan Faleeq nak bertemuku. Jam di tangan aku lirik. 10 minit lagi jarum jam akan ke pukul 9. Tak mahulah satu unit kewangan mengutuk aku suka datang lewat pulak. Sudahlah semalam aku menghilang macam tu aje. Tak tahulah apa yang Datin Sofia beritahu pada Kak Has tentang aku yang tiba-tiba lesap dari unit kewangan. Isk! Tombol pada pintu kecemasan  aku pulas dengan hati yang tak tenteram saat ini. Siap bebel lagi.

"Mentang-mentang dia CEO, suka hati aje arah-arah aku naik kat atas ni. Dasar diktator! Poyo betullah!!"

Hampir nak meletup jantung aku saat mataku bertentangan dengan renungan lelaki itu. 

Oh no..you're so in trouble Thalia Aysara! Kaku aku jadinya. Bulat mata merenung ke arah figura lelaki yang sedang bersila panggung di atas sofa. Terus tangan kanan menutup bibir. 
Bukan sebab terlalu asyik dengan kekacakan lelaki itu tetapi sebab terlalu gerun! Kenapalah dia berada di sini pula? Bukan selalu tempatnya kat dalam bilik tu ke? Ahhh mesti dia dengar apa yang aku bebelkan tadi.



"Thalia Aysara..you're here!" Tenang sahaja suaranya menegurku.

Bersama senyuman sinis di bibir, dia terus bangun dari sofa itu dan melangkah ke mari dengan sangat tenang. Aku pula diam tak berkutik di depan pintu ini. Dia marah ke? Relax Thalia..don't cry over spilt milk. Benda dah jadi. Buat biasa aje!

"Ada apa ya Tuan Faleeq panggil saya?" 

Soalku dengan sangat serius dan seprofesional mungkin pada lelaki yang sedang melangkah ke mari itu.Padahal kalau ikut detak jantung yang berdegup cemas ini, memang dah berdesup aku lari turun ke bawah. Tidak..dia tidak menjawab soalanku.

Kini dia sudah pun berada di hadapanku.  Bau wangian yang dipakainya tidak mampu untuk membuatkan hati aku tenang. Terus aku mengundur dua tapak ke belakang dan bersandar pada dinding pintu. Kepala kudongakkan ke arahnya dengan wajah yang selamba. Acah-acah berani tapi dah kecut perut sebenarnya.

"What were you saying just now? Would you mind repeating that again?" Soal lelaki tinggi lampai ini sambil menundukkan wajahnya sedikit. 

Sungguh lidah aku kelu. Sebelah tangannya dilekapkan pada dinding pintu kecemasan, betul-betul di sisi kiriku.

"No..nothing! Saya bebelkan pintu tu tadi." Baru sahaja ingin mengesot ke kanan, terasa seperti tubuhku ditolak dari belakang dan terus terdorong ke arah Tuan Faleeq. 

Lelaki ini yang turut sama tergamam memegang kedua-dua lenganku saat ini untuk mengelakkan aku dari terjatuh mungkin. Wajah kudongakkan ke arahnya namun beku terus lidah. Tak mampu nak bersuara. Untuk pertama kali, dia nampak tersangat canggung tika ini.

"Tuan Faleeq! Maaf! Saya tak tahu pula Tuan Faleeq dan Cik Thalia ada di balik pintu." Suara Adib di sebalik pintu membuatkan lelaki ini terus melepaskan tangannya dari lenganku.

 Tuan Faleeq berdehem sedikit dan membuat isyarat tangan menyuruh Adib masuk. Pantas aku menjarakkan diri darinya bersama jantung yang berdegup laju. Wajah yang berbahang aku alihkan ke arah lain.

"Datin Sofia is here, Tuan Faleeq." Ucap Adib bersama surat khabar yang terlipat kemas di tangannya. Aduhh..masalah ni!

"Saya turun dulu." Kelam-kabut aku berkata begitu namun belum sempat melangkah, lelaki ini sudah bersuara.

"No. Stay!" Arahnya tegas. Siap tudingkan jari ke mari lagi.

Tertekannya! Anak mata kuhalakan pada wanita yang  anggun berbaju kebaya labuh dari kain sutera di tubuh itu. Dia kulihat yang sedang melangkah masuk dengan penuh gaya. Gabungan warna hijau pastel dan peach pada corak baju tersebut benar-benar menyerlahkan lagi keayuannya.   

"Faleeq..kenapa nak jumpa mama pagi-pagi ni? Mama ada meeting persatuan sekejap lagi." Bebel Datin Sofia bersama wajah yang masam. 

Anak matanya mengerling ke mari dan kemudian dia kembali merenung ke arah anak lelakinya ini. Tuan Faleeq melepaskan nafas berat sebelum mendekati mamanya.

"Mama! Please explain to me what is going on." Kedua-dua bahu dijungkitkan ke atas, tanda tidak puas hati!

"What do you mean, sayang? Mama tak fahamlah." Ucap Datin Sofia sambil mengerling ke arahku sekali lagi. Tuan Faleeq meraupkan rambutnya ke atas.

"Sejak bila pula Al-Hayyan Group menyediakan kondo mewah sebagai tempat tinggal untuk staff praktikal?"  

Soalnya dengan sangat tidak puas hati. Datin Sofia mula tersenyum. Tenang aje wajahnya saat ini walaupun anaknya dah naik angin.

"Memang kondo tu hakmilik syarikat, Faleeq. Kalau sesekali ada rakan niaga yang datang dari luar negara, memang kita akan tempatkan mereka di situ selama ni. Tapi, mama fikir bukan selalu pun diorang tu datang. Daripada terbiar kosong, biar ajelah Thalia yang tinggal di situ." Panjang lebar wanita yang menjinjing tas tangan berwarna kelabu ini bersuara.

Aku dapat dengar Tuan Faleeq sudah mendengus kasar namun belum sempat dia bersuara Datin terus membuka mulut untuk kesekian kalinya. 

"Lagipun Faleeq dah lupa ke Thalia pernah selamatkan nyawa Faleeq?"  Soalnya dengan sangat lembut. Aku lihat Tuan Faleeq tersentak seketika. Anak matanya merenung ke arahku dan dia bersuara lagi.

"But still mama..I don't need her as my neighbour!." Ucapnya dengan sangat serius.

Aku mulalah tayang wajah masam. Eeee jengkel betul! Ingat aku nak sangat ke berjiran dengan dia?

"Well, why not kita pindahkan dia ke Aries Tower?" Cadangan Tuan Faleeq terus ditolak oleh Datin Sofia.

"Bukankah Aries Tower tu letaknya kat KL nun? Jauhlah dari PJ ni." Balas mama lelaki ini. Kemudian, dia terus mengerling ke arah jam di tangannya.  

"Mama anggap perkara ni dah selesai okay. Faleeq pulang makan malam di rumah malam ni. I am going to cook something special for you." Sebaik sahaja berkata begitu, sempat dia mengusap pipi anak lelakinya sebelum berpaling untuk pergi.

"Tengoklah macam mana nanti.." Luah lelaki itu acuh tak acuh.

Mungkin masih geram dengan keputusan ibunya itu. Aku pula tidak tunggu lama. Terus mengekori jejak langkah Datin Sofia. 

"Aysara!"

aduh..mata aku pejamkan. Nasib ada idea dalam kepala! Pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Wajah pura-pura serius merenung ke arah skrin.

"Ada orang call." Ucapku seraya menjeling ke arahnya sekilas.

 Nyata wajah itu bertambah tegang. Mati aku!Bersama rasa gerun aku terus lekapkan telefon bimbit ke telinga. 

"Hello..ye Puan Haslina! Saya datang sekarang."

Bercakap sorang-sorang aku jadinya saat ini. Sah, mereng! Terpaksa pula aku berlakon untuk melepaskan diri. Dengan wajah yang pura-pura cemas aku merenung ke arahnya.

"Maaf Tuan Faleeq..Puan Has panggil saya. Saya pergi dulu ya? Maaf!" Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus memulas tombol pintu kecemasan.

 Tidak berani lagi untuk melihat reaksi lelaki yang pastinya sedang bengang denganku di belakang sana itu.Fuhh selamat aku untuk hari ini!

BAB 14 A

Fuhh! Berpinar-pinar dah mataku saat ini. Maklumlah asyik tengok nombor aje dari pagi tadi. Tapi, bagus juga..dapatlah aku lupakan apa yang telah terjadi pagi tadi. Kenapa renungannya ketika dia memegang lenganku dari terjatuh tadi terbayang di dalam fikiran? Fokus Thalia, fokus! Sudahlah kau masuk lewat 5 minit tadi. Semuanya salah lelaki itu! Isk!

Anak mata kembali merenung pada dokumen-dokumen di hadapan mata. Kemudian, aku mengerling ke arah skrin komputer pula. Hari ini Kak Has minta aku "vouching"  dokumen bayaran dari pemborong aje. "Vouching" adalah kerja-kerja memeriksa semula  amaun  yang didaftarkan dalam akaun pelanggan. Sebagai contoh, jumlah yg direkodkan dalam general ledger mestilah sama dgn jumlah yang tercatat di invoice.

Liar anak mata merenung ke arah nombor-nombor yang tertera di dalam keratan invoice yang terletak di dalam fail dan kemudian anak mataku berlari pula pada nombor-nombor yang tertera pada skrin komputer. Okay! Siap juga akhirnya. 

Program Windows Excel aku tutup dengan hati yang lega. Harapnya betul la apa yang aku buat tadi. Sekejap lagi Kak Has akan check semula.

Nasib baiklah aku tahu menggunakan excell, kalau tak malu juga dengan penyelia aku tu. Okay, sekarang masanya untuk membuat salinan kesemua invoice yang sudah melalui proses vouching atau dalam kata mudahnya, yang sudah diperiksa. Kelam-kabut aku berdiri. Bukan apa, perut sudah berkeroncong. Jarum jam pula hampir menujukkan ke pukul 1 pm. Masa untuk makan!

Langkah kaki kuhayun laju menuju ke arah mesin fotostat. Lincah tanganku membuat salinan dokumen-dokumen yang aku bawa ke ruang belakang pejabat ini. Setelah itu, aku melangkah semula menuju ke ruang kerjaku. Kedua-dua belah jari mengusap lembut bahagian mata saat ini. Kepala kudongakkan ke atas untuk seketika.

"Thalia..sudahlah tu. Lepas rehat sambung ya!" Suara itu membuatkan aku membukakan mata luas-luas. 

Alamak, Kak Has sudah pun terpacak di hadapan kubikelku. Kalut aku berdiri dan terus mencapai fail di atas meja.

"Kak Has..saya dah selesai buat vouching untuk Star Mart." Ucapku dengan penuh semangat. Kak Has cuma tersenyum.

"Okay. Lepas rehat Thalia bawak fail tu dan datang bilik Kak Has ya." Arahnya. 

"Okay kak." Aku mengangguk kecil.

"Tak nak makan ke?" Soalnya lagi kepadaku sambil membetulkan tudung satin di kepala.

"Mestilah nak. Kak Has makan dengan siapa ya hari ini?"  Beg tangan aku capai.  

"Makan dengan Kak Tim."

Sumpah, jawapan penyelia aku ini membuatkan aku rasa kenyang terus.

"Kak Tim Pengarah HR tu ke?" Soalku sambil mengecilkan anak mata.  Kak Has terus mengangguk.

"Ye..jom lah ikut sekali. Kitorang cadang nak makan pasta di Zucco, restoran Itali yang baru buka semalam." Ajaknya dengan sugguh-sungguh. Laju-laju aku menggeleng. Kak Has mulalah tayang riak pelik.

"Tak..Takpe lah Kak Has. Saya sebenarnya dah janji dengan kawan. Nanti kita makan sama-sama ye?"Ucapku 
memberikan alasan.

 Baik aku makan seorang-seorang. Takut selera aku mati pula apabila menghadap muka susah senyum tu. 

"Okay. Jumpa nanti tau. Kak Has nak discuss tentang seminar GST yang akan berlangsung nanti. Thalia pun wajib ikut sekali." Ujarnya. 

Wah, teruja pula aku nak hadiri seminar-seminar bagai ni. Rasa macam dewasa sangat! Ye lah..seminar kat kampus tu lain. Seminar macam ni selalunya kat hotel dan ada makanan sedap-sedap. Senior akulah yang beritahu!

"Seriously? Wow..bestnya.."  Tanpa sedar aku bersuara. Ketawa kecil jadinya Kak Has.Kalaulah Kak Has tahu apa yang berada dalam fikiranku.

"Best? First time dengar orang suka attend seminar. Mesti Thalia ni seorang pelajar yang baik dan disayangi pensyarah ni."

Ha, part ni mampu buat aku terdiam. Wajah Dr. Alif si harimau bintang yang suka marah aku tu terbayang di fikiran. Disayangi sangat!

"Biasa aje Kak Has." Ucapku sambil tersenyum sumbing.

Kak Has ingin berkata sesuatu tetapi susuk tubuh seseorang yang tiba-tiba muncul di ruangan ini membuatkan wanita kecil molek ini tidak jadi untuk melakukan demikian. Ha..dia ni pulak datang! Mulalah hati aku tak sedap ni.

"Eh Adib? Buat apa kat sini?" Soal Kak Has dengan pelik. Lelaki tu memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket. 

"Nak jumpa Cik Thalia."

Haaa aku dah agak dah! Aduh, mesti ada apa-apa ni. Baik aku blah! 

"Oh..ni la kawan yang Thalia cakap tu? Orang kuat Tuan Faleeq ni.." Kak Has pula senyum- senyum kambing. Jangan-jangan dia ingat aku ada apa-apa pulak dengan penasihat 20 persen Tuan Faleeq ni!

"Ehh bukan! Saya janji dengan orang lain. Kak Has..saya pun nak turun lunch dah ni. Lapar la.." Ucapku kelam-kabut tanpa memandang ke arah Adib.

Kak Has menepuk dahinya.

"Aduhhh..seronok sangat bersembang! Mesti Kak Tim bising nanti ni." Ujarnya dengan kalut. Lekas-lekas aku bersuara.

"Jomlah Kak Has." Sebaik sahaja berkata begitu, aku dan Kak Has kalut melangkah meninggalkan Adib di belakang sana. Baru nak hembuskan nafas lega, lelaki itu sudah pun berada di sisiku. Kak Has pula dah belok ke kanan untuk ke pejabat Kak Tim.

Butang pada dinding lif aku tekan dengan kalut.

"Tuan Faleeq panggil." Ucapnya dengan serius. Ha..sebab tu lah aku sedaya upaya nak mengelak darinya. Tengok! Isk, tertekan betullah!

"Ya Allah..kenapa pulak? Dia tu tak muak ke asyik tengok muka saya je?" Ucapku dengan runsing. Adib pantas menggeleng.

"Well..saya tak tahu kenapa dia panggil cik. Saya ada urusan lain ni. Cik Thalia naik ke tingkat 20 sekarang ya!" Pesannya sebelum meninggalkan aku yang sudah mula susah hati di sini.

Aduh..apa pula yang dia nak kali ni?! Tak habis lagi ke isu tadi? Mesti tak puas hati sebab aku sudah jadi jirannya sekarang. Ah, lantaklah! Nanti aku cakap aje aku terlupa untuk ke pejabatnya.

***

Terpaksalah makan seorang hari ni. Didee makan di pantry aje sebab ada training apa entah di pejabatnya. Baru aje nak jamah char koay teow goreng kerang yang sangat menyelerakan di hadapan mata, telefon bimbitku berdering, tanda ada mesej yang masuk. Sudu di tangan aku letakkan semula di atas pinggan. Telefon bimbit di dalam beg tangan  lekas-lekas aku keluarkan.  Berkerut jadinya wajah membaca bait-bait ayat di atas skrin.

"Spaghetti bolognese & hot coffee. Level 20. Thank you."
Aduhhhh! Hati aku mulalah tak tenang. Level 20? Ah, siapa lagi penunggu di tingkat paling atas tu kalau bukan lelaki tu. Kenapa agaknya dengan dia ni?

Why are you making my life miserable, Faleeq Al-Hayyan?! Keluhku dengan sebal. Iskk tak tenang aku macam ni! Apa? Minta aku tapaukan spaghetti dengan hot coffee? Melampau! Ingat aku ni kedai mamak ke? Main order aje sesuka hati. Berasap kepala otak aku saat ini. Nak makan pun tak senang! Lincah tangan menari di atas skrin dengan bibir yang kuketap geram. 

"ASSALAMUALAIKUM. Siapa ni? Maaf, saya dah keluar dari restoran." Sengaja aku berkata begitu. Dengan pantas aku menyuapkan makanan ke dalam mulut. Rugilah aku minta kerang extra tadi kalau tak dapat menikmati makanan yang sedap ni. Telefon aku berbunyi lagi! Terus kunyahanku terhenti seketika. Haihh! Anak mata kujulingkan ke atas. Apa lagi niii?!

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. You better be at level 20 with my order a.s.a.p...CEO AL-HAYYAN GROUP" Aku membaca dengan darah yang menggelegak. 

Sabar Thalia..sabar. Anggaplah orang macam ni hadir untuk menguji tahap keimanan kau. Tengok, selera aku dah mati! Lelaki beku itulah penyebabnya! Renungan kosong aku halakan ke arah pinggan di hadapan mata.

Kurang asam! Mentang-mentang syarikat tu bapak dia punya..banyak pula cengkadaknya kan! Dengan perasaan sebal aku menaip lagi.

"POYO!"

Erghhh! Kelam-kabut aku memadamkannya semula apabila mengenangkan dia tu siapa.

"Baiklah YANG  TERAMAT MULIA TUAN FALEEQ AL-HAYYAN." Mesej itu aku hantar dengan hati yang kacau bilau. Baru ingin memanggil pelayan, telefon aku berbunyi lagi.

"Watch out! Tak payah nak sindir-sindir aku."

Eeeee geramnya!! Tangan kulambaikan pada seorang pelayan di kafe ini. Laju dia melangkah ke mari dengan apron merah tergantung kemas di badan.

"Tolong bungkus koay teow ni. Satu lagi, boleh tak nak order spaghetti bolognese dan hot coffee?"

"Okay! Boleh." Dia pantas mencatatkan pesanan aku di atas kertas di tangannya sebaik sahaja berkata begitu.

Nampaknya keriuhan kafe ini tak dapat meredakan kegusaran di hati aku. Dah tak dapat nak fikir apa-apa lagi saat ini. Jantung mulalah buat hal. Ala, relax la Thalia..dia tu bukannya makan orang pun. Jam di tangan aku kerling. Dah pukul 1 lebih ni. Sempat ke aku nak makan nanti?

***
Bab 14 B

Aku bersandar seketika pada dinding saat ini. Relax Thalia. Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku hembuskan dengan perlahan-lahan. Teknik pernafasan yang Doktor Harun ajarkan kepada Tuan Faleeq aku praktikkan saat ini. Dengan berat hati aku memulas tombol pada pintu kecemasan  saat ini. Sebal betul! Duit banyak..boleh aje kut telefon telefon dan minta mana-mana restoran untuk buat penghantaran makanan di sini. Erghh! Sengaja nak buli akulah kan. Aku yakin tentang perkara tu! Takpe..nanti kau!


"Assalamualaikum.."

 Aku terjenguk-jenguk. Langkah kaki kuhentikan apabila sampai di hadapan kaunter yang dulunya menjadi ruang kerja Kak Elis. Isk..takde yang menyahut pun.
Dengan tidak semena-mena lelaki itu keluar dari pejabatnya dan melangkah ke mari.

"Nah!"
Ucapku dengan geram sambil meletakkan beg kertas berisi makanan di atas kaunter.Tapi dia aku lihat tidak mencapai langsung beg tersebut dan terus menonong menuju ke arah kiri pejabat.

 "Bawa makanan tu ke pantry." Arahnya dengan selamba. 

Hilang kata-kata aku jadinya.  Dia ingat aku pembantu rumah ke apa? Tak pun tea lady? Memang melampau!

Nak membebel, takut dia dengar! Bersama wajah yang monyok aku mencapai dengan kasar beg kertas putih di atas kaunter. Langkah kaki kuhayunkan dengan darah yang menggelegak mengikut langkah lelaki itu yang masuk ke dalam bilik.


Anak mata meliar ke segenap kawasan pantry yang dilengkapi dengan stove dan pelbagai perkakas lain. Sebiji macam dapur di rumah. Lelaki itu kulihat selamba sahaja mengambil tempat di meja paling kiri pantry. Ada tiga meja bulat berwarna putih di sini. Terus aku meletakkan beg kertas berisi makanan dan minumannya di atas mejanya. Kemudian, aku bergerak ke arah meja yang terletak di bahagian paling kanan pantry dengan selamba. 

Ha..nak sangat tengok muka aku kan? Tak muak kan? Haa tengok sampai lebam! Sampai dua kali dipanggilnya  aku untuk menghadap dia hari ni. 

Lagipun mana sempat aku nak turun makan di tingkat 17 tu. Sekarang dah pukul 1:35 petang! Nak-nak kalau pantry tu pula penuh. Char koay teow kerang yang sempat aku jamah sesuap di restoran tadi aku keluarkan saat ini. Lapar oi!

"Hey..hey! What are you doing?" Soal lelaki yang berada di hujung sana.Bulat matanya menjegil dengan tidak puas hati ke arahku.

Sumpah aku geli hati mendengar suara tidak puas hatinya yang berkumandang saat ini. Aku mengerling sekilas ke arahnya. 

"Makan." Ucapku dengan selamba sambil menyuapkan koay teow ke dalam mulut.

"No way.." Bidasnya dengan geram. Gerun jugak hati ini namun aku tetap juga tak berganjak dari sini. Ha, lain kali nak buli aku, fikir-fikir dulu ya!

"Sekarang dah pukul 1: 35..mana sempat nak turun bawah makan.." Ucapku dengan suara minta simpati. 

Haa..nak tengok sangat kan muka aku? Tengok puas-puas! Memang geli hati lihat wajah tak puas hatinya tu. Seekor kerang aku cucuk dengan garfu dan aku masukkan ke dalam mulut.Lelaki itu masih merenung ke mari dengan wajah yang tegang.

"Lagipun, spaghetti awak tu yang lambatkan saya." Ucapku sambil tersengih lebar. Biar bertambah bengang dia dengan aku. Alamak..gerun pula apabila wajahnya bertambah kelat. Pantas aku bersuara.

"O..okay..fine! please give me 10 minutes. Saya janji saya akan makan senyap-senyap kat hujung ni." Ujarku degan kelam-kabut.

 Entah apa reaksi dia, tidak pula kutahu sebab aku sudah tak berani nak pandang ke sana. Anak mata berada pada koay teow di dalam pinggan aje. Sedap betul! Aku terus menjamah koay teow dalam pinggan sambil mengerling ke arah jam di tangan. Sempat ni, sempat! Tidak kedengaran langsung suara lelaki itu. Takut-takut aku mengangkat wajah sikit. Dia kelihatan sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut. Makan pun ada gaya.



Ehhh macam mana aku boleh terpuji ni? Dari sisi, hidungnya kelihatan mancung. Persis Dato' Firas. Patutlah Didee selalu puji dia kacak dan bergaya. Anak mata berlari ke arah kawasan dagunya yang nampak sedikit menghijau. Baru lepas shave agaknya lelaki yang sedang mencapai kopi panas di dalam cup kertas itu.

"Stop staring at me."

 Selamba sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibirnya membuatkan jantungku juga seakan ingin terhenti. Tidak, dia tidak memandang ke mari. Pantas aku melarikan anak mata ke arah bekas yang hampir kosong.

"Perasan! Si..siapa tengok awak." Ucapku dengan sangat perlahan sambil menjamah suapan terkahir. Wajah lelaki itu aku kerling sekilas. Erghh! Nyata dia sedang tarik senyum senget saat ini.

"Well..fakta tetap fakta." Ucapnya dengan bersahaja.

Berderau darah dalam badan. Pantas aku merenung ke arah bekas di atas meja dengan jantung mula berdegup dengan semakin laju. Mata..mata..sekali lagi kau tengok dia, aku cucuk dengan garfu ni! Ah, baik aku berambus dari sini. Kalut tangan memasukkan bekas yang sudah kosong ke dalam beg kertas dan aku terus bangun berdiri dengan wajah yang sudah pun  pucat lesi. Tidak sesaat aku menjeling ke arahnya. Menonong aku melangkah ke arah pintu pantry.

Baru sahaja ingin melangkah keluar, kelihatan seorang gadis muncul di muka pintu pantry. Nampak aje aku, nak terjojol jadinya anak mata milik gadis yang kelihatan santai dengan jeans biru yang dipadankan dengan t-shirt  dari rona putih tanpa lengan itu.

ERIN HANEE


"You again?" Soalnya sambil merenung ke mari. 

Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya. Aku tidak menjawab. Aduh..nak masuk tu masuk aje lah. Yang halang laluan aku nak keluar ni kenapa?

"What are you doing here?"  Soalnya lagi. Kali ni nada suaranya lebih tinggi dari tadi. Aku tetap tak buka mulut. Sibuk je.

"So Erin Hanee, your brother ada kirim tak dokumen tu?" Suara Tuan Faleeq yang bergema di belakang sana dengan bersahaja, mampu membuatkan gadis ini melarikan anak matanya ke arah lelaki itu.  Manis terus wajahnya apabila disapa lelaki itu.

Macam lilin, cair terus. Meliuk lintuk dia berjalan ke arah Tuan Faleeq. Sempat aku mengerling ke belakang untuk seketika. Kelihatan lelaki itu sedang mengesat bibirnya dengan tisu putih saat ini. Hanee pula kemudiannya menghulurkan sampul besar berwarna coklat kepadanya.

"Here you go! Abang Aliff cakap hati-hati dengan dokumen ni. P&C..maklumlah maklumat rahsia dalam kampus mana boleh bawa keluar. Well..maklumat apa yang ada dalam ni ye?" Soal gadis itu.

"Nothing interesting." Ucap lelaki itu.

Kaki yang baru melangkah keluar terhenti seketika. Abang Aliff? Dr. Aliff Azri adalah abang kepada Hanee? Pantas aku bersembunyi di sebalik dinding di luar pantry.

"La..you dah makan? I bawakan you makanan ni.." Suara halus dan manja milik Hanee berkumandang dengan kecewa saat ini.

"My staff dah belikan I makanan tadi." Jawab lelaki itu pula acuh tak acuh. Erghh kalaulah aku tahu Hanee bawakan makanan untuknya, tak payah aku susah-susah tapau untuk lelaki itu! Menyusahkan aje!

"I nak ingatkan you..you jangan percayakan budak tu tau. Mana tahu dia ada masukkan ubat guna-guna ke dalam makanan ni. Tengok-tengok nanti you tergila-gilakan dia pulak!"

Tersentak aku jadinya. Aduhh menusuk sampai ke jantung hati tuduhan gadis itu terhadapku. Kurang ajar betul!Kedengaran suara Tuan Faleeq ketawa kecil.

"Hanee? Seriously? You are so modern..tapi boleh tahan kolot ya, pemikiran you." Pedas ayat yang keluar dari bibir Tuan Faleeq.

Tersenyum jua bibirku saat ini. Padan muka! Pakai baju kemain seksi tayang sana sini tetapi pemikiran tahap katak bawah tempurung sangat.

"No..I memang modern tapi I percaya benda-benda ni sebab memang wujud pun!"

"Okay enough...ada apa-apa lagi ke sebab I ada meeting dengan Marketing Unit kejap lagi."Usir Tuan Faleeq. Aduhhh nampak macam kisah cinta tak berbalas ni.

"You ni macam nak halau I je..Okay lah I balik." Sah, gadis itu dah merajuk.

 Dengar sahaja kata-kata Hanee, aku terus berdesup meninggalkan tempat ini. Bukan apa, takut dia tahu pula aku pasang telinga mencuri perbualan mereka. Cepat-cepat pintu kecemasan aku buka dan aku melangkah ke arah tangga untuk turun ke bawah.Tapi, kenapa Hanee tu berusaha sangat untuk memburukkan aku? 

Adakah dia rasa tercabar dengan aku yang biasa-biasa sahaja ni? Apa maklumat rahsia dalam kampus yang berada dalam sampul tu? 

***
Jumpa lagi di bab 15 ya!

Thanks semua yang sudi baca dan berikan komen :D Semua komen boleh diberikan di facebook group : 

BILA SURI RYANA MENAIP