**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Thursday 8 March 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 22 & BAB 23]



BAB 22

Aku menghembuskan nafas lega. Nasib baik dia datang dengan kereta. Anak mata kuliar ke segenap kawasan dalam kenderaan ini. Hm..tak pernah pula aku nampak dia bawa kereta ni ke kampus. Kalau hujan sekalipun, tetap juga dia naik motosikal kuasa tingginya tu dan yang pasti, jaket bercorak harimau bintang berwarna hitam dan kelabu akan melekat di tubuhnya. Dari pemerhatian aku, gayanya yang nampak sporty itu membuatkan ramai pelajar terpaksa kutip hati mereka yang tergolek-golek di atas tanah gara-gara terpesona. Tapi, pelajar-pelajar itu selalunya kembali ke alam realiti dan terus menyampah dengan lelaki ini apabila masuk ke kelas yang diajarnya.

Uish..kegarangan dan ketegasannya tu memang menjadi buah mulut secara turun-temurun sejak dia mula berkhidmat 3 tahun yang lepas. Aku? Gila aku nak minatkan dia ni? Berdasarkan sejarah aku dengannya yang selalu dimarahi itu, bukan aje takde feeling, terlintas kat fikiran untuk ada feeling pun tak pernah. Kosong.
Kenapa wajah Tuan Faleeq yang menyapa fikiran? Panahan matanya, gayanya yang maskulin dan berkarisma..semuanya mampu membuatkan jantung aku berdegup laju. Erghh..kau jangan Thalia..lelaki itu akan jadi hakmilik kekal Hanee tak lama lagi. Kau jangan buat hal! Hmm..Tuan Faleeq akan berkahwin tak lama lagi. Maksudnya, aku ni harus jaga mata aku. Jangan ambil tahu lagi halnya, Thalia..jangan selalu curi pandang dan intai-intai dia lagi! Aku mengingatkan diri.Kenapa hati aku masih rasa kosong sejak mendengar berita pernikahannya tadi? 

Aneh betul!



"So, dah bersedia nak terima hukuman?" 

Suara Dr Aliff benar-benar menghentikan lamunanku. Pantas aku menoleh ke arah lelaki yang sedang memakai tali pinggang keledar itu.

 Ya Allah..tubuh kat sini, kenapa fikiran aku berada pada Tuan Faleeq?

"Hmm..dah. Tapi, janganlah sampai melibatkan dekan fakulti Dr. Aliff. Tolonglah.." Rayuku. Dia dah mula tersenyum.

"Thalia..what time is it now? Dekan pun dah pulang ke rumahlah." Ujarnya dengan sangat lembut disertai ketawa kecil si hujung ayat.

 Makan hatilah kalau budak-budak kat kampus tu dengar cara dia cakap dengan aku sekarang. Demam ke dia ni? Hai..kenapa sisi ini tak pernah aku lihat padanya sebelum ni?

"Legalah sikit hati saya ni. Bukan apa, saya ada satu semester lagi selepas latihan praktikal nanti." Aku meluahkan kerisauan yang terbuku di hati.Perlahan dia menggelengkan kepalanya.

"Nope..tak akan libatkan sesiapa. Janji." Ucapnya seraya menghidupkan enjin kereta. Wajah didekatkan sedikit ke mari.Anak mata kami bersatu untuk seketika.

"Just you and me" Ucapnya dengan perlahan. Terkesima seketika aku jadinya. Kucing siam ni memang semakin manja. Adoi..tertekan pulak aku.

"Saya janji, Thalia..tak payahlah cuak sangat." Luahnya lagi bersama ketawa kecil.

Janggal betul aku rasakan ketika ini. Ya lah, berdua begini  di dalam kereta dengan pensyarah yang paling menyampah dengan aku dulu, sesiapa pun di tempat aku akan rasa tak selesa.

"Jadi, apa hukumannya?" Soalku pada lelaki berkulit cerah ini.

Dia tidak mengerling ke mari tetapi dapat aku lihat dia sudah mula ketawa kecil. Lain sekali wajahnya apabila ketawa. 

Bagus juga jadi garang, kalau senyum manis-manis begini, jangankan pelajar, aku takut para pensyarah wanita juga akan terjatuh hati pada lelaki ini.

"Saya ni nampak kejam sangat ke? Am I that scary to you?" Soalnya seraya mengerling ke mari bersama senyuman yang masih bersisa di wajahnya. Aku masih lagi takut untuk senyum. Aduh..kalau aku jawab ya, Dr. Aliff memang kejam dan menakutkan, agak-agak dia
tinggal aku kat tepi jalan tak?

"Saya cuma tertanya-tanya sahaja, Dr. Aliff.." Luahku dengan senyuman tawar di bibir. Risaunya! Hukuman apa ni? Cepat-cepat aku mengerling ke bahagian luar kenderaan. Ni bukan jalan balik UiTM Shah Alam ni. Fuhhh lega. Manalah tahu kalau dia bawa aku jumpa dekan dan ceritakan satu persatu 
kesalahan aku semester lepas.

"Hukumannya adalah.."

Pantas aku merenung ke arahnya. Dia ketawa kecil lagi. 

Aduhaiii main main betul!

"Janganlah buat muka macam tu..saya yang berdebar nanti."
Sumpah jantung aku rasa nak terhenti. Sejak bila dia pandai cakap lembut-lembut macam ni?

Ya Allah..betullah dia dah jadi kucing siam!

"Suspense betul.." Terluah juga ayat itu di bibir.
Tangannya lincah mengawal stereng tetapi anak matanya sempat mengerling ke mari.

"Hukumannya adalah dinner dengan saya malam ni..sebagai tanda kamu menerima maaf saya." Ucapnya. Mampu membuatkan aku terdiam untuk seketika.

"Biar betul?" Terbabas juga ayat yang berlegar di fikiran. 

"Kenapa? Tak percaya?"  Soalnya pula. Aku menarik nafas dalam-dalam.Belum sempat aku menjawab soalannya, dia sudah terlebih dulu bersuara.

"Thalia..saya dah beberapa kali malukan kamu dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada kamu dalam kelas. Saya membuatkan pelajar lain juga bersangka yang bukan-bukan terhadap kamu. Remember, saya pernah tersalah cakap yang entah-entah kamu buat kerja tak senonoh di pusat hiburan malam hari sebab itu datang lewat ke kelas?" 

Aku hanya diam membatu. Memang sakit sangat hati aku masa tu. Rasa nak sembelih je harimau bintang ni buat masak kari!

"Bila saya tahu kamu bekerja mencari rezeki yang halal sepanjang malam..tak tidur untuk bantu keluarga. Saya rasa wajah saya macam ditampar dengan kuat. I know I need to appologise." Luahnya.

 Aku hanya mendengar. Tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi. Sejujurnya, memang aku marah sangat dengan dia sebab asyik tuduh aku yang bukan-bukan namun aku juga ada salahnya. Aku tak pernah ceritakan hal sebenar pun sehingga nampak   seakan-akan aku mengiyakan segala tuduhannya terhadapku. 

"Saya dah lupakan pun hal tu. No problem, Dr. Aliff.." Ujarku dengan bersungguh-sungguh.

"You don't have to do this, really..saya tak nak menyusahkan Dr. Aliff." Luahku perlahan sambil mengerling ke arahnya beberapa saat. takut pula nak pandang lebih-lebih.

Anak matanya masih serius difokuskan pada jalan raya di hadapan sana.

"Dah dah..jangan fikir apa-apa. Tak menyusahkan pun. Lagipun, takde orang nak makan malam dengan saya hari ni. Family balik kampung and my friends are all busy. Nasib baik kamu availabale. Perfect!" Ucapnya bersama senyuman seraya membelokkan kenderaan ke lorong kanan jalan. Aku pula hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Cepat-cepatlah masa berlalu. Tak sanggup lagi rasanya nak harungi situasi janggal ni. 

***



Aku meliarkan pandangan ke segenap kawasan restoran makanan barat yang cantik rekaannya ini. Makanan memang not bad at all! Blackpepper steak yang aku order tadi pun lembut dan sedap! Tak banyak yang dibualkan sangat pun semasa makan tadi. Hanya hal-hal umum dan yang berkaitan dengan universiti. Ada jugalah terselit gosip sedikit tetapi tahu-tahu sahajalah, Dr. Aliff ni bukan jenis yang suka bergosip orangnya.

"So, what's your plan lepas grad nanti?" Soalnya tiba-tiba. 
Tak jadi aku nak minum. Gelas berisi jus oren di tangan aku letakkan kembali ke atas meja. 

"Honestly, saya belum pasti nak bekerja dulu atau sambung belajar. Masih samar-samar." Jawabku dengan jujur. Dia kulihat menganggukkan kepala sedikit. Cawan kopi dicapai dan dihirupnya sedikit. Kemudian, dia bersuara.

"It's okay, don't rush in making your decision..masih ada masa untuk buat keputusan." Ucapnya dengan tenang. Aku pula hanya menganggukkan kepala, tanda setuju.

"Ahem.."

Isk, jenis deheman ni yang aku tak suka. Hatiku mulalah tak sedap ni. Tudung di kepala aku betulkan sikit dan aku mencapai gelas berisi jus. Baru sahaja menyedut sedikit minuman dengan menggunakan straw, lelaki ini berbicara lagi.

"What do you think about those roses?"

Terdiam aku jadinya. Roses? Jambangan bunga mawar merah yang kini menghiasi bilikku itu terbayang di fikiran. 
Gementar terus jadinya aku. Bulat mataku merenung ke arahnya saat ini.

"Bunga tu Dr. Aliff yang beri?" Soalku dengan nada tidak percaya. Dia menganggukkan
kepala bersama senyuman di bibir.

"Er..kenapa Dr. Aliff berikan saya bunga?" Soalku dengan dada yang berdegup kencang.

"Sebagai tanda minta maaf." Ucapnya selamba.

"Tapi.." Belum sempat aku bersuara, lelaki ini mengeluarkan sesuatu dari beg sandang belakang di sebelahnya. 

Terpempan aku!

 Dia ni nak buat aku sakit jantung ke? Sumpah, sedikittt lagi nak tersembur jus oren di dalam mulut Belum habis terkejut tentang bunga, dia buat aku tergamam lagi dengan hadiah di hadapan mata pula. Kenapa dengan awak ni Dr. Aliff?

"This is for you." Ucapnya seraya menghulurkan hadiah berbentuk segi empat tepat yang dibalut cantik. Perlahan aku mencapainya. Aku merenung tepat ke arahnya sambil cuba menenangkan diri.  

"Dr. Aliff..saya tak boleh..." Belum lengkap ayatku, lelaki di hadapanku ini terus bersuara.

"Tahniah kerana berjaya menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan." Tenang sahaja dia berkata begitu. 

Dia tak tahu aku ni dah separuh mati menahan rasa terkejut. Aduh..Dr. Aliff, saya lagi suka awak garang. Kalau awak baik macam ni, saya takut!

"Thalia?" Dia bersuara. Sebelah keningnya terjungkit ke mari. Mahu tak mahu aku mendongakkan wajah ke arahnya.

"Well..I am speechless." Berat sebenarnya kata-kata itu keluar dari bibir.  Ketawa kecil
jadinya dia.

"No..don't be speechless. Saya tahu awak suka benda ni. So, I thought why not kalau saya berikan pada awak." Ucapnya sambil membetulkan kaca mata di wajah.

"Thank you." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut.Redup pandangan matanya merenung ke mari.

"You're most welcome, Thalia Aysara." Ucapnya bersama senyuman manis di bibir.

Entahlah aku patut rasa suka atau tidak dengan keadaan ini. Anak matanya yang masih berada di wajahku membuatkan aku tak selesa pula. Pantas aku melarikan pandangan ke arah lain. Dr. Aliff, kalau saya boleh program otak awak kembali, saya set kan mode garang saat ini. Sebab bila awak sweet-sweet macam ni saya yang rasa lain macam!
***


BAB 22 A

Sekejap betul waktu berlalu. Dah pukul 9 malam! Alhamdulillah nasib baiklah restoran tadi ada menyediakan ruang solat. Kejap lagi aku hanya perlu bersihkan diri dan tidur aje! Dr. Aliff..Dr. Aliff..kelakar pun ada jugak bila fikirkan balik. Tak aku sangka lelaki yang suka cari salah aku dulunya ini adalah seorang yang baiklah jugak. Bersungguh-sungguh dia mahu hantarkan aku ke lobi kondominium ini walaupun dah berbuih mulut aku menolaknya. Ah, lantaklah. Bukan aku yang paksa..dia yang beriya! Katanya, kalau apa-apa jadi dengan aku nanti dia yang terpaksa bertanggung jawab. Bukannya aku tak pernah naik atas tu sendiri pun. Walaupun baru seminggu lebih menetap di sini, aku memang dah sangat terbiasa dengan kehidupan di sini. Bersama perut yang kenyang, aku terus membuka pintu kereta BMW berwarna putih ini. Selepas Dr. Aliff mengunci keretanya, dia terus melangkah mendekati aku.

"Alright, let's go!" Ucapnya bersama senyuman yang manis.

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja dan kami berjalan beriringan saat ini. Hadiah yang berada di tangan aku genggam kemas bersama rasa janggal yang masih belum surut. Kami sama-sama melangkah masuk dalam lobi.





"Hey, Faleeq!"

Mendengar sahaja nama itu meniti di bibir Dr. Aliff, aku terus mengangkat wajah. Serentak dengan itu, jantung aku mulalah berdebar. Di bawah lampu chandelier yang menyinari, aku lihat Tuan Faleeq melangkah dengan penuh gaya ke mari bersama Adib di sebelahnya. As always, he's so hot yet so cold! Tanpa sedar hatiku berbisik begitu. Isk, Thalia..tak lama lagi dia akan jadi milik orang! Jangan pandang lebih-lebih!


Baru sahaja ingatkan diri, pandangan aku berlaga jua akhirnya dengan pandangan lelaki yang semakin mendekat itu. Kenapa renungannya itu selalu buat aku rasa gementar dan berdebar walaupun tidak ada secalit senyuman langsung  di wajah serius itu? Jenis tenungan yang mampu membuatkan aku terleka walaupun untuk seketika pandangannya  singgah ke mari. Anak mata Tuan Faleeq kemudiannya kulihat  berlari pada hadiah di tanganku sebelum berpindah ke wajah Dr. Aliff kembali.

"Hey bro! Kenapa tak call dulu? I'm going to my parents' place.." Ucapnya sambil menepuk bahu Dr. Aliff. Bau wangian yang dipakainya mula mendominasi ruangan ini.

"It's okay..this time aku singgah untuk hantar Thalia. We just got back from our dinner." Ujarnya. 

Tuan Faleeq menganggukkan sedikit kepalanya. Wajah aku dikerling 2 saat. Aku dah rasa nak hantuk kepala ke dinding. Dr. Aliff ni pun satu. Kalau BFF pun perlu ke nak cerita semuanya?

"Oh..okay then, Aliff. Catch you later." Ucapnya sambil menganggukkan kepala. Dr. Aliff
pula menepuk bahu rakan karibnya ini.

"Alright bro..see you around soon!" Sebaik sahaja Dr. Aliff berkata begitu, Tuan Faleeq terus menonong pergi tanpa memandang langsung ke arahku. Adib pula yang mengejar langkahnya sempat tersenyum ke arahku sebelum mengekori jejak langkah boss nya tu.

"He is so attractive and good looking, huh?"  Soal Dr. Aliff dengan tiba-tiba, membuatkan
aku tergamam. Tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana.

"Well.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.

"Sorry if I'm making  you uncomfortable with that question. Women everywhere fell head over heels for his charm..termasuk my sister, Hanee." Kata-kata Dr. Aliff membuatkan ada perasaan aneh berselirat di dalam hati aku. 

Tidak, aku tak cemburu tetapi tidak tahu apakah perasaannya ini.

"Tertanya-tanya juga saya pendapat kamu tentang dia."  Sela pensyarah muda ini lagi. Aku hanya mampu tarik senyuman segaris.

"Tuan Faleeq tu tempatnya kat dalam otak saya ni, sama juga seperti  Dr. Aliff..kategori yang bagaimana ya? Erm..kategori yang tak berani saya nak analisa dan fikir lebih-lebih. Rasa seperti ada gap yang sangat-sangat besar antara kita." Luahku saat ini. 

"Tapi..kamu tahu kan, perasaan tertarik, suka, cinta..these feelings know no gap..no boundaries, Miss Thalia Aysara.."
 Nyata ungkapannya yang ini membuatkan aku kehilangan kata-kata. Hanya senyuman sahaja yang mampu aku berikan padanya ketika ini.

Thalia..Thalia! Tak berani nak fikir tentang Tuan Faleeq konon! Padahal selalu aje kau curi pandang dia.Terintai-intai dia. Kalaulah lelaki berhidung mancung itu tahu, pasti dia makin perasan yang dia tu kacak agaknya!

Sebut tentang Tuan Faleeq, satu hari ni dari pagi tadi aku tertanya-tanya tentang keadaan lelaki itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku terlalu ingin tahu tentang keadaannya selepas dia bertekak dengan mama dan papanya tadi. Okay kah dia? Hmm..tapi tadi, takde pula dia kelihatan seperti bermasalah ke apa. Nampak biasa aje. Entah-entah dia suka agaknya disuruh kahwin dengan Hanee. Apa kata orang? Ha, pucuk dicita ulam mendatang!

***

Pusing ke kanan sudah, pusing ke kiri pun sudah. Pokoknya semua posisi tidur yang ada dalam dunia ni aku dah cuba tetapi mata ni buat hal betullah! Aaduhhh geramnya..sudahlah esok perlu ke pejabat. Mata ni tak mahu lelap pula. Dah kenapa ni wahai sang mata? Aku mula bangun dari pembaringan. Tubuh kusandarkan pada kepala katil bersama helaan nafas berat. Perlahan-lahan aku menggerakkan tubuh ke bahagian kanan katil dan lampu tidur yang terletak cantik di atas meja aku petik dengan sebelah tangan. Di bawah cahaya lampu kuning yang samar-samar ini aku merenung kosong ke arah hadiah pemberian 
Dr. Aliff di atas meja kecil di sisi katil. Buku-buku dari Najwa Zebian, The Nectar of Pain dan Mind Platter yang aku pernah cari di kedai buku yang letaknya berhadapan dengan kampus kini menjadi milikku.



 Aku memetik jari! Haaa baru aku teringat, kami pernah terserempak di kedai buku tersebut dulu. ketika itu dia sedang beratur untuk membuat bayaran dan aku juga ke kaunter bayaran  untuk bertanya tentang buku tersebut. Aku pasti dia terdengar apa yang aku dan kakak di kaunter itu bualkan. Senyuman terbit di bibir saat ini. Gembira sebab buku-buku yang diidamkan kini sudah menjadi sebahagian dari koleksiku. Tidak lama senyuman bertahan di bibir apabila terpandang ke arah jambangan bunga yang menghiasi bilik ini kini.

Adakah normal untuk seseorang lelaki memberikan seorang wanita itu sejambak bunga sebagai tanda minta maaf?

 Ah kusutnya! 

Tak tahu nak fikir tentang Dr. Aliff atau tentang Tuan Faleeq saat ini. Yang nyata kedua-duanya menjadi penyebab aku tak boleh tidur dan sangat serabut!Tangan kanan terus menjalar ke arah telefon bimbit. Lekas-lekas aku mencapainya dengan perasaan yang bercampur-baur. Ah, dah pukul 11 30 malam!
Nafas aku tarik dalam-dalam saat jemari sibuk berlari di atas skrin telefon bimbit. Debaran di dada pula semakin menjadi-jadi saat ini. Betul, aku harus juga hantar mesej kepada lelaki itu. Jika tidak, sampai ke pagilah aku tak boleh tidur gara-gara terlalu risau. Mesej yang aku taip sebentar tadi  aku baca sekali lagi saat ini.

"Assalamualaikum Tuan Faleeq..maaf mengganggu. Adib ada beritahu saya yang Tuan Faleeq ingin berjumpa dengan saya pagi tadi. Jadi, pada pukul 12 30 pm macam tu saya pergi ke pejabat Tuan Faleeq tetapi tak jadi masuk sebab saya terdengar  suara Dato' dan Datin  kat dalam pejabat. Saya tak nak ganggu perbualan Tuan Faleeq dan keluarga. Sebelah petangnya pula, saya ke pejabat Tuan Faleeq tetapi Tuan Faleeq tidak ada di pejabat."

Aku terus menghantar mesej itu kepadanya. Lega sedikit keresahan di hati. Tak sampai seminit, telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Pantas aku memfokuskan pandangan ke arah telefon bimbit di tangan.

"Kau terdengar suara mama dan papa dalam pejabat?  Kau intai aku lagi. Didn't you?" 

Mulalah jantung aku buat hal! Sebelah tangan dah memicit lembut kawasan kepala. Dia nampak aku ke? Atau dia main tembak aje? Baru sahaja aku merangka ayat untuk ditaip,
lelaki itu terus menghantar satu lagi mesej kepadaku.

"Jumpa kat luar. Now."

Berkerut wajahku saat ini. Mesej tersebut aku baca sekali lagi. Betul, dia ajak aku berjumpa di luar rumah! Aduhhh dia ni sahaja nak buat aku kalut ke apa? Kepala yang tak gatal aku garu kasar. Susah betul berjiran dengan boss besar. 

Mahu tak mahu comforter yang membalut sehingga ke 
pinggang aku selak dan aku mula melangkah  turun dari katil. Mesej lelaki itu aku balas dengan wajah yang kelat.

"Okay."

Itu sahaja yang aku taip tadi. Tubuh aku perhatikan di hadapan cermin. Okaylah pakai macam ni. Bukannya nak pergi dating ke apa. Silap-silap aku akan berlawan cakap dan bertekak dengan lelaki itu. Tak payah nak bersiap sangat Thalia! Bagai ada suara yang berkata begitu saat ini.
Baju lengan panjang dan seluar panjang di badan ni nampaknya sudah menutup auratku dengan sempurna. Tinggal sarung tudung aje. Terus aku mencapai tudung bawal di dalam almari dan aku sarungkan ke kepala. Bersama hati yang berat aku melangkah keluar dari bilik. Eh, Didee belum tidur lagi? Nampaknya dia sedang menonton televisyen sambil menghirup minuman panas.
"Thalia! Kau nak ke mana tu?" Soalnya dengan pelik apabila nampak kelibatku di ruangan ini.

"Err..boss aku tu..dia nak jumpa! Aduh Dee..mesti aku kena marah lagi ni." Muka aku dah berkerut teruk saat ini. 

Debaran pula makin laju. Jantung aku memang tak sebulu dengan lelaki itu.

"Laa..dah kenapa?" Soal Didee.Cawan diletakkan di atas meja 
dan dia terus menerpa ke mari.
Pandangan simpati diberikan pada aku.

"Mana tidaknya, dia tuduh aku intai perbualan dia dengan Dato' dan Datin."
 Luahku dengan berat hati. Didee merenung ke arahku bersama senyuman nakal di bibir. 

DIDEE


"Kau intai ke tak?" Soalnya sambil tersenyum-senyum seraya mencubit pipiku. Pantas aku menepis tangannya.

"Dee..aku bukan sengaja nak intai...tapi aku memang terintai!" Nyata jawapanku mampu membuatkan gadis ini ketawa. Dia hanya menggelengkan kepala sahaja melihat gelagatku.

"Apa punya alasan daa..pergi je lah jumpa. Kau sendiri yang cakap hari tu, yang dia tu tak makan orang!" Ujar Didee dengan wajah yang lucu.

"Isk! Sebal betullah Tuan Faleeq tu! Ada je benda yang dia tak puas hati dengan aku." Omelku dengan geram.

"Dah..kau pergi je. Lagi cepat settle, lagi senang hati kau, Thalia."

Hati aku mengiyakan kata-kata Didee yang nampak selesa dengan baju kaftan kain kapas
yang bercorak batik di badannya.  Betul jugak tu, baik aku selesaikan segalanya secepat
mungkin.

"Aku pergi dulu Dee." Ujarku dan terus melangkah ke arah pintu.

"Jangan dating lama-lama tau. Dah malam sangat ni!" Didee pula sempat lagi mengusikku di belakang sana.Aku tayang wajah masam.

" Tak ingin aku nak dating dengan si lelaki beku tu!"Getusku dan aku aku terus menyarungkan kasut ke kaki.

Tangan kanan memulas tombol pintu dan aku mula melangkah keluar saat ini. Terpempan aku jadinya apabila kulihat lelaki yang memakai t-shirt biru gelap itu sedang berdiri betul-betul di hadapan rumah. Macam model pun ada gayanya bersandar pada dinding tu. Terus dia melangkah ke mari. Tengah malam buta pun lelaki ini nampak kemas dan segak. Tanpa sedar hatiku memuji. Bagai ada tarikan pula untuk aku membalas renungannya yang sangat misteri itu. Makin resah rasanya hati. Habis musnah semua ayat yang sudah kurangka cantik di dalam kepala.

"Assalamualaikum Tuan Faleeq.." Akhirnya aku bersuara juga. Tubuh aku sandarkan pada dinding pintu di bahagian luar ini.

"Waalaikumussalam." Pertama kali, aku dengar dia jawab salam. Selalunya, hampeh..tak tahulah kalau sebelum-sebelum ni dia jawab dalam hati! Aku terus membuka mulut dengan sangat kalut kemudiannya.

"Tuan Faleeq..maaf, saya memang takde niat nak intai Tuan Faleeq pun pagi tadi. Saya cuma terdengar suara Datin. kat dalam tu." 
 Aku lihat dia mendekatiku. Sangat dekat. Di bawah cahaya lampu sensor berwarna kuning dia merenung dalam-dalam wajahku saat ini. Mulalah aku jadi tidak keruan.  Mahu mengundur ke belakang, memang tak boleh sebab memang dah takde ruang untuk aku melangkah.



"Aysara.." Apabila dia menyebut namaku begitu, automatik jantungku berdetak laju.

"Why did you do that? Hmm?" Soalnya dengan sangat serius.
Tidak ada riak sinis atau riak marah di wajahnya. 

"Pintu kecemasan tu renggang..jadi saya.." Baru sahaja membuka mulut dia menggelengkan kepalanya.

"No. Bukan tentang kejadian tadi. I am talking about yesterday's incident." Luahnya dengan renungan yang sedikit redup. Makin gelisah jadinya jiwaku saat ini. Blur terus otak aku saat kulihat anak matanya berlari ke serata wajahku saat ini.

"Tell me the truth..why did you do that? Kenapa kau sanggup jatuh dari kerusi untuk selamatkan reputasi aku? Why did you bite the bullet masa selamatkan aku dalam kebakaran dulu? Kenapa sanggup ambil risiko untuk bahayakan diri? You don't even know who I am.." Soalnya dengan penuh rasa ingin tahu.

 Alamak apa nak jawab ni? Aku sedar sekiranya aku tidak bijak dalam menggunakan ayat, buruk padahnya nanti.

"Eh, Tuan Faleeq yang cepat perasan ni. Saya tak fahamlah apa yang Tuan Faleeq katakan. Saya betul-betul  terjatuh. Kerusi tu  dah rosaklah! Masa kebakaran tu pula, siapa sahaja di tempat Tuan Faleeq saya akan selamatkan. Kalau ada kucing ke..arnab ke..musang ke..hatta tikus sekalipun tetap saya akan cuba untuk bantu bawa keluar." Kelam-kabut aku bersuara.

 Aku lihat dia tidak memberikan sebarang reaksi. Aneh sekali anak matanya memanah ke mari malam ini. Menusuk sehingga ke dasar hati. 

"Nasib baik saya tak patah kaki  atau terputus urat..kalau tak saya terpaksa saman Tuan Faleeq tau." Aku menyambung lagi ayatku dengan nada yang pura-pura marah untuk menutup kekalutan di hati.Dia meraupkan wajahnya sedikit  kemudian wajah itu tunduk merenung ke arahku kembali dengan renungan yang sukar untuk dimengertikan.

"Aysara..please be honest to me. Kenapa kau sanggup jatuhkan diri dari kerusi tu?" Sekali lagi dia menyoal.

"Am I that pitiful?" Terjungkit sebelah keningnya. 

Kenapa aku rasa sangat pilu ketika ini? Aku tak mahu dia rasa tak berdaya dan tak berguna. Pantas aku menggelengkan kepala.

"No..garang macam ni, pitiful apanya?" Sengaja aku memancingnya untuk memarahi aku. Biarlah..asalkan dia tak rasa begitu.

"Was it out of sympathy? Atau kau buat macam tu sebab kau suka aku? Sebab kau sayang aku? Sebab apa? Mesti ada sebabnya!" Soalnya lagi, kali ini sedikit tegas. Berbahang rasa wajah. Detak jantung sudah mula merimaskan jiwa. Sabar, Thalia..jangan pengsan pulak kat sini!

"M..ma..mana a..ada suka..sa..sayang semua tu?!" Dengan kalut aku menafikan. Jangan luruh jantung aku ni sudah!

"Kau tak suka aku? Tak pernah ada sedikit pun perasaan untuk aku? But many times..too many times I caught you staring at me. Seriously, no feelings for me at all?" Soalnya seakan-akan inginkan kepastian pula. Jantung, tolong ya..jangan buat hal. Berdebar teruk aku jadinya. Sumpah aku rasa macam dah sesak nafas.

"And you're blushing now." Ucapnya yang sedang merenung dengan bersungguh-sungguh ke mari bersama kerutan di wajahnya. 

Nyata aku seperti sudah boleh mendengar sendiri detak jantung yang berdegup kencang. Wajah terus aku kipas dengan kedua-dua belah tangan.

"Ni bukan blushing ke apa..muka saya merah-merah sebab panas! Tu..Tuan Faleeq tak panas ke?" Kelam-kabut aku bersuara dengan hati yang tidak keruan.

"Bi..bila masa saya curi pandang Tuan Faleeq? Ingat saya takde kerja ke?" Dalihku dengan
beriya-iya. Aduhhh malunya!

Wahai mata, kenapalah tak jaga pandangan kau tu! Tengok, dia dah perasan aku selalu
tenung-tenung dia! Aku mula memarahi diri. Renungan yang semakin redup membuatkan
aku terus melarikan pandangan ke arah lain.

"Aysara..your mouth can lie but your eyes will always tell the truth.." Ujarnya serius.

Dah kenapa dengan lelaki ini? Anehnya dia malam ni?

"Tuan Faleeq..mana berani saya nak tenung-tenung Tuan Faleeq? Lagipun Tuan Faleeq kan dah nak kahwin dengan Cik Hanee! Pilihan ibu bapa ni selalunya berkat"

 Alamak, gara-gara cemas, terkantoi sudah aku mendengar perbualannya dengan ibu dan bapanya tadi. Pantas aku menutup mulut dengan sebelah tangan. Aku lihat lelaki ini mengecilkan anak matanya sedikit.

"Hanee?" Soalnya sedikit blur. Sebelum dia naik angin sebab aku intai dia, baik aku masuk dalam.

"Sa..sa..saya masuk dulu. Ayah saya cakap tak elok anak dara macam saya ni berdua-duaan dengan lelaki malam-malam macam ni. Takut ada yang ketiga pula nanti." Ujarku bersama senyuman sumbing. Baru sahaja mahu berpaling darinya, dia terus bersuara.

"Tak..sekarang aku cuma nak tahu kenapa kau sanggup malukan diri dan jatuh dari kerusi? Aysara..please, let me know the truth.." Pertama kali dia merayu begini. Anak mata terus kularikan ke arah lain. Aku tidak mahu egonya tercalar. 

Aku juga tidak mahu dia rasa dirinya lemah. Wajahnya aku pandang dalam-dalam.

"Bukan atas dasar simpati. Bukan sebab kesian. Bukan juga sebab suka atau cinta atau sayang. Janganlah risau..saya masih sedar diri saya siapa. Saya tak kaya raya macam Hanee dan saya pun tak seksi dan modern macam dia. Saya tahu Hanee tu adalah adik Dr. Aliff dan dari keluarga yang baik-baik. Saya tahu tahap saya di mana dan saya tahu taraf saya di mana. Manalah padan saya dengan Tuan Faleeq. Jadi, semua tekaan Tuan Faleeq tu salah.." Luahku dengan bersungguh-sungguh.Dia hanya merenung ke mari sahaja tanpa menyampuk.

"Saya cuma mahu balas budi Tuan Faleeq yang pernah tolong saya dulu. Itu sahaja." Luahku. Aku tak tahu dia faham ke tak dengan alasan yang aku berikan ini.

"Dan sebab itu kau setuju dengan permintaan mama aku? Sebab nak balas budi?" Terjungkit kening kanannya saat bertanyakan soalan itu. Aku menganggukkan kepala saat ini.

"Yeah..walaupun saya tak tahu macam mana nak tolong awak. Tapi, honestly bila Datin minta tolong, saya sedia membantu." Ucapku dengan jujur.

Ada riak aneh dapat kukesan di wajahnya. Riak begini
membuatkan wajahnya semakin menarik untuk dipandang pula. Pantas aku larikan anak mata
ke arah lain untuk seketika.

"Kau tahu tak jenis bantuan yang bagaimana yang mama aku minta?" Soalnya.

Aku hanya mendiamkan diri. Otak mulalah bekerja. Jenis bantuan bagaimana? Aku pun samar-samar sebenarnya.

"Err..tak tahu Tuan Faleeq. Saya hentam je bersetuju untuk bantu Tuan Faleeq sebab saya kasihankan Datin Sofia." Luahku dengan jujur.

Aku lihat dia menggelengkan kepalanya. Rambut diraupkan ke atas dan kemudian dia merenung ke mari. 
Why did he smirk at me? 

Walaupun hanya senyuman senget mampu membuatkan aku berdebar teruk. Aku tak salah tengok ke ni?  Senyuman pelik itu tidak lagi bersisa di bibir itu namun mampu membuatkan aku sedikit terleka. Sah, dia dah jampi aku!!

"Aysara..Aysara." Kepala digelengkan sedikit saat ini. Bertambah aneh renungan yang diberikan kepadaku.

"Looks like you don't even know what's goin on, young lady.." Ucapnya dengan sedikit misteri. Berkerut-kerut dahiku saat ini. 

"Err..I don't understand what you are saying, Tuan Faleeq..." Ujarku dengan bersahaja. Kenapa hati aku semakin gementar saat ini? Misterinya!

"It's okay. Soon you will.."

"Soon enough." Sambungnya lagi membuatkan hati aku semakin tertanya-tanya sendiri.

Apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Faleeq? Perkara apakah yang sedang berlaku tetapi aku langsung tidak menyedarinya? Hatiku mulalah diasak rasa pelik dan aneh yang tidak bertepi.

"Get in. Sudahlah tadi penat berdating dengan Aliff. Nanti lewat pula ke pejabat esok! If that happens, no allowance for you this month!" Sempat lagi dia membidas aku.  Mana aci kalau lewat sekali terus tak dapat elaun terus? Kejam!
Aku merenung ke arahnya dengan pandangan tak puas hati. Aduh..janganlah dia salah sangka pula!

"Tuan Faleeq..mana ada dating. Saya.."  Kelam-kabut aku bersuara namun dia terus mencantas.

"No. You don't have to explain anything. I saw you two with my own eyes and I know what is happening."  Ucapnya dengan selamba. Sah, dia dah salah sangka. Aku mula menggelengkan kepala.

"Tapi..."

Dia terus mendekatiku dengan sangat rapat membuatkan aku tersentak. Kelam-kabut aku menggerakkan tubuh ke kiri apabila tangannya memulas tombol pintu. Owh..nak tolong bukakan pintu rupanya. Ingatkan apa. Gaya macam nak tumbang atas aku je! Isk! Debaran mulalah  melemaskan jiwa apabila renungannya singgah di wajahku. Tidak ada kata-kata yang keluar dari bibirnya. Hanya anak mata yang berbicara di seluruh daerah wajahku untuk seketika.

"Get in!" Arahnya.

Anak mata dilarikan ke arah pintu yang terbuka luas. Gentleman pulak dia ni tolong bukakan pintu walaupun muka tu masih beku dan garang!  Aku pula yang masih tidak percaya dengan apa yang berlaku terus bersuara dengan tergagap-gagap.

"Err..o..okay..s..saya masuk dulu. Assalamualaikum!" Cepat-cepat aku berkata begitu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu aku tutup serapat-rapatnya. Tidak berani lagi aku mahu membalas renungannya itu. 

Sesungguhnya aku baru perasankan sesuatu malam ini. Wajahnya memang beku tetapi renungannya mampu menghangatkan sesiapa yang memandang. Tubuh terus kusandarkan pada pintu. Didee pula pantas meluru ke mari. 

Terkebil-kebil dia memandang ke arahku.

"Apesal muka kau macam ni? Kau dating dengan Tuan Faleeq ke dengan hantu tadi?"

Soalan Didee itu tidak kujawab. Kedua-dua belah tangan hanya mampu menyentuh dada yang masih berdebar kencang.

 ***
BAB 23

Ah...penatnya hari ini! Terkelepek sudah tubuhku di atas sofa yang sangat empuk. Memang padat jadualku dari pagi sampailah ke petang. Maklumlah, aku sekarang perlu juga menyertai mesyuarat dengan Unit Pemasaran berkenaan event Pesta Rasa Al-Hayyan yang akan berlangsung di Star Hypermarket yang terpilih nanti. Pembahagian tugas sudah pun dijalankan tadi. Jadi, memang banyaklah yang perlu dibincangkan untuk menjayakan event tersebut. 

Di unit kewangan pula, di samping buat 'vouching', Kak Has ajar aku menggunakan sistem atau program SAP. Software tersebut digunakan oleh banyak syarikat-syarikat besar. Memang asas SAP  ini amat penting untuk pelajar perakaunan sebelum memulakan latihan praktikal atau latihan industri. Esok pula aku perlu bincang dengan Kak Has tentang seminar GST dan juga training berkenaan cukai. Aduh..bahagian kepala aku picit sedikit. Tengok, dah balik rumah pun fikiran masih di pejabat.

"Thalia..aku pun akan dihantar ke Bayu Resort tau nanti untuk seminar GST tu." Beritahu Didee yang tiba-tiba muncul bersama pinggan yang penuh dengan buah epal dan pear di tangan. Teruja terus aku dengar. 

Nampaknya, Didee pun masih fikir hal pejabat jugak. Pantas aku membetulkan duduk. 

"Wahhh! Bestlah kalau macam tu. Ada jugaklah geng!" Ucapku dengan penuh semangat. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebekahku. Sepotong buah epal dicapai dan dia menghulurkan pinggan di tangannya ke arahku.

"Makanlah." Pelawanya. Aku terus mencapai sepotong buah pear dari dalam pinggan dan aku masukkan ke dalam mulut. Manis!
"Bolehlah kita pergi sekali nanti.Semangat dah aku ni nak sertai seminar tu!" Kata-kata Didee buat aku teruja betul. Bersinar mataku merenung ke arahnya.

"Boleh sangat Dee. Kita pergi sama-sama ya! Sudahlah aku dengar, lokasi resort tu di tepi pantai. Mesti cantik! Sambil menyelam minum air!!" Gembira suaraku bergema saat ini. Didee pun nampak seronok.

"Aku kan, dah lama tau teringin nak berkelah tepi pantai. Kau boleh bayangkan tak angin laut yang menghembus lembut pipi kita ni dan bunyi deruan ombak yang sangat menenangkan telinga? " Terpejam-pejam matanya apabila berbicara begitu.

Sah, Didee dah berangan lebih ni. Aku mula tersengih lucu.

"Bestnya Dee..aku pun dah lama sangat tak ke pantai..3 tahun lebih!" Luahku yang dah mula teruja ni.Kalaulah si HR Manager Kak Tim tu tahu apa yang aku dan Didee  bualkan ni, silap-silap dia potong nama aku dari menghadiri seminar tu.

"Eh aku dengar kan, bukan Forby & Co. dan Al-Hayyan Group aje yang hantar perserta tau. Ahli-ahli akademik pun ramai yang akan join nanti. Salah seorangnya Dr. Aliff." Ujarku sambil merenung ke Didee.

"Biar betul, Thalia?Dr. Aliff bagitahu kau ke?"

 Belum sempat aku menjawab pertanyaan Didee,  telefon bimbitku berdering dengan nyaring saat ini. Tak jadi aku nak gapai sepotong buah epal dari dalam pinggan. Telefon bimbit yang terdampar di atas sofa aku capai dan anak mata kufokuskan ke arah skrin.

"Siapa yang call tu?" Soal Didee.

"Tira, Dee." Ucapku dengan sedikit serius. Telefon bimbit kulekapkan di telinga.

"Assalamualaikum along.." Kedengaran suara adik tunggalku itu di hujung talian. Kenapa suaranya semacam je ni? Wajah Didee aku pandang dengan riak cemas.

"Waalaikumussalam.." Ucapku. Kemudian, aku terus bersuara lagi.

"Tira, kenapa ni? Ayah sihat?" Terburu-buru aku bertanyakan soalan itu.

"Alhamdulillah ayah sihat. Ayah nak cakap dengan Along." Jawabnya.

"Okay.."
Nafas aku tarik dalam-dalam. Doaku moga-moga semuanya berada dalam keadaan baik sahaja. Ameen.

"Assalamualaikum.." Suara garau itu menyinggah telinga membuatkan aku semakin susah hati.

"Walaaikumussalam ayah.." Aku menjawab salam dengan rasa yang sukar digambarkan. Rindunya aku dengan ayah..rindunya aku dengan kampung!

"Kamu sihat, Thalia?" Soal ayah dengan sangat serius. Rasa cemas sudah makin berkurangan.

"Alhamdulillah Thalia sihat." Ucapku. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini.
Ayah rindukan akulah tu. Ada senyuman yang bertakhta di bibir. Otak mula mencongak bila masa yang sesuai untuk aku pulang ke kampung dan melawat ayah.Mungkin selepas seminar dan training nanti.

"Thalia..ada orang meminang kamu."

Mati terus senyuman di bibir. Terketar-ketar tangan saat ini. Telefon bimbit terlepas dari genggaman lalu menggelongsor ke atas ribaku. Tak mungkinlah, Thalia..kau salah dengar ni. Bisikku di dalam hati.Anak mata kularikan ke arah Didee.
Rakan karibku  yang sedang enak menjamu selera itu merenung ke mari dengan seribu tanda tanya di wajahnya.
Pantas aku mengutip kembali telefon bimbit itu dan aku lekapkan di telinga.

"A..apa dia ayah? B..boleh ulang sekali lagi? Thalia tak dengar.." Soalku dengan jantung
yang berdegup dengan sangat laju.

"Ada orang meminang kamu, Thalia..kamu tahu tak tentang perkara ni?" Soal ayah dengan bersungguh-sungguh. Gementar aku jadinya. Wajah Abang Joe terbayang di fikiran. Lama tak dengar berita, tiba-tiba dia muncul dan meminang aku? Drama apa yang dia sedang buat ni??!

"T...T..Tak tahu! A..a...bang Joe ke?" Tergagap-gagap aku menyoal. Susah hatinya! Didee hanya pasang telinga sahaja sambil mengerling ke mari.

"Bukan Johan!" Luah ayah. Aku mengerutkan dahi.

 "Ha..habis tu siapa ayah?"

Ayah mendiamkan diri untuk seketika membuatkan aku semakin tertanya-tanya. Di dalam kepala, otak sudah merangka alasan dan jawapan untuk aku menolak pinangan tersebut.

"Majikan kamu, Dato' Firas dan Datin Sofia datang meminang kamu untuk anak mereka, Faleeq Al-Hayyan." Berita itu benar-benar membuatkan aku terkesima!
Tersandar aku pada dinding sofa jadinya. Wajah jiran sebelah yang juga majikanku itu terbayang di dalam fikiran. Isk..tak mungkin..tak mungkin! Perlahan aku menggeleng. Habis tu bagaimana dengan Hanee? Ada kesilapan teknikal ni!

"B..iar betul a..yah? D..diorang takde cakap a.apa pun?"  Tergagap-gagap aku bersuara. Seram sejuk rasa tubuh saat ini. Sumpah aku rasa macam nak pengsan!

"Datin Sofia sendiri cakap yang kamu dah bersetuju, Thalia. Bagaimana pula kamu cakap kamu tak tahu ni.." Ada nada pelik dalam kata-kata ayah itu. 

Kepala yang tak gatal aku garu dengan kasar. Tersentak teruk aku jadinya. bila pula aku bersetuju? Tahu menahu tentang hal ini pun tidak. Apa semua ni? Ya Allah..apa yang sedang berlaku? Sungguh aku benar-benar tidak faham!

"Ayah..demi Allah, Thalia tak tahu pun tentang perkara ni. Betul." Luahku dengan bersungguh-sungguh. Adoi..berat terus rasa kepala. Kenapa pula Datin Sofia pinang aku? Yang mahukan sangat anaknya tu adalah Hanee.

"Macam ni lah Thalia, kamu pulang ke mari. Kita boleh bincang mengenai perkara ni. Kalau kamu tak mahu kita tolak secara baik ya? Ayah tak akan sesekali paksa kamu. Kamu janganlah risau." 

Ujar ayah dengan bersungguh-sungguh. Walaupun nadanya lembut 
tetapi tidak mampu menenangkan hati aku ini.  Seperti mulut dijahit. Tak dapat aku nak bersuara saat ini. Otak pula masih cuba mencerna perkhabaran yang baru aku terima itu. Sesungguhnya aku benar-benar terpukul dengan berita itu.

"Thalia? Kamu dengar tak kata-kata ayah tadi?" Soal ayah di hujung talian.

"De..dengar ayah."
 Dengan tergagap-gagap aku bersuara.

"Ingat Thalia..kita ni orang melayu. Hidup penuh adat. Mereka pun datang cara baik. Kalau kamu tak setuju, kita tolak cara baik." 

Putus ayah dengan tenang. Nafas aku tarik dalam-dalam bersama rasa yang bercampur baur.

"Baik ayah..nanti Thalia pulang ya. Boleh kita bincang tentang perkara ini. Assalamualaikum." Ucapku dengan kepala yang berserabut teruk.

"Waalaikumussalam."

Sebaik sahaja menamatkan panggilan, aku terus menoleh ke arah Didee yang sememangnya sedang menanti untuk mengetahui apa yang aku dan ayah bualkan tadi.

"Thalia..kenapa sampai pucat lesi ni?Apa dah jadi?" Soal Didee bertalu-talu. Terus dia menggenggam kedua-dua belah tanganku di atas riba.

"Dee..Tuan Faleeq pinang aku." Tersekat-sekat aku bersuara. Tergamam jadinya Didee. Bulat matanya merenung ke mari.

"Biar betul, Thalia.."

Ya Allah..kenapa aku? Kenapa mereka meminang aku untuk Tuan Faleeq? Bukankah Hanee yang terkejar-kejar lelaki itu? Terngiang-ngiang perkelahian di antara lelaki itu dengan mama dan papanya di pejabat tempoh hari. Nyata, perkahwinan ini bukan kemahuannya! Apa aku nak buat sekarang ni?
Aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan saat ini. Terngiang-ngiang kata-kata lelaki itu semalam.

"Kau tahu tak jenis bantuan yang bagaimana yang mama aku minta?"

Ya, memang aku bersetuju dan berjanji dengan Datin Sofia untuk membantu Tuan Faleeq tetapi tidaklah sampai ke tahap nikah kahwin bagai. Suara lelaki itu semalam menusuk lagi ke dalam telinga.

"Looks like you don't even know what's goin on, young lady.."
Mata kupejamkan rapat-rapat! Tiba-tiba teringat kembali perbualan 

Tuan Faleeq bersama mama dan papanya tempoh hari. Ya Allah, memang tak terdetik langsung di dalam otak perempuan yang mereka maksudkan itu adalah aku.

***


Jumpa di bab 24 ya :D